Ahad, 31 Ogos 2008

Post-Match : Arsenal 3 Newkasut 0



Hahaha.. antara display terbaik dalam permulaan season nih. Attacking dgn defensively bak kate Wenger ada balance, memang seimbang. Pada mulanya agak terkejut gak sebab Djourou kene drop balik bagi laluan kat Encik Kolo sebab Mr Johan tak buat salaha silap ape2 pun.Tapi Toure pun makin lame dah makin menuju ke fitness asal so tak berapa kisah lah. Awal2 lagi Arsenal dah control game dan patut dapat tambah sebijik dari corner William Gallas ingat die main ragbi ke wat conversion. Semua fan arsenal tangan kat atas kepala mase tuh.

Ape yang menariknya semalam, pemegang tiket Golden Class Arsenal Eboue tetap diturunkan dan Walcott didropkan. Ini adalah satu idea yang berani kerana sememangnya tiada option selain Eboue kerana Walcott dalam bebrapa match seblum ni tak berap menyerlah kalau start kat right fank.Super sub role mungkin sesuai bagi dirinya stakat nih.Tengoklah die masuk waktu Newkasut tengah pancit2 dan tarik defensive diorang supaya bukak ruang untuk org lain bebas bergerak.Tapi nadi utama sudah tentunya Cesc Fabregas yang menjana serangan buat match kedua berturut2.Dengan kehadiran Fabregas, gol dah kompom tapi persoalannya hanya bila. Bila adalh apabila RVP menjumpai hari ong nya. Semalam 2 bijik die tabuh, thanx pada skill Eboue yang tak berapa nak cantik tu tapi cukup untuk RVP tambah koleksi lepas sepak penalti malam tadi yang menyaksikan 2 lagi penalti dalam match EPL lain tak masuk.Hoyte plak score own goal.huhu..

Adebayor?Entah nape aku tengok Adebayor nih pemurah sangat adakah kerana Togo juga sambut merdeka pada hari yang sama itu anda search lah wikepedia.Tapi aksinya semalam cukup berbeza kalau sebelum nie nak try dgn shoot sorang2 tak ingat member.Dapat gak seketul assst untuk Denilson.Bagus Ade, work rate pun nampak meningkat, teruskan match macam nie , baru la ko dapat dengar balik lagu ko berkemundang kat Emirates.. Semalam dah ade dengar sket tapi suam2 kuku ah bunyi die, aku tak tau peribahasa ape yang sesuai.Lupe.

Dengan Newkasut tak menyerang langsung dan hanye mengancam palang melalui Michael Owen, aku takut satu jek..Wenger amek keputusan daripada match nih.Die tengok ok, jadi die tak mo angkat player dah.Aku harap die pikir masak2 sebab transfer deadline sampai 1200 tgh malam waktu UK sane.Arsenal terkenal dengna last minit swap contohnya Diarra, baptista dan Denilson.Walaupun Denilson score semalam tapi persembahan die semalam belum cukup untuk meyakinkan, agak kecik, takde strength dan kadang2 selalu miss pass. Jadi Wenger gunekan bajet 2009 yang telah dibentangkan sebaiknya, jam berdetik kencang.Tik tok tik tok..

Dari match semalam jugak, ape yang perlu ditunjukkan ialah Dont mess with these boys!! haha aku suke tengok inseden antara Nasri dan Joey 'behind the BAR'ton. Samseng macam barton tu patut diajar, bak kate komentator senyuman sarcastic Barton lepas tackl agak kasar kat Nasri tu sangat2lah menjengkelkan, kalo aku ade pun rasa nak baling kasut kat muke die.Nasib baik Nasri sempat tunjukkan ego gak, haha walaupun tak perlu tapi aku puas. Sedang Barton berlari2 buang anak, dihulurkan kakinya tersadung bak nangka busuk.Walaupun Nasri dapat yellow card Keegan tak puas hati dan mintak kad merah, luahannya diluahkan kepada Gallas selaku Abang Long pasukan.Cayalah Nasri, jangan tunjuk korang budak2 depa semua boleh buli suke hati tapi jangan diamalkan selalu, tak baik untuk adrenalin.heheh..

Dalam post match semalam, Wenger berkata RVP akan menjalani X ray dan harap takde ape2 yang patah, sebab ankle katenye.Ditanya mengenai signing baru, Wenger berkata die akan buat OT dan kalau ade harga yang berpatutan die akan sambar.

Baiklah,Bagi yang beragama Islam, sempena menjelang bulan Ramadhan yang mulia ni, Arsenalaysia nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan al Mubarak kepada semua muslimin dan muslimah di seantero dunia.Harap dimaafkan ape2 jua keterlenjuran dalam penulisan dan penyampaian pendapat sepanjang blog ini dihasilkan. Kalau ko tanye aku Nasri RVP Sagna Traore puasa ke tak , itu aku takleh nak jawab, suruh diorang tepuk dada tanya lah iman ok. heheh..Aku pun nak berkongsi sket la untuk same2 kite beri kesedaran dan renungan ok.Wassalam..


Sabtu, 30 Ogos 2008

Pre-Match : Arsenal vs Newcastle


Arsenal akan meneruskan rentak kemenangan dengan harapan kalahkan, laukkan atau ulamkan Toon. Tapi setelah 2 match liga nie, Newcastle yang dahulunya hanya boleh dipandang enteng dilihat sebagai satu cabaran yang bahaye jugakla bagi Arsenal. KotaBaru nie start dengan seri menentang Man Yoo sebelum menang ke atas Bolton meletakkan mereka di tempat ke 6, 8 tingkat atas Arsenal tapi baru 2 game. So far, Kevin Keegan dah buat 'OK' dengan danny Guthrie dan Collocini dibawa masuk walaupun Mlner dah dijual ke Aston Villa. Owen adalah duri dalam daging, sebagai legend, jangan sesekali menafikan kelicikan si kenit nih.

Arsenal? Skuad yang sama 18 orang yang menentang Twente cume ade rotation sket sudah kulupa EPL sekarang dah pakai 7 sub bukan 5 macam dulu.Tak perlu dibimbang dengan ditness Nasri, Gallas dan Walcott kerana semuanya disahkan fit untuk beraksi malam nih. 18 player, cume yang aku terkilan kenapa Wenger meletakkan player yang tak diyakini di atas bench semata2 jika tak pakai pun diorang nih. Wenger slalu berkata percaya pada potensi budak2 nih tapi kenapa sampai sekarang kelibat Ramsey, Vela Wilshere hanye ditugaskan sebaagai pengisi nama dalam skuad sahaja tanpa diturunkan langsung. Ape rasionalnye, lebih baik kalau die dah tau awal2 tak percaya dan tak yakin letak lah player yang diyakini dan mampu memberi impact dan ubah game.Aku terkejut waktu lawan Fulham hanye 2 sub jek berlaku walhal bnyk lagi player atas benc tu. Malam tu Denilson patut keluar lebih awal.Sorry Denilson, tapi malam tu bukan malam ko walaupun aku respect ko.Buktikan malam ni ko dengan Cesc umpama Viera dengan Gilberto. pergh.. Rindu saat2 tuh.Fokus ke depan2.

Malam nie kite akan menyambut kemerdekaan yang ke 51 walaupun aku rasa agak kekurangan dari segi promosi dan publisiti. Salam kemerdekaan buat seluruh rakyat Malaysia khususnya.Merdeka Minda,Jiwa dan Raga. Setelah setengah jam selepas detik 12 malam sama2 lah kite tumpu ke saluran ESPN awal pagi nanti untuk tengok sejauh mana merdekanya player2 Arsenal nih pulak.Streaming online, klik SINI.


Fizman :Kite ada 30M!So, What??

Ok.. countdown..Merdeka!! tapi dalam EPL? Transfer Deadline!! So sampai isnin pagi la nampaknye kite menanti, adekah atau tiadakah muka2 baru yang dwarwarkan bakal dibawak masuk. aisey men Wenger, lu slalu bikin kerje last minit laaa..ape yang nak dirahsiakan sangat, nape mau berselindung,kitorang dah masak dengan lu punya mind game Wenger oi.BErikut pula adalah kenyataan Danny Fiszman,

There were great expectations and hopes that we would buy heavily this summer,' Fiszman said.

'It's not our decision who he (Wenger) spends money on, nor will it ever be our decision.

'If he said to us, 'I want this guy and he's £30million, can I buy him?', the answer is yes. Absolutely YES.

Ok3.... Biar aku perjelaskan, nada sebenar peminat2 Arsenal , setiap detik, setiap masa yang berlalu..dan apabila semakin hampir waktunya, semakin kuatlah kami percaya bahawa inilah skuad yang sedia ada, dan tiada tambahan lagi.Tidak mau lagi menaruh harapan..huhu.. Biarlah kalau ade pun, anggaplah sebagai satu hadiah atau kejtan MERDEKA!

Dan kini setelah enggan berbelanja besar dans etelah Paklah membentangkan bajet 2009 dan fizsman membentangkan bajet Arsenal yang entah tak dipakai ke mana, Wenger mahu BPR (aku tak tau nak panggil ape pnguasa2 rasuah dalam bola sepak..huhu) dan UEFA check balik perbelanjaan2 besar oleh kelab2 yang kononnya besar ni. Hutang keliling pinggang tapi macam mana boleh beli player sampai seorang 30-40-50M.Angka yang gila katanye dan sungguh tak berbaloi.Kebanyakan sanggup luarkan wang suka hati walhal tgk struktur kelab taklah segah mana, jadi dari mana datangnya hasil berjuta2 ringgit. Janganlah menjadi Leeds United yang satu ketika dulu agak poyo di EPL last2 terjerumus ke divisyen 1 sekarang hasil hutang yang bertimbun2, 2 tahun sebelu tu main kat Champions Leage semi final.pelik2..

Jadi WEnger menggesa Platini supaya turun padang memantau hutang2 , along2 dan dari mana datangnya sumber2 haram nih.Adakah Wenger jeles die tak dapat bebrbelanja besar atau die benar2 ikhlas bereformasi kerana hanya kelab Arsenal sajek kelab yang antara terkaya di dunia tapi tidak berbelanja besar untuk barisan skuadnya.Ini yang dilakukan di z=era Wenger, walaupun kadang2 tertekan tapi aku salute pada si economist ni.KAte Wenger lagi " Kelab ape yang sanggup bebelanja besar untuk seorang player sampai 30M?? Aku tau sebuah.tapi hanya sebuah sajek..."

P/s: Kayu kalah pada Si Kenit.... Siapa lagi super sekarang??heheheh


Khamis, 28 Ogos 2008

Undian Champions League : Arsenal kumpulan ...



Adakah team Arsenal sesaon nie mampu ke Rome bertatung bak Gladiator di perlawanan akhir nanti 27 May 2009. Sama2 kite saksikan!! Dan nasib Arsenal telah ditentukan di Monaco sebentar tadi.Arsenal telah diundi di dalam kumpulan G bersama2 dengan pasukan Porto,Fenerbahce, Dynamo Kiev .Maknanya kite akan sekali lagi bertemu Porto dalam peringkat kumpulan macam tahun 2006, aku masih ingat lagi kedua2 team jjust perlukan seri untuk 22 layak..Jadi 22 team play safe gile, Antara match paling hambar Arsenal sepanjang aku tengok.Dapat bola passing2 seseama sendiri tak kire la Arsenal ke Porto, tapi yang penting tak berulang dah macam tuh.Dengan kumpulan ni Arsenal cukup mustahil kalau tak lepas grouping stage nih.

3 Tahun lepas kite ke final dengan barisan yang orang cakap takde harapan, setahun lepas tu sebab free kick bangang yang dibagi oleh Hleb kat corener flag menyebabkan harapan musnah terus, Alex komang memang orang cakap badi mase tuh, sekarang langsung tak ke mana, padan muka.Dan tahun lepas adalah sesuatau yang mengecewakan yang dah disebut berulang2 kali dan amat perit untuk diingat, larian Walcott bak Maradona hanya sia2.. Jadi harap tahun nie ade ong.Champions league penuh dengan drama dan kejutan ape2 saja boleh berlaku dan ini satu2 nya piala ang fan Arsenal dan Wenger terutamanya sangap gile.. plzzzz lah...

Group A: Chelsea, AS Roma, Bordeaux, CFR 1907 Cluj
Group B: Internazionale, Werder Bremen, Panathinaikos, Anorthosis Famagusta
Group C: Barcelona, Sporting Lisbon, FC Basel, Shakhtar Donetsk
Group D: Liverpool, PSV Eindhoven, Marseilles, Atletico Madrid
Group E: Manchester United, Villarreal, Celtic, Aalborg BK
Group F: Lyon, Bayern Munich, Steaua Bucharest, Fiorentina
Group G: Arsenal, FC Porto, Fenerbahce, Dynamo Kiev
Group H: Real Madrid, Juventus, Zenit St. Petersburg, FC BATE Borisov

Match Day 1
Dynamo Kiev v Arsenal
Wednesday 17th September 2008
Kick Off: 19:45
To be played at Valery Lobanovskiy, Kyiv

Match Day 2
Arsenal v FC Porto
Tuesday 30th September 2008
Kick Off: 19:45
To be played at Emirates Stadium

Match Day 3
Fenerbahce v Arsenal
Tuesday 21st October 2008
Kick Off: 19:45
To be played at Şükrü Saracoğlu Stadium, Istanbul

Match Day 4
Arsenal v Fenerbahce
Wednesday 5th November 2008
Kick Off: 19:45
To be played at Emirates Stadium

Match Day 5
Arsenal v Dynamo Kiev
Tuesday 25th November 2008
Kick Off: 19:45
To be played at Emirates Stadium

Match Day 6
FC Porto v Arsenal
Wednesday 10th December 2008
Kick Off: 19:45
To be played at Estádio do Dragão, Portugal


Arsenal 4 - 0 FC Twetie Bird

Wah, impak apakah ini..Namun ak ux heran kerana ramai fan Arsenal sudah lali dgn pencapaian terumbang ambing ini..Namun pujian sekali lg haru diberikan kepada Nasri yg berjaya mem"setle"kan dirinya di Arsenal secepat mungkin..Melihat kelibat Nasri, aku yakin Arsenal sudah betul2 mendapat pengganti HLEB semula..Merujuk kepada pengganti Flamini, aku x yakin Wenger aka nsign new player..Wenger dalam kenyataan terbarunya ada menybebut, beliau sudah ada ramai yg bleh bermain di posisi tgh dan beliau yakin dgn kelibat Abou Diaby yg dikatakan ala2 Veirra..Apa2pun, sama2lah kita tunggu dan lihat..


Rabu, 27 Ogos 2008

Pre Match : Tiada Sylvester untuk Tweety Bird



Jadi sah malam ni tidak ade Silvestre dalam skuad menentang Twente FC untuk Champions League qualifier. Sayang sekali, kerana name mereka ini dah cukup sinonim kalau disatukan dalam rancangan kartun terbitan Warner Bross. Silvestre dilaporkan akan dimunculkan pada seawalnya 13 September menentang Blackburn.

Berbalik kepada match awal pagi nanti, sesudah ku layari astro.com.my maknanya tiada lah kelibat Arsenal live awal pagi nanti.Kukuciwa.. Tak dapat nak tgk aksi Fabregas untuk julung2 kali wat musim nie setelah disahkan Wenger bakal menyertai skuad malam ni.Cume starting ke sub blum pasti. Aku rase Bendtner dan Vela bakal dapat peluang beraksi malam ni. Harap2 takde lagi malapetaka hadir lagi2 Arsenal main kat Emirates nie. Jangan wat malu org kampung oi!!! 1-0 untuk Arsenal. Toure score...hahahahaha..

Oleh kerana tv satelit kita dilindungi awan atau angkasawan sedang berangan2 di awangan makan gaji buta, marilah kite menonton malam nie di streaming online.Klik SINI.


Selasa, 26 Ogos 2008

Berakhirnya kerjaya badut di Emirates.


Fan2 Arsenal di utara London tidak akan lagi dihiburkan dengan pertunjukan badut yang kadang2 muncul tatkala skuad Arsenal ketandusan pengganti.Badut yang dimaksudkan adalah Philip Sanderos , pemain Swiss yang beraksi ala sarkis walhal sepatutnya aksianya di atas padang. Sanderos dah disahkan oleh Wenger dalam temuramah berhubung match Twente esok, akan ke Milan dalam 12 bulan pinjaman, jika Milan lambat pulang Sanderos tiada simbahan cat akan dilakukan ke atas stadium San Siro seperti mana kelakuan along2 kerana kate Wenger "nak amik amik je lah" haha takde lah, die sebnarnya pun tak tahu sama ada loan tu akan menjadi permanent atau sebaliknya. Tapi yang lebih merisaukan adalah kerana mereka badut2 ini silih berganti. Silvestre yang terkenal dengan watak dan polisi yang sama di Oltrepot dalam resumenya sewaktu memintak kerja di joblesstreet.com juga ade menyatakan tagline hidupnya ialah "Takkan badut hilang di dunia!".

Tatkala kite berjaya menyatukan 2 jiwa yang terpisah iaitu badut bertemu flaMoney maknenye kite makin short lah player.So ape tindakan yang sepatutnya diambil..ikut logik la , ikut logik. Kalau ikut Wenger mesti kate " oh, aku tak terburu2 nak cari, oh, skuad kite mampu bersaing tapi tak cukup bagus, oh, berikan ku masa..mencuci dosa(lagu amuk)" kadang2 naik meluat gak dengar alasan yang berulang kali.tak gitu?. Termasukla kenyataan2 itu disokong oleh Pengerusi Arsenal sendiri peter HIll-wood. "Kami takkan membeli player yang ak mendatangkan keuntungan. Beli bukanlah jalan penyelesaian, Tapi KAMI ADA DUIT , brapa jumlahnye kami takleh bagitau!"

Cukup kecewa aku dengar ulasan dari seorang pengerusi yang masih buta atau buat2 tak nampak. Habis, ape jalan penyelesaiannya? Eboue ke? Denilson ke? Ramsey dgn Bischoff? ke nak tunggu Diaby sampai jadi abu? Dah tiga match dah, semuanya tak memberangsangkan kat tengah tanpa Fabregas, mati lah die ko nak suruh pikul tanggungjawab seorang diri sepanjang musim. Kalau ye pun bagi la armband tu kat die,orang yang paling layak. Gallas??? Wenger dah hampir nak wat keputusan tepat apabila review jawatan kapten lepas habis season lepas tapi segalanya2 sia2 apabila die buat u-turn.Gallas tak lead by example, panas baran, moody, cukup2 la tu.Bukan tak pernah Gallas unjuk credibility seabgai seorang kapten tapi sangat jarang laa..
Kapten Jacksparrow aku lebih rela beri peluang untuk kemudi Arsenal.hahaha ..

Pada siapa2 yang kepingin aksi Gokhan Inler, tinggal harapanlah. Die dah dikhabarkan sign kontrak extension dengan Udinese untuk kekal kat serie A.Katenye memang berhasrat nak join kelab2 besar tapi masenye belum ie dan terlampau awal semusim, alasan yang cacat.Sampai tua la ko takkan pindah camtu, peluang buka datang selalu.huhu.Jadi siapakah? adakah calon baru ini Daniel De Guzman?


Fantasy Arsenalaysia : Week 2

Wah, Tahniah kepada Tenggaroh FC yg masih lg berjaya mengungguli Carta Fantasy Arsenalaysia..Juga tidak lupa pada GreenAllStar yang semakin hampir mejuarai tahta liga..

Carta Fantasy Top 10..

1) Tenggaroh FC
2) GreenALLstar
3) HidupMatiArsenal
4) b0yot.FC
5) Shebby fc
6) Geng Gagak Hitam FC
7) YaRd27
8) kIckInG FC
9) S@k@!_UtD
10) Kamen Revolution


Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh...

Ya, hari ini adalah penentuan kepada daerah Permatang Pauh di Penang kerana akan berlangsungnya pilihanraya..Segala caci maki, tomahan, sumpahan dan duitan tidak berguna lg apabila semua pengundi membuang undi mereka hari ini..Untuk menjadi lebih Realistik, Secara umumnya, Dato Seri Anwar sememangnya akan menang dah ini memang sudah diketahui umum..Namun sekiranya semuanya bersih dari pihak PKR dan kerajaan sekarang, nescaya ianya berjalan lancar..Namun tidak mustahil Anwar akan tewas kerana umum sedia maklum, Parti Timbang itu sememangnya kaya dgn wang dan tuduhan..Bertidak seperti berada di pihak yg benar, ramai rakyat yg confused dgn mereka..Apa nak jadi dgn Malaysia..Sumpah menjadi mainan kata seolah-olah tuhan tidak wujud..Inilah dia kuasa Politik di mana manusia sentiasa mengejar pangkat, kuasa dan kekayaan..Aku tak berniat utk menyebelahi mana2 pihak..Namun, tuhan beri kita akal utk berfikir, mata untuk melihat, telinga untuk mendengar dan paling penting, hati untuk merasa yg mana betul dan salah..Renung2kan..


Sanderos mengurangkan Wages Arsenal..

The berita perpindahan Sanderos ke AC MILAN, Arsenal sekali lg berjaya mengurangkan jumlag gaji yg perlu dibayar kepada pemain..Sanderos akan berada di AC Milan untuk tempoh satu tahun lamanya seperti mana Traore yg diLOan ke Porthmouth..Kemasukkan player masih menjadi teka teki apabila Wenger mengatakan beliau tidak rush utk ke Transfer Market buat masa ini..Adakah ini bermakna tiada lg signing selepas ini..Adakah ini bermakna Diaby akan bergandingan dengan Fabregas selepas ini..Atau Denilson ayam yg katik lg kurang berpengalaman..Berdoa ajelaa agar Wenger bawak masuk sorang lg..Kalo x, alamatnyer..Season ni bakal dirundum malang..

Di suatu sudut yg lain pula, Striker kelab dari France Le Mans, Gervinho yakni rakan sekutu Toure dan Eboue di Ivory Coast telah memohon atau lebih sedap didengar, merayu agar Wenger membeli beliau kerana beliau tak tahan nak main utk Arsenal..Kate beliau, Arsenal sebuah kelab yg hebat dan sangat berwibawa..Namun, bg aku, tiada harapan bg beliua unless Wenger jual Bendtner..huhuhu..


Ahad, 24 Ogos 2008

Fabregas luv Alonso



"I'd Love it!"

Itulah reaksi spontan yang terpacul dari mulut Cesc Fabregas apabila ditanya kemungkinan Arsenal mengikat kontrak dengan rakan senegaranya dari Liverpool,Xabi Alonso. Jadi aku pun sependapat dengan Cesc walaupun Liverpool punye fan tak brape kacau hidup aku dan kerana kite tau Liverpool jugak rival yang kadang2 kalau hari cun diorang main macam tak pernah menang(maksud aku main bersungguh2 sampai menang)tapi LIverpool tetap Liverpool dalam liga dan takkan ke mana, sorry to say.Jangan marah aa.. heheh. Ape nih? bukan Liverpool la yang aku nak crite, aiyaa gua mau crite itu Fabregas sudah ada cintan cintun sama itu Alonso maa..

'Apa yang aku boleh cakapkan lagi? Die kawan baik aku, selain tu die sangat2 pro, passer yang hebat, defensively mantap dan sekarang nie dah mula2 berjinak2 score goals. Pengalaman pun banyak. Umor pun baru 26 beb. Bagi aku, die cukup sempurna lah sebagai player bola'

Xabi Alonso dah menang FA Cup, Super cup dgn Champions League dengan Liverpool, Euro dengan Spain, cuma Fabregas harap kalau boleh Alonso dapat menang EPL dengan Arsenal.Hah, ape lagi Wenger, dulu budak nie pujuk ko suruh sign David villa ko kate tak mo, nie karang ko tak bagi lagi merajuk plak budak tuh, sapo nak pujuk? Flamini dgn Hleb jugak kene panggil balik pujuk member baik sorang nih.

'Jangan salah paham. Flamini dengan Hleb adalah 2 member paling karib aku dalam sukan bola sepak nih dan aku ucapkan selamat maju jaya.Aku dah sembang dengan diorang setiap minggu dan aku tau ape perasaan diorang, cume aku tak boleh la bagitau kau- tapi yang penting Arsenal tetap Arsenal'

'Kelab nie ade aura istimewa yang tersendiri dari turun temurun yang takde pade kelab lain. Kite perlu bertanggungjawab jage mende tuh.(apo die Cesc, bela jin ka?patut Adebayor menari cam masuk antu..hhuhu)'

'Aku ade ramai kawan kat Italy dengan Spain dan bile diorang sembang pasal kelab lain, aku tahu betapa bertuah dan bangganya kat kelab mana aku berada sekarang. Aku taknak kehilangannya, aku nak menang banyak2 mende untuk kelab ni.Aku nak timba banyak pengalaman kat kelab ni.AKu nak main untuk Arsenal!'

"Bila korang lihat bola sepak keliling dunia, korang hanya boleh tengok beberapa kerat jek yang main macam mana Arsenal main.Aku cume enjoy jek main, aku rase macam kat tanah air sendiri jek'

Ditanya mengnai kemungkinan satu hari nanti mengemudi barisan Arsenal, Fabregas menjawab dengan penuh harapan dan bintang bersinar2 di mata,

'Aku akan teruja.Aku suka dengan ape yang ade sekarang, nombor 4 aku,main kat Arsenal sebagai CM dan bagi 100% dalam setiap match.Tapi kalau Le Boss pk dalam 1 atau 2 tahun lagi aku layak jadi Kapten, aku akan ambik armband tu!"


Post-match : Layak kalah



Sabar2.. bawa bertendang2.. Fan2 Arsenal pasti menyirap bandung menyaksikan aksi longlai yang semacam tidak kene. Bagi sesiapa yang terlepas(bernasib baik sebenarnya kerana amat merugikan) menonton aksi hambar buat kali kedua berturut2 Arsenal, Fulham telah berjaya memalukan barisan 'FUTURE' Arsenal dengan jaringan Hangeland seawal minit ke 21. Tiada lagi comeback seperti biasa tiada lagi gol 10 minit terakhir yang biasa tercipta dek Arsenal. Sudah 2 match, sewaktu bertemu WBA pun aksi macam nak tak nak, ntah pape, tengah sangat2 lah lopong dan tak berfungsi, RVP dan ADebayor macam tak jumpe kaki.DAri match nie dapat disimpulkan :

1. Denilson belum sedia dan terlalu lightweight
2. Wenger bengap sayang sangat anak angkatnye Eboue
3. RVP? ape kejadah? baik amek Rob Van Damme
4. WEnger naikkan gaji Adebayor pada timing yang sangat2 salah
5. Walcott takleh jadi starter, die dapat bagi impact dari bench.
6. Gallas lah lubuk sebenar kadang kala, slalu maki hamun orang lain, maki la depan cermin dulu.
7. Tangguh sangat beli DM, alih2 angkat Silvestre Setelur watpe???
8. Adebayor watpe ko play wide duk kat tepi2 tu wat macam enry??!!! duk dalam kotak la sengal!!
9. Nasri kene ade bimbingan di bahagian tengah, semolek2 nya Rosicky untuk dipandang.
Nasri-Eboue-Denilson-Walcott--->>>>> kat mane masing2 nak mengadu atau nak jadikan role model
10. Patut haramkan International Friendly wat tambah fatiuge jek, dah la match tak kompetitif langsung.Bangang punya Sleep Better.

2 match baru 1 gol dari midfield adalah amat merisaukan bagi striker2. Jika kemarau ini berpanjangan, diharap gandingan Bendtner-Vela diberi peluang sepertimana pra musim. Fabregas akan muncul memberi impak,itu sudah pasti, Dan WEnger ko takyah lah nak berdolak dalik lagi, keluarkan jek buku cek ko..sign a 'monster' kat tengah2 yang boleh berjuang dalam hard battle macam tadi. Kredit to Fulham, Depa tak bagi ruang langsung. Orang akan cakap, baru 2 match..takleh predict lagi tapi dalam 2 match nie la nampak sangat ketidakupayaan Arsenal mempamer persembahan senar kalau takde key player, Tugasan menjadi semakin berat saban minggu.. Harap player tersentak dan cepat sedar, ambil yang positif. Meriam takkan habis peluru!!!!


Put the blame on Wenger!!

Yes..Aku percaya skank sume fan arsenal tgh emo..Ya, mmg anda layak emo..Bukan kerana kekalahan yg memalukan itu sahaja, tetapi kebodohan barisan tgh dan kecacatan akal manager yg gah dgn nama professor..Di kala org meletakkan harapan utk Arsenal, Manager Bodoh dengan selamba membeli alien walaupun tahu masalah ketara adalaha pada barisan tgh..Pujian harus diberikan kepada Clichy..Walaupun beebrapa kesilapan yg beliau lakukan, namun keazaman beliau amat tinggi dan beliau tahu barisan tgh mcm pu****k..So beliau terpaksa overlaping beberapa kali..Alasan utk mengatakan ramai player penat sudah lapok dek zaman..Sepatutnya Wenger alert dgn ini semua..Apa2pun, keapda yg masih belum beli baju Arsenal, please, jgn la beli..Rugi beli kerana dengan corak permainan sebegini, Tempat ke-4 pun x layak utk pasukan ini..Sorry to say..Lu PK la sendiri..

p/s: Tgk kedah main lg menghiburkan..Sungguh memalukan Arsenal..Please step down Mr Idiot Professor..


Sabtu, 23 Ogos 2008

Pre match : Fulham VS Arsenal

Kebizian idak menghalang aku menulis di saat2 akhir.Malam ni ade Final PIala Malaysia antara Selngor dan Kedah.Member aku ade mengajakku pergi tetapi memandangkan iket yang agak mahal bagi mutu perlawanan seperti itu dan juga harga minyak yang hanya turun 15 sen jadi terpakla ku menolak cadangan nya dan menunggu jam tepat kul 1230 malam untuk menonton Fulham Vs Arsenal melalui tv satelit. Live Streaming klik di SINI

Arsenal bertandang ke Craven Cottage untuk meneruskan persaingan liga, setelah selesai minggu persahabatan antarabangsa yang membosankan. Taukah anda berapa bilangan player yang hadir ke latihan Arsenal sewatu tgh minggu nih?? hanya seorang!!!! iaitu Denilson ditemani Almunia, itulah pengakuan Wenger. Jadi dengan RVP yang menemui sentuhan jaringan, Gallas dan Sagna yang bermain 90 minit dan Carlos Vela yang mempunyai trip jauh ke Mexico, mampukah Mereka memberi sepenuh kudrat.

Siapa yang tak available? sepertiabiasa RoSICKy, Diaby Fabregas, Eduardo, Sanderos dan signing baru, Bichoff serta SILVESTRE..ohh janggal aku menulis namanya kat sini.huhu.

Siapa yang pulang? Song!!! welcome home from Beijing, walaupun hanya sekadar suku akhir tapi aku dengar Persembahan Song cukup mantap like a great song.Let's sing a song.Nasri yang menjaringkan gol dan terlepas aksi international kerana kecederaan minor bakal kembali beraksi.

Siapa yang perlu diberi perhatian dalam anak buah Roy Hudgson, semerstinya sepakan percuma Jimmy Bullard,dan aksi Dempsey, Zoltan Gera dan penyerang baru Andy Johson, namun kelbatnya masih samar kerana kecederaan.

Berita yang melegakan, Arseene mengakui dia takkan menaikkan Toure ke DM kearan pada pendapatnya, Toure tidak punya stamina yang special untuk berlari box to box melainkan hanya fizikal yang mantap sebagai seorang defender.Jadi persaingan untuk CB dah semakin sihat, Siapakah yang akan Company dengan Gallas setelah vincent Kompeni disign Man City.Hampeh la Wenger apsal ko tak sambar awal2????adui..

Ape2 pun Arsenal menang 2-0 malam nih.KEdah menang treble.

P/S : Tak sempat nak update Fantasy League, boleh lerrrrr kalo ramai2 potong aku..huh


Jumaat, 22 Ogos 2008

Seorang lg MR X bakal masuk..

Wenger dalam kenyataan barunya menyebut dia sememangnya mencari seorang bakat berpengalaman dan tidak mustahil selepas perlawanan menentang Fulham weekend ini, satu lg signing mengejut akan dibuat. Ketika ditanya adakah new player akan masuk dan posisi manakah yg beliau ingin isi, Wenger menjawab:

'I can surprise you sometimes, as I got one in whom you did not expect, and there still might be one more player coming in.You know the position, but I cannot tell you much more.'
-Arsene Wenger-SUMBER:SOCCERNET.COM

Dalam pada itu, bakat muda Armand Traore telah dipinjamkan kepada Pompey selama setahun untuk mengembangkan lagi bakat muda itu yg mempunyai ciri2 permainan ala2 Clichy. Djorou pula dikatakan akan di"loan"kan ke Rennes untuk satu jangka hayat yg agak panjang. Song yang kembali ke pangkuan abah Wenger dikatakan akan memanaskan bangkus simpanan Arsenal utk posisi tgh bersama-sama Sanderos. Sehubungan dengan itu, Wenger mengatakan bahawa beliau sekarang yakin dengan barisan pertahanannya dan apa yg bermain di mindanya sekarang adalah seorang Midfield experience. Beliau juga mengatakan mungkin Barry akan menjadi pertaruhannya..Namun, harga yg terlalu tinggi itu sememangnya bercanggah dgn polisi Club. Setakat ini, Xabi Alonso juga disebut2 bakal menggantikan tempat Flamini. Namun, Wenger hanay menunggu lampu hijau dari Rafa untuk merendahkan a lil bit harga player Spain itu ke 13 @ 12 juta.

Namun yg pastinya, seorang lagi MR X akan muncul sebelum transfer date berakhir..Sama2lah kita tunggu dan lihat..


Khamis, 21 Ogos 2008

Jangan salahkan ibu mengandung ~pinta Silvestre Setelur





Rilex rakan2, bawa bertenang. Did anyone see this coming?? Nope! haha Memang encik Wenger sungguh licik bermain psikologi , Kucari Dm sejati, balik2 CB dari musuh yang kutemui... Tapi apa2 pun signing ni perlu dilihat dari sudut positif kerana Sivestre telah menjadi ahli keluarga Arsenal. Sama lah seperti rakan anda yang anda tahu perangainya macam ntah pape tbe2 berkahwin dengan adek beradik anda, maka nak tak nak anda terpaksa terimanya sebagai keluarga baru dan cuba menyesuaikan diri.huhu..

Ok, ingatkah dahulu betapa kita asyik merungut tentang Arsenal kurang pengalaman, asyik2 sign budak2 sekolah, asyik2 signg tah sape2 dari liga kecik, dari negara2 kerdil.. tapi kali nih Arsenene telah keluar dari kepompong dan sign sesuatu yang di luar jangkaan(aku cakap 'sesuatu' bukan kerana dirinya alien) seorang player berumu 31 tahun dari kelab rival MANCHESTER UNITED.. Namun masih dimaki juga Wenger dan terlalu banyak, protes, Demonstrasi dan rasa tak puas hati. MEngapa?? pertamanya kerana die dari Old Trafford.Kedua, Fergie sanggup jual, mesti die tahu player ni dah habis zaman kemuncak habis madu sepah dibuang, ketiga sebab die FRANCE, Arsenal nak buat keluarga France kat Arsenal, keempat sebab die dah 31 bukan 27 atau 28 yang mane umur kemuncak player, kelima sebab die nie injury prone, keenam sebab Arsenal dah umumkan die akan tambah sorang lagi body dan die dah tambah dah pun dan kite semua takut ini yang terakhir, ketujuh sebab Arsene selalu tipu, kate mau tambah DM tapi alih2 defend,



Namn, bukan semua alien2 yang turun di bumi dan difilemkan jahat2 belaka kerana dalam kontranya ade pro nya.Dan Encik Silvester kite di sini cukup pro untuk menerima tawaran Arsenal kerana sanggup mengetepikan semangat rivalisme. Walaupun dahulu Silvesre pernah meng head-butt Fredie Ljungberg tapi itu dulu kisah lama, malah Fredie juga tiada kela searang nih, maka adalah wajar untuk percaya yang die telah berubah dan cukup matang. Walaupun dilanda kecederaan yang berpanjangan namun kecederaan premier yang dilaluinya kali terakhir kalau tak salah tahun 2007 selepas tu ade lah minor2 sket. Tapi apa yang aku nampak di sini, Silvestre dibawa masuk oleh Wenger hanya sebagai backup dan skuad player..Sau lagi kerana player nie versatile , mampu beraksi di LB dan CB. Dulu kite merngut tentang squad depth, sekarang Wenger dah cube tambahkan kuantiti tapi kualiti? Ade sinar2nya dari Nasri dan Ramsey tapi dari silvestre sendiri, walaupun main di man u dulu tak lah sehbat mana dan kadangkala jadi badut, tapi pengalaman beraksi dalam pasukn yang memanangi kejuaraan adalah sukar ditagih terutama dalm skuad Arsenal sekarang yang tinggal Toure dan Gallas jek pernah merasa nikmat kejuaraan. Silvestre is a winner, at least dalam dressing room. Antara Traore dan Silvestre yang manakah anda sanggup lihat beraksi dalam match besar terutama jika kehilangan Clichy, atau antara Sanderos dan Silvestre, manakah yang anda rasa lebih terjamin selamat juntuk bergandingan dengan Gallas semasa ketiadaan Toure? Jadi aku anggap Silvestre ni adalah penggantian straight forward bagi Hoyte kerana Wenger pun pasti tak sangka yang Silvestre nie available di market dan terkejut kerana Fergie sanggup jual. Jadi inilah yang berlaku , Wenger seorang yang oportunitist..ade ke perkataan tuh? menyambar peluang laa..

Jadi kite sebagai fan Arsenal buanglah yang keroh dan biar dia bukak buku baru dalam karieer die, namun aku pun tak tau ape reaksi pminat2 arsenal kat emirates nanti.Minggu ni arsenal main away, tapi mungkin minggu nie belum dapat lihat la kelibat Silvestre sebab ironinya die sekali lgi dikatakan ade muscle problem..hahah.. macam petanda2 awal..eh, sokong tetap sokong!! Song dah balik dan bakal terlibat lawan Fulham, ape2 pun nanti aku review dalam pre match nanti.Tunggu dan lihat ape press conference selepas match lawan Fulham nanti, adakah die berpuas hati atau one more body??Tapi aku risau kerana Wenger yang kadang kala perlu ada bodyguard sebelum dirusuh hooligan Gunners. =)


Alien Workshop...

Kurang dari 24jam rumours ttg Alien Silvestre, akhirnya mamat Mikael ini telah selamat diijabkabulkan menjadi salah seorang pemain Wenger. Walaupun agak mengejutkan berita ini, Wenger dgn selambanya menyebut, signing ini perlu utk cover Clich atau bahagian tgh. Dgn termeterainya perjanjian 2 tahun contract bersama Alien ini, Sanderos telah pun menyatakan hasratnya utk meninggalkan Arsenal kerana beliau nampak masa depannya gelap di Arsenal. Semestinya peminat2 Arsenal tercengang mendengar kabar signing ini. Adakah ini signing terakhir Wenger untuk musim ini atau ada lagi kelibat yg menanti utk di"signing" lg..Yg pastinya, aku mengerti apa yg cuba wenger lakukan.Wenger cuba bermain taktik ala2 FM yg aku selalu gunakan yakni push Toure ke DM..Fabregas di tgh dan Nasri Attacking Midfielder..Dengan ini..Arsenal akan mempunyai Adebayor/Persie seorang di atas, dan di support oleh Walcott/Eboue di kanan, Rosicky/Eduardo di kiri..Namun, ini hanya prediction aku..Namun yg pastinya, walaupun agak kecewa dgn signing Wenger kali ini, aku rela Alien Silvestre menjadi cover kepada clichy @ toure @ gallas berbanding Sanderos mahupun Djorou yg aku lihat kurang seswai.. Mmg mereka meningkat naik tp, hey, mana ada masa nak latih org..Kita mau champs tahun ni..So,aku dapat rasakan selepas ini mungkin tiada signing atau kalau ada pun, nasibler..Pasrah...


Rabu, 20 Ogos 2008

Gallas jadi Vice Kapten France

Gallas dilantik menjadi vice captain skuad anarabangsa Perancis sebagai orang kanan kepada kapten, teka siapa?? Thierry Henry tu.. huhu.. Sekurang2nya tanggungjawab itu akan dipikul untuk international match malam nie bertemu Sweden.

Jadi siapa yang terlibat sama dalam aksi2 antarabangsa ni dari kalangan Arsenal? mari kite lihat siapa yang kena :

England: Theo Walcott - England v Czech Republic
Denmark: Nicklas Bendtner - Denmark v Spain
Switzerland: Philippe Senderos & Johan Djourou - Switzerland v Cyprus
Netherlands: Robin van Persie - Russia v Netherlands

ok2.. selepas Tweety Bird kini kite dikaitkan dengan Sylvester plak.. cukup lengkap la pasangan merpati 2 sejoli nie berkaitan dengan Arsenal. Huh maksud aku Silvestre?? dari Man U?? what a joke Wenger, ini ke experience yang ko janjikan? So pada aku ini bermakna demi menjaga hati antara Gallas dan Toure , Toure bakal dinaikkan ke DM tapi mintak2 bukan ini yang Wenger sedang fikirkan kerana Arsenal memerlukan seorang ball winner yang benar2 masyuk dan mampu mengawal tempo..Arsenal ni umpama..mm ape ek...Kapalnya sudah ada,cuma sauh jek tiada..haaa boleh terima?


Mikael Silvestre??

Gile Bapak..terkejut aku mendengar berita ini..adakah player yg kita nanti2 untuk Wenger bawak masuk adalah alien Silvestre..Apakah yg cuba Wenger buat ini..Aku tidak mengerti..Mengapa perlu dia yg dibawa masuk..Adakah wenger sudah hilang akal..Mahu wujudkan Republic of France ke?Aku masih x paham..Pade sape2 yg ade no phone Wenger..Bak kat aku jap, aku nak call die..Nyanyukkah org tue ni..


Nacer Barazite..pinjam jek tau!!

Pemain muda Belanda midfield yang lebih bertindak seabagai AM, Nacer Barazite telah dipinjamkan ke kelab Championship, Derby Country FC sehingga hujung tahun ini.

Barazite yang telah menjaringkan 18 gol dan beberapa assist dalam liga reserve musim lepas merupakan prospek yang amat berharga buat Arsenal.Membuat 2 penampilan sulung di 1st team Carling cup bertemu Sheffield United kemudian dimasukkan bertemu Blackburn, nammun malang menimpanya kerana dilanda kecederaan dislocated shoulder dalam match tu.

Diharap agar Barazite mampu mencedok seberapa banyak pengalaman dan menjadi star kepada antara kelab paling teruk pernah beraksi dalam sejarah EPL musim lepas.


Selasa, 19 Ogos 2008

Rosicky akhirnya bersuara + Sedutan cerekarama

Dalam Arsenal.Com tajuknya berbunyi macam ni 'Rosicky-We win as a team and loose as a team' atau dalam kata lainnya boleh ditafsirkan dengan 'We Stick as a team' so kesimpulan yang aku boleh buat di sini ialah Rosicky sebenarnya berkata 'WE SICK AS A TEAM'.Haaa itulah die, korang pernah belajar penakkulan mantik kat sekolah dulu kan?heheh.. jangan marah aa.. saje jek, gua rindu gak sebenarnya kat aksi Rosicky tu tapi geram aa asyik duk injured jek, kaki tak kuat betul la nih. Takpe2, bagi die rehat puas2, dah 200% fit baru kite unleash die nih macam new signing. Mase tu Eduardo, Faregas, Rosicky, Nasri , RVP.. memang ulam la team lawan.

"Aku takkan salahkan seseorang individu sebab tak menang pape tahun lepas. Kite bersama2 dalam pasukan nih. Kite menang sebagai sebuah pasukan dan kalah pun dalam sebuah pasukan. Sebagai makhluk biasa, masing2 pernah melakkan kesilapan dan mesej yang aku dapat dari suratkabo Czech ialah kite nie lebih matang dan dah belajar dari kesilapan musim lepas.Tahun lepas, kite dah nak dekat dah..sket jek lagi nak menang trofi.Tahun nie kitorang akan all out habis habisan!!"

Berikut adalah perbualan bapak dengan anak:

So'od : Pak, jom pi pekan,pak, nak PS2..

Bapak : Isk, Baru dapat no 2 dalam kelas dah nak mintak macam2, main je la dengan ape yang ade. Tu..bapak belikan dam haji tu tahun lepas, ko tak naik2 haji lagi, asyik kalah jek.Stupid dumb2 tul la ko nih.

So'od : alaa , bapak nie tak sporting la, mintak kat uncle Ayob jiran seblah, dia bagi upin dengan ipin PS3, dapat nombor 25 ,26 jek pun.

(Vroom2... vespa uncle Ayob tibe2 sampai depan umah)
Ayob : So'od, meh ikut uncle, kite jalan2 pi pekan, Uncle blanje tengok wayang ngan main arcade game mario brothers.

Bapak : Oi yob, ko takde kerje lain ke duk kacau anak aku yang bijak nih, tau aa anak2 ko dungu2 belaka.

Ayob : Rilek la Pak Masdor, Dunia dah maju..Zaman dah berubah...

So'od : Entah pak nie, tak ROCKy balboa langsung la. Pak nak beli tak PS2? kalo tak saya ikut Uncle Ayob jek.

Bapak : Haa , hang pi la ikut Yob tuh, nak sangat pi lah.Kene juai mana2 baru tau.

( So'od pun mengikut Ayob ke pekan menaiki vespa yang ditampal bendera2 Malaysia sempena bulan kemerdekaan ini... tapi tiba malamnya pulak..)

Bapak : hah, ko g mana lewat malam baru nak balik , ingat dah dapat pot lepak baru. Leh bapak cari anak angkat jaga ladang Strawbiri2 nih( Pak Masdor adalahpenerima anugerah pekebun kacukan 2007/2008).

So'od : maafkan So'od pak, So'od rase bersalah.. ini mungkin balasan.Uncle Yob bawak g tengok wayang kulit tapi itupun tiket ade satu jek, die masuk sorang.So''od kene jage Vespa. Nak balik tuh, minyak habis, Uncle Yob paw duit So'od sebab harge minyak dah meningkat gile bertingkat2.So'od terpaksa balik jalan kaki, Uncle Ayob jumpe cik Zainab baru balik menjahit , so die teumpangkan.

Bapak : Itu la, degil lagi, nak keluar rumah suke2 lagi tak???? Strawbiri2 sume dah merajuk, takde orang nak mandikan, sape nak pujuk tuh.

So'od : So'od janji!! So'od dah tak langgar perintah berkurung lagi, So'od akan jage hati strawbiri2 kite,

Bapak : Ok, kali nie bapak terima la maaf ko tuh.lain kali sorry naik lori. Takpela nanti bapak buat rapat umum, pandai2 la bapak terangkan kat Strawbiri2 kite.

Bagi sesiapa yang tertanye2 mengapa sedutan cerekarama ini tidak ditayangkan di kaca tv dan masih tak paham kenapa tibe2 aku tulis dialog nie, sila Klik di SINI untuk lebih memahami nya. Sebenarnya aku pun tak brape pasti kenapa aku tulis ngarut2 nih tapi dah terstart..layan je lah.MInda bawah sedar,spontan jek ni..heheh


"Mana satu idaman kalbu" - Wenger


Isnin, 18 Ogos 2008

Nasri Optimis, Nordtveit lanjutkan pelajaran keluar negara.



Samir Nasri yang menjaringkan gol kemenangan di EPL debutnya menentang WBA sabtu lepas, melahirkan keyakinan mampu membuktikan kemampuan hebatnya di Arsenal. Dia juga rasa tidak kekok bermain di EPL dan mampu menyesuaikan diri dengan corak serangan pantas Arsenal. Waaa, Zidane tengok mesti bangga punya.

"Takde la susah sangat aku nak adaptasikan corak permainan dengan hidup kat EPL nih. Mula2 masa aku jumpe Le boss die kata aku mungkin ambil masa sampai 6 bulan nak sesuaikan diri tapi bile sekali dah cuba, tak de la susah sangat , aku rasa selesa jek masuk straight away.Aku ade program khas dengan physio aku untuk besar2 kan muscle ni.Supaya fizikal aku lagi mantap.Ade orang kate EPL nie lain macam sket(keras).Takde lagi yang boleh diimpikan selain score awal2 lagi2 masa debut.Aku harap dapat terus main macam ni week in week out.Memang sempoi lah nanti! Aku tak nervous pun. Aku just masuk padang and enjoy the game dan itu jek la yang aku buat sekarang ni!"

Cayalah Nasri, ko punye keyakinan tu memang nak sangat didengar oleh fan2 Arsenal seantero dunia. Buat pengetahuan setakat nie, Nasri merupakan penjaring terpantas dalam match debut.Awal2 lagi dah pecah rekod. Harap banyak lagi rekod yang dipecahkan.

Mendapat jolokan 'Pires baru' dari Aesene Wenger, Nasri juga mengingatkan kite tentang Overmars kerana bak kate Wenger,

"Nasri nie umpama Pires. cara permainan, control ball, pace sume ade pade die nih.Tapi die boleh jugak disamakan dengan kes Overmars. Nasri sebelum masuk sini bergelut dengan fitness dan kecederaan tapi 3 tahun lepas semua berebut2 nakkan die.Jadi aku amek die ni sepertimana aku gamble amek Overmars yang tak mengancam sangat kat Ajax sebelum tu. Sebab instinct aku kate budak nie adalah sesuatau dan terbukti Overmars menakjubkan dan bantu Arsenal menang double 1998 musim pertamanya. Harap ade sesuatu dalam diri Nasri. Pengajarannya percayalah ape anda percaya!"

Pemain pertahanan muda remaja, Havard Nordtveit telah dipinjamkan ke kelab liga bahagian 2 Sepanyol ,Salamanca bagi musim 08/09.Nordveidt , 18 yang join dari kelab FK Haugesund merupakan player yang mempunyai masa depan cerah. Arsenalaysia mengucapkan selamat menuntut ilmu di Spain dan harap pulang dengan pengalaman yang berguna seperti mana Carlos Vela dan Merida.Sementara itu berita yang mengejutkan..Adebayor sign new contract dengan Arsenal.. dan bagi aku, ape kejadahnya???? baru jek die nih signed kontrak tahun lepas takkan dah renew semata2 berdasarkan semusim yang boleh dianggap berjaya baginya. Lagipun die pun dah komited kat Arsenal dan tak dapat nak cari buyer so kenapa pulak perlu dinaikkan kontraknya at least tunggu lagi semusim kalau die benar2 konsisten baru la layak untuk dipertimbangkan, ape pulak kate player2 lain nanti??? Makin geram laa aku dibuatnya Adebayor nih, makin naik bulu, Henry pun score 20 lebih gol konsisten baru dapat naik gaji, ko baru score 30 ketul yang kebanyakan nya nasib dah mintak lebih2. Kalau ko kecewakan harapan kami, memang la..Buktikan yang ko betul2 setimpal dengan kontrak baru ko tu.ape ko renew kontrak nie dapat rebate ke?hahah.. Walaupun tak dinyatakan tapi aku rasa die dapat 70K yang die demand tuh. HR arsenal, jangan manja2 kan sangat pekerja2 nie secara tak berpatutan.

P/S : Pemain Ghana yang penuh pengalaman Stephen Appiah, telah menamatkan kontrak dengan kelab Turkey, Fenerbahce. Adakah die ni juga bakal jadi candidate kerana umurnya dan pengalaman serta pernah bermain di Juventus, kapten Ghana plak tuh. Tapi sayang , kecederaan yang ditimpa membuatkan die dah lama tak beraksi dan ambil langkah berhati2. Buat masa kini belum ade berita pun yang link kan dengan Arsenal dan ni andaian aku jek, tapi tak terkejut kalau kut2 2 3 hari nanti gosip ni mule bertebaran..heheh.


FANTASY Arsenalaysia : TOP 10 week 1

Tahniah kepada juara minggu ini iaitu Tenggaroh FC


Mungkinkah Xabi Alonso..

Kurang beberapa hari lagi, Arsenal bakal menerima seorang pemain baru di bahagian tgh..Wenger yg mengatakan signing terbarunya ini lebih berpengalaman dan seswai digandingkan dengan Fabregas..Namun Wenger juga memuji Denilson yg disifatkannya gigih dan terus membuktikan yg dia layak untuk mendapat tempat dalam 1st team.. Apa2pun setelah melihat corak permainan pada sabtu lepas, Wenger agak gusar dgn kelibat bahagian tengahnya yg terumbang ambing dan dia jelas menerangkan apda media bahawa dia akan sign seorang player berpengalaman di bahagian tgh..Ramai yang mengatakan bahawa Wenger akan membeli Michael Johnson yang bermain utk Manchester City dek kerna player yg muda itu sudah berpengalaman dalam 1st team dan harganya pun lebih murah. Selain itu desas desus yang mengatakan dia tidak memperbaharui kontraknya bersama city turut menguatkan lagi gosip kencang itu. Namun, di suatu sudut yg lain, Wenger sebenarnya menginginkan seorang pemain DM yg sasa dan berupa assist Fabregas di Bahagian tgh..Untuk itum beliau (Wenger) melihat Xabi Alonso merupakan calon yang paling layak dan seteru utk mengisi kekosongan jwianya itu lantaran Fabregas dan Xabi keduanya berasal dari Spain..Namun, Wenger sekarang menunggu lampu hijau dari Liverpool utk mengurangkan harga pemaian itu kerana sekarang ini harga beliau mencecah 16juta.


Sabtu, 16 Ogos 2008

Nasri..gol pertama dan pastinya bukan terakhir



3 mata pertama..3 mata yang cukup penting untuk membuka buku baru, memberi semangat baru, memberi kepercayaan di mana walaupun Arsenal bermain seburuk mana kemenangan mampu diperolehi. Sebenarnya tidaklah buruk mane berbanding lawan FC Twente yang langsung jarang bergerak, cuma kali nie perlawanan agak hambar kerana dari segi penguasaan bola Arsenal memang cukup otai tapi asakan ke gol WBA krang mengancam gigi carson lagi.Tapi aku paham.. ini baru permulaan dan Arsenal belum capai tahap maksimum dengan ramai player kat sideline, nie baru nak masuk gear, takkan terus gear lima kut. Go Slow.. Melly goslow..

Nasri, 4 minit, debut.. dan score!!! waaaa.. aku dah mule excited mase tuh, ni mau titik WBA dengan merek cech pun ade kat situ. Tapi ape yang diharapkan tak kunjung tiba. Line up yang aku predict same cume Bendtner ganti RVP. AKu kurang pasti kenapa tapi dengar2 RVP pun ade injured sket atau ta match fit so x nak bagi risiko lebeh. Tapi nyata gandingan 2 gergasi Ade + bendtner belum serasi langsung. Dan adebayor ade dapat 2 3 chances, org boleh tepuk lagi tapi kalau dah start mula tamak orang pun naik nyampah, padan muke kene boo.. bola boleh pass ko gi wat2 otai nak bawak lagi, dah tu asyik pancung tak lepas..argh..tension aku. Lagi sorang yang aku menyirap tengok, pemegang tiket golden class dalam Arsenal, Eboue. Wenger sayang bebenor die sanggup keluarkan Walcott dari keluarkan Eboue yang tah pape langsung tak function.Rembat dalam open situation pun boleh melilau ke mane2..tak berlatih ke?? Nasib lawan WBA kalau lawan team kuat sket, maut benteng back 4 takde kereta kebal jage depan tuh.Kemasukan Ture dan RVP tak banyak merubah tapi sekurang2 nya pemain belanda tu ade la  12 try yang cun dan gerakan yang menarik, itulah gunanya RVP,pantas menggerakkan bola di kaki dan mencari ruang sendiri. Ape2 pun Nasri memang class dan bakal menyinar, nampak la function die walaupun die terpaksa main belah kiri.Arsenal bakal dapat lebih dari Nasri ape yang diperolehi daripada Hleb.Percayalah..

Berita yang sudah disahkan, Justin Hoyte telah dijual ke Middlesbrough dengan nilai yang dirahsiakan tapi anggaran 3M. Aku pun kesian gak dengan nasib Hoyte nih kalau dibiarkan memang tak kesampaian la hajatnye beraksi.. Senang dan mudah, Hoyte tidak cukup bagus untuk Arsenal, kalau sekadar backup untuk sedap hati mendengar kire ok la.Ini kerana Arsenal memerlukan fullback yang boleh bertindak sebagai wing back yang laju serta boleh produktif dalam serangan.Hoyte tak mampu ke tahap itu.Apa2 pun selamat maju jaya di Boro bersama Aliadiere.

P/S : Fantasy League Arsenalaysia.. setakat nie dah 4 orang player aku score...haha jangan jeles.Adebayor kapten aku hampeh...


Saksikan Live Streaming Online match pertama Arsenal musim ini!!

Bagi sesiapa yang tidak mempunyai Astro atau malas hendak ke maple2 atau kedai makan, dan mempunyai broadband internet boleh lah klik di SINI untuk menyaksikan Arsenal vs WBA kul 740 malam nie. Selamat menyokong!!!!


Pre-match : Arsenal vs West Bromwich Albion


Sepak mula season baru bakal bermula malam ini. Arsenal vs West Bromwich Albion , Staidum Emirates 16 Ogos 2008 740 di ESPN saluran 812 jika anda berada di Malaysia. Ayuh, mari kite beri sokongan tak berbelah bagi.Permulaan yang baik adalah penting dan tiada yang lebih baik selain dari kemenangan ke atas pasukan yng baru kembali ke EPL ini. BIarkan apa kate Mourinho, media, penyokong2 tegar dan tak berapa tegar Man U Chelsea Liverpool dan jiran yang poyo baru nak naik Spurssy.. semuanya mengecilkan Arsenal awal2 lagi. Setahun lalu ramai orang menjangkakan Peningalan Henry adalah penamat, Arsenal bakal relegate tapi perjuangan dan semangat lawan barisan muda Arsenal menafikan tohmahan sama sekali.

Arsene Wenger berkata " 2 season lepas semua orang boleh tengok kite berada 20 mata belakang pendahulu di akhir musim, tapi season lepas??? hanyabeza 4 mata jek..itu satu kebangkitan yang mendadak dan cukup untuk buktikan kite pesaing title ang serius.Season ni kami akan tunjukkan mana hilangnya 4 mata tu pergi.Kite bermula dengan konssten tahun lepas dan ia amat penting.Haarap season i kite dapat kekalkan hingga ke akhir musim.Kita mesti menang sesuatu setiap musim. Perbezaan antara kemenagan dengan kegagalan tu terlampau seni...."

Kemenangan sahaja yang masuk akal, selain dari itu sudah cukup untuk menimbulkan modal untuk dibuat cerita2 dongeng oleh anti-arsenal organization. Kalau tahun lepas minit pertama lagi lehman dah wat spoiler jadi aku harap tak berulang lagi, fokus 100% perlu diberi.Buat masa sekarang tumpukan pada pemain yang sedia ada jangan dipikir lagi siapa yang bakal dibawa masuk at least untuk malam ini. mari kite lihat siapa yang available untuk menggalas 1st eleven malam nih.

Rosicky,Eduardo,Fabregas,Sanderos,Diaby, Bischoff sume tengah terlantar manakala song sebok di Beijing. Toure masih was2 dan mungkin di bangku simpanan, Nasri mungkin akan di beri debut EPL..memaksa Eboue ditolak ke bahagian tengah bergandingan Dengan Denilson seperti beberapa eksperimen lalu dan Walcott ke posisi asal kanannya.Namun Ramse yang bertindak baik dalam match sebelum ni m ungkin akal diberi peluang lagi siapa tahu?Ramsey sendiri pastinya tak jangka yang tanggungjawab besar ne dah dirasai awal2 musim lagi.Itulah untungnya join Arsenal dari join kelab lain umor 26 baru boleh duduk kat becnh kut. Adebayor RVP ditugaskan menggempur WBA dan aku harap boleh tengok Vela dan nak sangat tengok die jadi spersub season nih.Encik Jo akan bergandingan dengan Gallas sementara 2 orang fullback terbaik EPL menjadi pengapit. Almunia di gawang. ini adalah prediction 1st eleven aku :

-------------Almunia--------------

Sagna----Johan----Gallas----Clichy

TW14-----Eboue---Denilson----Nasri

-----------Ade------RVP-----------


Ayuh! lawan tetap lawan.. Arsenal menang 3-0...


Jumaat, 15 Ogos 2008

Adebayor ajak main kotor asal menang

Adebayor bukan mengajak rakan2 yang lain bermain lumpur atau pun mandi longkang, tetapi 'kotor' yang dimaksudkan ialah corak permainan yang buruk. Sebagai contoh, yang ditunjukkan dalam match bertemu Tewnte FC kelmarin. Arsenal yang selalu terkenal di seantero dunia acap kali memukau dengan permainan cantik dan antara yang terbaik di Eropah dan digilai ramai peminat tapi sayangnya kecantikan itu tak dapat diterjemahkan dalam bentuk kilauan trofi. Arsenal memang bermain cantik tapi untuk apa? itu yang menjadi persoalan di kepala Adebayor. Kali terakhir Arsenal mengecapa piala ialah 3 tahun yang lalu penalti penentuan FA cup 2005. Selepas itu Ramai yang puji dan pelik mengapa team Arsenal hanya menjadi fancy boy sahaja.

Adebayor dipetik sebagai berucap "Permainan cantik memang bagus tapi kite belum menang ape2 dan anda ditugaskan bermain untuk menang sebenarnya

Kite perlu tanamkan kat otak kite ni,main bola ni bagus tapi kadang kene jadi kasar, kene jadi tough kalau nak menang.Itu yang sepatutnya kene buat.Kadang2 kite perlu main kotor nak menang.

Ko kena gak buat macam tu sebab itu lah sebahagian dari bola sepak.Nak hidup beb.gua ada anak bini gak kat umah nak makan(ni aku tambah). Kadang2, lupakanlah bermain acntik nih dan pastikan ko menang , itu jek akhirnya. Mase aku sign untuk Arsenal dulu aku dah mimpi macam2 aku boleh menang kat sini tapi sampai sekarang dah 3 tahun kat sini sepatah haram pun tak menang lagi.Memang la kite ade kekuatan mental, kite pun ade ramai pemain muda yang berbakat"

Hallo Adebayor, memang la Arsenal bermain cantik, itu lah prinsip. Ko pun selalu jek miss chances, tamak depan gol kalau ko convert semua peluang season lepas dah dapat quadruple kut season lepas.Satu lagi ko sorang je la main kotor, main buruk nih. Macam ko selalu terjatuh macam nangka busuk bile one on one dgn keeper , macam tapping ko semalam yang tak kemas tuh. Arsenal menang dengan Arsenal ways, itulah prinsip perjuangan, jangan korbankan semata2 mengejar nama. Aku tak nak jadi Chelsea, menang tapi ramai orang benci nyampah. Buat penat la selama nie Wenger didik bakat2 dan ajak bermain ikut care Wenger ball. do you have balls , adebayor? berani tak? kalau betul berani main ikut care jantan la..tapi kalau dah betul2 darurat player kene red kad ramai injured itu dah kes lain..haha.. saje aku suke salahkan Adebayor, aku nak tengok die berubah season ni..jangan bimbang Adebayor, kami akan menyokong anda selagi anda tunjuk harga diri anda yang sebenar..

Kalau betul2 nak main kotor, nak main ganas, nak main buruk, belilah player yang ala2 roy keane, Gattusso, Robbie Savage tak pun Lorik Cana sebab player2 ni sume psiko2 dan pk dari 'tegak bersimpuh baik rebah merempuh'. Dan Adebayor boleh mula ceria untuk menemui rakan baru yang bakal dibawa masuk. Pengerusi Arsenal, Peter Hill-Wood akan sedia memberi 100% kerjasama jika Arsene nak mintak berapa banyak wang pun untuk player yang terakhir untuk transfer deadline kali nih.Wenger memang agak kedekut bile bab2 transfer nih tapi bukan sebab Arsenal takde duit. Inilah kate2 Hill-Wood

“Yes. We have plenty of money. We have enough money to spend but we’re not going to splash out stupidly. We could spend more but we’re not going to pay silly money for a player that is only going to strengthen the squad a bit. If they might win you the Champions League, that’s a different matter. But no one is a better judge than Arsene."

Sementara sedikit info sebelum match opener EPL lawan West Brom nih, Toure dan Nasri kemungkinan boleh diesenaraikan dalam skuad kata Wenger walaupun Toure belumlah fit 100%. Tapi pada aku biarkan dahulu gandingan Djourou Gallas ni sebab aku nampak Brother Johan kite dah semakin nampak solid walaupun agak kaku sket. Biarlah kite menanti Toure fit dan kembali rock macam dulu dari biarkan die masuk kemudian injured berbulan2 lagi. Nasri, selamat datang ke EPL. Sila delete awal2 no telefon Hleb atau Reyes dari telefon bimbit anda....


Khamis, 14 Ogos 2008

Pemain baru sebelum 27 Ogos!!


OK.. keputusan yang ok.. itu sahajalah rumusan yang boleh didapati dari match semalam.Permainan Arsenal tampak longgar terutama di bahagian tengah, Denilson dah masyuk gak kadang2 bile dapat bola tapi bile lawan control bola, nampak ramsey campur Denilson macam tenggelam hilang punca. RVP + Adebayor pun tak menampakkan taring, tumpul semacam. Walcott pun tak banyak menyumbang, Eboue? seperti biasa penumpang bertiket Golden Class... Nasib baik la tatkala saat2 genting, aku ingat arsenal nak kene bubuh dulu takpun result seri jek, tengok striker tweety bird ni dapat 2 3 peluang nak score tapi sayang, kalau Eduardo sure heboh punye stadium.

Muncul la Seseorang nie bagai dalam filem2 superhero di mana hero datang apabila ditimpa kesusahan.. muncul la Gallas di tengah2 org ramai dalam kotak penalti menjaringkan antara gol terburuk dalam carieernya. hahah.. Walau seburuk mana pun, gol tu amat penting, paling kurang pun dah kire dapat membunuh semangat juang Twente nie yang macam kene histeria jek main bola , semangat betul nak buktikan diorang setaraf dengan Arsenal. Tapi bile tibe Gallas score, dah boleh nampak ruang2 yang mula longgar kat bahagian defend Twente. Aku suke care Arsenal walau seteruk mana pun diserang, Tak pernah berhenti dengan takat bertahan jek, counter attack dan serang jek adalah senjata pertahanan paling bagus dalam bola sepak. Usaha Arsenal terbalas dengan Walcott melorongkan bola buat Adebayor untuk menambah koleksi gol ke 4 nya dalam UCL bersama Arsenal. 2 watak yang samar2 situasinya, akhirnya membayar gol deposit sebagai bekalan selesa di rumah sendiri nanti.

Jadi perlawanan timbal balik 2nd leg nie dijadualkan berlangsung 27 Ogos, 4 hari sebelum merdeka. Jadi penyokong Arsenal yang tengah sambut merdeka mase tu boleh lah membeli baju baru dengan printing nama seorang player baru yang bakal dibawa masuk, yang disahkan sendiri oleh Wenger selepas match semalam. Misteri.. memang misteri.. siapakah player tersebut? adakah Inler? Alonso? Barry ? Johnson? Moutinho? Veloso? Annan? atau Lorik Cana, yang pernah aku postkan dulu2..? Tapi sayang... Cana dan Alonso telah pun cup tied untuk UCL sebab diorang dah pun main untuk Marsseile dan Liverpool jadi kebarangkalian nak sign diorang nie rendah sangat2.....

"Adakah seseuatu akan berlaku sebbelum sepak mula pusingan kedua, Kemungkinan besar! adakah sesuatu akan berlaku sebelum sabtu ni? jangan harap." Begitulah komen Wenger ketika ditanya tentang new signing, tetapi Wenger seperti biasa tenang, bukanlah desperado dan keadaan terdesak untuk menambah muka baru.

Tapi bayangkanlah saudara2 kalau die buat kejutan 'Dasyat gila baq hang' dengan new sigining die adalah lagenda Arsenal sendiri, TH14. hahaha... musti best dan meriah lah sambutan kepulangan dia tapi buat masa ni, janganlah kite impikan dalam masa terdekat nie kerana ia takkan berlaku, (belum masanya untuk berlaku) Tapi Wenger juga menyatakan Man U bermimpi la nak dapatkan Henry kerana dia ada telepati dengan Henry dan dapat tau isi hati anak murid yang graduate dengan darjat tertinggi bawahnya, "Henry takkan kembali ke EPL buat masa nie, dan kalau kembali pun die ke England tentulah hanya bersama Arsenal." Aku juga confident yang Henry cukup memahami erti 'Respect'.

Tapi adakah ini masa yang sesuai untuk Arsenal menjual?? mmm... tak paham gak aku, Just do it Hoyte!!! itulah kata2 semngat yang kononnya bermain di fikiran aku bila die kate die mau kekal di Arsenal, stay jadi legend macam Tony Adam dalam interview season lepas. Tapi ak kesampaian la kalau ape yang didengar ini sahih. Boro dalam unofficial Website nya telah menyatakan Arsenal bersetuju untuk menjual player RB ni yang kurang mendapat tempat dalam 1st team akibat Ranking Sagna dan Eboue yang jauh mendahului. Kini Arsenal bakal menjual, jadi siapa kah pulak bekup ketiga? heheh.. Ramsey sewaktu bersama Cardiff dulu pernah bermain di RB, so, no big deal Hoyte... tq and goodbye.Tapi kurangla player English di Arsenal.


Amaran Awal Panglima Meriam..


Rabu, 13 Ogos 2008

CEPAT!! JOIN Sekarang!!!

Mari berfantasi!! EPL menjelang tiba..Jangan ketinggalan Join FANTASY LEAGUE ARSENALAYSIA.

http://fantasy.premierleague.com/

code team: 120762-30430

tarikh akhir daftar kemasukkan adalah 16hb August before 6pm


Selasa, 12 Ogos 2008

Preview Match : FC Twente vs Arsenal

Robin Van Peris memberi amaran dan peringatan kepada rakan2 agar tidak terlalu memandang enteng akan cabaran yang bakal diberkan oleh Pasukan Tweety Bird dari Belanda nih. Sebagai Rakyat Belanda , RVP mempunyai tv satelit di rumahny, tak tahulah cap apa, astro ke maestro ke castro ke.. tapi dengan tv itulah die dapat mengikuti perkembangan semasa bola sepak liga tempatan belanda dan tahu serba sedikit mengenai FC Twente.RVP melahirkan semngat kepada rakan2 bahawa adalah satu kewajipan bagi Arsenal untuk memenangi kedua2 pusingan sekaligus layak ke Champions League. "Arsenal adalah kelab hebat dan perlu bersaing di liga hebat Eropah. Tiada guna berstadium besar jika hanya sekadar mai UEFA cup" begitulah rumusan lebih kurang ape yang diperkatakan RVP. Die turut menambah bahawa kelab kendalian bekas perosak England McClaren ini penuh dengan kejutan. Twente menafikan hak Ajax pasukan pilihan di play off untuk slot ke UCL tahun ini. Seluruh negara terkejut katanya. Tapi esok aku rasa McClaren takkan terkejut kalau kene tibai lagi 7-0 macam die kene dengan Middlesbrough kat Highbury tahun 2006 dulu.hahaha...Paling best the Van turut menyamakan tweety bird hanyalah bagai Spurs poyo... wakakakaka..


Sementara itu Fabregas yang hanya sekadar beraksi 84 minit di pra musim disahkan fit oleh WEnger untuk bermain esok.Namun, Cesc yang baru pulang dari kejayaan Euro08 masih belum mencapai tahap terbaik 100% tapi pengalaman nya sebagai pemain senior berusia muda amatlah diperlukan. Fabregas yang tampak agak keletihan ketika perlawanan dengan Ajax walaubagaimanapun tidak akan diberi tekanan yang tinggi oleh Wenger kerana peninggalan Flamini, Hleb , Gilberto dan diarra. Beliau mahukan player mude nie masuk padang , enjoy the game dan main macam biasa di samping partner barunya untuk musim in, (at least bulan ni) Denilson. Mungkin juga Ramsey bakal diberikan kelas tuisyen untuk bermain dengan Fabregas memberntuk persefahama yang mantap. Ape2 pun season nie pasti menarik, siapa2 saje boleh rebut tempat begitu juga dengan kapten Jack kite. Bagai mana keadaan Nasri? beberapa hari lepas, Wenger memberi jaminan bahawa kecederaan Nasri idaklah seious mane dan boleh disenraikan dalam skuad ke Belanda tapi aku pikir Wenger takkan risikokan player ni, mungkin kita dapat melihat kelibat Nasri sebagai subsitute.Diaby pulak injured sebulan.

Jadi sama2 kite menonton matc nie di astro 811 kul 510 pagi esok.aku predict kemengan 1-3 buat Arsenal.

P/S : Berita yang baru diterima tapi belum pasti kesahihan, Cesc Fabregas tibe2 injured dan mungkin tak boleh main esok.Turut berada di bilik sakit, Toure, sanderos dan Nasri.Boro dah confirmed bid untuk Hoyte.






Isnin, 11 Ogos 2008

Laman Web Baru Arsenal.Com


Gile Gempaq! itulah frasa yang terpacul dari mulut aku sebaik sahaja membuka laman web rasmi Arsenal www.arsenal.com yang sudah berwajah baru. Berlatarabelakangkan warna putih dengan tema putih merah masih menjadi warna rasmi laman web ini. Tulisan yang lebih jelas dan mudah dibaca, gambar yang lebih besar di muka depan , memang bangga dan teruja aku melihat perubhan nie. Ini menunjukkan semngat baru Arsenal dengan player yang rata2 baru dari skuad Invicible yang tinggal hanyalah vice kapten Kolo Toure.


Di ruangan First team pun nampak menarik dengan profile dan stat player, gambar yang cun, baru la menaikkan semangat mood pembaca.heheh. Ok cukup dengan design, tahniah buat arsenal.com. Ape kah berita untuk hari ini? Diaby..anda kenal Diaby? yang botak2 ala viera tapi yang kadang2 tu naik meluat tengok dan kali ni dipetik2 sebagai pengganti Flamini. Tapi malang bagi diaby kerana hajatnya tak kesampaian paling sekejap pun sebulan terpaksa melupakan hasrat beraksi kerana tigh injury. Wenger dalam kepala otaknya telah mengatakan Denilson akan MENGGANTIKAN diaby partner dengan Cesc Fabregas.'Ganti' ?? apakah ini bermakna Diaby telah menjadi 1st choice untuk menggantikan Flamini di bahagian Tengah?Jadi makin kuatla andaian bagi merka yang mengatakan Arsene takkan membawa masuk muka baru di bahagian tengah.

Ok, Diaby, mari kite berterus terang, aku tak rasa diaby bersedia tapi kalau Wenger betul2 mengharapkan die ni, aku akan bagi peluang die buktikan kemampuan di posisi asal, mungkin diatarik ke sayap kiri yang menyebabkan otak kanan nya senget di belah kiri , jadi main pun macam haram. Buat Denilson, aku rated tinggi player nie tapi kemampuan die sebnar masih belum menonjol kerana pada aku beliau lebih sesuai di posisi Fabregas. Menggandingkan 2 orang 'Fabregas' bukanlah idea yang teruk tapi adalah lebih baik jika ada option yang lebih defensive.Ape2 pun Si Profesor berkata satu match tak cukup untuk membuktikan partnership mereka, bagi masa 3 4 match katenye.

Teka teki atau pop kuiz dari Arsene Wenger masih belum terjawab. malah jawab Wenger " GokanInler bukanlah jawapannya. Budak dari Swiss bukanlah ape yang kite perlu sekarang.Aku akan spend duit kat orang yang betul. Kite kekurangan pengalaman. Tapi jangan lupa Diaby injured, Song Olimpic begitu jugak dengan budak Bischoff tu, jadi sebenarnya kite ramai player"
Ramaila sangat,ramai dekan sick bay....





Ahad, 10 Ogos 2008

Arsenal juara Amsterdam Tournament.

Terlebih dahulu Arsenalaysia ingin memohon jutaan maaf kerana tidak sempat mengemaskini blog dalam beberapa hari ini..Perkara yang tidak dapat dielakkan sebagai manusia.Heheh.. ok2.. Jadi aku terlepas priview Amsterdam Tournament. Dan keputusannya sudah di ketahui ramai di mana Arsenal champ buat kali kedua berturut2!! yezzaa.. Sekali lagi persembahan yang terpuji dari arsenal.1st team dan juga player muda walaupun tanpa kelibat Samir Nasri yang dilanda kecederaan.





Dalam pada kesibukan arsenal melalui pra musim dan bersiap sedia menentang dan memalakuan Tweety Bird McClaren minggu depan, Arsene Wenger berkata die bukan lagi dalam situasi tengah mengintai siapa2.. intai? aku teringat gelaran Vouyer yang diberikan Muurinho kat Wenger. Kecoh perang saraf mase tu.haha.

"Buat masa ni aku sibuk sket la kat Amsterdam nie, tak de ape2 pun perjanjian terdekat yang tngah dirancangkan. Tapi tak tahulah , minggu depan, kut2 ade, kut2 takde..ape2 boleh jadi, bola tu kan bulat. Aku nak target ke Champions League dulu ni minggu depan" kate Wenger yang pernuh berteka teki.

Apabila ditanya mengenai player Udinese, Goklan Inler, Wenger menjawab " aku tak cakap 'tidak' pada siape2, tapi kalau ade yang cakap aku tgh advance dengan mane2 player aku boleh nafikan. ape2 boleh jadi jugak," aiyak... psikologi dari sang profesor.

Sementara itu Justin Hoyte dan bebrapa player muda lain mungkin akan diloankan kerana agak sukar mereka pecah masuk 1st team.Jadi pilihan terbaik ialah bagi loan kerana Wenger sendiri telah sahkan bahawa kontrak baru belum ditawarkan, ini kerana mungkin Hoyte dan rakan2 dilihat blum mampu bersedia dan cetek pengalaman sebagai backup kepada Sagna. Jadi Eboue mungkin akan dikembalikan ke posisi asal sebagai backup kepada Sagna, kalau ini berlaku aku lega la sebab tengok Eboue main jadi RM boleh kene demam malaria aku...

Jadi 3 hari lagi untuk match yang sebenar.FC Twente mesti tengah berpeluh sakan sekarang nih. Jom Countdown, hari yang dinanti2kan telah tibe, semakin lame ditunggu semakin hampir musim baru nak mule. Dimulakan dengan piala sumbangsih malam ni, tiada yang lebih syok buat penyokong Arsenal apabila tengok Man U kalah di tangan Pompey lagi syok kalau Campbell Lauren atau Kanu yang score...


Rabu, 6 Ogos 2008

pre match : Huddersfield v Arsenal

Berikut adalah senarai player yang diturnkan pada match awal pagi nanti. Fabianski jadi super senior.hahaha.. Untuk match kali nie tidak lebih sebagai pendedahan dan pemanas badan skuad2 reserve dan sedikit 1st team player yang kurang mendapat tempat season lepas ..Arsenal 11 Hudder 1. x dapat clean sheet.hehehSelamat menonton.. Streaming online

Skuad Arsenal:
Nacer BARAZITE
Kyle BARTLEY
Johan DJOUROU
Jay EMMANUEL-THOMAS
Lukasz FABIANSKI (GK)
Rui FONTE
Emmanuel FRIMPONG
Kieran GIBBS
Gavin HOYTE
Justin HOYTE
Henri LANSBURY
Vito MANNONE (GK)
Havard NORDTVEIT
Aaron RAMSEY
Mark RANDALL
Jay SIMPSON
Theo WALCOTT
Sanchez WATT
Carlos VELA
Jack WILSHERE

Berita melegakan di mana Wenger memberitahu perkembangan terkini kecergasan Rosicky dan Eduardo yang positif.Berbeza pula dengan nasib seorang lagenda Arsenal model pakaian dalam CK, Fredie Ljungberg yang telah pun ditamatkan kontrak oleh West Ham. Persetujuan dikatakan dicapai oleh kedua2 pihak, kerana Ljungberg tahu die tak mampu lagi beraksi dengan kecederaan yang dihantui. kini Fredie menimbang untuk bersara atau bermain di US atau Asia. Ayuh, jom sertai liga super Malaysia Fredie. tapi tak kesampaian la sebab tahun depan ura2 Malaysia dah nakharamkan player import.. FAM = lalang!


Selasa, 5 Ogos 2008

Bulan ini ..bulan cinta

Sudah 2 3 hari tak turun padang..Banyak betul mende2 yang 'foul' dan membantutkan urusan aku. Kini dapat gak kembali setelah habis suspension, heheh. Ok, mmmm bagaimana nak mulakan nie? di mana part2 yang aku tertinggal? oh, Emirates Cup, Hamburger gak yang Champion?! hahah.. Elok lah tu, dari 3 pasukan star pasukan underdog gak yang menang. At least masing2 tak la terasa sangat, cube kalau team yang menang tu antara tiga.. mesti heboh overkonfiden. Tapi aku cukup berbangga la dengan player yang turun menentang Real Madrid itu hari, sebab diorang langsung tak bagi real gerak dan control game.
Buat Adebayor, tahniah la sebab persembahan yang agak happening, jangan la ko saje jek berlakon nak tunjuk work rate tinggi nie semata2 nak memenangi hati fan arsenal, harap persembahan ikhlas dan konsisten. Snijder?? Aku simpati, malang betul tapi itulah bola sepak dan aku agak Abou tak berniat pun nak terjah teruk sangat tapi Diaby nye sejarah memang ade rekod, ingat lawan Bolton musim lepas??heheh. Tapi Real tak berapa gusar pun tak pe sebab diorang dah angkat Van Der Vaart. Aku pun hairan kenapa Arsenal tak sambar atau paling tidak pun bersaing cube rebut VDV yang khabarnya tak lebih 10M pun..mmmm...

Jack Wilshere dapat jersey no 19 dan dipromote ke 1st team. Waaa ini satu langkah yang berani oleh Wenger. KIte semua dah saksikan betapa berbakatnya Kapten Jack ni tapi aku harap Arsenal tak terlalu menekan nanti silap tekanan boleh tertekan player muda macam nie.BIarlah die maju dan terbentuk ikut flow. Aku tak kisah kalau Wilshere diberi peluang beraksi ketika Arsenal berada dalam keadaan selesa mendahului ke. Tapi aku tak berapa prefer sangat kalau Wilshere nie dimasukkan bagi mengubah rentak permainan, kerana dia nie masih belum mencapai tahap impact player.Beri ruang dan masa untuk die menimba pengalaman. Dan bercakap pasal masa, Eduardo dah tak sabar2 menunggu masa samapi die dah meletakkan milestone untuk paling lambat pun dapat main sebelum hari Natal. Gua caya sama lu Eduardo, semangat juang macam nie la yang Arsenal mahu dengar, 6 bulan yang lepas , aku ingat die ni dah takde harapan untuk jalan jauh sekali main bola, tapi die dah buktikan usaha tangga kejayaan..Cepat la sembuh Eduardo, tak sabar nak tengok samba Mexico campur CroZil (Crotia + Brazil) heheh.. Eduardo + Vela.. meletup beb!

Rumours? haaa.. tadi aku nampak bnyk bendera2 malaysia dah mula dikibarkan, mule2 aku tak perasan la kenapa, rupenye..laaa.. dah bulan Ogos, bulan kemerdekaan.Patut le..Aku bangga jadi anak Malaysia. Tapi 31 Ogos jugak la transfer deadline dan Arsene kate die bukan dalam situasi nak membeli lagi walaupun tak menafikan sorang lagi boleh ditambah ke dalam pasukan. Tapi Arsene ni suke cakap putar belit jadi kalau die kate die tengah takde siape2 on the list maknenye kite semua boleh la harapkan seorang player lagi dibawa masuk terutama di bahagian tengah. Jadi nama2 yang kini berlegar2 di ruang media antaranya ialah regu Portugal Moutinho atau Veloso, pemain Real Madrid Ruben De La Red, Garreth Barry dan juga Xabi Alonso. Pilih lah yang mana satu dan Arsene pasti akan petik dari nama yang tak tersenarai tadi.Aku tak terkejut kalau skrip lame berulang kembali, setahun yang lepas "Siape Eduardo? Siapa Sagna? ..Muke nak tiru macam Henry, rambut nak macam mop" tapi sekarang.."alahai.. intan, payung, ala bucuk2.." Hahaha macam tu la analogi nye..




Ahad, 3 Ogos 2008

Post Match : Arsenal vs Juventus, skrip Arsene-Adebayor

Agak lambat aku posting hari nie.. Bagi sesiapa yang menyaksikan match semalam, korang dapat lihat bagaimana Arsene mengisi 1st half dengan pemain2 muda dan memasukkan beberapa 1st team dalam separuh masa kedua. Apa yang dilihat, pemain2 muda agak promising dan pemain2 senior nampak macam masih keletihan dan hilang punca terutama Adebayor dan Eboue. Jack Whilseher nampak matang, Ramsey adalah antara watak penting di first half sebelum dikeluarkan. Namun, Nasri kurang menyerlah di depan para penyokong Emirates buat kali pertama. Denilson pada aku masih belum sedia menggalas tempat Flamini. Diaby?? ape menede die merapu aku pun tak tau, control bola dah bagus tapi lambat kasi lepas. Bendtner mempunyai banyak peluang yang dipersia-siakan dan mendapat 90 minit, kalau boleh aku nak tengok Carlos Vela main lebih lame sebenarnya.Tempo permainan yang laju , box-to-box action yang begitu menarik dipertontonkan oleh kedua-dua pasukan.

Keputusan bukanlah keutamaan namun agak kecewa kerana gol Trezeguet adalah 100% offside tanpa perlu syak wasangka. Sekali lagi menunjukkan kita bakal berhadapan tugas besar dengan ref2 dan linesman yang selalu memberi kite hard time. Jadi eloklah disegerakan deposit gol dari terpaksa berhutang dahulu, kerana memang Arsenal suka kejar dari belakang tapi urgency semalam tidak dapat menyuntik semangat merobohkan kubu ketat Juve dengan pintu gol dikawal antara penjaga gol terbaik dunia. Jadi, setelah hari pertama kejohanan, Arsenal sebagai tuan rumah di tangga tercorot dengan kosong mata, kejuaraan masih lagi terbuka kerana 1 gol dapat 1 mata so Arsenal kene menang besar lawan Real la nampaknya. Real sebelum itu menundukkan Hamburger kendalian bekas jurulatih bongok Spurs Marti Jol 2-1.

Apa yang ketara semalam adalah penerimaan peminat terhadap Adebayor. Adebayor terpaksa membayar harga yang mahal apabila pilih untutk kekal di Arsenal di sebalik segala macam pi'il dan mulut besar nya ketika cuti summer dahulu. Adebayor malam tadi telah diboo dengan bagus sekali oleh para pengunung Emirates yang nyata rasa diri masing2 ditikam dari belakang oleh Adebayor. Ditambah lagi dengan persembahan yang macam Crouch versi gelap, nyata Adebayor kini berhadapan tugas sukar untuk memenangi hati rakyat jelata utara London.

Namun Wenger perlahan2 cuba memperbaiki keadaan dengan memberi sokongan moral.Aku tak tahulah sama ada kenyataan2 dikeluarkan oleh Wenger hanya rekaan semata2 atau tidak kerana beliau mungkin terpaksa menutup pekung yang dibuka oleh Adebayor sendiri. Wenger tidak cakap direct kerana cara percakapannya boleh ditafsir. Die dipetik bercakap, "Ade saat yang merumitkan apabila ada player tidak mengeluarkan kenyataan2 tertentu tetapi terpaksa berhadapan dengan situasi yang telah digembar gemburkan media" itu adalah ayat selamat. Jika Die hendak berterus terang sepatutnya die berkata " Adebayor terpaksa melalui situasi ini kerana die menjadi mangsa media, disebalik apa yang ditulis itu sedikit pun tak pernah keluar dari mulutnya" hah..itu lagi direct.. Jadi pada aku Wenger hanya cuba menyelamatkan maruah Adebayor kali ini setelah gagal mendapat pembeli, Adebayor terpaksa tebalkan muke mengetuk pintu bilik wenger dan merayu "Let me stay". Wengger membalas " Kali nie jek aku selamatkan ko punye #$##% lepas nie kalo ko buat hal lagi, tak dak dah. kerem salam!!"



Sabtu, 2 Ogos 2008

Pre-Match :Arsenal vs Juventus Emirates Cup 08

Mengapa aku tertunggu2 match nih? Ini kerana 2 kelab kesayangan aku beraksi, 1st of Course Arsenal dan pasukan kedua aku Di Eropah ialah Juventus sejak dulu lagi.(kecewa pasal rasuah tapi bangga diorang dapat naik semula sekejap jek).

Ok , jadi Arsenal akan meneruskan persiapan dengan perlawanan yang lebih competitive lawan Juve, sebgai juara emirates cup musim lepas aku ingat lagi macam mane kite kalahkan kelab Don Italia Inter milan dgn RVP gol bapak sempoi gila baq hang dgn Hleb equaliser sebelum tuh. Jadi lawan Juve nie aku harap dapat ulang sejarah 06 road to Paris... memang malam tu gemilang gile ah, Fabregas tunjuk belang sebenar kat Viera.. so jadi malam nie kite tabo lagi, walaupun pasukan favourite aku kedua dalam eropah nie Juve sebab Del Piero.. hahaha Aku respek Juve, aku sayang arsenal..

Aku kurang setuju sangat dengan peranan baru Ebour di bahagian tengah sebagai DM baru- baru ni Wenger terpaksa kerana ingin memberi peluang kepada Walcott di bahagian sayap dan mungkin pemain muda ini akan mengongker posisi tersebut jadi naka tak nak sebab sayang sangat Eboue ni Wenger eksperimen die plak kat tengah. Entah2 kalau lepas nie ade pulak player yang lebih layak, Eboue diatawarkan jadi keeper pun takpe.Tolong lah..

Eboue dah begitu struggle dengan peranan baru sebagai RM di musim lepas takkan nak dibiarkan struggle lagi semusim dengan peranan baru, tapi aku rasa yang paling layak dengan skuad sedia ada ni nanti adalah encik Rosciky , yang sememangnya CM tapi ini bermakna salah seorang dari mereka(Cesc & Ros) terpaksa mengorbankan sedikit keupayaan di bahagian serangan untuk cover back 4 yang sememangnya kurang mengancam. Tapi mungkin dalam kepala otak Wenger masih ada nama lain berlegar2 yang belum disambar..who knows?

Ape ape pun malam nie kalau nak tengok live bagi siapa ade astro pukul 150 pg channel 811 kalau streaming bolehlah klik di sini. Dan kat situ klik mane2 link yang muncul beberapa jam sebelum kick off. Sempoi?? memang best... Arsenal 2 Juve 1

Ini prediction 1st eleven aku berdasarkan Wenger's theory :

----------- Almunia ------------
Hoyte --- -Gallas ----Djourou---- Clichy

Walcott ---Fabregas---- Eboue ----Nasri

----------RVP -----Adebayor-------


Adebayor kekal..Gallas kekal kapten.. "One More Body In There"

Berita yang agak menarik bagi para penyokong Arsenal. Namn tidak pasti sama ada berita ini menggembirakan atau bercampur baur bagi sesetengah peminat yang agak sukar penerimaan mereka terhadap insan bergelar Adebayor. Adebayor semalam telah melafazkan janji setia untuk terus kekal di Arsenal musim depan, dengan Wenger menyokong penuh kenyataan Pemain Togo itu. Apa yang dirisaukan Wenger ialah penerimaan peminat kerana media yang selalu memutarbelitkan kenyataan dan kadangkala kenyataan itu tidak perah dikeluarkan.mmm Boleh caye ke? Pasal Kontrak baru, Adebaor perlu sekali lagi buktikan bahwa 30 gol season lepas bukan nasi dan perlu konsisten paling kurang pun 20++ gol musim nie baru lah ko layak nak negotiate kontrak baru ko tuh. Better jugak la si Adesayor nie stay walaupun die nie kadang2 kureng sket, kite dah cukup short dah nie dengan 3 org player pengalaman dan sorang combatative player dah blah.Adebayor,buktikan dahulu sebelum anda memenangi hati peminat semula.

William Gallas akan diberi kepercayaan semusim lagi untuk memikul tanggungjawab sebagai kapten Arsenal. Gallas yang terlalu mendapat kritikan hebat baik dari pemerhati , peminat atau pengkritik dan pernah disalahkan sebagai faktor kemerosotan mendadak arsenal di hujung musim. Setelah kekecewaan di Euro08 Gallas agak pasif dan senyap, tak mencapub seperti biasa di media2 masa seperti musim seelumnya di mana beliau terlalu laser dan bermulut lantang. MUngkin kerana die perasan kedudukannya tergugat kerana Wenge pernah menyatakan kedudukan kapten akan dikaji semula. Dengan Cesc Fabregas menunjukkan kematangan dan Toure dan Clichy menunggu dalam barisan, Galas tidak boleh lagi ego dan mendabik dada. Atau mungki juga ini langkah selamat dari WEnger untuk mengekalkan player paling senior di tgh2 padang setelah gallas cuba dipancing PSG. Ini kerana cara untuk membuat Gallas berasa happy dan tidak dipinggirkan hanyalah dengan memberi lilitan kapten, kerana tanpa lilitan kapten tersebut, Gallas mungkin merasakan dirinya tidak lagi untouchable.

“It’s not a problem [if we don’t sign anyone] because we have enough young players who can step in but we lost experience and if we can get a midfielder with experience who can play a tactical role we will do it. We need one more body in there.”

Arsene Wenger dalam Press Confrence menyatakan Arsenal akan membeli seorang lagi player jika betul2 perlu dan berasa pemain tersebut berbaloi,fit dalam Arsenal dan betul2 berkualiti. Setelah pertemuan dengan VFB Stuggart, die bagitau dah tak nak beli sriker kerana Bendtner, Vela, Walcott dan Eduardo dah cukup untuk backup. Apa ang diperlukan katanye ialah pemain tengah, namun die tak la desperado kerana kalau tak jumpe pun, die yakin akan dapat cari 'kaualiti' tu dalam skuad yang sedia ada. Apabila ditanya tentang kemungkinan player itu adalah Barry... Arsene menjawab,
“I don’t think that the best tactic is to come out with names.”