Pagi yang indah.Kapitalis ternganga.100M belum cukup untuk beli 3 point buat jiran kita. Sementara kita yang masih belum spend sesen ,menutup mulut pengkritik at least buat masa sekarang dalam tempoh 2 minggu internationaleleh. Kita score sebijik, tapi nilai gol tersebut cukup bermakna, kemenangan NLD. Mungkin kita bagi mereka 0 untuk tambah kan angka zero di belakang 109, 000 000 mereka, mana tau kut2 tak cukup lagi.Kah3. Seronok perasaan bila membahan local rival lagi2 ketika mereka tak habis duk kata shift of power la bagai. Gua konfiden sebelum match, lepas dah dapat goal superb melalui Giroud gua lagi konfiden, dan walaupun last2 minit kita terpaksa longgokkan defensive kita dengan 3 cb,Sagna yang cirit birit pun kene masuk main, plus monreal flamini, gua tetap sama yakin kerana melihat spuds begitu panik dan main entah apa2 tanpa sebarang kreativiti. Kita pulak, jika tidak kerana ketangkasan Lloris mungkin dah 3 4 bijik di hadapan.
Gua tidak keseorangan apabila membahan spuds kerana turut serta adalah Arsene Wenger sekali yang mengambil kesempatan memerli memori kelat buat spuds pada 2005/2006 apabila ditanya apakah kesakitan perut wilshere sama dengan apa yang dialami Sagna.Priceless! Gua bayangkan kita hanya akan melihat cameo kepulangan Flamster beberapa minit tapi ternyata dengan tragedi yang menimpa Jack, Flamini diperlukan lebih awal lagi dan kudos kepada Mathieu kerana stood up on occasion. Untuk seorang player yang takde pra musim, tak main bola berbulan2 dan hanya sempat berlatih berapa minggu namun tiba2 dipanggil untuk bertanggungjawab dalam game sebesar NLD ini, barulah kita rasa ada logiknya kata2 pak tua yang mengatakan signing ni adalah no brainer punya.Dia masuk berlagak bossy bagi instruction kat teammates macam dah lama kenal, back like the old days, detemintationnya untuk win back the ball ,melakukan interception sebaik sahaja masuk telah membakar semangat rakan2 seperti Rosicky,Cazorla dan Rambo yang rasa lebih protection.Cuma kadang2 perlu berhati2 dengan tackle dan timing, serta passing tapi overall gua berpuas hati dengan penampilan sulung kembali Flamini. Kredit kepada MOTM Giroud yang ternyata memberikan segalanya. Dari mula hingga tamat wisel tak jenuh dan tak malas berlari.Segenap padang dia ada, tengah,bawah atas.Selain goal pentingnya yang cantik, gua puji dia punya hold up play, defending, cover member2 malah pada satu ketika bila mana tinggal dia kesorangan Theo Rosicky dah keluar,Cazorla main deep dia masih cuba untuk menghidupkan gerakan Arsenal memberi Spuds kerisauan di bahagian bawah. 2 home game NLD beruturut2 score.Gua rasa rumors Arsenal nak beli striker baru banyak membantu untuk kasi dia panas dan membuktikan diri dia mampu mencapai pontensi diharapkan.Yes. What has happened to us, happened to Tottenham a few years ago.
Keseluruhan team berjuang bersungguh semalam.Boleh nampak beza ketara ketika ada game2 yang player haram tak memberi najis tapi semalam mereka tak mengecewakan, masing2 bekerja tak makan gaji buta. Defend paling outstanding,Kos the boss selamba rantai Soldado buatkan harga 28M nya nampak tak berabaloi.Mertesacker menang bola2 tinggi, baca game cukup baik, clearance , block Soldado punya shot 1st half. Gibbs dan Carl awesome di fullback, menutup ruang yang hanya mampu dipakai Spuds di wide area oleh Townsend dan Chadli. Harapkan tengah mereka? langsung tak hidup. Lambakan midfield kita yang mobile dan kreatif menenggelamkan Dembele yang nampak sesat dan bagi kejutan kepada Paulinho yang macam tak dapat tangkap dengan tempo pantas terutama di Arsenal.Welcome to BPL.Taktikal Wenger untuk tidak terlalu main high line dengan barisan midfield kita main dari deep jugak membantu supaya kita tak terlalu overkomited gung-ho nanti terperangkap melalui counter attack.Rambo dan Rosicky memang otai dalam gerakan gol. Memang team gol, cara Arsenal lah.Cazorla pakai gam uhu ke gajah gua tak tau rahsianya sampai bola asyik melekat kat kaki.Theo, dapat sebijik assist dan menjadi ancaman kepada spuds melalui pacenya dan jika tidak kerana Lloris, Walcott dah daftar nama sebagai penjaring berkali2.Monreal Sagna walaupun sakit perut 'cirit or die' masuk dan top up minyak sewaktu stamina kelihatan faded out akibat 5 match dalam tempoh dua minggu.Wenger sendiri mengakui dia terpaksa bermain untuk memeprtahankan gol kerana jarang dilihat Arsenal main sampai 6 orang kat belakang terutama 5 minit terakhir yang mengujakan. Ketika perlu bagi kita bagi, bila masa perlu kritik kita hentam maka kredit la kepada taktikal dan keberanian Wenger semalam yang akhirnya berpikir mengikut logik situasi kerana apa yang penting 3 mata, kadang2 kena jugak kita menang cara macam ni, tunjuk kita ni tak fragile tunjuk resilient.Nampak banyak watak dan character yang boleh ditonjolkan takdelah lawan akan sentiasa menganggap Arsenal ni one way style jek.
Adranalin gua membuak2 sebaik wisel penamat, gua puas,at least lega sedikit release tension dari penantian transfer.Pada ketika artikel ini ditulis dah masuk deadline day.Ramai yang menjangkakan Arsenal akan pecahkan tabung ayam, (bukan tabung spuds yang dah negatif, ) memecahkan rekod transfer sepertimana janji wenger yang bajet ada kejutan kononnya.Lagi beberapa jam sahaja Board dan Wenger ada masa untuk 'selamatkan' kelab atau selamatkan diri ,cakap biar serupa bikin.Gua pernah cakap yang gua akan komen dan buat kesimpulan mengenai transfer aktiviti wenger sehinggalah sah tamat tempoh perpindahan.Jadi gua 2 bulan boleh sabar tunggu nak kondem tapi takkan berapa jam jek gua tak boleh sabar .Mari mengharapkan yang terbaik dan sama2 menanti apa hadiah setelah kemenangan bermakna semalam.Dari mana kita akan bertindak selepas kemenangan semalam, Arsenal ada peluang untuk memilih untuk memperkuatkan, untuk ke landasan yang betul , harap tak persiakan detik dan saat ini. #deadlineday . Ikuti gua di twitter @Arsenalaysia_of sembang meriam tentang transfer deadline kali ini.
Agi idup agi mengGunners!!
0 ulasan:
Catat Ulasan