Ahad, 18 Mei 2014

FA Cup Parade

Piala akhirnya tiba di Stadium Emirates, Home of football....











FA Cup Glory : Video dan Highlights




















Arsenal Juara FA Cup 2014!!!!


Seperti biasa Arsenal lebih suka memilih jalan sukar dan mendebarkan buat kesemua penokong setia mereka yang menunggu hampir 9 tahun sebelum saat2 manis menjulang piala itu dirasai kembali tadi. Ketinggalan 2 gol seawal minit ke8 lagi menerusi lawan yang mengambil kesempatan melalui set pieces dan nampak bahaya setiap kali mereka dalam kawasan kita, para haters dah celebrate, bagi mereka ia adalah satu lagi game ala Liverpool mahpun Chelsea dan arsenal akan diratah kali ini oleh pasukan underdog. Namun kita keep calm and play dan layak digelar king of comeback.Kredit juga kepada pasukan lawan yang memberikan aksi paling mantap untuk sesebuah perlawanan akhir. It was one Hull of a battle!Tak ada cara lain lagi lebih dramatik untuk muncul juara piala FA dengan aksi final yang cukup mendebarkan serta menghiburkan terutama bagi yang neutral. Free kick Santi Cazorla memberi sekelumit harapan di separuh masa pertama.Separuh masa kedua gol Kos d Boss membuktikan kepada Hull Arsenal ada jugak defender yang boleh score,memadamkan deposit 2 gol awal yang dijraingkan oleh pemain pertahanan mereka.Gibbs mempunyai peluang keemasan untuk meletakkan Arsenal lead buat pertama kali di Wembley Stadium tapi terlepas peluang memaksa ke Extra time.

Tak ada ending yang lebih nostalgic selain dari gol kemenangan oleh inspirational player,player of the season buat Aaron Ramsey.Walaupun pada awalnya terutama 90 minit dia tidak begitu kelihatan malah try2nya ke laut, Wenger hidu sesuatu yang istimewa dan terus memberi kepercayaan kepadanya untuk beraksi sehingga saat terakhir ketika Ozil Poldi dan Cazorla telah pun dikeluarkan. Rambo membuktikan dia kini telah berubah menajadi lambang baru kelab, usaha yang gigh membuktikan anda boleh berubah sebenarnya memenuhi potensi. Tak ada player lain paling sesuai selain Rambo untuk merekodkan jaringan kemenangan Arsenal malam itu, layak dengan aksinya sepanjang musim ini! KEtika kita betul2 memerlukan seseoran untuk step up dalam big occasion, gua secara peribadi rasa gembira dan puas individu tersebut adalah Rambo.

Di akhir wisel penamat, penuh dengan perasaan terharu, gembira dan teruja melihat sambutan terutama riak wajah orang tua itu. Ada kelainan, wajah itu sudah lama gua tidak kelihatan kali terakhir 10 tahun lepas di mana dia mengemudi team invincibles. Terpancar kelegaan dan kepuasan terhoyong hayang dibuatnya, mungkin masih terasa berat piala yang dijulang.kah3. Mana taknya piala FA kelima peribadinya, 5 daripada 11 yang Arsenal pernah menang dia bolot, hampir separuh.Kini kita berkongsi team paling banyak menang FA Cup dengan United. Siapa kata kejohanan ini bosan, sekarang lebih teruja dengan target baru, misi12. Tahniah Wenger dan para pemain, ini hari bermakna buat Arsenal FC. Ia tercatit dalam sejarah. Diharap ini adalah pintu kepada satu era baru yang menanam serta menyuntik winning mentality.Apabila batch ini telah berasa perasaan sebagai juara sesuatu kejohanan, mereka pasti mahukan lebih lagi dan keyakinan itu autoatik tertanam lebih2 lagi cara mereka bangkit tadi. Musim 13/14 akan dikenang sebagai anjakan paradigma,FA Cup champions, 79 mata liga, 128 hari duduk di atas liga, kita masih perlu sedikit suntikan elemen kekebalan dalam big game. Itu nanti lain posting kita sembang . Jumpa di musim 14/15 jumpa di Wembley dalam piala sumbangsih 14/15 Arsenal vs Manchester City.Buat sementara waktu ini sementara menanti World Cup, gua nak enjoy dulu kejayaan ini. COYG!!!

Agi idup agi mengGunners!!!!



Video2 bakal menyusul... tunggu.........


Sabtu, 17 Mei 2014

FA Cup 2014 : Harapan Sebuah Grand Finale.


Arsenal menamatkan kempen liga dengan style, bukan bermakna tempat keempat itu stylo, tapi sebab kembali on form dalam landasan kemenangan menang 4 game terakhir . Itupun selepas diberi nafas  baru selepas kemenangan ke atas Wigan dalam semi final yang menyuntik kembali semangat dan keyakinan bagi baki kempen musim,dari situ kita pukul habis. Jika result sebaliknya tak tahulah di mana kita akan berada sekarang. Ditambah pulak dengan gol yang cukup style dari Rambo dan sambutan riang2 ubi selepas Carl Jenkinson meraikan jaringannya selaku peminat sejak kecil, kemenangan ke atas Norwich adalah satu bonus dalam mempersiapkan diri ke arah mendapatkan hadiah yang lebih bernilai, FA Cup.Malam ini bakal menjadi saksi 2 kelab bertembung bagi merebut Piala domestik paling berprestij dalam sejarah bola sepak. Siapa bakal menjulang piala baru diukir dan dibentuk, edisi ketiga sepanjang 143 tahun usia kejohanan tertua ini. Adakah Arsenal ? yang kali terakhir menjulang trofi ini 9 tahun lalu, ataupun Hull City?, yang masih belum mampu menjulang apa2 kejuaraan selama kelab ini ditubuhkan 110 tahun yang lalu. Itu yang meletakkan FA Cup menjadi sebuah pertandingan yang cukup istimewa penuh dengan nilai estetika, nostalgia,istimewa, penuh dengan elemen kejutan dan mampu menjadi simbol harapan serta tak keterlaluan dikatakan untuk digambarkan punya magis tersendiri.



Memang tak boleh dinafikan rata2 rama yang meletakkan Arsenal sebagai calon favorite untuk menang malam ini sampai  ke satu tahap mereka beriya2 menunggu Arsenal gagal sebenarnya jika tidak tiada lagi bahan untuk mereka menulis, mengondem serta  mengkritik. Tak payah nak ulang sangat Arsenal dah 9 tahun tak menang piala atau apa2 letak kaki kamu kedalam kasut Hull City dan mereka lagi sanggup bermatian untuk mencipta sejarah jadi hormati lawan, ini final, kedua2 pasukan mempunyai peluang 50/50. Kalau nak jadikan result liga sebagai ukuran, Menang 2-0 di  Emirates, menang 3-0 di KC stadium,Manchester City menang double ke atas Wigan dalam liga musim lalu,  tapi lihat apa berlaku di Wembley 12 bulan yang lalu.Itu cukup menjadi peringatan dan pengajaran. Buat player2 Arsenal yang menyarung jersi sekarang, mereka bukan sahaja perlu berdepan dengan Hull City, tekanan big match, atmosfera stadium, ribuan penyokong, namun mereka perlu berdepan dengan bayang2 silam yang ditinggalkan batch terdahulu. Hanya Flamini sahaja yang sempat merasai berada bersama pasukan Champion.Rata2 mereka adalah barisan baru yang menanggung beban rekod kemarau yang berpanjangan tapi kredit buat mereka kerana telah sampai ke tahap ini dan mampu memecahkan deadlock tersebut. Bukan mudah untuk melepasi halangan seperti Spuds, Coventry,Liverpool,Everton dan Wigan , ini jalan undian yang paling sukar kepada sesebuah pasukan sebenarnya jadi untuk kembali ke Wembley tak ada apa yang layak dikatakan untuk menafikan mahupun memperlekehkan usaha mereka.



Kesan psikologi final masih terasa. Selepas 2005, kita mengharungi 3 lagi final 1 UCL dan 2 League Cup , bagaimanapun nasib tak menyebelahi Arsenal. Dan yang latest version lawan Birmingham 2011 adalah suatu malapetaka yang masih segar dan kalau boleh tapi tak boleh nak lupa, masih menghantui. Sekurangnya 6 pemain dari squad sedia ada terlibat dalam tragedi di mana Koscielny dan Szczesny akan ingat sampai bila2-at least sebagai pengajaran.Sperkara lagi, memori bila lawan hull ni ialah kita tewas home sewaktu mereka baru promote, gol superb dari Geovanni malam tu membuatkan Phil Brown yang merupakan pengurus pada ketika itu bertambah poyo. Kepoyoannya meletus tahap maksima bila cari pasal dengan Fabregas yang menyebabkan FA terpaksa ambil tindakan .Untunglah kini mereka diterajui oleh orang yang lebih matang dan tenang dalam Steve Bruce. Itu antara bibit2 seteru antara Hull dan Arsenal,.Jadi  untuk malam ini memandangkan tiada lagi rasa kemenyampahan dengan status berbeda antara dua kelab ,elemen spurs mungkin bakal menyuntik pembakaran. Tom Huddlestone, yang merupakan anchorman , nadi penting Hull beserta seorang lagi loanee dari Spuds , Jake Livermore bakal disokong hebat oleh rival dari utara London yang gila2 punya nak tengok Arsenal gagal.Typical spuds, harapkan orang lain usaha sendiri failed.



“It is certainly the most glamourous, historical and traditional game in English football. Why? Because the whole world has seen FA Cup finals. It's the last game of the season and this campaign has been very exciting. I hope we finish it on a high.”- Arsene Wenger.
Apa yang membuatkan malam ni bertambah menarik ialah boleh dikatakan kecuali Theo, hampir semua player fit dan vailable.Dan ya termasuk Diaby di sini! Sehingga memaksa Bendi yang pernah score gol lawan Hull dipandang sepi.Chambo dan Mael yang dikatakan perlu menjalani ujian kecergasan jugak kelihatan ceria dalam latihan. Jack Wilshere seorang lagi Englishmen yang bakal terbang ke Brazil walaupun mengharungi kecederaan di akhir2 musim jugak berpeluang mencipta sejarah bersama kelab yang disertainya sewal usia 9 tahun. Pening kepala Wenger.Apa yang pasti Fabianski sah dalam list . Begitu jugak x-factor kita Rambo.Anda boleh lihat bagaimana kehadiran Rambo ternyata mengubah corak Arsenal, bagaimana dia berubah memenuhi potensi kepada seorang pemain yang tersangat penting, memiliki stamina,drive dan kini goals. Superb volley menentang Norwich temph hari mensimpulkan kemampuannya, ending kempen yang menyerlah sepertimana dia memulakan musim ini sebelum dihimpit kecederaan. Itu yang Arsenal kehilangan selama hampir 4 bulan.Gua percaya kalau dia dan Theo kekal cergas, musim kita mungkin lebih bermakna dan beban taklah terlalu berat dipikul oleh Ozil, Santi, Rosicky. Sebut pasal Thomas Rozza, bagi Old guards sepertinya termasuk Bacary Sagna,Arteta, Kim Kallstrom, Vermaelan ini peluang buat mereka kerana umur bukan makin muda, peluang beraksi di final bukan selalu dapat. Lebih2 lagi pada yang loyal seperti Diaby, Rosicky dan jugak Theo. Mungkin ini juga boleh jadi the last hurrah buat Sagna yang seakan pasti tidak akan renew kontraknya. Pemain seperti Ozil, Poldi,Mertesacker, Giroud,Santi,Koscielny Fabianski, Sanogo pasti teruja menjadi sebahagian daripada sejarah piala penuh tradisi di Britain.Flamini akan berkongsi pengalaman serta serba sedikit winning mentality yang masih segar di ingatannya dari batch 04/05.
Barisan kemungkinan:

--------------------Fabianski-----------------
Sagna----------BFG--------Mael------Gibbs
-----------------Arteta--Wilshere-------------
---------Rambo-----Ozil--------Santi---------
-------------------Giroud---------------------

Bagi Hull City pula, siap sangka mereka akan mara ke final edisi kali ini. Sesungguhnya FA Cup penuh dengan elemen kejutan dan memberi harapan kepada team2 domestik lain dalam pertandingan kalah mati. Dan perlawanan akhir tetap perlawanan akhir, mereka takkan berada di situ jika mereka tak berupaya dan tak konsisten. Ketepikan form liga mereka yang tewas 4 daripada 5 perlawanan, jika mereka mempunyai semangat ala Wigan, mereka mampu mencipta kejutan, dan jika mereka mampu bawa bas macam Chelsea, jika kena cara drivingnya mereka akan sampai ke destinasi, biar lambat asal  selamat. Itulah Arsenal perlukan pelbagai variasi dan plan B jika tebuk ikut flank tak jadi kita go through the middle, last option long ball. Shane Long dan Jelavic cup tied. Namun tanpa mereka berdua kempen FA Cup mereka dah cipta 20 bijik gol. Mereka pasti meletakkan harapan pada Matty Fryatt yang mempunyai penyudah yang baik tapi pace dan kemampuan membuat larian adalah suatu yang tak dimiliki berbanding Long dan Jelavic. Huddlestone dan Meyler harus disekat. MEreka mungkin hadir sebagai underdog, tapi bila tiba final dan masuk ke atas padang, team paling kurang melakukan kesilapan akan muncul last men standing.



Di sebalik semua ini,apa jadi jika apa yang diharapkan tidak berlaku sepatutnya? adakah bermakna segalanya berakhir? Sudah tentu tidak. Tapi kesannya amat mendalam. Gua cuma nak tegas kan di sini, apa jadi malam ni, malapetaka mahupun party gilang gemilang, penyokong perlu berdiri di belakang pasukan. Pemain, mereka profesional, mereka mungkin loyal, ada yang bermain dengan memahami erti sebalik lambang meriam, ada yang bermain berdasarkan angka  dan tarikh atas kontrak, itu semua lumrah dunia tapi bagi penyokong , kita setia di sebalik warna merah putih. Kepaduan sorakan menjadikan bara sumbu meriam itu takkan padam. Terus bersedia gunning for the cup.Jatuh bangun kita bersama, dulu boleh bersabar zaman Graham, hoo haa hoo haa zaman kegemilangan sebaik revolusi France tiba, kemudian kini tenggelam 9 tahun tapi kita masih setia bukan? Pengisian 9 tahun itu walaupun tiadalah menjulang, penuh dengan warna bukan? Itu sebab begitu istimewanya menjadi pentokong Arsenal yang hanya para Gooners sahaja memahami walaupun tanpa sebarang kejuaraan, ada nilai yang lebih mahal di sebalik itu dan itu yang membuatkan fanbase kelab ini terus utuh dan kini dalam proses membina empayar baru. Menang malam ni bukan bererti takat itu sahaja obejektifnya, bukanlah kita menang malam ni dan set balik 9 tahun lagi baru mahu menang next cup.Bukan begitu budayanya. Tapi kalah malam ni jugak bukan bermakna segalanya punah dan kita pasukan paling teruk di muka bumi. Adat game ada menang dan kalah, life goes on. Kita mesti ada next target, hidup perlu sentiasa ada tujuan, manusia tidak pernah puas. Apa jua jadi, kita di ambang new era sama ada Wenger stay atau tidak. Malam ini juga bukan titik permulaan kerana titiknya telah disambung sejak zaman Woolwich dulu, kita hanya menyambung legacy dan tradisi. Ini malam di mana kita menjadi sebahagian dari sejarah. Wembley destinasi terakhir untuk kempen musim ini dan hentian2 sepanjang perjalanan banyak mematangkan kita dan memberi pengajaran berguna. A hell of a ride. Sejarah mematangkan kita untuk kita sentiasa punyai visi dan misi untuk menjadi lebih baik bagi game berikutnya. Buat player2 yang masih ada, gunakanlah kesempatan ini, jadilah hero , berjuang sepenuh hati victory through harmony. Lazimnya kedengaran nama di  belakang kit tidak sepenting lambang di hadapan tapi nama2 di belakang itulah yang akan dicetak sebagai wira untuk ditatap oleh generasi berikutnya dalam wikipedia.

Astro 12.00 AM Arsenal 3 Hull City 1

Agi idup agi mengGunners!!! Come on Lads!!!!!! COYG!

#GunningForTheCup.


Selasa, 6 Mei 2014

Penamat yang minima



Minggu yang panjang tapi bermakna. Kelayakan minima musim seperti biasa telah dicapai. Pada pertemuan menentang Newcastle di mana kita meledak 3 biji tanpa balas, seperti saban tahun, kita menyambut Hari Totteringham.yang ke 18 berturut2. Kemudian tanpa perlu menyepak bola, Arsenal diberikan tiket untuk kelayakan UCL sesudah terjamin top four finish, suatu yang pasti melegakan buat Wenger yang merasakan dirinya 'masih berguna' apabila setiap kali cuba menjawab soalan tricky dari media  tentang destinasinya musim depan-sekurang2nya kita dah tahu destinasi Kim Kallstrom dari mulut Le Prof, dia akan pulang ke Moscow kembali.


Oh dan pasal tiket tersebut, gua mati2 membayangkan kita akan fight sehingga minit terakhir liga tapi kekalahan Everton kepada City melebarkan jurang dan kemenangan kita ke atas WBA 1-0 semalam memberi kelebihan 7 mata di hadapan. Itu yang sampai ada fan Liverpool suruh siasat FA macam mana Everton boleh kalah dengan City, adakah mereka sengaja menjual game demi menafikan peluang rival tempatan mereka. Kah3 gua rasa baik siasat Gerrard dulu. Sampai begitu sekali bola sepak boleh bawak anda. Bukan kalah dengan City yang Everton harus kesali tapi kekalahan kepada Crystal Palace dan Southampton memang secara tersuratnya memberi laluan moral buat Arsenal yang kini hanya perlu melawat Norwich sebagai lawatan sambil belajar.Tak ada apa lagi yang ingin dikejar, top 3 dah luar jangkauan dengan Chelsea seakan pasti jadi penghuni.

Gua harap kita pro dan main macam match2 biasa dan penting untuk mengutip 3 mata maksimum. Tapi bagi Kenari, game ni mungkin boleh jadi tali hayat survival mereka dalam BPL itupun bergantung pada sejauh mana Sunderland mampu pergi.Kalau Sunderland tumpas baki 1 game, maka last kick off serentak nanti akan bermakna buat Norwich dengan harapan Sunderland sekali lagi tumpas. Itu yang Arsenal perlu berwaspada sedikit. Kita perlu dilihat profesional dan tak membantu sesiapa,maka sebab itulah game ini perlu dilayan sebaik mungkin sebagai penghargaan buat away fan, target  point 79. Gua berharap skuad yang diturunkan nanti boleh bagi peluang pada muka2 yang jarang dapat peluang.Mungkin player yang tak pernah beraksi langsung seperti Viviano yang hadir secara pinjaman perlu diberi peluang, Diaby yang berada atas bench semalam boleh kasi panas badan, Kallstrom ,Jenkinson Sanogo, Bendi. Sekurang2nya dapat mengelakkan seberang kecederaan tak patut pada player utama bagi menghadapi final Piala FA 17th May nanti.Contradict dengan statement awal tadi? tak dilihat membantu sesiapa tapi turunkan 2nd team? Mungkin boleh bikin team seperti Sunderland marah tapi mereka perlu paham kita ada final penting jadi ia nampak logik, turunlah sesiapa pun tapi apa yang kita mau adalah komitmen 100%.Kalau turun 1st team sekalipun jikalau yang tak komited pun hasilnya sama jugak. Namun kalau Sunderland menang lawan West Brom Rabu ni mereka tak perlu nak bising, kadi kesimpulannya setiap team dah diberikan peluang masing2.Seperti jugak Arsenal, kita seharusnya pergi lebih jauh dari ini dalam liga tapi kegagalan-yang penat gua huraikan- mengambil peluang telah memakan diri.Tunggu lepas wisel penamat di Wembley nanti baru kita rumuskan perjalanan Arsenal FC bagi 2013/2014.


Malam tadi jugak lepas game terakhir di Emirates, seperti biasa ada acara tradisi, Lap of appreciation. Semua player kelihatan hadir untuk bagi penghargaan buat penyokong yang tak pernah mengenal erti penat lelah malah banyak bersabar. Tak kiralah yang injured ke, yang bertuxedo, berseluar track mereka diiringi Gunnersaurus bersama keluarga mengelilingi stadium. Menjadi tumpuan pastinya bini Bacary Sagna yang belum sign kontrak lanjutan dan tampak seakan pasti blah free2. Gua kalau boleh memang mahu dia stay tapi dia dah jadi loyal servant , antara yang lama di samping, Theo,Diaby dan Rosicky.Namun dia dah buat yang terbaik untuk kelab dan sentiasa beri komitmen di atas padang walau saban tahun persembahan pasukan sering dipersoalkan, jadi kalau dia memilih untuk berhijrah kita hormati pilihannya lagipun usianya bukan bertambah muda, ada eloknya Arsenal ada suntikan baru di bahagian bek kanan yang boleh overlap dan buat crossing lebih padu. Tapi untuk mencari bek kental bertahan macam Sagna ni diakui memang agak payah.Siap boleh harap main CB,itu kelebihan yang dimiliki dan jika dia blah pasti dirindui. Apapun ke mana sahaja destinasinya, selamat maju jaya. Dan standard bila nak habis sizen walaupun tak habis lagi dah ada rumors2 transfer.Malam tadi Loic Remy mai stadium tengok bola pun boleh jadi bahan gossip. Beckham berapa kali mai tengok bola kat Emirates pun tak dak nak sign pun. Wenger hanya boleh buat lawak "harap dia bayar tiket!".


Tinggal satu game sahaja lagi.Come On Lads!! Mari tamatkan liga dengan bergaya!

Agi idup agi mengGunners!!!