Isnin, 28 Disember 2009

Post Match : 28 minit cameo boleh ubah momentum satu musim




Fabregas sambut gol memang passionate habis.Dia dengan RVP boleh tahan. Tapi tengok Wenger sambut 2nd gol kemudian ekspresi wajah tiba2 berubah(2:31) bila tahu gamblenya terpaksa berbayar..huhu..



Kemenangan apa ni..!! (hahah.. what a win!)  Fabregas hanya perlukan 28 minit cameo untuk mengajar rakan2 lain macam mana nak score.Bukan satu tapi 2 bijik.Sekali lagi gol freekick, macam abang angkat Kesuma Dewa ,Shebby cakap, tambah ability dan menajamkan bakat sebab selama ni Fabregas jarang bebenor free kick direct terus masuk.Menarik mengatahui ada jugak player2 yang mampu step up ambil free kick selain RVP.2 kali dah dalam tempoh seminggu. Gol kedua pulak memang world class.Counter attack dari Armand, Theo dan Fabregas yang muncul paling laju antara kedua2nya burst ke dalam petak dan menyudahkan dengan cukup kemas.Kalau tengok replay sudut dari belakang gol anda boleh tengok bagaimana kemasnya penyudahnya.Eduardo patut belajar balik dengan the little spaniard ni.

Tapi Gamble Wenger terpaksa berbayar dengan bayaran yang tinggi. Masuk sebagai sub yang menggantikan Denilson(jugak injured belakang) dan akhirnya hamstring nya kembali menghantui ketika dia mengejar malah mendahului Theo. Scan masih perlu dijalankan paling elok beberapa hari paling teruk mungkin 3-4 minggu.Satu situasi yang membuka otak Wenger menimbangkan kemungkinan untuk menambah di bahagian tengah Januari nanti dengan ketiadaan Song, Denilson dan Fabregas. Namun Song hanya perlu mendaftar diri 4 hb yakni masih ada 2 match baginya untuk menabur bakti.Melihat Song semalam aku tiba2 rasa marah padanya, marah bukan apa tapi sebab kenapa dia terpaksa meninggalkan Arsenal dalam ketika kita tengah meletup ni! Song sekali lagi menjadi watak si tenang dan menjadikan back 4 kita rasa cukup protection. Lihat bagaimana dia cover posisi setiap kali Mael atau Gallas menggila ke atas.

Apa pun semalam taktik Wenger memang menjadi.Aton Villa tak gerak langsung semalam.Diaby, Denilson Nasri, Arshavin, Eduardo ada saje di mana2.Cuma penyudah jek yang tak kesampaian perlukan sentuhan magik pemain yang tak 100% fit.Bayangkan kalau dia all out, tak ke dasyat lagi.Milner Young Downing memang hopeless membiarkan pakcik Heskey dan Gabon mati kutu.Mael dan Gallas simpan depa dalam poket seluar jek.Petrov garu2 kepala haru biru tak tau nak buat apa. Dune dan Co jenuh nak jaga Diaby yang memang tak boleh duduk diam.Sekali lagi persembahan baik back to back matches. Konsistensi seperti ini yang diharapkan dari Abou. Hah..Bukan tak bole tapi entah apsal selama ni jadi badut, saja ja kut.Dengan imej baru ala2 Will Smith, mungkin keinsafan timbul dan tertera dalam baju-T nya 'I am legend' .Gol ke 3 Arsenal dan kedua baginya dalam tempoh seminggu merupakan satu hadiah hasil usaha kerasnya.memang Super-B.

Dulu gelak2 laa diorang/media/pundit tengok Arsenal tercicir jauh.Hah, sekarang semua diam2, malah masih ragu2 tu walaupun kita ketinggalan 4 mata jek dengan satu perlawanan dalam tangan. Namun kita jangan terbawak2, masih jauh lagi ni. Harapan aku agar habiskan tahun ni dengan kemenangan kat Pompey Rabu ni. Kemudian FA cup pembuka tahun baru bertemu West Ham 3hb.Dah 3 hari bukak transfer tu, mungkin dah ade 2 player baru.hahahahaharapan.

Aku harap Arsenal terus konsisten dan jtidak syok terlebih2 pulak tapi tak salah nak meraikan momentum sekarang ni. Inilah peluang terbaik Wenger selain dari musim 07/08 untuk menukarkan pasukan ini dari pencabar kepada juara .Ini kerana musim2 lain sebelum Januari lagi kita dah terkandas. Aku harap dia tak 'spoil'kan lagi kali ni.

Agi idup agi mengGunners!


0 ulasan: