Ahad, 1 September 2013

Pre Match : NLD = Nak Lima Dua


Ini bukan perlawanan antara Yaya Sanogo,Mathieu  Flamini vs Paulinho,Soldado , Capoue, Lamela, Chadli, Chiriches, Eriksen, ini perlawanan antara 2 kelab musuh tradisi yang satunya, Arsenal FC, adalah salah satu kelab berprestij di dunia penuh dengan sejarah dan masih konsisten sehingga kini di persada elite manakala satu lagi kelab ayam kampung spuds, jiran sebelah yang sentiasa jaki dan iri hati melihat kejayaan dan fantastic football yang dibawa selama ini. Persetankan transfer buat seketika kerana ini bukan game siapa spend banyak, siapa ada nama prospek2 konon dia akan menang- ayat ini sebagai alasan relevan at least buat masa kini sebelum transfer windows sah tertutup.keh3. Pundit dan media alat kapitalis sekarang memang nak sangat tengok Spuds menang malam ini bagi membuktikan pelaburan 100M++ mereka sehingga kini berbaloi.Adalah gila dan malu yang teramat sangat jika mereka tertewas kepada skuad yang saban hari jadi cemuhan dan bahan umpatan bagi melariskan tabloid mereka yang setakat ini hanya membelanjakan 0sen. Jadi untuk membuktikan pelaburan sentiasa mengungtungkan terutama apabila bercakap menengai angka 100M, ia agaklah sukar sama seperti value yang diltakkan pada seorang yang tak pernah menang apa2, budak baru nak up,  yang mereka bakal jual ke Real Madrid dengan rekod dunia. Inilah yang merosakkan bola sepak, Spuds merosakkan bola sepak. Maka Spuds wajib dan layak dinyahkan, bermula dengan menumbangkan mereka malam ini.Tapi Arsenal bukan sahaja tengah berhadapan dengan sebarang kemungkinan result yang berlaku malam ini malah satu dunia tengah lawan dengan Arsenal sekarang ini.COYG!

Gua konfiden , dengan pastinya player nak menebus kembali maruah setelah kalah kepada Aston Villa, jadi kemenangan home pertama ke atas rival pastinya suatu yang indah.Villas Boas tak ada masa nak susun strategi, apa lagi nak bagi masa rata player baru atau bole kita katakan skuad baru untuk membentuk persefeahaman.Malah, entah mereka memberi najis atau tidak akan kepentingan NLD. Tidak seperti player2 Arsenal yang dah paham, boleh naik hantu, dan cukup bersemangat memangkah kalendar tarikh NLD. Wilshere, Carl memang fan berani mati, root arsenal punya mengalir dalam saraf.Sagna Rosicky Theo berapa lama dah, tambah pulak kembalinya Flamini yang cukup masak dengan perangai spuds.Giroud Cazorla walaupun baru semusim merasa, masing2 dah score dalam NLD.Dengan Spuds hanya terpaksa mengharapkan penalti untuk menang 2 game mereka, gua teka agak susah siket kita nak concede 2 penalti malam ni kerana score akan menjadi 5-2 macam biasa jadi bagaimanakah Soldado nak dapat dua gol ketika Koscielny the boss akan kembali mengawal benteng.Rambo dan Wilshere fit untuk match ini. Spuds pulak mungkin terpaksa merehatkan Lennon, serta mungkin Ekotto serta ..alah siapa seorang lagi tu.. yang masa depan mereka masih samar2.Kejap siapa? Adebayor? kah kah kah...

---------------------Szczesny-------------------
Sagna---------Per-------------Kos----------Gibbs
--------------Rambo--------Rosicky-------------
-----Theo-----------Jack---------------Cazorla
----------------------Giroud-------------------

Maaflah atas keterlanjuran.Gua saja tulis berlagak dan konfiden bukan apa, cuma sentimen anti spuds tu meluap2 dan cuma gua nak membakar adrenalin gua, ini NLD!Lepas kita dah layak 16 tahun berturut2 ke group stage UCL-suatu yang diimpikan team2 lain, terutama oleh spuds yang kalau boleh desperate mereka nak beli situasi di mana kita berada sekarang ni- gua rasa kita bermain sedikit tanpa tekanan, cuma transfer rumors yang menjadi perdebatan sehinggalah awal pagi selasa minggu depan.Jadi gua rasa kita masih boleh foku dulus kepada match besar macam gini, tunjukkan Arsenal benar2 ingin mencabar musim ini.ayuh!

Astro 11pm, Arsenal 5 - Spuds 2

Agi idup agi mengGunners!!


0 ulasan: