Ahad, 18 Mei 2014

Arsenal Juara FA Cup 2014!!!!


Seperti biasa Arsenal lebih suka memilih jalan sukar dan mendebarkan buat kesemua penokong setia mereka yang menunggu hampir 9 tahun sebelum saat2 manis menjulang piala itu dirasai kembali tadi. Ketinggalan 2 gol seawal minit ke8 lagi menerusi lawan yang mengambil kesempatan melalui set pieces dan nampak bahaya setiap kali mereka dalam kawasan kita, para haters dah celebrate, bagi mereka ia adalah satu lagi game ala Liverpool mahpun Chelsea dan arsenal akan diratah kali ini oleh pasukan underdog. Namun kita keep calm and play dan layak digelar king of comeback.Kredit juga kepada pasukan lawan yang memberikan aksi paling mantap untuk sesebuah perlawanan akhir. It was one Hull of a battle!Tak ada cara lain lagi lebih dramatik untuk muncul juara piala FA dengan aksi final yang cukup mendebarkan serta menghiburkan terutama bagi yang neutral. Free kick Santi Cazorla memberi sekelumit harapan di separuh masa pertama.Separuh masa kedua gol Kos d Boss membuktikan kepada Hull Arsenal ada jugak defender yang boleh score,memadamkan deposit 2 gol awal yang dijraingkan oleh pemain pertahanan mereka.Gibbs mempunyai peluang keemasan untuk meletakkan Arsenal lead buat pertama kali di Wembley Stadium tapi terlepas peluang memaksa ke Extra time.

Tak ada ending yang lebih nostalgic selain dari gol kemenangan oleh inspirational player,player of the season buat Aaron Ramsey.Walaupun pada awalnya terutama 90 minit dia tidak begitu kelihatan malah try2nya ke laut, Wenger hidu sesuatu yang istimewa dan terus memberi kepercayaan kepadanya untuk beraksi sehingga saat terakhir ketika Ozil Poldi dan Cazorla telah pun dikeluarkan. Rambo membuktikan dia kini telah berubah menajadi lambang baru kelab, usaha yang gigh membuktikan anda boleh berubah sebenarnya memenuhi potensi. Tak ada player lain paling sesuai selain Rambo untuk merekodkan jaringan kemenangan Arsenal malam itu, layak dengan aksinya sepanjang musim ini! KEtika kita betul2 memerlukan seseoran untuk step up dalam big occasion, gua secara peribadi rasa gembira dan puas individu tersebut adalah Rambo.

Di akhir wisel penamat, penuh dengan perasaan terharu, gembira dan teruja melihat sambutan terutama riak wajah orang tua itu. Ada kelainan, wajah itu sudah lama gua tidak kelihatan kali terakhir 10 tahun lepas di mana dia mengemudi team invincibles. Terpancar kelegaan dan kepuasan terhoyong hayang dibuatnya, mungkin masih terasa berat piala yang dijulang.kah3. Mana taknya piala FA kelima peribadinya, 5 daripada 11 yang Arsenal pernah menang dia bolot, hampir separuh.Kini kita berkongsi team paling banyak menang FA Cup dengan United. Siapa kata kejohanan ini bosan, sekarang lebih teruja dengan target baru, misi12. Tahniah Wenger dan para pemain, ini hari bermakna buat Arsenal FC. Ia tercatit dalam sejarah. Diharap ini adalah pintu kepada satu era baru yang menanam serta menyuntik winning mentality.Apabila batch ini telah berasa perasaan sebagai juara sesuatu kejohanan, mereka pasti mahukan lebih lagi dan keyakinan itu autoatik tertanam lebih2 lagi cara mereka bangkit tadi. Musim 13/14 akan dikenang sebagai anjakan paradigma,FA Cup champions, 79 mata liga, 128 hari duduk di atas liga, kita masih perlu sedikit suntikan elemen kekebalan dalam big game. Itu nanti lain posting kita sembang . Jumpa di musim 14/15 jumpa di Wembley dalam piala sumbangsih 14/15 Arsenal vs Manchester City.Buat sementara waktu ini sementara menanti World Cup, gua nak enjoy dulu kejayaan ini. COYG!!!

Agi idup agi mengGunners!!!!



Video2 bakal menyusul... tunggu.........


0 ulasan: