Jumaat, 27 September 2013

Post Match League Cup :Arsenal Mara


Arsenal melayakkan diri ke pusingan keempat dan menempah jodoh bersama Chelsea. Skuad campuran dengan barisan muda serta berpengalaman yang jarang mendapat game time atau baru pulih dari kecederaan terpaksa bekerja keras di Hawthorns apabila hanya mampu terikat seri 1-1 sepanjang 120 minit manakala menang melalui sepakan penalti 4-3 tanpa Fabianski perlu save. Kah3. tahun lepas kita terkeluar tewas melalui sepakan penalti apabila kapten Maael gagal sempurnakan penalti terakhir. Nasib Gnabry tak sama walaupun menjadai pemain tunggal dari Arsenal gagal score apabila Monreal tenang menyempurnakan last penalti untuk Arsenal mara ke pusingan berikutnya. Match ni jugak tertumpu pada kepulangan Bendi. Yang berwajah baru dengan jambang dan rambut pony tail ala bajet Beckham jersi pun nak no 23, Bendi main 120 minit assist sebijik untuk Thomas Eisfeld dan jugak score penalti 1st.Sumbangan yang boleh dikira ok la lepas 2 tahun tak main dalam jersi Arsenal dan memag sah hampir2 nak blah summer lepas cuma last2 minit di hujung waktu perpindahan hajatnya tak kesampaian. Bendi melahirkan perasaan terharunya apabila disambut dengan positif oleh penyokong2 yang bertandang away setelah apa yang berlaku 2 musim lepas, orang dah tak nampak yang sehingga hari ini dia masih lagi player Arsenal tapi itulah realitinya, dia masih player kita dan dia bersedia untuk redeem maruah dan menebus kesilapan bagi menghargai sokongan para penyokong Arsenal. Game malam tadi jugak menyaksikan kepulangan Arteta yang main lebih 90 minit. Bagus jugak untuk kembali kepada fitness bagi membantu perjalanan liga yang bakal bersambung esok.



Walaupun rekod away kita tak meneruskan kecemerlangan dengan kemenangan ke 11 apabila hanya mampu seri bersama WBA di masa sebenar, kita masih perlu meneruskan rekod tanpa kalah atau boleh start balik cipta kemenangan away eso di Wales. Arsenal bakal berdepan Swansea. Senarai kecederaan tak ada apa2 tambahan dengan Rambo bakal menjalani ujian, Flamini ada kecederaan minor di bahu tapi melihat kepada dia tersenarai di bangku simpanan ketika match Rabu lepas, gua rasa tak ada masalah untuk dia diturunkan.Theo masih lagi injured, 3-5 minggu kata Wenger.Sudah ada bunyi2 bayangan Wenger mungkin akan memberi peluang lagi kepada Gnabry untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan memandang palyer seperti Rosicky, Chambo, Poldi,Cazorla jugak injured. Rosicky akan kembali minggu depan, Cazorla hanya akan join lepas internationaleleh.

Silent Stan tiba2 bersuara. Dan Kroenke telah memilih waktu yang selamat untuk bersuara-ketika Arsenal berada di puncak liga, dan tengah on form. Tak lain dan tak bukan, dia memberi backing 100% untuk Wenger stay dengan pelbagai pujian dan kredit dilontarkan. Gua tak dapat bayangkan jika keadaan berlaku sebaliknya dan Silent Stan takkan berani keluar dari kepompong keDIAMannya itu.Dia seorang bisnesmen, orang2 bisnes sealalunya opportunist, hanya akan bertindak ketika perlu. Mungkin terlalu awal lagi untuk membincangkan kontrak lanjutan Wenger. Kontrak sedia ada bakal tamat Jun tahun depan , gua tak menafikan kreadibiliti serta jasa Wenger, malah impian cita2 serta cintanya terhadap kelab, semua pihak dah sedia maklum. Cuma seperti yang pernah dilafazkan Wenger dulu,biarlah segalanya selesai hingga May tahun depan, tengok dari hasil musim ini adakah masih mampu Arsenal diperangkat ke satu tahap yang lebih tinggi, to the next level dalam cabaran bola sepak modern.Dan lihat sama ada mampukah lagi idea2 Wenger digunapakai atau kita memerlukan sedikit refreshment dan angin baru.Namun landasan yang telah disediakan Wenger selama ini memang cukup mantap dan konsisten.Itu yang didambakan oleh sesebuah kelab.Jika Wenger masih orang terbaik, silakan jawatan tersebut pasti miliknya.Tak perlu rushing lagi ketika ini , itu pendapat gua secara peribadi.

Agi idup Agi mengGunners!!  


Rabu, 25 September 2013

Post Match vs Stoke: Top of the League!!


Ketika sambutan hangat dari depan Armoury Square dari penyokong setia bagi meraikan home debut untuk Ozil, 3 assits dari Ozil dihadiahkan kesemuanya melalui set pieces.Untuk score melalui set piece lawan team fizikal macam Stoke memang jarang2 berlaku dan memerlukan sesuatu yang istimewa dan ternyata sentuhan Ozil ada istimewanya.Dah jadi top assist dalam liga walaupun baru main 2 game, mungkin sepakan2 percuma dan sudutnya dikatakan nasib menyinggah kepala Mertesacker dan Sagna tapi tak boleh nafikan kehadirannya memberi lift up kepada rakan sepasukan lain untuk step up to the next level, bak kata Gibbs, mereka bermain sebagai satu pasukan masing2 buat kerja masing2 dan mengenali taraf serta status Ozil, masing2 berusaha untuk tidak mengecewakan rakan baru mereka.Bukan saja Rambo yang terus score, serta Ozil menjadi tumpuan malah game tersebut juka highlights beberapadetik istimewa dan unsung hero.1stly bakat Serge Gnabry, dan lagak Flamini da boss!

Last2 minit sebelum kick off, nama Theo terpaksa dikeluarkan maka Gnabry masuk sebagai pengganti dek kerana kita memang short bahagian wide,big guns macam Podolski,Cazrola,Rosicky yang biasanya dikerah kat situ semua injured.Maka tibalah  peluang youngster Jerman ni unyuk Premier League debut.Ternyata tak menghampakan,prospek yang masih banyak boleh digilap tapi ciri2 awal dah ada, fizikal , teknikal, dribble positioning, passing basic semua dah ada.Self confidence kena kasi up tapi itu takde masalah jika dia diberi peluang berterusan macam gini.Kecederaan Theo mungkin makan masa berminggu, Walcott kena lalu kata omputeh,  minor abdominal procedure tapi dia akan kembali lepas internationaleleh.Peluang buat Gnabry sekali lagi paling awal lawan Wst Brom esok dalam league cup.Get well soon Theo.



MOTM game malam tu dapat ke Flamini dan pasti tak ada yang nak menafikan haknya.Bila ko main bagus, ko bagus, ko layak tak kira la ko free ke, ko  kerdil ke ko bukan expected signing ke.Semua manusia buat kesilapan, sepertimana Flamini dulu tersilap dengan cara dia memblahkan diri dari Arsenal, begitu jugak kita atau gua sendiri yang silap mengondem dan curiga akan re-signing ni. Mungkin terlalu awal , 3 game tak cukup untuk judge semua puas hati tapi at least setakat ni dia dah all out bagi yang terbaik ketika kita memang perlukan cover bahagian tengah.Dia slot in baik punya marshaled bahagian tengah dan kadang2 memang kelihatan agak poyo mengarahkan itu ini dan jerit ke sana ke mari tapi itu yang kita perlukan, character bossy biar ada fighting spirit siket dalam element game Arsenal. Pernah satu part tu player Stoke asyik attack Jack memanjang , tak tahan tengok rakan dilayan sedemikian rupa Flamini berlagak macam dah cukup tinggi sound terus player Stoke depan2 muka.Kebetulan lepas tu, Jack dah tak diganggu.Ilmu apa dia pakai gua tak tau. Tapi yang pasti Flamini tak berjiwa mini,determination, work ratenya cukup tinggi malam tu. Arteta kena kerja keras untuk kembali ke dalam pasukan.Cameo dari Arteta cukup melegakan, sekurang2nya kita dah ada pairing afdal untuk setiap posisi. Esok game Carling cup gua expect ramai player2 yang tak dapat chances akan beraksi begitu jugak yang baru pulih, untuk dapat game time dan slow2 tembus 1st team. Lawan WBA away bukan calang2.Satunya, mereka menang ke atas Sunderlandl baru2 ini sampai Paolo Di Canio jadi manager pertama kena pecat, keduanya tekanan sedikit di pihak kita kerana dengan form ni, kita dilihat sebagai pasukan pilihan dan sebarang setback result pastinya akan membantutkan moral serta mengundang cerita2 negatif.Lagi2 kita dalam misi mempertahankan rekod cemerlang away memburu kemenangan ke 11 berturut2.

Update kecederaan tak ada siapa yang paling hampir nak return kerana dalam batch2 injured lama, Rosicky dijangka akan 1st kembali itupun minggu depan.Fabianski akan berada dalam squad esok begitu jugak Viviano.Selain tu, striker option, pastinya Arsenal ternanti2 akan aksi apakah yang bakal disajikan oleh Bendi esok jika diturunkan. Dia dilihat alternatif yang tinggal setelah Giroud solo main semua game pasti direhatkan, Walcott injured dan PakCu?MIA. Jadi Bendi yang sanggup tak nak blah sebab tak nak potong gaji, better main betul2 dan guna peluang ni kembali untuk redeem kepercayaan para penyokong.Monreal, Mael, Arteta Jenkinson dan beberapa youngster akan diberi peluang semestinya esok.

Ingat gua lagi tak??

Agi idup agi mengGunners!!



Ahad, 22 September 2013

Away terus cermerlang + Ozil jadi tumpuan, Rambo curi tumpuan, + Arsenal vs Stoke

Minggu yang baik buat Gooners. 2 kemenangan away berturut2, away Sunderland 3-1 dalam liga kemudian disusuli dengan permulaan langkah kanan dalam UCL menewaskan Marseille ,2-1 di Veledrom. Sekaligus menjadikan rekod kemenangan ke 10 berturut2 di tempat lawan.Nampaknya kita ketika ini lebih konfiden beraksi di away berbanding di hadapan penyokong sendiri?apakah? mungkin disebabka faktor tekanan untuk deliver membuatkan fokus agak lari, tapi untuk menjadi title contender ,mata2 di home adalah wajib untuk dimaksimakan maka Arsenal harus kerja kuat lagi. Semua mata tertumpu pada Ozil, melakukan debutnya dengan cukup baik di Stadium of Light dengan sebijik assist, tapi yang mencuri tumpuan pastinya adalah Rambo dengan display konsistennya, 3 bijik gol dari 2 perlawanan, 2 di Sunderland dan sebijik di Perancis. Malah gol kemenangannya ke atas Marseille adalah yang kedua berturut2 sewaktu kita bertemu mereka dalam saingan 2 kempen yang lepas.



Boleh gua katakan kita agak bernasib baik apabila berjaya mencuri kemenangan di Sunderland minggu sudah akibat gol Sunderland yang tak dikira, pengail memilih untuk menarik balik advantage walaupun bola diyakini dah melepasi line gol sebelum diclearkan. Kalau tidak mungkin, kisahnya agak berbeza tapi mungkin jugak kita mampu menang ,tidak mahu menafikan kredit kepada Rambo yang ternyata mengawal bahagian tengah dengan cukup steady di samping Flamini. Ozil pulak dengan lebih awal cuba mengurangkan keraguan terhadap price tag dan kemampuannya beraksi dalam liga yang lebih fizikal apabila slot in dengan slumber, 1st touch nya, passing, distribution serta keupayaannya membaca game agak memukau. Sayang sekali tak dapat lihat gandingannya bersama seorang lagi pakar teknikal Santi Cazorla mahupun Rosicky yang masih dilanda kecederaan. Dan jika tidak kerana ketumpulan Theo pada hari itu OZil mungkin dapat 2 3 bijik assist apabila 2 atau 3 killer passnya mencipta clear cut chances buat rakan2 terutama Walcott namun gagal menemui sasaran.2nd half kita agak jaded, bagi peluang pada Sunderland rapatkan jurang melalui penalti, tapi Rambo datang menyelamatkan keadaan, Arsenal sempat berada di takhta liga, at least pada hari itu sebelum Liverpool kembali seri dengan Swansea.


Pertengahan minggu kita terbang ke Perancis dengan misi keluar dari group of death. Game ni dilihat agak sukar dan Marseille memberi laluan sukar di 1st half. Segalanya tentang mereka dengan kita jarang2 dapat bola di opposition half. kurang supllier kepada Ozil dan Jack di mana kita hilang kreativiti. Szczesny terpaksa beberapa kali menyelamatkan kita sebelum Theo muncul dengan volley yang superb memberi kelegaan. gol pertama Theo musim ini akhirnya memecah kebuntuan.Lepas ni dia boleh main dengan relax tanpa terlalu memikirkannya sangat.Minit demi minit Marseille makin penat, disinilah kita ambil kesempatan dan Rambo macam biasa muncul wira dengan rembatan padu walaupun deflect kepauannya itu menyebabkan keeper tak mampu menghalang. Apa yang kurang enak dari game ini kita concee penalti di minit2 terakhir, ya penalti lagi. MUsim ni saja dah berapa bijik kita hadiahkan. Itu yang team kene aware, tak boleh leka walaupun sedang mendahului. Apapun kemenangan away dalam group F ni memberi lebih keakinan untuk mengharungi game berikutnya.Dalam aksi lain kumpulan yang sama, Napoli menewaskan finalist musim lalu Dortmund dalam game yang menyaksikan Jurgen Klopp dibuang padang lepas buat muka monster terhadap pegawai keempat perlawanan.Ini kelakar.Tenogk berulang kali pun tak bosan.Sebenarnya gua admirer Klopp ni dan kalau diberi pilihan , memang gua pilih di selaku pengganti Wenger jika benar dia takkan sambung kontraknya Jun nanti. Bukan apa, sebab iyalah baru2 ni dikhabarkan Arsenal dah line up Antonio Conte dari Juve selaku replacement buat Wenger, jadi itu yang gua usulkan isu ni. Conte pun gua tak kisah, rekodnya di Juve serta tahap profesionalism ketika dia main dengan Juve dulu, waktu gua main CM kini FM pakai Juve time muda2 dulu, Conte adalah 1st eleven gua walaupun kini dipalit dakwaan skandal mengatur perlawanan. Jadi gua secara peribadi lebih prefer Klopp yang sama approach dengan Wenger terhadap player muda, ada persamaan falasafah bola sepak, karisma serta karektarnya juga ada ciri2 yang diperlukan oleh sesebuah pasukan muda atau yang baru nak full fill potential.Bonus pulak dia seorang Jerman.Kah3.itu anda semua paham sendiri.Ok cukup mengarut perkara yang tak ada pokok pangkal, pokoknya di sini waktu kita bertemu pasukan Benitez nanti expect sesuatu dari Higuain yang dah pun score malam tu.Walaupun time Emirates Cup bulan lau dia macam segan silu nak main menentang Arsenal akibat gosip2 liar yang tak menjadi, gua percaya dia akan cuba membuktikan sesuatu at least pada fan2 Gooners yang boonya tanpa sebab itu hari.Apapun, Bring it on! malam2 Eropah yang indah..

Malam ini kembali ke game liga.Home debut mungkin buat Ozil. Stoke City bakal menjadi mangsa. Tapi Stoke sekarang pun bukan boleh buat main2.Team yang berkaptenkan pematah kaki Rambo ni dahkumpul 7 mata, hanya tewas sekali pada Liverpool dan terbaru minggu lepas seri dengan ManCity. Kita jangkakan kesukaran dari segi penembusan terutama di bahagian pertahanan kerana corak mereka yang agak fizikal. Charlie Adam dijangka kembali, signing mereka Stephen Ireland may be beraksi.Berita yang paling terbak buat Arsenal pulak adalah kepulangan Master of Technical bak kata Wenger, Mikel Arteta!! Minggu lepas Mael, kini Mikel.2 leader kembali memberi moral boost buat Arsenal.Pertandingan untuk merebut tempat dalam pasukan kini adalah sihat dan hanya memberi impak yang positif terhadap skuad sedia ada.


 Minggu ni jugak ada sesi fotografi team, janggal melihat Bendi yang dah berjambang dan tibe2 ada Park Choo Young yang kita umpama terlupa masih dalam senarai pemain berdaftar. Tapi ketika Wenger duk sebut2 pasal Bendi dan peluang keduanya la bagai, kenpa tak disebut tentang penyerang Korea Selatan tersebut, takkan nak biar makan gaji buta saja. Ketika Giroud tinggal sekalu penyerang solo ketika ini, mari mengharapkan saki baki yang gagal dioffload ini cermin diri dan bertindak profesional.Selagi mana mereka menyarung jersi merah putih atas padang, gua tak keberatan untuk memberikan sokongan asalkan mereka menunjukkan komitmen dan memikirkan fokus tentang kelab ini. Menang malam ni, Arsenal bakal melakar kemenangan ke 7 berturut2 dalam semua kejohanan dan mampu kembali ke takhta liga memintas Chelsea setelah Liverpool tewas malam tadi.Adalah penting untuk tidak drop form dan consistently keep in  touch dengan top of the table agar tidak terkeluar dari saingan. Astro 830pm.Arsenal 3 Stoke 0.

Agi idup agi  mengGunners!!!


Jumaat, 13 September 2013

Summer transfer summary + Pre Match : Arsenal vs Sunderland



Gua kata gua akan menilai dan membuat kesimpulan sebaik sahaja aktiviti transfer Arsenal selesai. Dan setelah 4 signing yang Arsenal sambar serta salah satunya jaw drop punya, kasi terkejut, terbeliak mata semua yang selama ni dok menghentam praktikal Arsenal dalam menghandle transfer termasuk gua sendiri, gua boleh simpulkan dengan dua perkataan, 'hampir perfect'! Setelah saban tahun menanti saban bulan dan saban minggu serta saban hari menjelang hari2 terakhir musm perpindahan ketika nama2 seperti Higuain,Cesar,Benzema,Gustavo,Bender kita mengakhirinya dengan note yang memuncak bermula dari Sanogo,Flamini,Viviano dan akhirnya The Ozil!O-Zil to the Arsenal adalah lagu2 dan irama yang ternyiang2 mengisi kekosongan 2 minggu internationaleleh dan menjadi siulan para Gooners di serata dunia. Boleh gua katakan , rewind balik 18 tahun , yakni di mana kali terakhir Arsenal sign seorang readymade superstar dalam Denis Bergkamp, kehadiran Ozil mempunyai aura yang boleh kata setaraf dengan mood transfer hampir 2 dekad lalu.Gua masa tu baru berjinak2 dengan Arsenal melihat suratkhabar ruangan sukan berita perpindahan Bergkamp ke Arsenal, naluri gua percaya mamat ni boleh bawak satu bentuk 'tuah' buat Arsenal dan ketika Ozil secara rasmi sah sign untuk Arsenal, perasaan istimewa itu kembali berbunga2. Bukan kerana nilai harganya, bukan kerana pemecahan rekod, tapi taraf world class player Ozil itu sendiri memberi signal , sambil mengangkat darjat Arsenal untuk membuktikan kita serious untuk berkeringat di atas padang. Sekaligus ia juga memberi impak mood positif kepada pasukan dan kepada pemain2 yang sudah berada dalam team sedia ada, yang masih tertanya2 hala tuju agar tidak berasa ragu2 lagi bahawa mereka berada di dalam kelab yang betul tepat pada masanya. Kredit kali ini dan terima kasih kerana berpijak di bumi nyata buat team transfer, Scout,Gazidis serta Wenger kerana sanggup berlabur apa yang kita peroleh selama ini .Nampaknya seperti kata Wenger, penantian  dari pembinaan stadium telah menampakkan bibit2 hasil dan gua percaya kita takkan berhenti setakat ini sahaja.Masih banyak lagi kain2 magik nak keluar bawah lengan.Cuma masa yang menentukan.


Rasanya gua tak perlu nak ulas apa cerita, bagaimana perasaan Ozil,pandangan player, cerita2 rumors kurang dari Madrid bla bla bla kerana itu semua anda lebih arif mendapatkannya di tabloid2 yang dah terlebih awal menceritakan segalanya.Apa yang penting dan pasti adalah Mesut Ozil bin Mustafa dah rasmi menjadi pemain Arsenal dan segala apa yang berlaku sebelum ini hanya tinggal sejarah dan kita harus pandang ke hadapan, masa depannya bersama Arsenal dan sejauh mana kita mampu pergi dari sini.Cuma kenapa gua tak kata ia(musim transfer ini) perfect kerana kita seperti gagal mendapatkan pemain di posisi yang sepatutnya terutama di bahagian serangan, setelah Poldi injured.Maka kini tinggal Giroud solo diharapkan, Sanogo jugak injured. Apa2 jadi pada Giroud, kita hanya ada Bendi dan bintang K-pop Pak Cu? Gua agak terkilan tang yang tu la.Wenger sendiri mendedahkan bagaimana dia block perpindahan Bendi-ini gua klafikasikan sebagai tekan panic button-di hujung2 waktu dek kerana tak sempat mencari backup.Ada yang mengatakan Kita diberi harapan palsu dan terlalu mengharapkan transfer Demba ba yang akhirnya tak jadi kenyataan disebabkan Mourinho jaki tak mahu memperkuatkan rival.Last2 tinggal kita terkontang kanting kerana para negotiator utama terlalu memfokuskan pada transfer di Jerman, taknaklah yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran pulak kan. Berbalik pada Bendi tadi, Wenger dah sembang lebat antara mereka berdua dan Bendi memberi jaminan dia akan bersikpa pro dan Wenger sendiri cuba meyakinkan semua bahawa seorang Bendi yang fokus mampu membantu.Gua tak sedap hati tapi gua berharap.Gua pikir Bendi sebagai last choice di waktu kita betul2 terdesak, kerana menggunakan Theo secaracentral bukanlah satu bad idea.Dia dah pernah beberapa kali main striker atas tapi keupaaan dia untuk lead the line sambil membaca game masih lagi belum full potential akibat tidak berpeluang secara konsisten.Dengan tengah yang sudah compact, Theo mungkin mendapat mimpi yang diidamkan.


Defensive pulak, penyertaan Flamini boleh bagi kelegaan secara psikoogi. Mungkin Wenger terpikir kalau bawak masuk seorang lagi natural CB takkan dia boleh puaskan hati 4 regular CB dalam satu masa kerana yang boleh diisi hanya dua orang. Sekarang Kos dan Mertesacker dah cop tempat, berita baiknya Mael dah kembali ke full training dan kalau takde aral melintang boleh diinclude dalam skuad esok ke Sunderland. Ditambah Sagna boleh cover CB. Itulah sebab keslumberan badak Wenger mengikat Flamini ada logik dengan pemain berusia 29 tahun yang dah master italian job boleh bawak pengalamannya kepada defensive side dalam gameplay Arsenal.Berkemampuan beraksi di fullback dan DM,CM, Flamini adalah additional squad player yang berbaloi.LB dah ada progresif Gibbs dan Monreal.Kalau ada pun bahagian yang nak diperkuat mungkin RB kerana ada ura2 Jenkinson hendak di loan out menimba pengalaman dengan game time yang lagi banyak maka back up kepada Sagna adalah diperlukan ketika pemain France tu masuk di tahun terakhir kontraknya ketika ini. Kemasukan Flamini menutup cerita2 tersebut, at least buat sementara waktu.


Beralih kepada posisi paling penting goalkeeper.Emiliano Viviano. Bukannya Cesar,Casillas,Lehman, bukan jugak Almunia, just Viviano. Gua nampak move ini (pencarian goalkeepr) adalah wajib terutama setelah kita melepaskan Mannone. Gua tak nampak yang Wenger akan mencari pengganti ataupun pencantas kepada current Arsenal no1 ketika ini Szczesny sebabnya wenger sayang dan yakin atas development Polish2 sedia ada sekarang ini termasuk Fabianski.Mungkin belum sampai limit kesabaran di mana wenger cakap ok,"cukup2 sudah cukup sampai di sini saja.." untuk dia mencari new no 1. Jadi tak banyak pilihan untuk mencari keeper yang sanggup duduk di posisi ketiga mahupun merebut tempat sebenarnya. Jadi penyertaan Viviano secara pinjaman semusim dari Palermo dilihat sebagai back up jika ada apa2 yang terjadi. Kita yang setakat tengok di youtube mungkin kurang impress tapi scout2 dah saban minggu duk usha mungkin paham logik di sebalik transfer ini lagipun musim lepas dia join Fiorentina secara loan jugak dan mampu membantu kelab tu ke Europa dipintas oleh Milan di hari terakhir liga untuk spot ke UCL.Not bad at all.Kesimpulannya transfer aktiviti kita hampir perfect, tapi masih boleh diperbaiki sebenarnya. Tapi nak tau impak sama ada efektif atau tidak itu kena analisis satu musim ni dulu.Kita harapkan yang terbaik dari skuad yang telah pun berdaftar sekarang.COYG!


Dan akhirnya bola sepak domestik kembali! Kita akan bertandang ke Stadium Of Light menjinakkan kucing hitam. Agak sayang jika debut Ozil beraksi di away berbanding di laman sendiri yang pastinya lebih terangkat adrenalin dibuatnya mendengar sorakan gemuruh setiap kali dia mendapat bola. Nevermind. Arsenal berhajat menganggu mood Paolo Di Canio yang tengah ceria2 nakal setelah seronok membahan fan2 rival di St James Park tempoh hari mewakili pilihan veteran AC Milan menentang pilihan Newcastle sempena game penghargaan buat bekas keeper setia mereka Steve Harper.Di Canio dengan muka slumber masuk dari terowong dan terus menerima cemuhan dari penyokong tuan rumah tapi muncul sebagai 'pemenang' apabila menyempurnakan sepakan penalti untuk Milan menang.Ironinya Harper sendiri gagal menyudahkan penalti. Gua secara peribadi suka tengok karektar yang dimiliki Di Canio, antara watak bad boy EPL zaman tengah up dulu bersama Sheffield Wednesday,West Ham sebelum terakhir bersama Charlton.Bukanlah gua suka tu bermaksud minat, tapi lebih kepada seronok tengok watak2 penyeri dan kontroversi gini.Gua tertarik pada passion yang ditunjukkan terhadap game.Tapi itulah yang ada pada kebanyakan Italian sebenarnya kalau kita perasan, ekspresi dan sikap passionate tu tak segan silu ditunjukkan , ala Marco Tardelli. Dan mengendali Sunderland di penghujung musim lalu berijrah dari Swindon Town, Di Canio dikenali sebagai die hard fan Hammers menjalankan tugas agak baik setakat ini mengambil alih dari Martin O'Neill. Ok cukup mengarut lebih2.Team baru Sunderland setakat ni bawah Di Canio bakal diuji oleh Arsenal esok, padanlah muka depa kena pulak debut Ozil, menjawabla.


Seperti dikatakan tadi Arsenal mendapat khabar gembira setelah Mael dah kembali ke latihan penuh dan esok kalau dapat lampu hijau boleh dibawa ke Sunderland. Cuma kita kehilangan Rosicky yang injured dalam kelayakan piala dunia.Itulah dia, tengah sedap2 perform injured pulak.Lain2 dijangka tak ada masalah, Wilshere Rambo semua fit.Sanogo takdak, injured. Gua tak expect Bendi bakal ditarik ke bangku simpanan sebab dia kene tune balik focus nya dulu.Mungkin seorang dua youngster ataupun cukup sekadar backupnya, Theo naik jika Giroud terpaksa kena sub.Cazorla mungkin ditarik ke wide, posisinya bersama Villareal dulu bagi memberi laluan kepada no 11 baru untuk lebih efficient di belakang striker.Sama ada Mesut start atau tak, masih lagi menjadi rahsia Wenger.

--------------------Szczesny-----------------
Sagna--------Per------------Kos-------Gibbs
----------------Rambo---Wislhere------------
----Theo----------OZIL-----------Cazorla---
-------------------Giroud--------------------

Rehat dua minggu ketika kita tengah momentum berdesup, gua harap tak kacau fokus dan kita sambung dari titik di mana kita berhenti dulu. Satu lagi kemenangan away akan memperkuatkan lagi imej kita , pressure mungkin dah ada kembali kepada Arsenal setelah kita melakukan antara  foreign signing masuk yang terbesar dalam sejarah BPL.Ia bukan semata2 kuantiti duit yang dilaburkan, akhirnya ia akan kembali kepada kualiti..

Astro 10PM. Sunderland 0- Arsenal 2

Agi idup agi mengGunners!!


Rabu, 4 September 2013

Sekitar transfer deadline day

 Mesut Ozil 1st interview


Emiliano Viviano 1st interview




Reaksi Fan setelah pengesahan rasmi Mesut Ozil ke Arsenal.








Selasa, 3 September 2013

Arsenal pecah tabung!! #OZIL11

Mesut Ozil mencipta sejarah menjadi pemain Jerman dengan yuran perpindahan termahal dan sekaligus memaksa Arsenal jugak memecahkan rekod transfer dengan jarak begitu jauh sebelum ini Andrei Arshavin 15M.Difahamkan Arsenal membayar 42.5M kepada Real Madrid dengan tempoh kontrak 5 tahun dan nampaknya kita memang betul2 ada duit dan telah membuktikan sebaliknya pada pundit dan media yang dok menghentam selama ini.Kah3.Ozil yang kini berada di Jerman bersama pasukan kebangsaan dah pun lulus medical yang dijalankan di sana dan begitu teruja untuk beraksi bersama Arsenal serta  menganggap peluang beraksi dalam BPL sebagai cabaran baru buat kerjayanya.


“I am thrilled to be joining a club of the stature of Arsenal and am looking forward to playing in the Premier League. It will be great for my own personal development as a player and I am particularly looking forward to working with Arsène Wenger.From our negotiations it is clear the Club has huge ambition and I look forward to being part of an exciting future.”- Mesut Ozil

Nampaknya Wenger dan Gazidis serta board akhirnya tunduk pada tekanan dengan megeluarkan suatu surprise seperti yang telah dijanjikan. Terima kasih dan harap ini bukan yang terakhir.

“We are extremely pleased to have signed Mesut Ozil. He is a great player, with proven quality at both club and international level. We have watched and admired him for some time as he has all the attributes I look for in an Arsenal player.I have said throughout the summer that we have been working hard to bring in top quality players to this football club. This has involved many many people across the Club and I have always had the full support of the Club in making decisions on the football side.Mesut is a top quality footballer who will be a fantastic addition to our talented squad. We are all looking forward to him joining up with us after his international matches with Germany and working with us as an Arsenal player.” - Arsene Wenger
“This is an exciting day for all of us. We have signed a world-class player who is one of Europe’s brightest young talents.Mr Kroenke, our controlling owner, has always fully supported Arsène and the Club in making significant investments to strengthen our squad and to bring in talented players who fit our style and ambitions.Like all of us, Mr Kroenke wants to see Arsenal winning titles and trophies and he has absolute faith and belief in our manager to achieve that. We will continue to work towards that goal and look forward to an exciting season.”- Ivan Gazidis

Dan pastinya semua fan amat teruja dan tak sabar melihat aksi BPL kembali bersambung lagi 2 minggu.Dengan rekod transfer ini membuktikan kita juga ambitious dan  serius untuk mencabar. Walaupun masih tidak mendapat striker seperti yang diharapkan, arsenal fan seakan tak berapa kisah sekarang, umpama terlupa kerana mereka begitu syok seorang world class player yang merupakan raja assist musim lalu bersama Real telah hadir ke 'rumah' yang paling sesuai dengan corak permainannya.Kita, Arsenal fan,deserve this setelah saban tahun  bersabar dan penuh dugaan. Ozil akan menyarung jersi no 11. Selamat datang Mesut Ozil!



Agi idup agi mengGunners!


Deadline day signing(s?)

Selamat datang Goalkeeper dari Palermo Emiliano Viviano, 27 secapa pinjman semusim .Musim lepas beraksi bersama Fiorentina dapat 11 clean sheets dalam 32 penampilan.Jugak pernah beraksi bersama Brescia Bologna dan Inter Milan. Ada 6 cap bersama Italy,boleh dikatakan sebagai backup berpengalaman dan menambah persaingan antara Fabianski dan Szczesny selepas pelepasan Mannone ke Sunderland.Mungkin ramai yang beranggapan mukanya seiras Almunia, jangan bimbang mari mengharapkan Viviano dapat memberikan yang terbaik sepanjang musim ini dengan professional.LAgi beberapa minit, masih menanti signing berikutnya?


Agi idup agi mengGunners!


Isnin, 2 September 2013

Post Match : 100M+ tak cukup beli 3 points, transfer deadline day


Pagi yang indah.Kapitalis ternganga.100M belum cukup untuk beli 3 point buat jiran kita. Sementara kita yang masih belum spend sesen ,menutup mulut pengkritik at least buat masa sekarang dalam tempoh 2 minggu internationaleleh. Kita score sebijik, tapi nilai gol tersebut cukup bermakna, kemenangan NLD. Mungkin kita bagi mereka 0 untuk tambah kan angka zero di belakang 109, 000 000 mereka, mana tau kut2 tak cukup lagi.Kah3. Seronok perasaan bila membahan local rival lagi2 ketika mereka tak habis duk kata shift of power la bagai. Gua konfiden sebelum match, lepas dah dapat goal superb melalui Giroud gua lagi konfiden, dan walaupun last2 minit kita terpaksa longgokkan defensive kita dengan 3 cb,Sagna yang cirit birit pun kene masuk main, plus monreal flamini, gua tetap sama yakin kerana melihat spuds begitu panik dan main entah apa2 tanpa sebarang kreativiti. Kita pulak, jika tidak kerana ketangkasan Lloris mungkin dah 3 4 bijik di hadapan.
Yes. What has happened to us, happened to Tottenham a few years ago.
 Gua tidak keseorangan apabila membahan spuds kerana turut serta adalah Arsene Wenger sekali yang mengambil kesempatan memerli memori kelat buat spuds pada 2005/2006 apabila ditanya apakah kesakitan perut wilshere sama dengan apa yang dialami Sagna.Priceless! Gua bayangkan kita hanya akan melihat cameo kepulangan Flamster beberapa minit tapi ternyata dengan tragedi yang menimpa Jack, Flamini diperlukan lebih awal lagi dan kudos kepada Mathieu kerana stood up on occasion. Untuk seorang player yang takde pra musim, tak main bola berbulan2 dan hanya sempat berlatih berapa minggu namun tiba2 dipanggil untuk bertanggungjawab dalam game sebesar NLD ini, barulah kita rasa ada logiknya kata2 pak tua yang mengatakan signing ni adalah no brainer punya.Dia masuk berlagak bossy bagi instruction kat teammates macam dah lama kenal, back like the old days, detemintationnya untuk win back the ball ,melakukan interception sebaik sahaja masuk telah membakar semangat rakan2 seperti Rosicky,Cazorla dan Rambo yang rasa lebih protection.Cuma kadang2 perlu berhati2 dengan tackle dan timing, serta passing tapi overall gua berpuas hati dengan penampilan sulung kembali Flamini. Kredit kepada MOTM Giroud yang ternyata memberikan segalanya. Dari mula hingga tamat wisel tak jenuh dan tak malas berlari.Segenap padang dia ada, tengah,bawah atas.Selain goal pentingnya yang cantik, gua puji dia punya hold up play, defending, cover member2 malah pada satu ketika bila mana tinggal dia kesorangan Theo  Rosicky dah keluar,Cazorla main deep dia masih cuba untuk menghidupkan gerakan Arsenal memberi Spuds kerisauan di bahagian bawah. 2 home game NLD beruturut2 score.Gua rasa rumors Arsenal nak beli striker baru banyak membantu untuk kasi dia panas dan membuktikan diri dia mampu mencapai pontensi diharapkan.

Keseluruhan team berjuang bersungguh semalam.Boleh nampak beza ketara ketika ada game2 yang player haram tak memberi najis tapi semalam mereka tak mengecewakan, masing2 bekerja tak makan gaji buta. Defend paling outstanding,Kos the boss selamba rantai Soldado buatkan harga 28M nya nampak tak berabaloi.Mertesacker menang bola2 tinggi, baca game cukup baik, clearance , block Soldado punya shot 1st half. Gibbs dan Carl awesome di fullback, menutup ruang yang hanya mampu dipakai Spuds di wide area oleh Townsend dan Chadli. Harapkan tengah mereka? langsung tak hidup. Lambakan midfield kita yang mobile dan kreatif menenggelamkan Dembele yang nampak sesat dan bagi kejutan kepada Paulinho yang macam tak dapat tangkap dengan tempo pantas terutama di Arsenal.Welcome to BPL.Taktikal Wenger untuk tidak terlalu main high line dengan barisan midfield kita main dari deep jugak membantu supaya kita tak terlalu overkomited gung-ho nanti terperangkap melalui counter attack.Rambo dan Rosicky memang otai dalam gerakan gol. Memang team gol, cara Arsenal lah.Cazorla pakai gam uhu ke gajah gua tak tau rahsianya sampai bola asyik melekat kat kaki.Theo, dapat sebijik assist dan menjadi ancaman kepada spuds melalui pacenya dan jika tidak kerana Lloris, Walcott dah daftar nama sebagai penjaring berkali2.Monreal Sagna walaupun sakit perut 'cirit or die' masuk dan top up minyak sewaktu stamina kelihatan faded out akibat 5 match dalam tempoh dua minggu.Wenger sendiri mengakui dia terpaksa bermain untuk memeprtahankan gol kerana jarang dilihat Arsenal main sampai 6 orang kat belakang terutama 5 minit terakhir yang mengujakan. Ketika perlu bagi kita bagi, bila masa perlu kritik kita hentam maka kredit la kepada taktikal dan keberanian Wenger semalam yang akhirnya berpikir mengikut logik situasi kerana apa yang penting 3 mata, kadang2  kena jugak kita menang cara macam ni, tunjuk kita ni tak fragile tunjuk resilient.Nampak banyak watak dan character yang boleh ditonjolkan takdelah lawan akan sentiasa menganggap Arsenal ni one way style jek.

 Adranalin gua membuak2 sebaik wisel penamat, gua puas,at least lega sedikit release tension dari penantian transfer.Pada ketika artikel ini ditulis dah masuk deadline day.Ramai yang menjangkakan Arsenal akan pecahkan tabung ayam, (bukan tabung spuds yang dah negatif, ) memecahkan rekod transfer sepertimana janji wenger yang bajet ada kejutan kononnya.Lagi beberapa jam sahaja Board dan Wenger ada masa untuk 'selamatkan' kelab atau selamatkan diri ,cakap biar serupa bikin.Gua pernah cakap yang gua akan komen dan buat kesimpulan mengenai transfer aktiviti wenger sehinggalah sah tamat tempoh perpindahan.Jadi gua 2 bulan boleh sabar tunggu nak kondem tapi takkan berapa jam jek gua tak boleh sabar .Mari mengharapkan yang terbaik dan sama2 menanti apa hadiah setelah kemenangan bermakna semalam.Dari mana kita akan bertindak selepas kemenangan semalam, Arsenal ada peluang untuk memilih untuk memperkuatkan, untuk ke landasan yang betul , harap tak persiakan detik dan saat ini.  #deadlineday . Ikuti  gua di twitter @Arsenalaysia_of sembang meriam tentang transfer deadline kali ini.

Agi idup agi mengGunners!!


Ahad, 1 September 2013

Pre Match : NLD = Nak Lima Dua


Ini bukan perlawanan antara Yaya Sanogo,Mathieu  Flamini vs Paulinho,Soldado , Capoue, Lamela, Chadli, Chiriches, Eriksen, ini perlawanan antara 2 kelab musuh tradisi yang satunya, Arsenal FC, adalah salah satu kelab berprestij di dunia penuh dengan sejarah dan masih konsisten sehingga kini di persada elite manakala satu lagi kelab ayam kampung spuds, jiran sebelah yang sentiasa jaki dan iri hati melihat kejayaan dan fantastic football yang dibawa selama ini. Persetankan transfer buat seketika kerana ini bukan game siapa spend banyak, siapa ada nama prospek2 konon dia akan menang- ayat ini sebagai alasan relevan at least buat masa kini sebelum transfer windows sah tertutup.keh3. Pundit dan media alat kapitalis sekarang memang nak sangat tengok Spuds menang malam ini bagi membuktikan pelaburan 100M++ mereka sehingga kini berbaloi.Adalah gila dan malu yang teramat sangat jika mereka tertewas kepada skuad yang saban hari jadi cemuhan dan bahan umpatan bagi melariskan tabloid mereka yang setakat ini hanya membelanjakan 0sen. Jadi untuk membuktikan pelaburan sentiasa mengungtungkan terutama apabila bercakap menengai angka 100M, ia agaklah sukar sama seperti value yang diltakkan pada seorang yang tak pernah menang apa2, budak baru nak up,  yang mereka bakal jual ke Real Madrid dengan rekod dunia. Inilah yang merosakkan bola sepak, Spuds merosakkan bola sepak. Maka Spuds wajib dan layak dinyahkan, bermula dengan menumbangkan mereka malam ini.Tapi Arsenal bukan sahaja tengah berhadapan dengan sebarang kemungkinan result yang berlaku malam ini malah satu dunia tengah lawan dengan Arsenal sekarang ini.COYG!

Gua konfiden , dengan pastinya player nak menebus kembali maruah setelah kalah kepada Aston Villa, jadi kemenangan home pertama ke atas rival pastinya suatu yang indah.Villas Boas tak ada masa nak susun strategi, apa lagi nak bagi masa rata player baru atau bole kita katakan skuad baru untuk membentuk persefeahaman.Malah, entah mereka memberi najis atau tidak akan kepentingan NLD. Tidak seperti player2 Arsenal yang dah paham, boleh naik hantu, dan cukup bersemangat memangkah kalendar tarikh NLD. Wilshere, Carl memang fan berani mati, root arsenal punya mengalir dalam saraf.Sagna Rosicky Theo berapa lama dah, tambah pulak kembalinya Flamini yang cukup masak dengan perangai spuds.Giroud Cazorla walaupun baru semusim merasa, masing2 dah score dalam NLD.Dengan Spuds hanya terpaksa mengharapkan penalti untuk menang 2 game mereka, gua teka agak susah siket kita nak concede 2 penalti malam ni kerana score akan menjadi 5-2 macam biasa jadi bagaimanakah Soldado nak dapat dua gol ketika Koscielny the boss akan kembali mengawal benteng.Rambo dan Wilshere fit untuk match ini. Spuds pulak mungkin terpaksa merehatkan Lennon, serta mungkin Ekotto serta ..alah siapa seorang lagi tu.. yang masa depan mereka masih samar2.Kejap siapa? Adebayor? kah kah kah...

---------------------Szczesny-------------------
Sagna---------Per-------------Kos----------Gibbs
--------------Rambo--------Rosicky-------------
-----Theo-----------Jack---------------Cazorla
----------------------Giroud-------------------

Maaflah atas keterlanjuran.Gua saja tulis berlagak dan konfiden bukan apa, cuma sentimen anti spuds tu meluap2 dan cuma gua nak membakar adrenalin gua, ini NLD!Lepas kita dah layak 16 tahun berturut2 ke group stage UCL-suatu yang diimpikan team2 lain, terutama oleh spuds yang kalau boleh desperate mereka nak beli situasi di mana kita berada sekarang ni- gua rasa kita bermain sedikit tanpa tekanan, cuma transfer rumors yang menjadi perdebatan sehinggalah awal pagi selasa minggu depan.Jadi gua rasa kita masih boleh foku dulus kepada match besar macam gini, tunjukkan Arsenal benar2 ingin mencabar musim ini.ayuh!

Astro 11pm, Arsenal 5 - Spuds 2

Agi idup agi mengGunners!!