Rabu, 30 Disember 2009

Arsenalaysia ke muka buku..



Dengan bantuan saudara EDS9, dengan besarhati  dan sukahati, sukacitanya dimaklumkan Arsenalaysia telah pun mengembangkan sayap ke laman jaringan sosial terkemuka mukabuku @ Facebook. Kepada anda yang rajin2 berfacebook boleh lah sertai group Arsenalaysia di link Mukabuku Arsenalaysia.   bolehlah berkenalan dan menubuhkan hooligan.huhuhu..


Pre Match : Tutup 2009 dengan kemenangan


Tiada gunanya sembang pompang jika tidak menewaskan Pompey malam ini. Jangan jugak fikir Pompey akan senang2 serahkan 3 mata dalam dulang kerana paku dulang paku serpih,Liverpool pun pernah kena paku abih.Khabar berita mengenai kecederaan Fabregas masih belum dikeluarkan secara rasmi tapi untuk selamat, anggaplah tempohnya dalam 3-4 minggu dan bakal terlepas 4 match dalam tempoh tersebut.Jika keajaiban berlaku, ia adalah satu bonus.Bonus hujung tahun jugak menyaksikan kembalinya Rosicky sama ada pertemuan malam ini ataupun FA cup hujung minggu ni.Bendi masih lagi terpaksa diketepikan lagi 3 minggu.Siapa2 ada susu Anlene untuk Denilson yang sakit tulang belakang?

Ramai yang memuji persembahan cameo man of the match Fabregas tempoh hari di kalangan media, pemerhati, penyokong pengkritik, Wenger sendiri dan rakan2 sepasukan.Wenger cakap kemunculan cameo terbaikyang pernah disaksikan, Mael cakap, Fabregas ada 2 mata lagi kat belakang kepala.Arshavin pulak bagi comment yang agak lucu.

Cesc changed the course of the game... You know, I wish I could play like him. - go out for twenty or thirty minutes, score some goals and go away .


No kidding, he was great. I hope that his old injury relapse won’t last long and he’ll start playing soon

 Berbalik pada match awal pagi besok, Pompey yang tewas dalam bottom table battle dengan West Ham pastinya mencari tonik. Berita West Ham yang tumpas Isnin lalu pastinya menaikkan semangat mereka untuk mengambil kesempatan sama jugak seperti Arsenal yang tidak mahu lagi kecewa tercicir mata dalam perlawanan2 boleh menang seperti ini.Salah seorang yang pastinya tak sabar pulang ke Fratton Park pastinya Armand Traore yang menghabiskan masa bersama 3 orang manager yang berlainan sewaktu dipinjamkan musim lepas.

----------------Almunia---------------
Sagna--------Gallas--Mael-----Traore
----------------Song-----------------
----------Eboue-----Diaby-----------
----Arshavin----Eduardo----Nasri-----

subs: Rosicky Walcott Ramsey

Sementara itu perpindahan Wilshere ke Burnley mungkin terpaksa ditangguhkan kerana festival kecederaan di Emirates.Selagi Wenger tidak dapat mencari pengganti untuk backup mengapa dia perlu melepaskan pemain yang sedia ada.Atau adakah kapten Jack sendang menanti lamaran West Ham?

Astro 813 Star Sports 3:40 am. Pompey 0 Arsenal 2.Kita clean sheet sebab kita ada...

Mael Kerbau :



P/S: Satu lagi penafian dari Wenger  tentang transfer.Kali ini watak yang terlibat ialah pemain Mancini City, Bellamy. Kita bukan nak cari pemain golf!!!


Isnin, 28 Disember 2009

Post Match : Mael on Aston




Post Match : 28 minit cameo boleh ubah momentum satu musim




Fabregas sambut gol memang passionate habis.Dia dengan RVP boleh tahan. Tapi tengok Wenger sambut 2nd gol kemudian ekspresi wajah tiba2 berubah(2:31) bila tahu gamblenya terpaksa berbayar..huhu..



Kemenangan apa ni..!! (hahah.. what a win!)  Fabregas hanya perlukan 28 minit cameo untuk mengajar rakan2 lain macam mana nak score.Bukan satu tapi 2 bijik.Sekali lagi gol freekick, macam abang angkat Kesuma Dewa ,Shebby cakap, tambah ability dan menajamkan bakat sebab selama ni Fabregas jarang bebenor free kick direct terus masuk.Menarik mengatahui ada jugak player2 yang mampu step up ambil free kick selain RVP.2 kali dah dalam tempoh seminggu. Gol kedua pulak memang world class.Counter attack dari Armand, Theo dan Fabregas yang muncul paling laju antara kedua2nya burst ke dalam petak dan menyudahkan dengan cukup kemas.Kalau tengok replay sudut dari belakang gol anda boleh tengok bagaimana kemasnya penyudahnya.Eduardo patut belajar balik dengan the little spaniard ni.

Tapi Gamble Wenger terpaksa berbayar dengan bayaran yang tinggi. Masuk sebagai sub yang menggantikan Denilson(jugak injured belakang) dan akhirnya hamstring nya kembali menghantui ketika dia mengejar malah mendahului Theo. Scan masih perlu dijalankan paling elok beberapa hari paling teruk mungkin 3-4 minggu.Satu situasi yang membuka otak Wenger menimbangkan kemungkinan untuk menambah di bahagian tengah Januari nanti dengan ketiadaan Song, Denilson dan Fabregas. Namun Song hanya perlu mendaftar diri 4 hb yakni masih ada 2 match baginya untuk menabur bakti.Melihat Song semalam aku tiba2 rasa marah padanya, marah bukan apa tapi sebab kenapa dia terpaksa meninggalkan Arsenal dalam ketika kita tengah meletup ni! Song sekali lagi menjadi watak si tenang dan menjadikan back 4 kita rasa cukup protection. Lihat bagaimana dia cover posisi setiap kali Mael atau Gallas menggila ke atas.

Apa pun semalam taktik Wenger memang menjadi.Aton Villa tak gerak langsung semalam.Diaby, Denilson Nasri, Arshavin, Eduardo ada saje di mana2.Cuma penyudah jek yang tak kesampaian perlukan sentuhan magik pemain yang tak 100% fit.Bayangkan kalau dia all out, tak ke dasyat lagi.Milner Young Downing memang hopeless membiarkan pakcik Heskey dan Gabon mati kutu.Mael dan Gallas simpan depa dalam poket seluar jek.Petrov garu2 kepala haru biru tak tau nak buat apa. Dune dan Co jenuh nak jaga Diaby yang memang tak boleh duduk diam.Sekali lagi persembahan baik back to back matches. Konsistensi seperti ini yang diharapkan dari Abou. Hah..Bukan tak bole tapi entah apsal selama ni jadi badut, saja ja kut.Dengan imej baru ala2 Will Smith, mungkin keinsafan timbul dan tertera dalam baju-T nya 'I am legend' .Gol ke 3 Arsenal dan kedua baginya dalam tempoh seminggu merupakan satu hadiah hasil usaha kerasnya.memang Super-B.

Dulu gelak2 laa diorang/media/pundit tengok Arsenal tercicir jauh.Hah, sekarang semua diam2, malah masih ragu2 tu walaupun kita ketinggalan 4 mata jek dengan satu perlawanan dalam tangan. Namun kita jangan terbawak2, masih jauh lagi ni. Harapan aku agar habiskan tahun ni dengan kemenangan kat Pompey Rabu ni. Kemudian FA cup pembuka tahun baru bertemu West Ham 3hb.Dah 3 hari bukak transfer tu, mungkin dah ade 2 player baru.hahahahaharapan.

Aku harap Arsenal terus konsisten dan jtidak syok terlebih2 pulak tapi tak salah nak meraikan momentum sekarang ni. Inilah peluang terbaik Wenger selain dari musim 07/08 untuk menukarkan pasukan ini dari pencabar kepada juara .Ini kerana musim2 lain sebelum Januari lagi kita dah terkandas. Aku harap dia tak 'spoil'kan lagi kali ni.

Agi idup agi mengGunners!


Ahad, 27 Disember 2009

Star TerCrack..3-0 yang memuaskan

Terlebih dahulu, agak memuaskan bila melihat arsenal control game dari mula sampai habis..namun bak kata shebby di waktu rehat pertama, arsenal kekurangan kejutan elektrik. Mungkin kata2 beliau didengar wenger lalu bingkas memasukkan Fabregas yang ternyata memberi kejutan 500 volt ke atas aseton. Freekick yang superb, scoring yg superb, beliau sememangnya star malam ni.

Namun,seperti disahkan mulut busuk shebby, Star kita dah Crack yakni kembali mengalami kecederaan HamGstring..apa2pun, rasanya injury die xlah teruk. Jgn makan masa dah la. Kalo 2-3 bulan, wenger x teragak2 la beli GUrU (squad harimau muda aka malaysia bwh 23).huhu.

Goal diaBaby di minit2 akhir seolah2 pemanis mulut tembikai susu yang selalu diberi sewaktu makan tgh hari di dewan makan time aku skolah dulu. Rasanya manis bercampur ngilu..har3x..

Tahniah..Syabas..Keep It Up..Aseton?trimas...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


Sabtu, 26 Disember 2009

AseTon ViLLa?

Hehei..lama gue x mencapap di laman ini..slamat hari natal semua..hari saja natal, tp korang jangan menggatal sana sini ok..

Terlebih dahulu gue rase sume sedia maklum, januari dah dekat..macam spekulasi basi gua dengar. Wenger nak beli itu.ini.itu.ini..secara jujurnya, gua rase die xkan beli sape2 langsung..andriano?rasenyer tidak..sebab gua rase die akan menaruh hati kepada bendi untuk meneruskan kemantapan barisan hadapan.

Diaby dan denilson yg semakin mapan membuatkan org tua jubli emas ni rase dia x perlukan sape2 di bhgian tgh. Ramsey wahab yng dilihat pengganti fabgrrrGas juga sedia untuk diberi tempat utama.

Cuma mungkin beliau xkan teragak2 untuk dapatkan back kiri dek kerana silvestre yg semput pancit, traore, clichy, n gibb yg sakit misteri.

Gua rase, dari kite berangan player apa yg wenger nak beli, baik kita predict player apa yg bakal diloan atau dinyahtoksik oleh weng-er. Ni prediction gua untuk january ni:
1) Wilshere - birmingham City loan
2) Traore - dijual
3) Sanderos - dijual
4) Merida - loan
5) Eboue - dijual
6) Pat rice - disayangi

Haha..berkenaan menentang asetan ViLLa, gua rase chance masih 50-40 dengan 10% di pihak reff, 40% asetan villa dan 50% arsenal..kalo kita keep on menang, x mustahi, mustahil atau musMAY kita leh menang juara liga. Harapan maseh ada..jgn tiba2 wat pasai dah..

Bak kata Rajagopal
"Menang Dijulang, Kalah Dibuang"

Huhu..challow bete..

Gossip baru:
"Wenger maybe nak beli guru dan kuna..cayalah..har3x"

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


Pre Match : Beware of The Sillent VILLAin

Sedar tak sedar mereka umpama Sleeping Giant, Giant killer atau Giant dalam cerita Doraemon. Sesudah menewaskan Liverpool ,Man U(away) dan Chelsea(home) dalam diam2 mereka mengorak langkah untuk mencipta kejutan. Penghujung musim lepas dan starting yang tak berapa bagus tapi dari game ke game mereka berjaya mencari keserasian dan persefahaman dan nampak stabil seimbang di semua bahagian.Setelah mengorbankan Gareth Biri2, ramai menyangka mereka akan mengalami nasib sukar, tapi Martin O Neill yang mendapat durian runtuh sebenarnya.Terima kasih kepada kebodohan Mancis yang membeli Lescott menyebabkan Villla mendapat antara commanding CB terbaik BPL, Richard Dunne. Dengan persaraan kapten mereka Laursen, mereka sedar mereka perlu membawa muka baru dan Collins dari West Ham tidak mengecewakan.Dan tak lupa overrated Stewart Downing yang hadir membuka ruang untuk Villa mengganti Biri2 dengan on form James Milner yang nampak mengancam di bahagian tengah.




Itulah dia serba sedikit mengenai Aston Villa.Satu2nya pasukan yang tidak pernah merasai pengalaman tewas di Emirates sejak 06/07. Kesemua match di Emirates, mereka yang score dulu menghasilkan 2 seri dan satu kalah buat Arsenal. Kekalahan musim lepas pastinya segar dalam ingatan Wenger di mana kita sekali lagi diperbudak budakkan malam itu.Walaupun Almunia menyelamatkan penalti tetapi dia tidak dapat menyelamatkan Arsenal dari dimalukan 2 bijik.Pada ketika itu 4-5-1 dengan Gabby Agbonlahor menjadi lone striker tapi mungkin dengan kemunculan kembali Heskey, Villa akan hadir dengan tradisional 4-4-2 mereka.

Sama2 berada di 35 mata api Arsenal kurang satu perlawanan, pastinya ini perlawanan yang sangat penting bagi menutup tahun ini (rabu ni ada match lagi) dengan keyakinan yang tinggi.Inilah peluang untuk Arsenal menjarakkan diri dari zon cukup makan dan menaikkan dir ke zon pencabar kejuaraan.Macam kata Arshavin, takkan asyik2 nak mengharapkan pada team2 lain jek yang drop point, Arsenal perlu memaksimumkan peluang ini sendiri. Chelsea, menghadapi masalah African Cup, Man U masalah pertahanan, Liverpool? entah ape2 masalah dan Arsenal sendiri ada masalah kecederaan .Namun tahun ini dengan segala ape yang berlaku, ia umpama memberi petanda dan peuang kepada Arsenal.Aku percaya dengan satu atau 2 killer signing January nanti, Arsenal dah boleh dikatakan untuk hampir lengkap. Kita tahu Arsene takkan mencari keeper baru tapi DM dan CB masih dalam radar manakala striker adalah wajib.Lihat bagaimana signing jeni Arshavin membawa Arsenal burst kekal ke kejohanan Eropah pada ketika semua pundit dan pengkritik ragu2.Jadi dengan situasi macam ni, jika Wenger dapat mengeluarkan sesuatu dari topi ajaibnya, tak musthil Liga dalam genggaman.Yang penting malam esok wajib menang dulu.

Fabregas uuntuk esok 50:50. Hanya Traore yang disahkan kembali. Ini bermakna Silvestre kembali ke bangku simpanan.Tapi at least kita ade back up yang baik.Untuk melawan Villa, kita perlu ada kepantasan untuk mengekang kelajuan.Jadi Traore yang diakui Wenger dalam senarai 3 paling laju di Arsenal penting untuk melayan kelibat2 Agbonlahor, Young dan Milner. Sagna mungkin kembali ke RB setelah direhatkan minggu lepas.Aku tak tahu adakah aku bnear2 mengeluarkan kenyataan ini tapi dengan ketiadaan Fabregas, dribbling direct Diaby adalah kunci untuk menarik perhatian pertahanan Villa sekaligus membuka ruang pada teman2 sepermainan yang lain. Harap dia masih lagi dalam keadaan on form, dan jika sebaliknya, worst case scenario bakal berlaku. Macam yang pernah aku katakan sebelum ni, Diaby memang offensive option jadi tempat paling sesuai adalah tempat Cesc, tapi bagi Wenger, dia lebih gemar menggunakan Diaby untuk break opposition play yang sebenarnya Denilson lebih master.Itualah yang menyebabkan sumpah seranah sering berlaku akibat Wenger yang meletakkan pemain bukan pada posisi terbaiknya. Nasri di Marseille dan Walcott jugak bukanlah asalnya wide player.Tapi dengan alasan untuk memberi pengalaman dan pembelajaran kepada player, mereka terpaksa menerima dan mulalah timbul suara2 " saya tak kisah diletakkan di mana2 asalkan saya dapat bermain dan membantu pasukan" - sesuatu ungkapan yang pada aku Eboue saja layak keluarkan..huhuhu..

Terlalu banyak mengarut jadi aku pendekkan, formasi jika Cesc mampu pulih tepat pada masanya :

-----------------Almunia-----------------
Sagna------Gallas------Mael------Traore
-----------------Song--------------------
-------------Cesc-----Denilson----------
------Arshavin----Eduardo--Nasri------

tanpa Cesc :

-----------------Almunia-----------------
Sagna------Gallas------Mael------Traore
-----------------Song--------------------
---------Denilson-----Diaby--------------
------Arshavin----Eduardo--Nasri------

*Dengan Eduardo dan Arshavin boleh tukar2 posisi atau Nasri dan Arshavin boleh memulakan gerak dari deep position 4-3-3 ke 4-5-1 asalkan bahagian tengah kita yang monopoli.Jadi tak mungkin ade masalah untuk esok jika semuanya berjalan mengikut plan.

Esok malam Super Sunday.Astro 812 ESPN 9.25pm. Arsenal 2- Aston Villa 1.

P/S : Dulu masa awal2 keluar jadual aku cuma nampak penghjung bulan Januari dan Awal Februari Arsenal bertemu ManU,Chelsea dan Liverpool..Tapi kini tambah satu lagi, Aston Villa-Man U-Chelsea-Liverpool... Kemudian barulah tumpuan dialihkan pada Porto.Period yang sangat menarik.Tak sabar gua!!


Selasa, 22 Disember 2009

Usmanov atau Kroenke




Kroenke dengan konsisten menambah 25 shares menjadikan kesemua miliknya kini 29.9%. Lagi 17 Share untuk cukupkan 30% suatu jumlah di mana tycoon US tu mampu untuk memlancarkan rancangan takeover Arsenal.Rumors dan gosip2 mengatakan Kroenke akan bertindak seawal Januari depan.Si jutawan dari Ukraine Usmanov pulak walaupun kurang digemari oleh Board tapi merupakan saingan paling rapat Stan dengan 26%. Melihat semakin menghampiri kekalahan, Usmanov yang dah nampak fed up dalam mengejar Silent Stan menggesa rivalnya menperjelaskan status dan rancangan demi kepentingan Arsenal(kononnye la).Pendek kata dalam pemahaman aku Usmanov berkata " Weih, Stan! Hang ni awat..Kalu nak takeover habaq laa awai2 la ni jugak.. nanti tak dak laa aku terhegeh2..toksahlaa tergedek2 konon nak suruh aku kejar berputih mata..hang ni pun ! "

Jadi adakah Arsenal bakal diambil alih oleh seseorang individu seperti mana kelab2 lain yang kini menjadi trend itu menjadi teka teki .Adakah akan ada wang ehsan atau royalti di masa January Transfer nanti.Pada pendapat aku, aku lebih senang Arsenal kekal begini bukan dimiliki oleh orang perseorangan semata2. Tapi jika terjadi jugakla, melalui latar belakang Stan dalam bidang sukan, mungkin dia paham selok belok sport business ni. Jadi mungkin dia calon terbaik yang kita ada selain calon2 lain yang buta sukan tabur duit semata2 demi kepentingan sendiri.Dengan syarat dia takkan masuk campur dengan urusan skuad dan membiarkan Arsenal bergantung pada source yang sedia ada.Kalau nak suntik sedikit dana pun, tak payahlah berlebih2.Dan Biar BOD sedia ada yang terus menjalankan urusan kelab dengan British Style mereka.

Ini pulak adalah pandangan Arsene Wenger  mengenai pelan pengambilalihan tapi klip ini diambil sebulan yang lalu ketika Kroenke mula flirting2 test power. Cuma nampak Wenger tenang dan bagai tiada masalah, jadi aku tak nampak akan ade perubahan besar di Arsenal jika ia berlaku sekalipun.




Adekah Song akan ade pengganti ketika African Cup kerana Diaby nampaknya bersungguh2 yakin dia mampu mengambil alih tugas defensive role walaupun kita semua tahu dia lebih sesuai di bahagian offensive.Dia nampak menjadi kalau amek Cesc's role yakni bermakna kalau ikut situasi dan formasi Wenger sekarang, nampaknya tempatnya di bangku simpanan la jawabnya. Tambah2 lagi Wenger pernah berkata dia percaya Denilson sebagai cover kepada Song nanti. Transfer rumors. Seperti kita ketahui Mancis tengah bergolak dan mulalah timbul rumors. Tak pelik pun.Terbaru Bellamy dikatakan menghantar transfer request dan teka apa kata gosip? hala tujunya adalah Arsenal dan ade hipotesis mengatakan Shay Given bakal turut serta.kehkehkeh..macam2.

P/S  :Tadi ade webchat live bersama Arsene Wenger di Arsenal.com .Tapi internet yang begitu kura2 menjadi penghalang.Dengar tak dengar alih2 dah habis.Mungkin sebentar lagi akan keluar di laman web rasmi, ape yang disembangkan.


Isnin, 21 Disember 2009

Arsenal vs Hull Highlights



Ahad, 20 Disember 2009

Post Match : Malam bagi 'the usual suspects'

The  usual suspects had their own impacts.. malam tadi lain ceritanya



Bola sepak sememangnya sfera.Dalam krtikan aku terhadap mereka, dalam satu malam mereka membalas sama2 bahawa mereka masih mampu diharap.Terima kasih kepada Diaby, Denilson dan Almunia.Mereka inilah yang sering menjadi kambing hitam setiap kali Arsenal drop points- tapi sememangnya layak.Jadi malam ni masing2 memainkan peranan dan tidak lagi melakukan perkara2 bodoh, jadi ia bagus untuk Arsenal.Paling menyerlah pastinya Diaby dengan satu gol dan assist selain mengawal bahagian tengah dgn cukup kemas mengisi kekosongan kapten.Denilson diam2 ubi pandai ber freekick.Almunia tak begitu banyak kerja tapi menjalankan tugas wajibnya, penalti saved tersebut merupakan turning point match semalam.Tapi aku masih tak pasti dengan arm band yang diberikan kepadanya.Walaupun tidaklah sempurna, give them a break( untuk malam tadi dulu).3 mata wajib lebih penting.

Arsenal  ketika first half tidak begitu mengancam, agak mengecewakan kerana setiap pergerakan kita sehinggalah sampai bahagian 3suku padang last2,tiada hasil.Same old story. Namun aku tak berapa bimbang kerana aku percaya ia lebih kepada keyakinan diri.Apa yang dicarik adalah gol pertama yang merupakan kunci untuk membuka ruang2 sempit di celah2 bas Hull City liner.  Dan timing masa untuk mendapatkan gol itu cukup perfect, di hujung separuh masa pertama.Ia nyata menyentap psikologi mana2 pasukan pun yang bolos pada saat ketika itu.Melihat Nasri yang emosi terganggu, Denilson menawarkan diri, bola curl yang ayu sopan santun tak laju pun tapi boleh melepasi benteng dan BukitAku.

Ia bukan penalti, tapi seperti jugak foul yang menyebabkan kita dapat freekick boleh didebatkan.Itulah karma.Bezanya kita mampu menyudahkan peluang dan mereka dengan prangai mereka  mungkin terpaksa membayar dengan akibat yang lebih teruk.Silvestre pasti menarik nafas lega.Melihat rebound yang direbut  2 kepala, puas hati aku melihat betapa bodohnya Stephen Hunt nampak.Beberapa kali terlibat dalam insiden2 yang kurang menarik  bersama pemain2 Arsenal, gelaran2 kurang enak tidak salah jika diberikan kepadanya.


 
Janganlah pulak dijadikan tradisi nanti, orang akan nampak setiap kali bertemu Hull City pasti berlaku percakaran kononnya.Memang match2 sebelum ni ade beberapa bara yang cuba dinyalakan, namun tidak menarik jika kita selalu dikaitkan dengan pergaduhan setiap kali bertemu Hull, di mana hilang kelas kita nanti.Walaupun tindakan Nasri -jika sengaja, memang tidak matang dan tidak perlu- tidak membantu, tapi dari segi sokongan emosi, memang aku akui seronok melihat kita masih ade watak2 nakal dan sekurangnya2 ada penghantar mesej pada lawan, 'Lu jangan buat Hull!'..



Eduardo..Akhirnya menemui kembali sentuhan jaringan.Timing pun cukup baik, beerapa minit setelah Hull gagal menyempurnakan peluang penalti, dan gerakan cantik dari Song ,Diaby, kemudian, tup! Eduardo hanya perlu tap in. Biarpuun simple tapi cukup untuk membunuh Hull.Harap ia mampu mengembalikan keyakinan Eduardo yang tidak putus2 diberi sokongan dari beberapa section di Emirates.Alangkah baiknya jika gerakan dia bersama Arshavin tersebut yang menghasilkan gol.Mengutip bola, satu turning 1st touch yang menghiburkan sayangnya penyudah pada ketika itu otaknya masih berat memikul beban.Sudah aku cadangkan sebelum ini, Wenger patut berani memberi peluang pada Eduardo untuk start match2 seperi ini, ternyata ia berhasil. Sayang buat penggantinya Walcott yang kalau tak kerana formnya, dah boleh tambah sebijik dua gol lagi.

Jadi tanpa Fabregas, dengan adunan bahagian tengah ,Wenger berjaya memerah hasil kali ini. Tapi ia masih belum cukup untuk membuktikan yang kita konsisten.Minggu depan kita mempunyai kelebihan kerana bertemu on form Aston Villa di tempat sendiri pada ketika musim yang tengah padat ini.

P/S: Selamat datang Roberto Mancis Mancini.Itulah yang berlaku apabila medan bola sepak dilihat dari perspektif perniagaan.Kejam/tergesa2?  Tapi sekurang2nya Wenger tidak perlu lagi melayan tangan Mark Hingusan yang sangap nak salam untuk berlagak depan muka dalam masa terdekat.Err.. tapi memandangkan dah jadi cam gini, Wenger mungkin boleh cuba2 kirim salam kut..kah kah


Sabtu, 19 Disember 2009

Pre Match : Hulk dan Hull

Sebelum berbicara mengenai match malam ini, eloklah diulas tentang draw semalam terlebih dahulu.Ramai yang dah tahu siapa bertemu siapa dan anda sendiri tahu Arsenal akan bertemu Porto.1st perkara yang terpacul dalam minda aku ketika mengetahui lawan Arsenal ialah HULK! Percayalah, Porto adalah sebuah pasukan yang sukar.Ini kerana mereka sangat tough.selain hulk mereka ada jentolak gila dalam Bruno Alves, jadi aku tertanya2 adakah akan berulang lagi malam2 di mana Arsenal dibuli secara fizikal yang musim ni kita dah saksikan banyak kali.Satu harapan agar tiba bulan Februari nanti pemain2 kita kesemuanya cukup cergas dengan yang cedera dah kembali atau mungkin ada muka2 baru yang mampu mengubah keadaan. Kelebihan Arsenal adalah kita bermain home pada 2nd leg.Walaubagaimanapun, ia bukan jaminan kerana musim2 lepas kita dah tengok ape kesudahannya.Untuk terus ke peringkat seterusnya, Arsenal perlukan kekuatan mental yang berganda untuk tidak lagi mengulangi sejarah pilu.Jadi Porto, bersiap sedia untuk dipotong.



Kapten Arsenal sekali lagi terlepas aksi bertemu Hull.Adakah Fabregas akan memakai jacket kulitnya dan menyambut kemanangna malam ni di atas padang.Itulah yang berlaku kali terakhir Hull bertandang ke Emirates musim lepas dalam FA Cup tapi tiba2 Phil Brown mencemarkan sambutan dengan dakwaan Fabregas meludah ke kaki penolongnya.Kes itu dah pun selesai, tiada bukti, Fabregas difitnah.Brown memang murahan, dan beberapa kali dah dia terselamat dari dipecat akibat persembahan begitu hambar musim ini.Ini kerana awal musim lepas mereka tiba2 semacam on fire, mungkin sebab teruja pertama kali bersaing dalam BPL, arsenal sendiri tewas di tangan mereka di Emirates. Tapi lama kelamaan mereka makin susut nilai.Sepatutnya Hul lpatut menukar si Brown tu dari musim lepas lagi.




Mereka juga ada pemain harapan sayangnya macam biskut.Jangan salah sangka, aku suka Jimmie yezza Bullard.Tapi carieernya bagai asyik terganggu angkara kecederaan.Dia memang seorang technical player yang bagus.Nasibnya seumpama 'Rosicky' bagi Hull. Stephen Hunt , Giovani dan Van langgor Siling jugak adalah pemain2 yang boleh memainkan pengaruh dalam pasukan bergelar harimau ni.Tapi sorry, ini kerana Arsenal yang sangat2 memerlukan 3 mata ketika ini.Mungkin Brown boleh tiru gaya Mek Kati, turunkan pasukan simpanan, simpanlah player2 utama untuk waktu2 yang lebih memerlukan.Lihat apa pulak kata si hidung merah. Takde tempat lebih baik selain Emirates dan peluang ini perlu dimaksimumkan Wenger. Memang betul rungutan mengenai jadual match 2 away dalam masa 3 hari tapi kenapa baru sekarang nak ditimbulkan.Kadang2 adalah lebih baik Wenger tumpukan saja di atas padang dari mencari alasan2 menutup kelemahan Arsenal yang kita semua sendiri tahu.

Denilson sudah kembali.Aku nak Eduardo start match ni.Bertemu dengan pasukan yang tengah struggle, home pulak tu, inilah masa terbaik Wenger memberi peluang agar Eduardo buang segala benda yang menyerabutkan kepalanya.Biarkan keyakinan datang kembali.Walcott disimpan sebagai senjata sulit.Almunia dengan muka sememeh macam memey bangun tido  dan rambut baru kusut masai ternyata tak membantu langsung.Keserabaian pada muka nya sangat terserlah umpama malasah keluarga yang dihadapinya tak settle2. Fabianski wajar diberikan peluang sementara Almunia betul2 pulih dari mental disordernya.Dia adalah orang terakhir yang aku harap diberi arm band ketika ini. Arshavin untuk kapten malam ni.

--------------------Fabianski---------------------
Sagna--------Gallas-----Mael----------Silvestre
--------------------Song---------------------------
---------Eboue------------Diaby----------------
Nasri------------Arshavin------------Eduardo--


1.25 am Astro 812 ESPN. Arsenal 3 Hull 1.(aku mengharapkan clean sheet sebenarnya tapi paham2 je la)

Wajib menang! Ayuh Arsenal..


Jumaat, 18 Disember 2009

Cesc 10 hari, siapa lawan di last 16?

Kecederaan kapten Fabregas tak seteruk yang disangka tapi memang tak dapat nak main esok malam bertemu Hull.Paling cepat dalam masa 10 hari untuk kembali pulih.Macam passing baton, Fabregas out, Denilson pulak kali ini in.Rosicky, Bendi Traore, Clichy takde harapan dengan Traore paling awal daripada mereka, bertemu Villa adalah target kepulangan bek kiri pilihan ketiga itu.



Dan siapah yang akan diundi bertemu Arsenal dalam pusingan kedual UCL? Jawapannya akan diketahui petang nanti jam 7pm waktu Malaysia. Pilihlah yang mana satu daripada Bayern Munich, CSKA , AC Milan, Inter Milan, Suttgart, Porto atau Lyon. Memang semuanya punya kelebihan tersendiri..Biasanya kita hebat apabila bertemu team2 besar tapi untuk season ni, kita struggle dalam big match.Jadi jangan harap laluan mudah kali ini.


Khamis, 17 Disember 2009

Syabas Malaysia..Diharap ia baru bermula..

Tak kesahlah gol macam mana pun tapi lagi puas hati sebenarnya (ini kerana tension melihat aksi mengada2 gedik penjaga gol vietnam) . Yang penting Malaysia telah dinobatkan selaku Juara Pingat Emas Sukan Sea 2009 menamatkan kemarau 20 tahun. Sememangnya mereka yang bertungkus lumus dalam misi ini secara langsung atau tidak langsung wajar diberi kredit dan penghargaan.Apa yang diharapkan agar ini bukan kemuncaknya kerana dengan base yang dah ada sekarang, inilah tapak permulaan untuk Malaysia terus memajukan sukan bola sepak negara yang selama ini suram tapi penuh dengan carita belakang. Rajagopal dah bukak landasan tinggal pengurusan dan pemain untuk lebih profesional meneruskan pembangunan kerana jika diberi pendedahan pasukan kita sebenarnya mampu bersaing.Biarlah dari kejohanan semini sukan sea, tapi dari sinilah kita mulakan ekspidisi yang ternyata menggairahkan.Penyokong, peminat, dan pengkritik akan terus mewarnai bola sepak negara tapi jika tujuannya sama, nilai yang positif pasti dapat dijelmakan.Tak mustahil Malaysia mampu pergi jauh lagi. Apapun tahniah Malaysia!! sekurang2nya dalam hidup kita ada cerita2 bola yang boleh disampaikan dari generasi ke generasi.. Ini juga membuka lembaran hijrah bagi bola sepak Malaysia.Salam Maal Hijrah!

P/S : Kesuma Dewa cakap rambut Rajagopal macam rambut Wenger..mungkin tahun ni tahun Arsenal jugak.huhu.


Burnley drop 2 point di Turf Moor

Fabregas menjaringkan gol, mengawal tempo bahagian tengah , mencipta peluang, link yang baik dengan Arshavin dan Nasri, kemudian mengalami kecederaan,dikeluarkan di penghujung babak pertama dan segalanya berubah buat Asenal. Pada mulanya kita kelihatann seperti tak punya masalah sebaik gol pertama seawal minit ke 7 dan peluang2 yang terhidang,Arshavin mencium tiang, masih boleh tersenyum..haih.Tapi dalam bola sepak dan match seperti ini,peluang2 itulah yang sebenarnya menghantui kembali. Arsene Wenger pastinya curiga dan kecewa kerana anak2 buahnya masih tidak membunuh pihak lawan secepat yang mungkin lagi2 bertemu dengan sebuah pasukan yang mempergayakan bola sepak dengan old british fashion.

Malang bagi Mael kerana terperangkap dengan sapok Biki dan melakukan foul yang tidak perlu.Terpaksa membayar dengan harga yang tinggi, satu penalti yang kompom gol punya oleh pemain paling tua atas padang Graham Alexander,38 mengubah rentak permaianan mereka.Burnley penuh bersemangat , fit, daya fizikal yang jauh mendahului Arsenal dan berada di mana2.Clear lah bola kemana pun, pasti ade sahaja player mereka.Mungkin Wenger sudah lupa akan element2 seperti ini kerana kita nampak hilang arah,dan tidak ada idea lain selain dari cuba menyelusup masuk melalu ruang yang terlalu seni dan juga crossing yang merapu meraban.Malah kita tewas dalam saingan kebanyakan header memperlihatkan 'kecomelan' pemain2 kita.

Aku pada mulanya tidak mahu mengkritik lebih Theo Walcott dalam match bertemu Liverpool mengenangkan dia baru kembali dari kecederaan dan secara tidak langsung diakui mempunyai peranan dalam kedua2 bijik gol Ahad lalu. Tapi untuk hari ini, Walcott adalah a waste of space! Cukuplah dengan segala hype2 yang disiram media setelah hat-trick bertemu Crotia, ia nyata memberi tekanan yang menggunung pada player semuda Theo.Die masih belajar dan perlu belajar.Jangan biarkan dia besar kepala dan anggap dia boleh masuk mana2 1st team straight forward.Decision making dan distribution nya hancur.Kurang cutting edge.larian yang sia2.Tdak pandai lagi memaksimumkan bakat yang ada. Sama macam Van Persie, agak2 nak mula perform sering dihantui kecederaan, simpati aku terhadapnya.

Eduardo mempunyai krisis keyakinan diri malah dengan cara Wenger ini, ia tak membantu langsung.Bagimana Wenger boleh mengharapkan Eduardo yang tengah down dan kali terakhir mengalami nightmare bertemu chelsea, dimasukkan dengan harapan untuk mengubah keadaan? Sepatutnya untuk deal dengan situasi seperti ini, Eduardo perlu diberi peluang beraksi dan starting 11  di tempat walcott bukanlah idea yang teruk. Tapi ketika dia sendiri pun dah nampak kurang yakin dengan kemampuannya dan Wenger mencamppakkannya ke padang apabila terdesak, ia makin menambah tekanan buat Dudu yang nampak tumpul dan lesu.Dudu perlu mendapat gol secepat yang mungkin, dan sehingga bola belum menemui jaring, dia akan terus rasa bersimpati dengan dirinya.

Dari segi untuk mencipta peluang kita terlalu bergantung harap pada Fabregas.Tanpa Fabregas, kita nampak ordinary dan tumpul.Pertahanan hanya nampak ok tapi gugup.Ini mungkin kerana ancaman forward dari Burnley tidak terlalu tajam.Sagna nampak semakin menggelabah ketika Silvestre lebih tenang tapi ada satu part tu terlalu tenang apabila dia dan nasri tewas dalam persaingan bersama Eagles.Nasib baik rembatannya hanya terkena tiang Hotel Carlifonia.Gallas dan Mael play safe tapi kadang2 mempunyai blunder yang tersendiri apabila dimasukkan almunia ke dalam pairing tersebut.Namun semangat melawan naik ke atas kedua2 mereka wajar dicontohi rakan sepasukan lain.

Almunia akan terus menjadi 'the usual suspect'.Agak2nya kalau gol Fletcher tidak dikira offisde, pastinya Wenger terfikir2 balik statement yang dikeluarkan semalam tentang keyakinannya terhadap penjaga gol Spain (maksud aku berwarganegara Spanyol).

Arsenal bernasib baik pulang dengan satu mata kerana selepas itu semuanya milik Burnley.Bila dipikirkan kembali,  2 match away dalam masa 3 hari,4 daripada 6 mata maksimum tidaklah terlalu  teruk cuma kita berasa kerugian tatkala pasukan2 pesaing lain pula yang mengumpul mata penuh.Hull di rumah ,tiada excuse kerana layanan Aston Villa seminggu selepas itu bakal memperlihatkan sejauh mana kita mampu mendaki sehingga tiba tahun baru.Cuba mencucuk masuk ke dalam big 4, Villa telah pun menewaskan kesemua 3 pasukan itu dan Arsenal perlu menangguhkan hajat Villa.

P/S: Jangan lupa sokong Malaysia petang nanti.Siaran langsung di RTM 5.45 PM. Bak kata2 pujangga, Hujan emas di negeri orang, hah bawak sajalah balik emas tu, tunggu apa lagi..


Rabu, 16 Disember 2009

Pre Match : Bila cakap semua pasukan, ia tak terkecuali Burnley.

Bila Wenger menyanggah tanggapan Arsenal boleh berehat dengan jadual yang konon tak berapa sukar selepas ini, dia tak bergurau.BPL kali ini memang lain macam siket.Sedikit overkonfiden bolehlah ter twist sana dan ter twist sini.tapi itulah yang sebenarnya menarik.Semua Team tidak boleh dipandang mudah, Burnley juga tidak terkecuali.Kemenangan ke atas Man U membuktkan Turf Moor bukan kawasan 'makan angin'. Hanya 7 mata sahaja yang baru dirugikan oleh Burnley di kubu mereka.

Anak buah Owen Coyle jika mereka berdisiplin adalah suatu pasukan yang sukar dipecahkan. Oleh kerana masa mencemburui hanya sedikit pre match sahaja yang sempat disediakan.Telah diketahui umum semalam Traore takkan dapat beraksi sehingga bertemu Aston villa ini bermakna tempatnya bakal diganti oleh Silvestre yang Wenger tgh pun bercadang nak lanjutkan kontrak bila tiba bulan Mac nanti.Itu cerita nanti, yang penting sekarang Silvestre harus fokus.Kerana jika 2 game bertemu Burnley dan Hull Arsenal dapat kurang dari mata maksimum, 6, maka tiada gunalah dan sia2 sahaja kemenangan di Anfield tempoh hari.Denilson jugak sakit belakang, maka Diaby paling disayangi Wenger ketika ini. Eboue akan kembali dan kehadirannya akan memberi 'athletic energy'.

Adakah Eduardo akan diberi peluang setelah kali terakhir terpaksa berdepan tugas sukar bertemu Chelsea.Adakah Wenger akan merehatkan sebentar Arshavin satu2nya player yang boleh cipta gol dari mana2 arah suka hati. Dua kali dia bermain di posisi CF 2 kali jugaklah dia tak menghampakan. Tapi Burnley mungkin masih teringat gol ini..




Eduardo perlu mendapatkan kembali sentuhan untuk memulihkan keyakinanannya secepat mungkin.Jadi barisan kemungkinan

----------------Almunia----------------
Sagna-------Gallas---Mael-----Silvestre
-----------------Song------------------
-----------Fabregas---Diaby----------
---Nasri---------Arshavin----Eduardo

Seperti yang kita ketahui Astro Boy memang selalu membuat perangai.Pada sesiapa yang tidak bekerja bangunlah,bagi yang Muslim bersolat Subuh sebelum menonton match delayed jam 6 pagi di Star Sports 813.Matikan dulu henset anda jika tidak mahu spoiler dari rakan2 atau lawan.Huhu.Pada mereka2 yang berstreaming sama2lah kita berkongsi link jam 345 am nanti. Arsenal 3 Burnley 1.


LINK STREAMING ARSENAL VS BURNLEY LIVE!


Selasa, 15 Disember 2009

Denilson & Traore pulak MC.

Seperti diduga.Ada sahaja yang tak kena. Denilson dan Traore bakal terlepas pertemuan menentang Burnley. Denilson, impak sakit belakangnya mula terasa, tapi perlu diberi perhatian lebih sebelum boleh dilepaskan bertemu Hull City Sabtu nanti.Traore, yang burst last2 minit sebelum mengalami hamstring , jugak bakal memberi laluan kepada mentornya Silvestre untuk mengemudi LB.Bayangkan betapa kroniknya masalah kecederaan di Arsenal, tengok sahaja posisi bek kiri, pilihan ke 4!!

Ape pun kunjungan sukar ke Turf Moor diberitakan sedikit positif, Eboue bakal kembali memberikan option untuk Wenger dalam jadual yang agak padat ketika ini.

P/S : Tahniah kepada pasukan bola sepak Kebangsaan.Harap2 dapat menamatkan kemarau 20 tahun pingat emas setelah berputih mata 8 tahun lalu.Jika tak menjadi pada separuh masa ketika final nanti, Rajagopal harus meniru cara Wenger memberi 'kejutan' dalam bilik persalinan.Kasi Bakar!!


Isnin, 14 Disember 2009

Liverpool-Arsenal Highlights






Post Match : Arshavin Suka Anfield.



Anfield pasti menggeruni nama ini atau naik rimas dengannya..Andrei Arshavin.Dan oh ye,susah2 sangat berteka teki, mungkin Wenger ingin membeli Glen Johnson sebagai target man Januari nanti.

Tapi apa yang lebih menarik adalah pendedahan Fabregas tentang half time talk di bilik persalinan di mana Wenger mengamuk menggila sampai player2 kecil kite tekucil2.Dek kerana penangan Wenger tersebut, barulah Fabregas dan rakan2 berubah dari pasukan yang nampak takde harapan kepada pasukan yang boleh diharap sedikit walaupun saat2 mencemaskan dan meragukan setiap baki minit perlawanan.

"Tak pernah aku tengok Tun Arsene Wenger mengamuk macam tu sekali.Paling dasyat die siap sound dengan persembahan macam 1st half tadi, kitorang tak sorang pun layak pakai jersey Arsenal! Terkejut gila aku tapi aku rasa itulah yang membuatkan kita tersedar siket 2nd half" kate Fabregas.

Pendapat itu disokong oleh pmain terbaik perlawanan Mael. "Betul3! Wenger mengamuk dan macam Fabregas cakap tadi ini kali pertama dasyat macam tu.(padahal aku tak sampai satu season) .Penalti? takde kut, bola jauh takde harapan nak kejar(cuba mencover Gallas bagi melenyapkan spekulasi)"

Wenger pulak" Ape yang Fabregas cakap tu aku tak nak ungkit.Biarlah rahsia dalam kamar saja.rahsia bilik tidur"

Ape nak dikata.Kita memang bernasib baik.Ini kerana jika Liverpool mendahului lebih dari satu gol pada 1st half, kita sekali lagi dapat melihat aksi longlai tak bermaya dibuli.1st half adalah antara yang paling teruk dan merapu.Aku harap kemenangan ini tidak menutup kesedaran Wenger betapa pemain2 kita begitu lightweight.Mengharapkan pemain setinggi Arshavin untuk menyudahkan crosing2 Sagna dan Walcott memang nampak macam dah takde idea lain.Terlalu banyak penumpang, Walcott tak berfungsi, Nasri diam membisu, Fabregas hilang arah tuju, Denilson setakat itu je la.Aku rasa dengan pemain2 yang kita ada ini perlu dipikirkan kembali kesesuain sama ada formasi 4-3-3 atau 4-4-2.Setiap kali kita bertemu dalam big match, ktia pasti akan struggle dengan selection dan formasi Wenger.

Tapi 2nd half, Wenger sekali lagi menunjukkan keteluran dengan maki hamun dan mengejutkan player yang tidur.Baru ade pergerakan, barulah ade beberapa passing yang lepas.Tak banyak, tapi cukup untuk membunuh.Yang penting dalam match macam ni , ambil setiap peluang yang ada.Dan malam ini kita berjaya mengambil kesempatan hasil 'pertolongan' Johnson dan juga magic Arshavin.Memang superb punye finish. Anfiled pasti menjadi venue kegemarannya selepas ini. Agak nervous menuggu wisel penamat kerana anda dan semua tahu bahawa 2-1 bagi Arsenal, bukan penamat. Nasib baik Liverpool jugak masih lagi terkial2 dan 2 gol pantas dari kita merupakan saut tragedi bagi mereka yang selepas itu memang dah tak nampak langsung hanya mengejar bayang.Kekuatan mental diakui memang penting dalam game2 seperti ini.Yang merisaukan jugak adalah kecederaan Arshavin dan Traore.Harap tiada apa2 kerana Burnley sedang menuggu untuk membakar.Dan Arsenal pulak memang tengah terbakar semangat sekarang ni, semakin merapatkan jurang, dengan pasukan2 di atas semua tercicir mata kecuali Aston villa. Hari minggu yang manis dan ceria buat seluruh warga Arsenal. So the title race is back on!!


Sabtu, 12 Disember 2009

Pre Match : Still big 4 or 4 goals?



April 21, Arshavin menunjukkan kemunculannya secara mendadak dalam EPL dengan 4 gol di Anfield.Pada malam itu juga Theo Walcott sekali lagi membuat larian yang hampir sama dengan larian setahun sebelum itu.Nampaknya Beriya2 benar2 TW14 setiap kali ingin bertemu pasukan kesayangannya sewaktu zaman tadika kemas. 90 minit aksi di Athense, kita mungkin akan dapat melihat lagi aksi lipas kudung Walcott esok ketika Arsenal bertemu Liverpool di Anfield jam 12 tgh malam waktu Malaysia.Perlawanan wajib menang bagi kedua2 pasukan tapi aku rasa seri adalah keputusan yang boleh diterima oleh kedua2 pihak yang penting tidak kalah.Kerana kekalahan bagi  Liverpool akan mencucuk perut buncit Rafa yang pastinya naik mual dengan segala tohmahan terbaru dari kononnya bakal penggantinya, Jurgen Klinsmann. Liverpool perlu menang untuk top 4, Arsenal perlu menang untuk momentum dan memastikan tidak lagi tercicir jauh dari perlumbaan kejuaraan. Mana2 yang kalah, pastinya pasukan seperti Villa, Mancis menunggu peluang untuk mencantas.Ape, jiran yang satu tu? jangan dok sebut..toksah bermimpi!

Pertembungan bagi kedua2 pasukan ni memang sentiasa menarik.Tak kesahlah ape2 jua pertemuan pun, liga,Champions League,FA cup, pasti ade jek cerita2 yang akan disampaikan ke setiap generasi.Tahun ni saja Arsenal dah mengalahkan Liverpool dalam pertemuan Carling Cup di mana Merida mencipta nama.Siapa tak ingat 2 gol hebat malam itu masing2 dari Merida dan Insua tapi Bendi menjadi penyelamat kepada adek2nya.


Lupekan sejarah buat seketika, cerita apa akan jadi esok. Dengan pertemuan UCL tgh minggu lepas, walaupun kedua2 team kalah, Arsenal dilihat memperoleh kelebihan dari segi masa rehat bagi player2 utama.Liverpool pulak menurunkan barisan campuran dengan Gerrard mengetuai kesebelasan utama.Melegakan bagi mereka adalah kepulangan El Nino Torres juga nino nino (bunyi ambulans-paham2 la). Torres striker utama mereka berjaya recover dari injury dan pastinya memberi saingan kepada Gallas dan Mael. Glen Johnson tak dapat dipastikan kehadirannya kerana tak nampak batang hidung sewaktu pertengahan minggu.Selain terpaksa berhati2 dengan freekick dan layangan badan Gerrard, Arsenal jugak perlu berhati2 agar tidak masuk perangkap David Touch N'Go down..



Bagi pihak Arsenal pulak, berita positif dari bilik sakit adalah kepulangan Abou Diaby. Yang lain masih belum nampak sinar harapan tapi Eduardo khabarnya masih suam2 kuku 50-50. Setiap yang postif pasti ade negatif, Eboue pulak bakal terlepas aksi kali ini bermakna peluang untuk Theo Walcott beraksi dengan lebih lama ikut kesesuaian Wenger.Aku tak kesah dengan idea Arshavin di hadapan tengah kerana ini Anfield, dan harap dapat mencari rhythm dan berpesta di sini.Sam ada dia diapit oleh Vela nasri atau Nasri dan Walcott itu kita tak tahu.Besar kemungkinan, walcott dan Vela akan bantu dari bench kerana telahpun terlibat dalam match tgh minggu.Anda lihat masih ramai lagi player offensive yang injured seperti Rosicky, Bendi tapi jika di atas kertas, Wenger boleh meletak pelbagai formasi,mungkin Diaby yang membuat kejutan mengapit Arshavin. Song dan Fabregas pastinya mengemudi barisan tengah, satu lagi tempat menjadi rebutan, Diaby Denilson dan jangan lupa Ramsey yang mencurik tupuan dalam 2 match terakhir Arsenal.Traore akan mengekalkan tempat di LB sepeninggalan Gibbs dan Clichy.Jadi jika Eduardo masih tidak sempat mengejar masa, aku menjangkakan barisan seperti :

-------------------Almunia-----------------
Sagna-----Gallas-------Mael------Traore
--------------------Song---------------------
------------Fabregas---Diaby------------       
---Walcott-------Arshavin---------Nasri

atau

-------------------Almunia-----------------
Sagna-----Gallas-------Mael------Traore
--------------------Song---------------------
------------Fabregas---Denilson------------       

---Nasri-------Arshavin---------Diaby

Inilah masa yang terbaik untuk menewaskan the corps eh the kops. Waktu ini belakang tadbir mereka tidak stabil , atas padang jugak tengah berkecamuk dengan Mascherano bagai menyampah berpasangan dengan musuh amerika latin Lucas dan masih merindui Xabi Alonso. Itu masalah diorang jadi tidak perlu campur, Arsenal jugak punya masalah sendiri yang perlu dipikirkan.Kecederaan , kurangnya daya fizikal  dan kedegilan Wenger telah memberi kesan kepada persembahan Arsenal musim ini.Ape2 pun musim ini media begitu gemar menulis tentang kedua2 pasukan.Bermula awal pagi Isnin.yang kalah pastinya akan menerima lebih tekanan dasyat.Namun bukan alasan untuk Arsenal tewas lagi musim ini,walaupun tiada pesta2 gol sekalipun macam 6-3 atau 4-4, aku menerima kemenangan biarpun 1-0.Seri adalah option terakhir.Esok,  11:55 pm Astro 812 ESPN Liverpool-1 Arsenal-2.

Kembali ke berita2 umum, Lega aku mendengar keteluran-baca keberanian Wenger ingin memberi amaran kepada Johan Currypuff agar tidak sesekali menyelitkan kapten Arsenal dalam perlawananpersahabatan tak de makna antara Argentina dan Catalonia 22 Disember nanti.Bukan takde makne ke apa, tapi yang dibimbangkan adalah waktu perlawan persahabatan itu diadakan ialah ketika Arsenal sibuk2 tengah banyak match terutama boxing day yang dah nak dekat.Satu lagi salute kepada Le Prof adlah kerana menutup terus desas desus ingin membeli pemain Russia dari jiran tak sedar diri, PakGaliCangkul. Lagibun cerita2 dia tidak sebulu dengan Arshavin dalam kem Russia tu langsung tak membantu langsung dan perkara yang elok sangat lah dielakkan Wenger ketika ini.



Dan Sup Cambell, seperti juga Viera dan Henry, Wenger suka tapi buat masa ni tiada nawaitu pun nak rujuk kembali.Jadi, Sol Trafford ke Sol Kerepot ke Sold Keropok ke, Campbell bebas untuk memilih mana2 kelab yang dirasakan sesuai baginya.Terima kasih atas segala jasa dan bakti anda. Selain Champions League final gol itu, tak boleh lupa bagaimana dia balik menangis teresak2( ni aku reka) pecut kereta keluar dari stadium ketika half time, ketika bertemu West Ham, kali terakhir Arsenal kalah di Highbury.


P/S: Bapista, Arshavin bukan player Arsenal terakhir yang score 4 gol di Anfield.Ia pasti berulang lagi tapi harap kita tak perlu tunggu terlalu lama..



Khamis, 10 Disember 2009

Post Match : Belajar dalam Tewas

 

PAsukan muda Arsenal menunjukkan persembahan berani tapi tidak cukup untuk menghalang Leonardo dari Olympiaos untuk membawa pasukannya sama2 ke 16 kelompok terakhir.Arsenal memberi peluang kesebelasan utama kepada bintang Hollywood Tom Cruise yang bermain di posisi LB.Back 4 lain adalah Gilbert Bartley dan Silvestre.

Walcott perlu membuktikan lebih sama ada adakah dia masih berbaloi sebagai bintang harapan kerana kemunculan kali pertama setelah kecederaan nampak masih lagi gugup.Vela jugak mempersia2kan peluang tapi Ramsey yang menjadi tumpuan dan mendapat pujian Wenger.Wenger memuji secara keseluruhan pasukan belia ini dan barcakap faktor pengalaman lebih merupakan sebab kekalahan berbanding kualiti.

Bagi pemain2 muda, ini adalah malam yang berguna buat mereka.Tak sabar nak menanti draw yang pasti menarik dengan kemungkinan Inter, Milan, Bayern ,Stuttgart, Porto,CSKA dan Lyon menjadi perintang.




Ape pulak pendapat anda tentang cakap2 pasal Adriano(Word class+fizikal+available UCL+experience+27+internationaleleh+musim yang hebat di Flamengo+FREE!!)  ke Arsenal? Wenger pernah menolak tawaran Inter yang mahu tukar suka sama suka pada 2007 kerana khidmatnya pada ketika itu tidak berapa diperlukan dalam Arsenal.Adekah Wenger akan berpikir kembali.Jika alcoholic Tony Adams dapat dikawal bawah Wenger, tak mustahil Wenger boleh menjinakkan beast yang buas ini.. Tapi biasalah ini cuma cakap2, namun kalau soalan2 yang Wenger ajukan tempoh hari, bintang suram Brazil ini memang mengisi semua ciri2 yang diajukan Le Prof.

Stesen berikutnya, Anfield.


Selasa, 8 Disember 2009

Silvestre mentor di Olympiacos

Arshavin mahukan 'nama-nama besar', Fabregas mahukan player fizikal 'besar' tinggi, Wenger pula mengeluarkan kenyataan saiz tidak begitu penting dalam bola sepak.Aigooo, macam mano ni , poning den nak menjawab.




Tapi yang paling penting adalah saingan Champions League ke Greece awal pagi besok yang bakal dibarisi pemain2 kecil berhati besar.Melalui gambar2 training di Arsenal.Com dapat dipastikan Ramsey, Song, Silvestre dan Walcott akan membantu pasukan belia ini-padahal Silvestre(juga berkepala besar) saja yang tua pun.Paling tak sabar pastinya Theo Walcott.Macam biskut kejap ada kejap takde, TW14 pasti mengharapkan kemunculan kali ini lebih lama kerana setelah terjahan pemain Birmingham itu hari, Walcott seringkali berdating dengan nurse di bilik sakit meninggalkan aweknya dengan penuh tanda tanya.Senarai pemain :

Carlos Vela
Theo Walcott
Aaron Ramsey
Alex Song
Mikael Silvestre
Jack Wilshere
Lukasz Fabianski
Vito Mannone
Fran Merida
Kyle Bartley
Francis Coquelin
Thomas Cruise
Craig Eastmond
Jay Emmanuel-Thomas
Kerrea Gilbert
Luke Ayling
Mark Randall
Gilles Sunu

Ayuh Silvestre dan rakan2.Tunjukkan cara anda membalas budi pada Wenger yang bermati2an memberi kepercayaan!!

Baru2 ini aku mengeluh mengenai posisi penjaga gol dan bagai terbaca Arsenalaysia yang di google translate kan ke dalam bahasa Spanyol, Almunia pantas menjawab.Dia kini dikatakan telah segar dari segala lamunan dan kekusutan diri yang menyelebunginya mengakibatkan fokus dan persembahannya terganggu di awal musim.Tiada lagi jangkitan bulu dada dan masalah keluarga, Almunia optimistik akan posisi dan sedar persaingan dari Manone dan Fabianski. Biarpun dikecam hebat Arsenalaysia, Almunia tetap menganggap dirinya sendiri sebagai pengkritik utama persembahannya.Elok lah kalau begitu, cermin diri.Tapi harap jangan cakap aje tapi tangan kaku.Tangan pastilah secekap brader dia.Siapa bradernya? haa.. sila baca lebih lanjut.

Berehat sebentar dari dunia bola sepak.Semasa melayari  KamuTube, aku terpandang akan kelibat brader ni yang mirip muka Almunia tapi boleh jadi inilah agaknya rupa Almunia apabila rambut putihnya gugur akibat masalah jangkitan bulu dada yang merebak ke kepala kelak. Oleh itu aku 'embed'kannya di sini sebagai langkah suka2 hiburan.Lagipun ini adalah lagu kegemaran Theo Walcott dan Gibbs.Mereka yang mengakuinya dalam satu temubual awal musim dulu.Lagu nyanyian MJ, dan bagi peminat Arsenal boleh ditukar lirik kepada Willie Gee aka abang gallas. Kalaulah jari Almunia ini secekap 'abang'nya.Huhu~



P/S: "Sounds like me, look lime me, But its not me " kah kah..


Ljungberg ,Viera tidak kembali.



Biarpun kelihatan Fredie Ljungberg yang datang menonton Arsenal menewaskan Stoke malam Sabtu lepas, satu perkara yang perlu dilupakan oleh peminat2 Arsenal ialah kepulangan lagenda Gunners serta  model seluar dalam CK itu walaupun secara loan 3 bulan dari musim MLS .Ljungberg yang kini bermain untuk Seattle Sounders hanya datang2 bertanya khabar kata Wenger.Untuk pinjaman ala2 Beeckham ke Milan, ataupun training seperti Campbell dan Parlour, Wenger menjawab, "Takde, dia tak mintak pun ". Apabila diaju tentang Viera.. "Viera bukan penyerang" jawapan yang slumber lagi padu dari Le Prof.

Badi kecederaan berlarutan dan Wenger dah mula nampak rimas.Setiap tahun terjadi, tapi kini dia melahirkan perasaan  tahun ni paling teruk katenye.Rosicky akan mungkin terpaksa diketepikan selama sebulan-ini yang Wengerpaling frust kerana gamblenya tidak menjadi. Aku tadi membuka radio siaran BFM dalam kereta kebetulan mereka tengah menyiarkan siaran sembang bola EPL dan apabila bab Arsenal meereka mempersoalkan mengapa ramai sangat player Arsenal injured.Adakah kerana sistem latihan, diet makanan, atau Wenger yang membeli player injury prone.BUkan ape, setiap tahun masalah yang hampir sama pasti berulang.Lebih teruk lagi silih berganti seperti acara passing baton.

Wenger mengakui susah untuk mencari bintang Januari ini, Mael cuba mem'backing'nya secara tak langsung, cuba meredakan peminat2 terutamanya, apbila mengatakan Arsenal boleh cope tanpa Van Persie kerana kita ada cover.Arshavin boleh bermain di posisi itu.Walaupun persembahannya superb malam itu tapi satu game belum boleh menilai keupayaan sebenar dengan sistem dan posisi baru ini lagipun Stoke langsung tidak mencabar pada hari tersebut.Arshavin pada harinya adalah orang yang boleh dipandang, tapi bila hilang mood dia akan fade away lenyap dari rakan2 lain.Jadi kite perlukan konsistensi dan Arshavin dan Co perlu bermati2an, saingan kini terbuka terpulang untuk pemain menyambar peluang yang ada.



P/S : Arsenal akan bertandang ke Greece dengan skuad Carling Cup, nama yang awal2 dah cop armband adalah 'quiet leader' Silvestre.Bravo!


Ahad, 6 Disember 2009

Post Match : Seperti diduga,kita menang dan ramai yang cedera.



Minta maaf terlebih dahulu kerana tidak sempat menyediakan pre match perlawanan , duduk dalam gua lama sangat gara2 Astro boy.Arsenal kembali ke landasan kemenangan setelah minggu yang mengecewakan. Tapi perlawanan semalam memang berat sebelah namun serba sedikit boleh menaikkan moral player.Satu2nya moral player yang down pastilah kapten Fabregas yg gagal menyempurnakan sepakan penalti menyaksikan 3 penalti tak masuk dalam saingan liga minggu ini.Tambah malang sekali lagi Fabregas dinafikan peluang gol oleh rakan sepasukan sendiri kali ni Eboue di depan gol -dulu Bendi sewaktu pertemuan UCL bertemu Livepool. Lega melihat Arshavin kembali menemui sentuhan jaringan dalam ruang yang sempit dan sukar sedangkan bila open tak jugak masuk2, Gol Ramsey pulak menceritakan mengapa pemain2 harus gamble dan berani mencuba.

3 mata penting, kita masih lagi dalam saingan.Biarlah team lain nak buat apa pun tapi yang penting kita buat kerja kita.Tapi kerja ini pasti terbantut dengan berita2 kurang enak seperti Eduardo yang dikeluarkan dari senarai semalam akibat thigh injury.Selain itu Eboue Traore Rosicky dikeluarkan semalam akibat terkandas  sementara Gallas terhincut2 dekat nak tamat perlawanan. Rosicky , tak tau nak cakap macam mana dengan nasib player ni yang kontraknya berakhir akhir musim.Dia nak stay, Wenger pun nak dia stay , perbincangan kontrak masih dijalankan tapi jika Rosicky gagal membuktikan fitnessnya, macam mana pulak? Mungkin jika masing2 tak dapat cari jalan peneyelesaian, Rosicky mungkin terpaksa pergi dengan tangan kosong, Arsenal pun tak dapat apa.Ini kerana sukar untuk sesuatu team lain membelinya secara gamble pada January nanti. Aku suka Rosicky tapi faktor kecergasan dan kecederaan ni ia menyukarkan prancangan Wenger.Tidaklah aku terlalu kejam untuk mengatakan dia kini menjadi liabiliti tetapi sumbangan terhadnya perlu dipikirkan.Bagi aku dia melalui zaman yang sukar dalam kerjayanya dan kesungguhan untuk kembali bermain di level ini wajar diberikan kredit dan peluang.Kapten kepada pasukan kebangsaan,dan antara pemain berpengalaman dalam Arsenal yang ada sekarang ni,tak nak lagi hilang watak2 matang seperti ini.Bagi lagi 12 bulan  untuk dia membuktikannya.

Berita positif pulak adalah Walcott akan kembali dalam peremuan Olympiacos besar kemungkinan bersama Diaby.Clichy dan Bendi masih out tapi sudah tidak lama.Song bakal kembali dari penggantungan dan available untuk bpertemuan penting di Anfield.Pertemuan menentang Olympiacos akan dibarisi beberapa muka Carling Cup sebagai ujian dan eksperimen Wenger di samping peluang merehatkan muka2 utama.Olympiacos perlu menang manakala Arsenal bermain hanya untuk maruah setelah kitas sudah pun mengesahkan diri selaku juara kumpulan.Jadi perlawanan seperti ini, amat penting bagi pembangunan minda pemain2 muda.

Soal perpindahan bulan Januari Arsene Wenger dah mula buat perangai..Aku tak hairan pun dengan kenyataan2 nya. Mula2  " Kita akan beli jika sesuai untuk kita(aku) " . Lepas tu, "Chamakh tak mungkin dijual, diorang tengah top takkan nak jual.Tapi diorang takan dapat duit(dalam nada sinis konon2 dengan harapan dapat menyambarnya secara free summer nanti-ini yang risau takut2 dia memang dah target nak buat macam ni jadi tak perlulah dia bersungguh2 cari target man bulan depan)" Apa lagi oh ye, " Balotelli? tak ingin aku beli, siapa2 nak beli tu sila2kanlah, tak akan ada saingan pun" - ini aku lega siket bukan apa tapi sebab dah lambakan player belasan muda jagung kat Arsenal ni tak perlu lagi pemain perangai budak2 macam ni.
"Dzenko, mahal gila, kita tak mampu" - ini adalah auta.Mana perginya hilang 40M double sale ke Mancis itu hari?Di akhir perbualan, Wenger akhirnya kata "Mana nak cari player yang main dalam champions league,World Class dan available dalam bulan Januari? ..jadi, good luck " Ermmmm...Cahampions league, World Class, available? Aku tambah satu lagi ciri2 penting dan paaaaaaaling ko suka wahai Wenger -MURAH!

"Yang halus yang tulus
Yang mulus yang kudus"

Ya Toulouse. Belum ada penafian tentang André-Pierre Gignac. Mungkin esok lusa kita dengar pulak penafian dari Le Prof.


Jumaat, 4 Disember 2009

Mencari kaki yang hilang...

Aku tahu ramai di kalangan peminat Arsenal tengah excited dalam duka bila tahu yang Wenger mengeluarkan kenyataan nak mencari sedalam2nya di transfer market pemain yang sesuai Januari nanti terutama penyerang.Tapi aku cuba untuk tidak terlalu berharap.Anggapah ia satu kata2 cabaran sini yang cuba Wenger sampaikan pada Vela, Eduardo, Bendi, Arshavin agar "tunjukkan nilai korang sebelum aku beli player baru yang korang bakal menyesal nanti". Dari kalangan mereka hanya Arshavin yang meronta2 merayu agar big signing dibawak masuk kerana usianya yang telah senja dahagakan kejayaan lebih2 lagi setelah trauma gagal ke Afrika.




Tapi sebenarnya terlalu ramai pemain beraksi di bawah par.Itulah fakta sekarang ini.Aku fokus pada attacking sahaja dulu.Eduardo masih mencari kaki, Vela masih membina badan, Bendi entah mampu belajar ke tidak- bila dia takde kite terasa seakan rindu tapi bila dia ada mungkin sama saja, Nasri baru nak sepak bola tak panas lagi, Arshavin semacam dah tak ambek kesah.Mereka semua bagai hilang kaki!! mana kaki Arshavin yang dari game ke game musim lepas menjadi penyelamat kepada maruah Arsenal , Wenger terutamanya.Persembahan yang tak konsisten dari pemain katik comel ini agak meresahkan terutama ketika kita terlalu bergantung pada Fabregas. Segelintir pemain2 muda terutama Merida menunjukkan mereka mampu memberi saingan kepada pemain2 senior tapi setelah pagi tadi, kita dapat tahu mereka tak cukup sedia apabila bertemu dengan tugas dan tekanan yang sukar.Malam tadi jugak sepatutnya player2 macam Rosicky beri tunjuk ajar tapi sebaliknya Rosicky yang patut diajar, kesilapannya membuahkan gol pertama Tevez yang nyata meembunuh semangat keyakinan pemain2 muda ketika itu.




Selain RVP, hanya  Arshavin dan Fabregas adalah pemain status bintang yang boleh mencipta magik seorang diri walau dari ruang yang defender lawan tak sangka sekalipun.Kita perlukan lebih ramai pemain seperti ini yang tak takut mencuba.Eduardo dan Vela adalah finisher yang bagus tapi perlu meunggu peluang dan mengambil masa membina  ruang sendiri sebelum melepaskan tembakan mereka.Mael perlu buat kelas menembak selepas ini.Pendek kata, pemain2 yang sedia ada perlu mencari kaki yang hilang sebelum memikirkan kedatangan player2 baru, itu pun jika Wenger tidak sekadar berlawak la..







Oh ya, selain mencari kaki, kita juga perlu mencari TANGAN yang hilang!!!

Mael adalah signing yang berbaloi tapi dirinya seorang sahaja tak mampu jugak membantu mengubah keadaan kritikal pertahanan terutama dalam mematikan set piece,cross dan bola2 tinggi.Tukar la siapa2 pun, Masalah itu masih menghantui Arsenal.Perasan atau tidak , selepas tamatnya antic Lehmann dan juga kegemilangan Seaman , pertahanan kita dah jadi macam caca marba merapu meraban,. Mungkin selama ini apa yang menjadi masalah kepada pertahanan kita adalah posisi  yang berdiri antara 2 tiang gol. Sedar atau tidak sedar, Wenger sengaja terlepas pandang? atau tiada keberanian untuk mengakui yang Almunia tidak cukup bagus? Almunia bagus, tapi bagus untuk pasukan2 average dan tidak cukup bagus untuk Arsenal.




Sayang sekali kita terpaksa menerima hakikat No 1 kita adalah permain yang tak punya langsung pengalaman di peringkat internationaleleh. Persembahan tidak konsisten mungkin berpunca akibat rasa cepat puas hati  dan selamat akibat kurangnya saingan.Sebaik sahaja merampas tempat Pak Leman, dia cuba menjadi nice guy, tapi 'kelembutan' nya itu dari segi psikologi tidak menggerunkan lawan berbeza dengan penjaga gol terdahulu.Siapa yang boleh membuat 'lawak bodo'h dengan Drogba seperti penjaga gol Germany ini?Lehman walaupun gila, aku akui dia gila, tapi psiko2nya dia ada karisma dan karekter sendiri. Beberapa kali dia membuat top2 save, beza kan dengan Almunia selain save bola tevez dan penalti Keane, senaraikan lagi apa2 yang boleh dibanggakan?Jika kita mempunyai commanding goalkeeper yang mampu berkomunikasi dan memberi arahan kepada pertahanan, tak mungkin gol2 ketika Pompey, own goal Diaby, Mael , cross siti situ sana sini,free kick free goal, boleh bolos begitu sahaja.

Bayangkan,kini beban yang dipikul Gallas adalah selain memikirkan tentang tugasnya, dia terpaksa  memikirkan tentang orang di belakangnya ini kerana perasaan curiga yang menebal. Keeper patutnya menjadi orang harapan dan jika dia tak cukup meyakinkan, bagaimana back 4 nak yakin??? Pernah terkena infected 'chest; porahh tapi kita semua tahu yang Wenger kasi drop sebab persembahan yang entah ape2 di awal musim.Manone mendapat beberapa siri perlawanan.Bagus untuk pengalaman dan pembelajaran tapi Arsenal tidak boleh bergantung kepada pemain muda untuk posisi ini, Fabianski cuba mencucuk rapat tapi saingan yang diberikan kepada Almunia terlalu ringan.



Lagenda Arsenal dan England David Seaman dalam satu temubual sendiri  menyuarakan pendapat,walaupun bukan semua tapi kebanyakan penjaga gol yang baik adalah dari peringkat umor lewat 30-an dan dah masak dengan permaianan terutama antarabangsa dan kejohanan2 besar kerana dengan pengalaman ia banyak membantu dari segi menghadapi tekanan.Bila datang match2 besar sekarang ini, Arsenal pastinya tewas.Pikir2 kan lah...Kita sukar untuk menang apa2 dengan penjaga gol yang average..dengan defend yang asyik bolos jek, Attacking terpaksa menggandakan usaha mencarik gol lebih.Ini juga k menjadi faktor pemain kita burn out..Buktikan aku silap wahai Al..


Khamis, 3 Disember 2009

Post Match : Kaum Muda masih mentah

Man City akhirnya berjaya mendekati separuh akhir 'Campions League' mereka dengan sekali lagi kemenangan 3-0. Phew,.. lega aku akhirnya kejohanan ini berakhir di peringkat ini sekali lagi membuktikan projek Wenger gagal.Bukan gagal ape, tapi terlepas pandang membeli player Vladimir Weise yang score gol ke 3.(belum hebat mana, ini sindiran) Bukan ke Wenger ni kemaruk player2 muda? heheh. Tapi ini merupakan subjek repeat yang perlu diambil oleh setiap kaum muda setiap sem.Mengapa? salahkan si Profesor yang tak pandai dalam mengatur kuliah. Senior2 seperti Rosicky Eboe Song tak mampu membantu.Silvestre de kapitan? Tak payah cakaplah.Mula2 jek nampak bukan macam dia tapi lama kelamaan memang dia!.

Daripada match ini kita tahu Song bukan CB.Bernasib baik beberapa kali terlepas dari mata pengadil.Kita tak perlu lagi player2 terutama CB yang memberi foul2 bodoh. Jadi tamat perjalanan seni untuk beberapa pemain, tapi player seperti Vela wilshere merida dan ramsey mungkin boleh diberi peluang membantu skuad utama. Nasib baik tidak memperjudikan barisan utama dengan Stoke sedang menunggu dalam saingan liga..Simpati kepada para pemain dan penyokong yang bertandang ke eastland kerana melihat Wenger membuat kerja sambil lewa dan tiada nafsu walaupun ia hanyalah piala mickey mouse.Tapi ia tetap piala bukan?

P/S: Sukan Sea, Malaysia belasah Timor Leste 11 bijik.Ape sorang satu ke? huhu..


Rabu, 2 Disember 2009

Pre Match: Peluang Kaum Muda.



Arsenal akan menurunkan barisan muda dan beberapa senior Rosciky, Eboue , Song dalam kunjungan ke Manchster City awal pagi nanti.Ini bagi merehatkan pemain2 utama yang masih sugul dan hilang punca tewas 2 kali berturut dalam liga.Jika tewas sekali lagi kepada sebuah pasukan premier league pastinya sukar untuk diterima saat ini dan memberi kesan negatif kepada player.Jadi langkah paling selamat ialah mengotakan janjinya kepada pemain2 yang dah lama tunggu match ini.Oh ya, sebelum terlupa, Sagna injured , tapi sempat ok untuk hari Sabtu nanti.





------------------Manone-------------------
Eboue--------Silvestre--Song---------Traore

Wilshere----Eastmond--Ramsey----Merida
---------------Watt------------------------
---------------------Vela---------------------

Kemenangan dengan team ini adalah lebih manis untuk membuktikan ketidakperluan duit2 dinar arab, menebus kekalahan dalam liga, dan memalukan beberapa muka yang familiar.Astro Super Sport 811(belum disahkan channel) 3:40 am.Arsenal menang penalti 4-2.

Dalam pada itu, Arsene Wenger telah memaki Dutch FA dan France FA atas keidakprofesinalime mereka menanganni masalah kecederaan pemain.Ade benar jugak katenye.Macam pii'il pinjam barang pulak jadinya.Dah pinjam buat cara pinjam.Ini pinjam, buat rosak, takut nak bagitau, pulangkan lambat pulak tu.Siap boleh tipu kate rosak siket jek.Tak pasal2 dah kene mengaku nak pergi supermarket bulan depan-sesuatu yang jarang diakui Wenger.Atau skadar ayat untuk melepaskan diri itu aku tak pasti.Dah berapa kali kita lauli senario ini tapi hasilnya tetap sama.Namun agak sukar untuk membeli malah mencari player2 yang available di pertengahan musim.Kalau ada pun mungkin dari pasukan2 yang terkeluar dari Champions league yg menafikan pemain itu beraksi untuk Arsenal dalam kejohanan yang sama.Namun itu bukan halangan bagi Wenger sepertimana dia mendapatkan Arshavin.Here we go again...Hari penamaan calon sudah bermula....


Isnin, 30 November 2009

Sudah sudah lah tu..



Memang benar sukar untuk menerima kekalahan terutama bila anda adalah Arsenal dan tewas kepada jiran pencabar kejuaraan di tempat sendiri, ketika anda tahu sebenarnya player boleh bagi lebih dari itu, dan Wenger boleh memikirkan plan lain tetapi tidak memilihnya, dan paling teruk melihat bekas pemain yang paling dikeji kini lebih mendahului anda.Tapi ape2 pun letak ia di belakang. Masyarakat cakap, adat perlawanan ada menang, ada kalah tapi sayangnya seri pun kita tak mampu.1st gol adalah penting dalam match seperti itu dan 2nd gol akan membunuh psikologi, 3rd hanya menambah malu.Pahit memang pahit tapi kita dah pernah rasa yang lebih kelat daripada ni, apa yang penting bermula dari sini, ke mana kita nak pergi.

Kalau musim lepas, Arsenal ketika ini dah tewas 4 dari 13 perlawanan.Tewas di Emirates juga di tangan Aston Villa.Sama bukan dengan musim ini? 4 daripada 13. Selepas itu mereka bertandang ke Man City dan sekali lagi diperbudakkan 3-0.Time ni Gallas tak main, kene pecat.Jadi ia adalah kekalahan ke-5 daripada 14 perlawanan.Dan Wenger biarpun pada bibirnya enggan mengaku kalah, biarpun kekal tanpa kalah 21 perlawanan selepas itu, Arsenal tetap tidak dapat mengejar kelompok 2 atas dan akhirnya Arsene memberi alasan kalah 5 daripada 14 perlawanan awal, sangat sukar untuk mengekalkan momentum.Jadi tinggal 1 match lagi untuk arsenal mengelakkan diri dari situasi sama.Dan perlu diingat lawan seterusnya dalam liga adalah pasukan yang tak beza dari Sunderland atau fizikal Chelsea, Stoke City.Kali terakhir Arsenal bertandang ke Britania jugak berakhir dengan kekalahan, bertuahnya kali ini tiada RVP untuk dibuang padang.

Tapi sebelum tu Arsenal kene pergi balik ke bandar Manchester bertemu Manchester City dalam suku akhir carling Cup.City dijangka akan menurunkan barisan 'bintang' yang rekod tanpa kalah mereka juga cukup 'mengkagumkan' dalam liga, kali terakhir dan satu2nya mereka kalah ialah sewaktu last minit gol dari Owen.Aku cakap 'mengkagumkan' bukan apa tapi yang terbaru ni 7 seri berturut2.Dasyat.huhu.Barula penyokong2 City ni mula nampak dan dah ade suara2 yang mencaci seorang player yang agak pemalas.Mereka tidak terlibat dalam kejohanan2 lain selain domestik jadi Carling Cup ni umpama UCL la bagi mereka.

Dan Wenger pulak seperti biasa awal2 dah declare ape2 jadi pun dia akan tetap turunkan pasukan kacukan dengan pemain2 muda simpanan dan beberapa pemain utama.Aku rasa dari segi motivasi dan psikologi tak salah kut kalau Wenger pun bermati matian dalam buruan piala ini.Sekurang2nya ringan siket beban otaknya nak menjawab kemarau piala.Tak perlu rasa malu, just buang ego dan main bola.Tapi jika player 1st team, masing2 perlu memakai headgear kerana tiadanya RVP untuk dipijak muka memungkinkan orang primitif pra matang itu memburu mangsa lain.Tapi bagus jugak pakai Young Gun ni.Selain boleh diharap, dapat la jugak merehatkan player2 untuk kunjungan sukar ke Stokes.Tak sanggup nak pikul 3 kekalahan berturut2. Olympiacos minggu depan adalah masa untuk suka hati Wenger la nak buat apa kerana kita dah sah muncul juara kumpulan dan layak ke pusingan kedua.Time tu lah nak buat ujikaji, cari persefahaman, try and error dan menguji karekter away from home.




Ade lagi harapan, jangan terlalu memikirkan sangat, makin dipikir makin serabut.Pemain2 macam Arshavin ni patut jadi benchmark, tapi ini terbalik pulak.Boleh pulak terpikir nak bersara dari bola sepak sebab Russia tak layak ke Afrika.Dia nampak tak terurus, tak fokus.Ok memang, mana2 player impian nak main dalam World Cup tapi kalau pro, selesaikanlah segala kemurungan tersebut dan jangan terbawak2 dalam kelab merebak kepada player2 lain nanti.Siapa yang bayar gaji, kelab atau negara?Itu yang Wenger duk mengamuk sampai mencarut apabila diajukan soalan pasal Piala Dunia.Nak tanya pasal Piala Dunia pi tanya Sleep Better.Dalam keadaan macam ni kite perlukan watak2 dan peranan player2 seperti Arshavin untuk bangkit memberi inspirasi, ayuh phoenix bangkit!

P/S: Kalau Ireland dapat jadi pasukan ke 33 , macam tu semua negara nak claim, Malaysia pun boleh claim macam tu.Amboi,Suka hati jek!


Post Match : Tewas sudah

Arsenal tewas 3-0, tiada idea, tiada fizikal.Satu2nya pemain fizikal kita yang ada dibawak keluar 2nd half iaitu Song, ermmm pelik bukan, dengan song adalah antara pemain terbaik tapi ini menunjukkan Wenger betul2 desperate dan berani ber gamble. Tapi gamblenya yang tak boleh blah adalah menyenaraikan Denilson sebagai 1st eleven, yang baru nak match fit tambah pelik ialah dia berada di dalam padang 95 minit. Sagna dah bukan macam sagna, paling malang tewas kepada cashley hole.Arsenal hilang idea, segala cross hanya membazir masa dan saiz fizikal seperti Walcott Arshavin Vela Eduardo Nasri memang terlalu sukar untuk menembusi pihak lawan.Baru terasa impak ketiadaan RVP atau fizikal Bendi.Pendek kata persembahan tadi tak cukup bagus, sekali lagi falsafah mengharapkan pemain2 muda Wenger datang menghantui dan memberi tekanan yang pastinya selepas ini makin hebat.Seperti biasa dia akan meemekakkan telinga kerana Arsenal miliknya.Cayalah Wenger, we love u.

Gap 11 mata, sesuatu mesti dilakukan Januari nanti melihat kepada persembahan tadi, memang tak cukup bagus..Arsene Wenger mungkin terlampau memikirkan pemain2 yang ada attacking minded dan mungkin perlu back to basic tumpukan cara defensive yang masih lagi merapu.2 gol dalam masa2 genting penamat separuh masa secara psikologinya memahat paku di setiap otak player2 kerana ia merupakan masa yang sukar untuk terima pembolosan.Sort it out Arsene.. kecewa, sedang menonton El Clasico. Barca pun boleh main cara kita tapi bezanya? anda semua tahu..maleh den nak menjawab.. Tidak mengapa, cuba lagi.Agi hidup agi mengguners..


Ahad, 29 November 2009

Pre Match : Menang untuk RVP



Jadi di sinilah kita.Tengah malam nanti Arsenal akan melayan kunjungan Chelsea dalam apa yang diperkatakan perlawanan wajib menang bagi Arsenal sendiri. Ketinggalan 8 mata dengan baki 1 perlawanan, pastinya Arsene Wenger tak mahu menyusahkan diri sendiri dengan membiarkan ia menjadi 11 , suatu yang ditunggu2 golongan anti Arsenal terutama media untuk merendahkan moral sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengna kelab ini.Lihat sajalah bagaimana nasib Liverpool, seksa bukan diasak bertubi2. Tapi jika Chelsea? 'oh John Terry wira harapan besar England, jangan sentuh', 'Frank Lampard si jujur, jatuh sendiri tu sebenarnya tersadung batu kecil', 'Joe Cole muncul kembali demi negara!!',' Ashley Cole lelaki sejati, perempuannya yang miang', 'Si cantik dan buruk rupa-Drogba'(haha tibe2 jek)..Itulah headline yang mewarnai akhbar2 mereka saban hari.Memualkan.



Kita tahu Drogba dah kembali dalam pertemuan UCL tgh minggu jadi nampaknya fit bertemu  Arsenal.Lampard juga dikatakan sempat pulih dan mungkin akan diturunkan. Gua sebenarnya tak kisah, tak amek pot, turunkanlah saja barisan terbaik kerna jika kalah senang tiada lagi alasan dan hanya yang terbaik mampu membuatkan Arsenal bertindak balas dan tersedar dari lamunan kesilauan di stadium of Light minggu lalu. Cuma melalui pra interview di atas, setakat Jumaat lalu dapat disahkan Gallas mungkin sukar untuk sembuh sempena match ini akibat mata lebam bagai ditumbuk Mike Tyson.Arshavin yang dilaganya ok dan boleh diturunkan. Diaby dan Bendi lagi 2 minggu.Sedih mengenangkan nasib Gibbs dan RVP tapi sekarang tiada masa lagi untuk berkabung.Askar yang ada, kini merekalah harapan unuk bermati matian!

Kekalahan 4-1 selepas dikecewakan dalam minggu yang sama oleh Man U 3-1 semi UCL merupakan minggu yang paling suram di Emirates.Secara jujur aku tak rasa ape2 pun ketika beremu Chelsea biarpun scorline dia agak besar dan  memecahkan rekod kekalahan di tempat sendiri utk 32 tahun, tapi aku tau pemain2 takde tumpuan dah mase tu, masih lagi diulit kehampaan terkandas untuk ke final dalam masa 3 tahun.Tengah malam nanti buktikan bukan semua tempat Anceloti terlalu dihormati. Sebenarnya kita boleh, musim lepas siapa sangka ketika Arsenal tak diberi harapan langsung tapi tiba2 kita menang di Stamford Bridge, jadi malam ni siapa yang bersungguh2 mahukan lebih, dialah yang dapat.

Kemungkinan Silvestre mengganti Gallas tak menumpulkan pandangan mata tajam Verminator untuk menghalang regu Drogba -Anelka.Tapi jika betul Gallas tak dapat beraksi, ape2 yang berlaku malam ni, kita semua tetap perlu memberi sokongan 200% kepada Mr Potato Head kerana nampaknya dia jek yang kita ada ketika Sanderos mungkin dah berura2 nak berpindah Januari nanti. Armand Traore untuk posisi bek kiri adalah suatu mimpi ngeri setakat ini, jadi kita utilize kan ape yang ada dalam diri Eboue, kerana sedikit pengalaman mungkin diperlukan dalam perlawanan sepenting ini.

Battle in the middle..Song akan berentap dengan Essien manakala Fabregas bertemu ruasnya Lampard(kalau main).Satu persoalan yang menarik di sini adakah Wenger akan kekal denan 4-3-3 atau berubah ke basic 4-4-2.Jika 3, siapa trio di atas sana dengan gandingan Rosicky Eduardo Nasri tidak menjadi.Walcott mungkin boleh diguna pakai dalam match seperti ini kerana kepantasannya adalah senjata sulit.At least satu clear cut chance boleh dihasilkan melalui pace nya. Rehatnya Dudu ketika bertemu Standard membayangkan Wenger ingin Eduardo kembali dengan kesegaran dan kelaparan.Baru satu gol dalam liga itupun ketika match pertama, pastinya Eduardo perlu mencari semula form terbaiknya dan kemudian bertolak dari situ, naik gear 7 terus! Tak mustahil Arshavin-Dudu-Walcott akan mengemudi jentera serangan tapi yang membimbangkan tentunya fizikal,semua comel2. Ketika inilah kita merindui, Bendi..errr Diaby? takpun RVP yang dah nampak semakin kuat dan selesa sebelum tragedi. Kini kita hanya ada Song, tunjang kekuatan tengah dan kereta kebal kepada barisan pertahanan. Song malam ini perlu lebih menggandakan peluhnya tak kesahla semasam mana! Satu lagi slot tengah bakal direbut oleh Nasri, Rosicky, Denilson,Ramsey dengan Rosicky mungkin akan mendapat kesebelasan utama.

-------------------Almunia-------------------
Sagna-------Silvestre-----Mael--------Eboue
-------------------Song----------------------
-----------Rosicky------Fabregas------------
---Walcott-------Eduardo--------Arshavin

Aku hanya nak menang.Seri adalah kalah, kalah adalah malapetaka.(untuk malam ni) Orang cakap Bulan November mesti bulan yang teruk buat Arsenal sebab berdasarkan rekod musim2 sebelum ni memang betul pun banyak kecderaan yang berlaku time2 macam ni.Internationaleleh pun langsung tak membantu.Tpi kita masih ade 2 hari dalam November, buktikan baki bulan ni tidaklah seteruk yang disangkakan dengan persembahan mengujakan dan dihadiahkan kemenangan serta bonus 3 mata buat melancarkan landasan.
Arsenal vs Chelsea Astro 812 ESPN 11:55 pm. Arsenal 2 Chelsea 1.


Sabtu, 28 November 2009

Van Persie 'Terkorban'

Robin Van Persie cakap bye2 untuk musim ini.Ruptured three of the four ligaments in his right ankle. 

Selamat jalan Romeo, Camak???

Harapkan placenta, placenta makan planta.Arsenal diriundung malang apabila mendapat khabar berita kurang enak, RVP bakal menghabiskan sisa2 musim ini di atas katil kerana kecederaan 3 daripada 4 legamen buku lalinya menyebabkan form nya yang terngah superb terbantut sehingga mungkin 4 atau lima bulan- nak lagi selamat boleh kate sehingga tamat kempen musim ini.Tiada siapa dapat membantu termasuklah service baik punya dari suri rumah Serbia, Mariana Kovacevic.

Arsenalaysia mengharapkan RVP speedy recovery dan tidak ingin apa2 buruk berlaku sehingga membolehkan kerjayanya berakhir sepertimana kita ketahui ,sejarah RVP ni umpama gelas yang sensitif, mudah pecah dan injury prone.Tida yang lebih layak selain dari simpati terhadap nasib permain Belanda ini kerana musim ini dia merupakan antara tonggak dan harapan penting untuk menamatkan kemarau piala Arsenal.Macam mana pula denga Wolrd Cup? " **** !! " jawab Wenger.


Khamis, 26 November 2009

Lagu Akujanji.

Alexander Song Bilong mengikut haluan Eduardo dan Sanchez Watt dengan memperbaharui kontrak lanjutan yang bakal menyimpan pemain Cameroon ini dengan lebih lama di Arsenal.Perlu aku akui, dulu aku antara yang lantang mengejek dan mengkritik beliau sebaik sahaja tiba di Arsenal tahun 2006.Tapi setelah beberapa siri dan juga loan ke Charlton, Song pulang ke Arsenal dan tidak berpatah balik.Perlahan2 dia mengorak langkah belajar dari senior2, understudy kepada Gilberto, Flamini dan persembahannya diakui ramai meningkat dan hanya berumur baru 22 tahun meninggalkan batch seangkatannya seperti Diaby dan denilson sering menjadi kambing hitam pulak..Jadi masih ade ruang untuknya menjadi lebih bagus daripada apa yang ade sekarang ini.

Setakat musim ini, rentaknya di hadapan 4 sekawan di barisan belakang Arsenal cukup menjadi sebagai perisai kepada mereka.Persefahaman yang baik terutama dengan Gallas dan Mael menjadi punca Arsenal dilihat semakin stabil antara atas dan bawah.Cuma masalah mempertahankan set piece masih lagi menghantui kem Arsenal. Arsenal gembira dengan akujanji Song ini dan akan sentiasa memandang ke hadapan bersama2 the anchor afro man ni. Cuma yang membimbangkan adalah kemampuan Arsenal apabila tiba Januari nanti untuk cover pemergian Song ke Kejohanan Piala Afrika.Denilson tempoh hari pantas cuba menunjukkan jalan,  dengan sambutan golnya, geleng2 kepala seperti biasanya..Mungkin geleng2 itu bermakna "tidak perlu bimbang, aku ada kembali"






s

P/S: Syukur Alhamduliillah .Dengarnya,.Armand Traore  nak buang tatto summer nanti sebab baru dapat hidayah mungkin.Dari seorang Muslim yang hanya ada pada nama, kini Armand kini sudah mula cuba mempraktikkan Islam dalam kehidupan harian yang diakui membantunya di dalam dan di luar padang.Mungkin ini dinamakan hidayah Qurban,


Rabu, 25 November 2009

Post Match : Arsenal juara kumpulan H

Arsenal  sah ke pusingan kedua sebagai juara kumpulan

Gol daripada Nasri dan Denilson

Gibbs injured 3 bulan keretakan metatarsal .

Gallas Arshavin dijangka Ok Ahad ini.