Rabu, 19 Disember 2012

Stopilla Sunzu target Arsenal

Lepas Arsene Wenger keluar memberi bayangan Arsenal dah boleh spend berjuta2 kerana financial makin stabil, tak perlu tunnggu masa lama untuk mengetahui kita sedang serius berusaha mendapatkan target2. Walaupun Theo masih belum sign kontrak, rundingan tengah ongoing, Jack dan Chambo pulak dikhabarkan tengah draftkan kontrak baru untukmengikat masa depan lebih lama di Arsenal.Sempoi melihat core English player menjadi asas kepada skuad yang ada sekarang ini.Tapi cerita yang sebenar adalah, Arsenal sedang berusaha untuk membawa pemain Zambia yang boleh dikatakan un known jugak bagi peminat2 bola selain benua Africa, nama diberi , Stopilla Sunzu. Sunzu 23 tahun merupakan pemain kelab TP Mazembe, 34 cap bersama skuad Zambia dan antara nadi penting kejayaan mereka menewaskan Ivory Coast dalam final Piala Afrika 2012 apabila menyempurnakan sepakan penalti terakhir. Ironinya Gervinho pada ketika itu gagal menyepak masuk.

Rumors sedang bergerak kencang dengan media2 di Zambia serta England melaporkan Sunzu bakal terbang ke London membincangkan kontrak, masing2 berdasarkan sumber yang dikatakan dipercayai. Dan berikut merupakan statement sendiri dari Sunzu melalui Zambian FA.
“I will be travelling to England to sign a deal with Arsenal after the friendly game against Tanzania. As we speak, Mr Katumbi’s personal consultant Salomon Eskadela is here in Zambia waiting to travel with me to England,
“I don’t know the details of the deal yet because I have not discussed with both Arsenal and TP Mazembe. However I spoke to both Mr Katumbi and Arsenal Manager Arsene Wenger who assured me that I would not be going to London for trials but to discuss personal terms and possibly sign a contract.”
Pemain setinggi 6 kaki ini dikatakan sebagai pengganti terbaik Alex Song, combative midfielder selain mempunyai instinct natural defending. Jika benar, Ini memberi ruang Arteta berkongsi tanggungjawab dan mengoffer Arteta kembali ke role yang lebih kreatif serta adventurous. Wenger mungkin sudah nampak permasalahan ini kerana barisan tengah serta pertahanan kita tidak mendapat perlindungan secukupnya. Lebih2 lagi, Sunzu jugak boleh diletakkan di bahagian CB jika keadaan diperlukan. Melihat kepada ciri yang ada, muda, versatile, internationaleleh cap dan yang paling penting ,Murah , gua rasa rumors ni ada kekukuhannya. Cuma menjadi persoalan sebab seperti Gervinho dan Chamakah, Sunzu akan bermain mempertahankan kejuaraan dalam kejohanan Piala Afrika Januari nanti maka sejauh mana Arsenal sudi menanti.


Agi idup agi mengGunners!!


Reading tidak menambah pening Wenger



Arsenal bertandang buat kali kedua ke Madejski Stadium musim ini dan seperti perlawanan pertama dalam special comeback league cup dulu, 'ping pong' breulang kembali dengan 7 gol dapat disaksikan. Santi Cazorla yang merupakan stand out performers untuk Arsenal musim ini membuktikan antara pembelian berbaloi dengan persembahan bergaya , slumber dapat hat-trick . Paling best dan luar biasa apabila pemain serendah Cazorla mampu melakukan tandukan terbang hasil cross dari Podolski (jugak sebijik gol) untuk gol kedua. Tapi menjadi concerned apabila, kita dah lead 4 gol membiarkan Reading bangkit 2 bijik memberi kegelisahan sedikit kerana dendam dan tema 'sejarah mungkini berulang' berlegar2 di benak pemikiran para gooners.
Yes, you’re right. We were under a lot of tension before the game. We thought subconsciously it was done at 4-0 and at 4-2, I saw your headlines coming! Fortunately we scored the fifth goal. -Arsene Wenger
Namun Theo Walcott yang masih belum sign2 kontrak , dapat jugak beraksi di central role, suatu yang diimpikan dan tidak mempersiakan peluang dengan satu finishing yang cukup cool untuk memadam hajat Reading. Harap dengan kepercayaan yang diberi oleh Wenger, Theo nampak masa depannya di Arsenal. Berita dari sana memperdengarkan rundingan masih akan dijalankan walaupun dah masuk Januari jadi risiko untuk melepaskan Theo free2 summer nanti bakal diambil. 5-2 keputusan hingga wisel penamat. Mungkin terlalu awal nak buat conclusion ini mungkin line up plg nampak click together tapi tak sukar untuk buat pemerhatian dan analisis, ketiadaan Gervinho dan Rambo dari starting line up, corak permainan kita jauh tersusun dan tempo kita berada pada standard yang sepatutnya. Anda mungkin boleh kata ini Reading, pasukan tercorot BPL tapi lihat balik pada Bradford, di mana pulak kedudukan mereka? Jadi untuk sembang bola kedai kopi, tak salah untuk kata tanpa kelibat duo tersebut, kurang menyakitkan hati.Maaf jika ada yang tak setuju untuk gua semberono bashing sana sini tapi kita sekarang memang berada di zon2 mudah mencari kambinghitam.Apapun kita menang, jangan cemarkan kemenangan moral ini dengan bercerita kisah silam.Just enjoy sebelum kita bertandang ke Wigan Sabtu nanti.

Oh ya, politik. Walaupun cerita ni dah basi 3 4 hari tapi gua nak sentuh sedikit.Dalam bola pun ada politik. Ini berkaitan tampuk kuasa. Umum maklum, Silent Stan merupakan pemegang saham terbesar di Arsenal dan pastinya ada pesaing iaitu jutawan Uzbek, Usmanov. Tak ada masa paling tepat dan sesuai selain ketika ini, timing2 Arsenal dilanda so called krisis dalaman, Usmanov mencucuk2 agar sokongan2 beralih arah lantas melompat ke kemnya. Usmanov menggunakan peluang ketika BOD terutama di bawah Stan-Gazidis bawah tekanan yang amat sangat sesudah segala 'ketamakan' mempotraikan hasil di atas padang. Result2 bangang yang mengecewakan mengundang kemarahan para penyokong sehingga terbentuknya Black Scarf Movement, suatu gerakan protes menentang sebarang penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan wang oleh mereka2 yang duduk di atas sana. Gazidis sebagai Chief Exec menjadi sasaran utama, Kroenke tidak terkecuali walaupun dia kelihatan silent, tapi sebagai pemegang saham terbesar, susah nak menafikan rolenya dalam permasalahan ini yang berselindung di sebalik topeng self sustaining model.

Oleh itu Usmanov mula memasang jalan cuba menggunakan taktik liciknya. Tak cukup dengan menyatakan kekecewaan terbuka terhadap board sedia ada dan berjanji dengan manifesto bulan bintang yakni bersedia melonggokkan duit untuk transfer dan mengubah Arsenal dari dalam ke luar, Usmanov nampak dah sampai tahap desperate apabila baru2 ini 'menggunakan' legend Henry untuk melobi.
 "I don't have any power in terms of decisions, but there are a few Arsenal players whom I am in contact with and my favourite is probably Thierry Henry .Thierry should already be a part of the club but not as a player. He has another role to play, a more important role." ," Usmanov, sumber L'Equipe
Dan baru2 ini berita menggemparkan Usmanov menjemput Henry Dinner sama2 bagi menguatkan spekulasi ada gerakan2 subversif untuk memancing sokongan memaksa Stan menjual sahamanya sekaligus melepaskan Arsenal kepada Usmanov. Kononnya comeback Henry ini akan lebih dari itu, diambil contoh, satu posisi ala Vieira di City. Hoi Usmanov, kami tak begitu desperado hadap sangat duit ko. Henry seorang profesional, kalau dah ajak makan, takkan nak menolak, sama laa macam dia akan layan sesiapapun. Lebih2 lagi kita tahu anak David Dein bekas orang besar Arsenal yang dikatakan rapat dengan kem Usmanov merupakan agent kepada Henry. Jadi apa salahnya sekadar lepak menghormati kawan member2.No big deal, tiada isu di situ. Itu yang gua cakap, Usmanov senagaja cari publisiti gunakan nama Henry untuk mencapai cita2nya. Dalam masa yang sama, Henry pun belum pasti untuk kembali Januari ini secara loan, ini berikutan orang2 di pihak NY Red Bull kata belum ada inkuiri dari Arsenal malahan juga Henry baru sahaja menimang seorang lagi cahaya mata.

Berbalik kepada isu tadi. Kepada Arsenal fan yang ingin kita dioperasikan seperti City mahupun Chelsea, be careful what you wish for. Bukanlah Gua sokong  Board yang sedia ada ini, tapi kalau kita nak tukar perompak dengan penyamun pun tak ada guna. Malah kita mungkin boleh nampak senang lenang dalam tempoh masa singkat tapi merana masa depan menggadaikan kelab kepada orang perseorangan. Berhati2 sehingga kita menjadi alat mainan Usmanov apabila kita dibebani hutang melampau kelak. Iu sebab kita perlu bersabar waktu2 begini. Orang duk sibuk FFP FFP tapi sejauh mana ia akan membantu dan bila masanya dia betul2 akan dilaksanakan secara telus. Mesti ada backdoor, ya itu pasti. Tapi Arsenal perlu dibiarkan beroperasi sendiri secara the Arsenal way. Ini adalah cara kita, berpijak di bumi yang nyata menggunakan resource sendiri. Sejak dari dulu lagi kita dah diajar begini, sejak board sedia ada ni ambil alih lagi, cuma tempoh period hampir sedekad ini kita terhimpit dengan penghijrahan Stadium. Ini adalah fasa di mana kita perlu banyak bersabar tapi tak bermakna kita boleh setuju bulat2 dengan rompakan2 Board yang berselindung di sebalik imej operasi ini. Kita berapa kali dijanjikan dengan duit yang ada, tapi kalau duit betul2 wujud, takkan setiap tahun kita kena jual player2 utama kita. Jadi ada suatu yang sangat2 tidak kena sebenarnya. Dan bukan jugak kita memaksa mereka mengeluarkan duit gila hanya untuk satu dua super star, cukup menunjukkan effort dengan mengeluarkan dana mengikut harga semasa ke atas pembelian2 pemain yang berkualiti dalam masa yang sama berbaloi. Sebagai contoh, pembelian santi Cazorla 16M, itu adalah harga yang sangat2 berbaloi dengan realiti bola sepak modern sekarang. Scout kita kena kerja keras lagi, management dan coach kene restructure balik skuad, offload deadwood2 yang makan gaji buta tapi main average. Sampai bila player2 yang dilepaskan secara pinjaman mejadi beban tanggungjawab Arsenal. Ini berlaku sebab kita dengan sewenang2nya offer gaji tak berpatutuan dengan kualiti mereka yang biasa2 jadi untuk kelab lain nak beli pun pikir 2 kali. Macam biasa saban tahun Wenger bangga dengan pencapaian layak ke Champions league setiap tahun.Untuk berada pada tahap itu memerlukan konsistensi, kita konsisten berada dalam kelompok 4 terbaik tapi untuk maju lebih lagi, apalah salahnya kalau Arsenal push forward lebih sedikit lagi. Gua pikir setiap musim, Kita hanya kurang 2 atau 3 top player berkualiti lagi untuk mencabar kejuaraan. Arsenal perlu bertindak segera untuk memastikan kita kekal sebagai top team dalam BPL mahupun Europe. Januari ini adalah timing paling sesuai..

Agi idup agi mengGunners


Khamis, 13 Disember 2012

Sampai bila kemaluan ini berpanjangan?

You feel embarrassed when you don’t give everything. I feel the team did fight and will be more disappointed and frustrated.


Sudahlah tu. Tiada alasan lagi. Memang tewas penalti, ada nasib tiada nasib. Tapi kalau 120 minit struggle lawan team yang main dalam divisyen keempat, 80 anak tangga bawah Arsenal, value team 7500k berbanding Arsenal 65M,belum cukup memalukan bagi Wenger dan anak buah, tak tahu laa nak kata macam mana lagi.Even Gary Jones kapten mereka sendiri kata Apekejadah Arsenal, lawan Torquay United dalam league two lagi mencabar. Perghhh kita dah jadi bahan lawak, bahan jenaka. Tak payah hantar Jambu, Jozan , letak Wenger Gervinho dan Rambo di pentas raja lawak pasti juara walaupun kelakar mereka kadangkala lebih menyakitkan hati dari DaDiDU.Bilamana bersengkang mata hampir 3 jam di awal pagi sampai terpaksa half day keesokan hari, itu sudah tentu menyakitkan. Sakit, sakit sangat. Ivan Gazidis keluar dari kegelapan konon nak jadi savior turut berkongsi simpati dan kemarahan serta offer kemaafan.

"I think I am frankly tired of getting up here and delivering the same message,Tuesday night was not good enough and it made us all upset and angry. I would like to apologise to all of you, especially the fans who travelled up there. It was unbelievable support as ever and you deserved better. "
Penat untuk mengulangi mesej? Kita lagi penat mendengar janji2 kosong.40M, 50M dan kini angka 60M untuk apa? mana hasilnya? Jangan biarkan gua start dengan bebelan kerana umum sedia maklum apa yang hendak dibebelkan dan macam Gazidis , I am frankly tired getting up here and delivering the same message! It's not just about spending thoese money, it's about the lack of passion, heart and desire that make us all sick watching those so called superstar wearing the jersey that they didn't deserved let alone carry the cannon in front of it.

Pemain2 ni dah macam sampai satu tahap tepu.Tak ade motivasi. Sejujurnya gua terkejut bangun awal pagi melihat timeline twitter mendapat tahu Arsene Wenger menurunkan 1st eleven, all out, the best team yang mampu dipilih dari skuad yang available-jarang berlaku dalam satu cup yang dipandang remeh oleh Wenger.- Ini menunjukkan dia betul2 desperate nak piala tapi bagi gua, awas, Wenger meletakkan risiko yang tinggi di sini, kerana jika segalanya tidak berlaku seperti dirancang, morale player dan kelab keseluruhannya akan jatuh rock botom-Wenger tahu.Dan ia memang terjadi. Sama ada Bradford setaraf BPL atau kita yang jatuh standard kelab League two, tak ada kegoblokan yang mampu dinafikan lagi. Kredit kepada Bradford kerana bermain dengan penuh disiplin, semangat dan jiwa yang sangat kental. Mereka membuktikan duit bukan segalanya. Dan kali ini bukan sahaja ditujukan pada kelab2 seperti City, mahupun Chelsea tapi pada Arsenal sendiri. Hentikan membawar gaji2 buta yang tinggi melampau pada average2 player yang langsung tak menyumbang serta hentikan ketamakan yang berlaku dalam meja kasino Board.Cukuplah memperjudikan nasib kelab dengan keghairahan mengaut keuntungan untuk poket sendiri.


Dan di atas padang pulak, gua sudah muak dengan taktikal Wenger yang tak sedar2. Selagi Gervinho main sebagai cntral striker, selagi tulah kita akan terus menjadi bangsat. Ramsey di wing kanan? Seriously? Oh Si Spodolski ni power kaki kiri, jadi kita letak dekat kiri jek lah. Bollocks!! Budak darjah 3 pun tahu dan boleh jadi manager kalau ikut penaklukan mantik macam tu. Ada orang kata meletakkan Gervinho di atas umpama meletakkan kedudukan rambutnya di dahi luasnya tu, memang tak sesuai. Dan Chamakh?? Itu taraf sub yang ada untuk dilihat boleh turn around game??? Sorry tapi pada gua Wenger had lost it. At least stick to the plan, bagi peluang Eisfeld, kalau bencikan sangat Arshavin pun mengapa bekukannya sampai begitu sekali. Why rosicky dengan Chambo tak start berbanding Rambo. Selectionnya macam Rajagobal, penuh diskriminasi pilih bulu dan merapu.

 Bakat tu susah nak dikorek boleh digilap.Kalau ada boleh sampai full potetial, kalau dah memang takde tu hanya kena ada x-factor lain yang boleh push forward tahap seseorang. Passion, dan desire tu boleh dibentuk dan dibakar dengan motivasi.Tapi sayang benda2 tu dah tak ada di Arsenal.Wenger gagal dalam memotivasikan player2 dan sikap suka membacking membuatkan player2 ni naik lemak.Walaupun banyak kali miss passed dan kadang kala nampak hanyut dengan form rakan2, tapi hanya Wilshere yang dilihat ada keiinginan dan rasa tanggungjawab membawa nama Arsenal malam tu. Tapi tak boleh nak mengharapkan budak mentah  semata2 kerana dia jugak memerlukan sumber inspirasi.Dia melihat di sekelilingnya,namun tiada aspirasi.Arenal dah jadi macam tempat pasukan yang main bukan dalam satu unit, tak ada hala tuju. Itu punca bilamana player2 senior dipandang serong dan tiada usaha untuk menghormati jasa2 dengan berusaha mengekalkan mereka.Saban tahun mereka blah dan diganti oleh plaer2 average perasan primadona. Dan hanya tuhan sahaja yang tahu adakah Arsenal tempat untuk Theo show off kan diri atas kapasiti peribadi, menjaja diri untuk dipancing kelab luar ketika baki kontraknya menunggu hari kerana jika dia benar2 care akan Arsenal dia dah lama ikat kontrak. Gua tak terkejut jika dia 'memaksa dirinya dijual' Januari nanti.Segala blame kemudian akan dilemparkan kepada Board,pemain hanya blablablablabla dan di akhirnya Theo yang tersenyum riang sebat kontrak berjuta dengan pasukan lain meinggalkan Arsenal terkontang kanting krisis dalaman dengan Black Scarf Movement vs BOD.Victoria Concordia Crescit, Vitory Through Harmony kini semakin lama semakin susut nilai maknanya. Tiada lagi harmoni yang didambakan jika keadaan sebegini berterusan.

Enough of meroyan. I Just want my Arsenal back!!Sementara menunggu subsidi Januari yang belum pasti tiba, Marilah berdiri di belakang pasukan yang ada. Schedule lepas ni sebelum masuk tahun baru memang tough. Away bertemu Reading, Wigan dan home bertemu West Ham Newcastle tatkala Boxing Day.Padat.Player jangan bimbang, kita sebagai penyokong akan teruskan dengan tugas kita memberi sokongan tanpa henti , harap player dan manager pula yang menjalankan tugas mereka dengan penuh erti..

Agi idup agi mengGunenrs!!


Selasa, 11 Disember 2012

Arsenal relief selepas WBA tapi tak boleh overkonfiden bertemu Bradford


Cuti yang panjang lagi padat. Walaupun game bertemu WBA dulu tak berapa padat dengan aksi dan  yang lebih diperkatakan adalah tentang bagaimana Arsenal mendapatkan penalti, tapi buat masa ini, kemenangan yang paling penting, 3 mata yang memberi kita relief kelegaan mengatasi tekanan menggila semenjak 2 menjak ini. Boleh gua katakan Arsenal selayaknya menang, West Brom tak create chances, kita lebih bayak moving forward. Cara mereka hanyalah menutup ruang hendak mematikan game play kita. Orang sibuk kata cazorla dive, pada gua mungkin ada atau mungkin tak ada minimal contact -itu hanya santi yang tau- tapi secara peribadi pada gua itu bukan penalti. Begitu jugak dengan insiden membabtikan Oxlade Chamberlain yang melakukan foul sebelum dia dijatuhkan di dalam kotak penalti. Namun, itulah bola sepak. Kadang kala kita memerlukan sedikit nasib baik untuk mendapatkan keputusan di sebelah kita. Dan malam tersebut kita amat memerlukannya dan kita lebih layak. Ref pun bukannya konsisten sangat malam tu beberapa keputusan pun mengarut. Sudah berkali2 kita dirundung malang, adakalanya kita mendapat tuah. Bola itu bulat. Respect pada Wenger yang berani minta maaf secara berlapik itupun katanya JIKA Cazorla dive.Memberi jawapan yang selamat dan membiarkan persoalan adalah satu PR yang bagus dari Arsene Wenger bagi menutup mulut press yang sibuk hendak mensasikan cerita. Ditanya tentang adkah dia dah bertanya pada Santi, dia jawab sudah dan jangan bimbang jika anak buahnya memang sengaja lakukannya dia akan ambil tindakan. Bijak meredakan ketegangan. Jika Wenger lebih kepada denial syndrome, maka hujanlah dada2 akhbar dengan kata2 nista. Turut lega pastinya Arteta yang menyempurnakan 2 penalti tersebut. Dia berani redeem kegagalannya menyempurnakan penalti tersebut dengan cool memilih menyepak tengah untuk keduanya2.

Awal pagi nanti pulak Arsenal akan meneruskan pengembaraan dalam suku akhir League Cup. Berada dalam kelompok lapan terakhir kita dilihat berpeluang cerah melihat kepada status lawan2 yang tinggal.Tapi jangan memandang rendah Bradford.Pasukan dari League two tu pun dah konfiden menang malam ni-itupun jika perlawanan dilanjutkan sampai penalti! Sebab diorang ni dah menang 8 penentuan penalti berturut2 dalam semua kejohanan 3 tahun ni. Satu rekod yang dikira memberangsangkan. Nasib menyebelahi mereka. Sekarang ni duduk 65 kedudukan bawah Arsenal, tapi level of konfiden mereka mungkin sama par jadi dalam perlawanan kalah mati, apa2 sahaja boleh berlaku, pasukan yang lebih fokus akan beroleh keputusan yang diinginkan. Arsenal mungkin akan menurunkan barisan campuran antara player reserve muda dan beberapa player skuad utama yang memerlukan game time. Sagna sudah pasti tidak akan disenaraikan kata Wenger kerana dipaksa beraksi dengan kecederaan ankle tempoh hari. Turut terlepas adalah hero comeack bertemu Reading, Theo dan Giroud. Koscielny, Santos, Diaby semuanya out. Player reserve dua2 belah side FB pun KO, Miquel dan Yennaris. Mungkin ada peluang untuk Chamakh, Rosicky, Ramsey, Coquelin, Jenkinson, Meade, Laci Johan Arshavin, Eisfeld,Gnabry, Afobe dan jugak Manonne. Seab kita jek antara big Guns yang tinggal, jadi tak susah nak tengok live di Astro 345 pagi ini. Bradford 0 Arsenal 3.

Agi idup agi mengGunners!!


Rabu, 5 Disember 2012

Sekadar tempat kedua.


Thomas Rosicky menunjukkan display yang memberi harapan sambil menjaringkan gol pendahuluan. Walaubagaimanapun disebabkan kurang match fitness, persetujuan untuk membawa dia keluar 2nd half sekali lagi menghantui Arsenal. Satu lagi tough call buat Wenger yang membuat decision sebelum menyaksikan Arsenal tersungkur dengan comeback Olympiacos di separuh masa kedua. Kalau ikutkan line up, apa lagi yang boleh dijangka. Gervinho, Laci, Chamakh , Meade, Rambo Coquelin diberi peluang start manakala youngster memenuhi bench. Jika benar pun taktik ingin mengelak dari bertemu nama2 besar di Eropah, jagalah maruah sedikit.At least kasi draw. Tapi jika ini yang Wenger mintak, maka tekanan akan terus menyerang tanpa henti dan game Sabtu in bertemu West Brom kini memang berat untuk dipikul.PSG, Dortmund, Malaga mengesahkan senarai calon yang akan bertemu Arsenal di pusingan kedua di samping Barca yang awal2 lagi dah champ group. Tapi masihkah ada fear factor? Masihkah team2 lain tersebut cuba sedaya upaya untuk mengelak dari bertemu Arsenal atau mereka nampak Arsenal umpama team yang boleh makan senang2? Sesuatu harus dilakukan... dan segera! COYG!


Selasa, 4 Disember 2012

Pre Match : Arsenal vs Olympiacos.


Short update. Layak dah layak. Kini nak tentukan juara group B. Gua jangkakan ramai muka2 1st team akan direhatkan, bertenang dari malapetaka yang melanda. Peluang bagi muka2 reserve dan muda untuk step up. Walaupun menjadi juara kumpulan belum lagi memberi jaminan kita takkan bertemu dengan asukan2 elite Eropah, tapi sekurang2nya boleh kasi naik konfiden level yang tengah merudum kaw2 sekarang ni.Hanya Szczesny, Carl dan Mael dikekalkan dari 1st eleven game menentang Swansea.

------------------Szczesny---------------
Jenkinson-----Johan----Mael------Maede/Miquel
-----------------Frimpong---------------
--Chambo----Rosicky--Rambo-----Arshavin--
---------------Chamakh------------------

Siaran Langssung di Astro Super Sports 2 jam 3:40 pagi ini. Arsenal 2 Olympiacos 1

Agi idup agi mengGunners!!


Black Scarf Movement

Protes demi kelab tersayang ditujukan direct kepada Board sebelum game menentang Swansea..






#Wengerout tidak ada dalam polisi gerakan B.S.M, kata salah seorang orang kuat gerakan ini. David O Larry.







Reaksi selepas tewas 0-2 kepada Swansea.. Abang Bully tidak dapat menyorokkan kekecewaan!!







Isnin, 3 Disember 2012

'Gooner'kan kuasa yang ada


Melihat kepada draw FA Cup third round, Arsenal berdepan tugas sukar apabila diundi bertemu Swansea..sekali lagi!! Arsenal sudah berkali2 dirundung malang. Tapi kali ini fan tidak dapat menyorok lagi kekecewaan malah kemarahan mereka terhadap apa yang disaksikan di depan mata, bagaimana kelab yang disayangi makin lama makin dihancurkan oleh tangan2 ghaib di belakang tabir tak terbendung lagi.Boo, cacian, makian dan riot di sekitar stadium sebagai luahan perasaan yang selama ini terpendam adalah permulaan kepada satu bentuk perubahan yang didambakan- sama ada ia akan jadi revolusi atau memburukkan keadaan, kita tak akan tahu.  Sasaran kritikan tidak hanya pada Wenger
 serta pemain tapi Gazidis,Kroenke BOD dan Chairman menjadi real culprit bagi mereka. Sampai ada suara2 nakal yang berkata serangan jantung yang dialami Peter Hill Wood berpunca dari mess yang berlaku 2 3 hari ini yang sebenarnya berpunca dari saham diri sendiri.

Bukanlah hina sangat kalah kepada Swansea yang bermain dengan cukup baik, kredit kepada mereka. Tapi sebab kerana pasukan ini tak menunjukkan sebarang peningkatan berdasarkan janji2 kosong dan harapan palsu yang ditaburkan, itu yang buat kita bengang. Squad ini rapuh dari segala segi, tapi Wenger masih cuba menafikannya dan melontarkan ayat2 manis begitu juga Board dan Gazidis umpama memperbodohkan para penyokong. Dari minit pertama segalanya nampak tertulis, Swansea mengoutplayed Arsenal. Tak perlu Nostradamus untuk tilik apa yang akan berlaku, dan tak perlu google mengapa keputusan itu berlaku. This squad is not good enough. Mentally and physically . 1 Game menang dari 6 perlawanan liga. Itu sudah cukup untuk menunjukkan konsistensi. Kita konsisten Sampah.

Sekarang kita berada di tempat ke 10. Adakah ia nampak teruk bebenor walaupun beza mata dengan 'piala'
kelayakan champions league hanya berbeza beberapa mata. Memanglah jahanam tapi kalau diperhalusi tak seteruk no 10 itu sendiri. Sebab aku yakin kita masih dalam race. 5 mata boleh kejar kalau pasukan kita bangkit. Tapi yang membengkekkan adalah melihat table, kita hanya berada satu tangga atas Liverpool bawah mid table team seperti West Brom, Everton, Swansea , West ham dan duit Chelsea.Dengan syarat Ada perubahan besar dalam Arsenal. Kita ada senarai player atas kertas yang nampak macam bagus tapi tak taulah kalau diorang bajet bagus syok sendiri. Yang lebih kelihatan adalah Manager syok sendiri, kekal dengan taktik2 basi yang mudah dibaca serta merapu. Squad depth takde kualiti, terlalu lama bergantung harap pada Cazorla nak ubah season tapi back up yang benar2 boleh step up tak ade.Harapkan Jack seorang ada jiwa Arsenal. Harapkan Arteta yang bukan natural DM pun nak buat2 tugas2 kotor. Memang susahlah.  Itulah sebab Januari ni masa paling genting buat Arsenal.Kalau betul betul ada duit, sila labur sebijak mungkin. Buktikan kita masih kelab yang bervisi dan bermisi dan bagi motivasi pada player2 lain. Memang susah nak cari signing ala Michu. Sekarang bukan masa lagi nak try and error eksperimen. Kita perlukan result. Dan hanya nama2 berkelas dunia mampu beri pakej tersebut including Atas padang + keyakinan fan + motivasi team mate. Adakah Arsene akan bertindak. Mungkin iye mungkin tidak. Tapi jauh di sudut hatinya dia tahu ini peluang terakhir baginya sebelum 'terpaksa berundur'. Arsenal lacks of guts, spirit. Kita mudah dibuli lawan. Fear factor kita dah hilang. Kita memerlukan seorang DM yang betul2 hard man boleh bagi renungan tajam dari dalam terowong lagi.Bukan lagi jenis yang beriya2 tunjuk salam peluk cium tukar2 jersey!


Gua paham ramai yang telah mula hilang kesabaran dengan Wenger. Gua juga  berperasaan bengang tahap cipan tapi berhati2 untuk meminta perubahan drastik! Gua tak kisah dengan idea nak tukar kerana lama kelamaan dia akan blah jugak.Harinya akan tiba di mana kita akan berada di era post Wenger.Sejauh mana geng yang sayang gila babun menjilatnya perlu adapt jugak dengan ketiadaannya satu hari nanti.Tapi ta k bermakna posisinya akan selamat, tak ada istilah job for life. Namun harus diingat pertukaran manager waktu2 musim tengah berlangsung dengan player semua unsettled adalah bukan jaminan. Mendengar post match press conference dari Wenger ketika ditanya tentang masa depannya, hanya satu jawapan katanya dengan tenang, dia akan hormati kontrak (yang berakhir habis musim 2013/2014) tapi dalam masa yang sama dia akan review balik positionnya sesudah akhir musim. Tentu ramai yang tak puas hati dengan jawapan dan mahukan tua nyanyuk ini ditukar segera sebelum keadaan bertambah parah, pada gua, gua lebih prefer dia settlekan segala masalah yang dah diciptanya sendiri dulu sementara menunggu apa jua sebarang transaski kuasa yang dipinta, berjalan dengan lancar dan tidak tergesa2. Dan orang yang paling layak untuk turn around season ni adalah Wenger sendiri, trust me.Lagipun siapa orang paling layak cuci tahi selepas melepaskan najis sendiri. Siapa sanggup? tak caya tanya Rafa. Sebabnya bukan apa, apa guna meraung2 meminta kepala Wenger atas dulang sekalipun jika BOD yang masih berkuasa buat bodoh semata2 kerana mereka tahu selagi Wenger ada, duit poket mereka terjamin.Sudah tu pulak, Wenger jenis yang taknak walk away dari tanggungjawab.So nak taknak dia masih lagi pengurus Arsenal jadi tugas kita adalah pressure dia. Gua percaya, tekanan dari fan akan bagi check and balance. We will make him deliver. Dengar cerita Steve Bould dah bagi kaw2 dalam bilik persalinan tempoh hari. Elok laa begitu, kerana semakin tua semakin beremosi seseorang begitu jugak dengan Wenger yang dah lack motivation untuk fire up player. Mungkin naluri kebapaan semakin menebal. Dah tiba masanya, player2 ini tak boleh dimanja sangat.

Apa yang berlaku dengan pasukan yang kita sayangi memang mendukacitakan. Bengang satu hal tapi menambah masalah kepada malapetaka yang telah terjadi tidak akan membantu. Bila dah nama penyokong anda memang berhak bersuara melaungkan ketidak puashatian, mengkritik tapi untuk memboikot game itu hanya akan memburukkan keadaan bagi gua secara peribadi.Ok nak boo boo puas2, tapi kalau biarkan stadium kosong, ia akan menghantar mesej negatif, player akan rasa lonely. Kita akan dicop sebagai penyokong yang hanya sorak ketika menang dan  hanya ingin hidup dengan kegemilangan silam.Memang benar kita berhak menentang sebarang unsur2 tamak dan penyalahgunaan kuasa, tapi apa yang kita ada sekarang itulah sahaja yang ktia ada. Dan untuk musim 2012/2013 player2 seperti itulah yang kita ada jadi stick behind the team.Kita kena buktikan yang peranan penyokong boleh urge mereka untuk mara ke hadapan.Mereka memerlukan kita sekarang. Kalau kita give up, mereka yang dapat duit gaji buta ni lagi mudah give up.Adalah satu kerugian kerana pada seestengah mereka langsung tak kesah, mereka peduli apa. Tunjukkan apa erti menyokong Arsenal sehebat sepertimana mereka perlu tahu erti menyarung jersey Arsenal. Gua percaya fan kita ada kelas tersendiri dan tak mudah mengikut 'the mainstream way' .Kita unik , dan kita ada cara tersendiri untuk bangkit.The Arsenal way..Kita perlu meng'Gooner'kan kuasa kita sebagai penyokong dengan cara positif. Kalah satu game macam ni bukan penamat dunia. Ayuh bersama2 kita kembali lead pasukan kita ke arah yang sepatutnya. Menang!

Agi idup agi mengGunners!!