Sabtu, 20 Disember 2014

Thierry Henry (1994-2014)


Setelah 20 tahun berjuang memerah keringat di atas padang, Thierry Daniel Henry memilih untuk meletakkan noktah  dalam apa yang boleh dikatakan sebagai kerjaya yang cukup gemilang dan penuh warna warni. Namakan piala2 kejohanan  utama dalam dunia bola sepak, boleh kata hampir semua big prize telah dimenanginya, satu rekod yang bukan senang nak dicapai oleh seorang player profesional di zaman modern football ini.Piala Dunia, Euro, Liga juara2, Super Cup, kelab dunia,liga Perancis,Liga Spanyol, Liga Inggeris serta FA Cup, ksemuanya pernah dijulang. Perjalanan kerjayanya bermula di Monaco, kemudian zaman 'gelap' di Juventus,, dia kemudian bangkit di Arsenal dan mencipta legasi di sini, tidak lagi melihat ke belakang selepas itu, berhijrah ke Barcelona satu keputusan yang begitu sukar dibuat mengundang air mata dan kemudian menjadi sebahagian daripada sejarah evolusi bola sepak Amerika. Itulah Thierry Henry, begitu jauh merantau , beberapa pit stop tapi akan sentiasa dikenang sebagai lagenda di Arsenal.


Dibawa masuk oleh Arsene Wenger ke Arsenal dari Monaco dengan yuran perpindahan dianggarkan sebanyak 11 juta, kita masih mampu melihat dan mengingati bagaimana Henry ditransformasi dengan padu dari seorang winger kepada penjaring gol terkemuka. Beraksi 377 penampilan dalam jersi Arsenal . Dengan Rekod 228 gol di Arsenal sebagai penjaring gol terbanyak kelab setakat ini, Henry meninggalkan satu rekod yang memaksa kerja keras atau memberi inspirasi buat pemain2 sedia ada untuk mematahkannya. Bukan calang2 individu boleh lakukan perkara hebat macam itu. Professionalisme di atas dan di luar padang jugak menjadi kunci kejayaan serta sikap down to earth, humble yang dimiliki menjadi punca mengapa dia masih dihormati dan disegani oleh rakan dan lawan hingga ke hari ini. Hari di mana rekod Henry itu mampu dipecahkan gua secara peribadi yakin zaman itu, Arsenal akan kembali ke era kebangkitan dan  kejayaan kerana hanya pemain2 berstatus istimewa dan terpilih sahaja mampu melakukannya demi kelab tercinta.

Henry memilih untuk menggantung bootnya tapi tidak sepenuhnya meninggalkan sukan yang dicintainya itu kerana dia masih ingin berbakti dengan alternatif lain iaitu berkongsi dan menyumbangkan pendapatnya melalu analisis dari kaca mata dan pengalamannya sebagai seorang pemain bola professional , sebagai pundit di station TV Sky Sports.



Dia mungkin tidak lagi menyepak bola secara competitive week  in week out, namun gua secara peribadi amat rasa beruntung dan bertuah kerana dapat hidup menyaksikan kelibat, kebolehan dan skillnya di era kegemilangan Arsenal. Siapa yang boleh melupakan volleynya di Old Trafford,larian dan gol solonya menentang Liverpool,Spuds dan paling superb di celah2 Galacticos Bernebau, comeback menggilanya menentang Leeds, goal2 supebnya lawan Sparta Prague, Charlton, hattricknya di San Siro, kegolojohannya meratah Spuds dan rekod tak pernah kalah pada Spuds sepanjang kerjayanya dan banyak lagi kenangan2 indah , magis dan mendadakkan adrenalin, meremangkan bulu roma dan  kadangkala mampu melinangkan air mata. Merci Thierry Henry, kebiasaannya memang mereka akan berkata bersoraklah untuk lambang yang berada di hadapan jersi, bukan nama dan nombor di belakang tapi untuk kes lejen seorang ni boleh bagi pengecualian. Tahniah, terima kasih dan kredit buat ahli sukan yang cukup komited, jujur dan profesional. Semoga suatu hari nanti dia akan dapat berbakti kembali dalam role yang berbeza ke pangkuan asalanya, Home of Football , di mana Henry di'Besarkan'.

Agi idup agi mengGunners!!!!!



Post-Newcastle dan undian Champions League



Minggu sudah Tenang2 sahaja kita mengalahkan Newcastle, Santi Cazorla2 bijik , Giroud 2 bijik, Alexis Sanchez assist 2 bijik dan jugak persembahan cemerlang dan mengujakan dari bek kanan Bellerin ketika Debucy rileks tanpa banyak dicabar rakan2 lama main CB pertama kali dalam competitive match. CUma kita masih lagi bolos dari set piece, saka yang begitu kuat ditinggalkan entah berapa generasi walaupun steve Bould dah dalam skuad bagi tunjuk ajar,masih lagi perkara ini berlarutan menjadi barah. Selainnya, semuanya ok,3 mata lagi bagi memastikan kita tidak tertinggal jauh dari kelompok atasan. Southampton yang kelihatan dalam form merudum boleh dikejar begitu jugak west ham di tangga keempat, hanya menunggu masa untuk dipintas. Esok kita akan bertemu Liverpool, itu yang perlu diberi perhatian kerana status 'big game' nya setiap kali Arsenal bertandang ke Anfield. Masih segar lagi dalam ingatan kita dimalukan musim lepas. Mungkin kita masih dihantui banyak kecederaan sekarang tapi melihat pada form tuan rumah, kita mampu membawa pulang sesuatu.


Undian Champions league jugak membuatkan comeback Anderlecth di Emirates itu satu blessing in disguise apabila kita sebagai naib juara kumpulan diundi bertemu dengan pasukan yang 50-50 chance jika bertemu kita, bukanlah nak merendahkan martabat Monaco dengan izin, tapi bertemu bekas kelab yang pernah dilatih Arsene Wenger itu suatu relief di atas kertas terutama buat fan2 Arsenal yang telah merasai ditendang keluar oleh pasukan2 gergasi seperti Barca Milan dan Bayern sejak 2010 sama ada di last 16 atau suku akhir. Bukan lah gua kata kita kompom menang lawan Monaco,finalis 03/04 ni dah dihidupkan semula dengan suntikan kewangan yang dasyat maka mereka mampu bersaing di peringkat tertinggi. Rileks saja mereka jual James Rodriguez, bagi loan Falcao, tapi mereka masih punyai skuad yang mantap untuk muncul juara kumpulan. Ini jugak bukan pertemuan pertama, perlu diingat baru2 ini di Emirates Cup kita tewas kepada Monaco dengan satu 0 hasil jaringan Falcao. Tapi sekurang2nya  ada sesuatu yang istimewa dan sentimental buat Arsene Wenger dalam melayan malam2 Eropah yang indah...





Sabtu, 13 Disember 2014

Pre Match : Arsenal vs Newcastle


Mereka baru sahaja 'membantu' Arsenal. Membantutkan segala usaha poyo Mourinho untuk mencipta atau menyaingi pasukan terhebat dalam sejarah BPL,, The Invincibles 2004. 10 years and still counting, masih tak ada mana2 pasukan yang mampu mencabar kehebatan dan rekod cemerlang lejen2 Arsenal itu. Newcastle baru2 ini menamatkan rekod tanpa kalah Chelsea yang bermula garang dalam saingan liga, mengundang  perbandingan dari pundit2 dan pemerhati dengan skuad dibina Arsene Wenger 10 tahun lalu. Jauh panggang dari api, baru berapa game, dengan Alan Pardew pun Mourinho tak boleh makan. Kah kah kah. Pardew pada gua memang celaka sedikit, tapi boleh gua katakan dia antara bernasib baik , atau mungkin antara manager english yang ok di luar sana dari segi kerja dan rekod . Beberapa kali under pressure, kena maki satu stadium, fan hilang sabar, rileks sahaja dia buat muka stone dan kembali buktikan kritikan mampu betukar jadi pujian. Muka jugak tebal, kutuk Wenger beli player France, musim2 lepas, Newcastle paling ramai player France dalam satu team, formula yang membawa mereka hampir bersaing dengan Arsenal merebut champions league spot tapi lepas jual Cabaye Januari season lepas, zaman kedurjanaan mula kelihatan. Sehinggalah awal musim di mana mereka bergelut mencari form, 3 mata saja dari 6 game.Memang sadis. Tapi entah macam mana punya luck si Pardew ni, boleh plak start menang 7 game berturut2 dalam semua kejohanan.On the way tu bukan calang2 team mereka kalahkan, Man City, Liverpool , Spuds dan terbaru jadi mangsa form mereka adalah Chelsea. Kini  mereka dah sama level dengan Arsenal dari segi kutipan mata di tangga ke 7 ,Arsenal di tangga ke 6.Ini membuatkan perlawanan malam ini sangat menarik ketika Arsenal menghadapi setback di Britannia setelah rekod cemerlang 3 clean sheet.


Masalah utama kita adalah di bahagian pertahanan. Chambers yang dapat red card itu hari digantung, Monreal masih belum pulih, Koscielny entah bila boleh bermain dikhabarkan kecederaannya bakal beranjangan dan Arsenal terpaksa buat sesuatu Januari nanti jika masih mengharapkan sesuatau dari musim ini. Sehinggakan Wenger terpaksa memanggil semula Coquelin dari pinjaman Charlton. Gua syak dia bakal digandingkan dengan BFG bahagian CB. Tahap desperate dah ni.Salah siapa? ? Semua orang tahu puncanya kecuali dia. Apa yang positifnya adalah kepulangan Debuchy di bahagian RB yang pastinya tak sabar2 menetang bekas kelabnya membuktikan dia memilih kelab yang betul. Selain ketiadaan pemain yang sedia tiada seperti Ozil,Wilshere,Ospina,Arteta,Theo, Rosicky, kita jugak bakal kehilangan khidmat talisman kita musim lepas yang baru saja on form lawan Galtasaray tapi harmstring pulak. Kehilangan stamina Rambo pastinya satu sentapan, kerana kita dah lack creativity Ozil, Wilshere dan Rosicky. Nampaknya terpaksa mengharapakan Chambo terus memacu dan mengharapakan form Santi Cazorla di bahagian tengah. Poldi mungkin oleh bagi Welbeck rehat lagi. Main man Alexis Sanchez akan menjadi ancaman buat pertahanan Newcastle.

--------------------Szczesny------------------
Debuchy--------BFG----Coquelin-----Gibbs
--------------------Flamini--------------------
----------Chambo-----------Santi-------------
--Alexis----------Giroud--------Poldi---------

Tengok balik line up atas nampak macam rongak semacam tapi itulah yang available ketika ini. Newcasle jugak ada masalah penggantungan, Sissoko dan Taylor bakal terlepas game malam ini. Namun harus berwaspada dengan penyerang Senegeal mereka Papiss Cisse yang dah score 7 dari 10 shot on target.Coloccini dan Janmaat dijangka avalable untuk mereka. Newcastle hanya menang sekali bertemu Arsenal dalam  14 pertemuan liga terakhir dengan kalah berturut2 dalam 5 pertemuan terakhir itu.Jadi rekod kita baik. Walaupun mereka sedang on form, tapi mereka atas kertas takdelah hebat sangat. Macam The Invincibles, suatu tamadun yang hebat pasti ada pengakhirannya ,jadi apalah sangat sekadar rekod Newcastle itu yang kelihatan seakan apsti berakhir malam ini.COYG!!!

12.00 am Arsenal 2 Newcastle 1

Agi idup agi mengGunners!!


Malam Gala Eropah yang berSaray-seri


Selepas stunner 4 bijik di Istanbul dengan apa yang boleh dikatakan sebagai santapan Turkish Delight, kita menyambung tugasan bertemu dengan pasukan yang baru mencanak naik formnya Newcastle United malam ini.Harap2 kejayaan dalam aksi terakhir peringkat kumpulan menundukkkan Galatasaray 4-1 menjadi tonik kepada kedajalan yang berlaku di Stoke. Wenger merehatkan hampir sebahagian besar player utamanya terutama di bahagian serangan dan memberi kepercayaan pada Podolski, Sanogo serta Campbell dan pemain Jerman itu tidak mengecewakan terutama dalam memberi konfiden awal, merembat padu dari sudut sukar, gol yang jarang2 dapat dilihat di kalangan pemain Arsenal. Kaki kirinya memang superb.Ini pastinya memberi tekanan kepada Wenger dalam proses pemilihan kerana selama ini Poldi umpama tidak diendah walau asyik dilabel best finisher dalam current skuad, yang peliknya tak pakai.Alasan Wenger sungguh tak munasabah, dia baru kembali dari World Cup, sedangkan BFG malah Ozil lebih kerap membuat penampilan di Brazil dari Podolski. Gua syak taktikal atau effort menjadi faktor, ataupun Wenger kurang gemar dengan raja selfie di Arsenal. Dia hanya baru buat 6 penampilan liga, semuanya hanya cameo sub beberapa minit. Tapi tak keterlaluan gua boleh kata dalam Champions league, dia single handedly bagi 6 mata pada Arsenal, gol last minit lawan Anderlecth dan 2 gol lawan galatasaray penamat dan pembuka. Gua mengharapkan dengan persembahan yang ditunjukkan, Wenger membuka mata at least memberi peluang sama rata seperti mana dia sabar dengan sanogo dan Giroud pada awal penampilan mereka yang jugak lambat panas.Dan Wenger menjanjikan peluang dalam pre match PC, membayangkan Poldi mungkin boleh start malam ini menentang Newcastle.



Seorang lagi yang reborn semuala malam itu adalah Aaron Ramsey. Kepersisan dan ketenangan Gol pertamanya itu standard , sekelumit dari apa yang dilakukan musim lepas tapi apa yang heboh diperkatkan adalah gol keduanya. Tengok reaksi Sanogo yang umpama tak percaya pun dah boleh tahu betapa cantik dan cemerlangnya teknik rembatan tersebut dan antara contender goal of the season musim ini dalam Champions League.Lupakan bola mati Sneijder kerana itu biasa tapi untuk merembat volley bola yang sedang datang dari arah berlawanan dengan jarak sebegitu di celah2 pemain, ia memerlukan teknik yang tepat dan atau mungkin sedikit tuah. Kredit pada Rambo yang gemar menjaringkan gol di Turki, rekod yang cukup baik.Tapi sayang, Rambo terpaksa dikeluarkan 2nd half akiat harmstring, diakatakan kurang serius dan masih mampu beraksi malam ini tetapi mungkin juga terpaksa akur, kita tak mahu lagi mengambil risiko. Malam itu jugak peluang bagi beberapa player muda Seperti Zelalem yang menggantikan Rambo serta Maitland-Niles yang menggatnikan Flamini, walaupun gua secara peribadi mengharapakan suatu yang lebih dari Joel Campbell tapi tak kesampaian. Tapi jangan dilupa kejutan dan berita paling positif malam tu jugak adalah kepulangan Mat Debuchy tepat pada masanya! Welcome back Debuchy!!! Dengan Koscielny terus injured, Monreal belum pulih, Bellerin terpaksa main bek kiri, akhirnya bek kanan diisi oleh natural defender Debuchy yang membuat penampilan pertama sejak 3 bulan. Beraksi hampir 80 minit , nampak ok, mungkin akan diserapkan terus dalam aksi special menentang bekas kelabnya Newcastle malam ini, pasti suatu yang istimewa secara peribadi buat Debucy dan masa paling sesuai untuk kemabli ke aksi liga. Dengan kemenangan ke atas Glatasaray, kita sekadar mampu berpuas hati di tempat kedua di belakang Dortmund, yang pastinya result Anderlecth di home bakal menghantui apabila melihat kepada siapa yang bakal kita ketemui dalam round of 16.Undian akan dibuat Isnin ini. Antara bakal2 calon adalah Real Madrid, Atletico Madrid,Barca,Bayern, Porto, Monaco. Tak banyak option sebenarnya lambat laun pun akan bertemu pasukan2 standard ini kalau nak progress.Jadi sama ada ia balik awal atau tambah konfiden.Itulah jugak erti Champions League, bertemu pasukan2 elite, satu excitement buat penyokong di Malaysia bangun pagi buta.


Agi idup agi mengGunners!!



Ahad, 7 Disember 2014

Kita jadi Stoke belasahan


Malam semalam persembahan Arsenal sekali lagi mengundang kemarahan dan segalanya dikumpul dan ditujukan pada sebatang tubuh kurus kedut, Arsene Wenger. Hadir ke Stoke dengan dah boleh jangka jenis game fizikal yang dihadapi tapi jika tak aware dari minit pertama, memang hancur, dan daripada line up semalam, nampak benar tiada preparation.Pergi mati dengan fighting spirit, hampir kejar balik , red kad chambers,kerana segala itu tak patut berlaku pada awalnya. Ketinggalan 3 gol di Britannia ketika separuh masa adalah umpama menggal kubur sendiri tanpa bantuan Tok Adi, Yang bangang tetap bangang, tiada alasan. Kita boleh jadi punch line buat peserta2 raja lawak yang tercari2 punch line di pentas , dan membuka perbualan di kenduri kendara sesama stranger , itulah Arsenal ketika ini.



Permulaan yang slow dan shambolic defending membuatkan game kita bertambah sukar.Entah mengapa kalau Koscielny tak cukup fit untuk main atau start, jadi kenapa bazirkan satu slot bench untuknya? Atau ini yang Wenger dan Bould nak tunjuk sebenarnya ," Hangpa semua nak tau sangat awat selama ini aku pi letak 2nd choice LB main dengan BFG,, haaa ini jawab dia bia letak 2nd choice RB main CB, free header terlepas, red card siap " Tapi sebab dia bajet lawan Stoke, pasukan purata ketinggian paling tinggi dlm BPL, jadi Wenger guna logik laa konon untuk tandingi ketinggian, dia letak kapten tinggi lampai lampi ganding dengan budak bawah umur, diapit belah kiri oleh budak bawah umur, mempertahankan gawang yang masih dara dalam 3 perlawanan,keeper jugak bawah umur, di depan back 4 dijaga oleh hulubalang hang kebun ketika kita mendambakan sosok Tuah dan Jebat. "Cangkul pun cangkul lah" kata Flamini.



2nd half baru kita nak gamble, masukkan danny, Bellerin jadi mangsa dikeluarkan.Adalah sedikit perubahan, kita lebih berupaya membuka ruang dengan larian2 Danny menarik perthanan lawan. Sanchez punya satu peluang keemasan setelah menewaskan 2 defender dan melepasi keeper, tiang pulak jadi peghalang. Memang nampak sangat bukan hari Arsenal. Gua pada masa ini dah sumpah seranah maki agar Flamini dan Rambo dikeluarkan, bagi perubahan taktikal sedikit. Tapi rupa2nya Wenger ada jawapan selamatkan diri, Flamini dapatkan penalti untuk Cazorla skor, dan Rambo plak skor  3 minit lepas tu. Selebihnya hampa selepas ref bangang yang melayangkan kad kuning kedua ketika chambers hanya melakukan sentuhan minima,biasa la body contact dalam bola sepak.Kalau jenis itu pun tak boleh elok main catur. Foul pun boleh dipertikai inikan pula kad kuning yang diberi,Kacau sungguh. Momentum kita mati dan harapan untuk mendapat mata di situ terkubur.

Baru nak start bina balik, dah tersentak, roboh balik. Jauh lagi perjalanan kita. Tapi kalau selalu tak berhati2 macam ni, memang akan selalu berhenti, lambat sampainya.Yang ni gua tak nampak biar lambat asal selamat.Yang ni kalau lambat, selamat tinggal. Selasa ni ada game tak bermakna melainkan Anderlecht buat kejutan kalahkan Dortmund. Peluang muhasabah diri..untuk kali keberapa..gua sudah hilang kira..Ayuh bangkit.Kritikan air liur kita jangan sampai basahkan sumbu meriam.

Agi idup agi mengGunners!!!!


Sabtu, 6 Disember 2014

Sorotan Arsenal.


Selepas bahana kekalahan kepada United, muka Wenger terpapar di setiap tabloid,akhbar dan jugak poster ala zaman cowboy most wanted man, ramai yang sudah hilang sabar mahu melihat orang tua itu segera dinyahkan dalam suasana kehangatan yang penuh emosi ketika itu.Tapi Arsenal fan memang unik, selepas itu, 3 game, 3 menang dan kita kembali memaafkan wenger dalam erti kata , redha sedikit, bagi peluang tapi tsunami amuk itu akan melanda kembali sebaik Arsenal terkandas nanti, itu sudah terjamin akan terjadi, dan ia adalah roller coaster, umpama kitaran roda di Arsenal. Bukanlah gua tak mahu turut serta dalam menghentam keromo Wenger pada malam itu kerana apa yang dilakukan memang tak dapat dibela pun terutama tindakannya ketika summer yang tak settle masalah pertahanan depan mata, cuma gua agak lesu ketika itu,mngkin sudah lali, dan mungkin mengambil sikap tunggu dan lihat sahaja, biar kritikan itu bukan sahaja datang dari fan sendiri malah fan rival sendiri yang entah begitu sibuk hendak melihat apa yang dikatakan 'era baru' di Arsenal, tak sabar sungguh mereka. Lepas United bernasib baik, gua ulangi disini BERNASIB BAIK memang sungguh BERNASIB BAIK malam itu -dan bukan atas faktor player yang diturunkan kerana kita jugak ada banyak kecedeaan, malah Szczesny terpaksa keluar time game, Jack wilshere plak injred dah kacau plan sub kita, jadi apa yang bernasib baikknya adalah Arsenal mendominasi tapi dominasi sahaja hingga basi tak dapat buat apa2, peluang gagal disudahkan dan United shot on goal satu  tapi gol 2 bijik, itu sudah cukup menceritakan segalanya.1st time tewas dalam liga di laman sendiri dalam 15 bulan sejak kalah pada oppening season lawan Aston Villa. Dan yang pecah rekodnya adalah Manchester United, bertambah berbululah kita sebagai penyokong Arsenal. Tapi bukan hujung dunia, masih ada sinar di hujung terowong.


Arsenal meneruskan kempen bertemu Dortmund dalam game yang hanya nak satu mata sahaja untuk layak ke last 16. Welbeck injured, Giroud tak daftar untuk group stage ni, jadi gua bajet Podolski  dapatlaa chance ni.Tengok sahaja line up, gua kritik Sanogo. Tak sampai 2 minit dia skor.Kah3. Sekali lagi Wenger terselamat, gamblenya menjadi. Yang gua nampak lambaian Poldi dari bench semakin  melambai2 Januari nanti.Dortmund malam tu serba tak kena. Klopp terbawak form dalam Bundesliga ke Europe.Keeper kita rileks saja Martinez, Dortmund tak mencabar. Alexis Sanchez muncul sekali lagi skor dalam big game, ketika orang kata dia AWOL dalam big game lawan United ,Chelsea, tapi perlu diingat dia dah skor lawan City Dortmund, dan ketika kita memerlukannya at least ada jugak occassion yang dia hadir walau tidak dapat semua.Malah golnya pagi tu cukup sempoi.Bertuah lah main dengan Arsenal dapat main Champions league tengah minggu,skor gol cantik2, bijak pilihan Alexis.nak champ group nampak sukar tapi bukan mustahil tapi dapat tewaskan Dormund ni pun pada ketika baru kalah dengan united dan swansea dan diayamkan anderlecth dah cukup bersyukur. Martinez clean sheet lagi. Game ni umpama bina balik momentum, tanam kepercayaan kalangan player.


Game lawan WBA.Away game yang agak sukar kerana jadual yang pack tapi kita mampu bawak 3 mata yan berharga hasil jaringan Danny Welbeck. Malam tu tengok Danny berkombinasi dengan Giroud. Siapa kata 2 target man ni tak dapat beraksi bersama, Danny diletakkan di wide position dengan Giroud lebih central tapi mereka salingbergilir2 mengambil posisi dalam kawasan bahaya terutama dalam gol yang dihasilkan kerja keras Santi Cazorla. Oh ya ini assist ketiga Santi berturut2 setelah dua assist nya bertemu Dortmund. Santi cukup od form dalam membantu rakan2 bua gol biarpun masih belum memecahkan kebuntuan depan gol berbulan2 dalam saingan liga, Ketiadaan Ozil, Jack dan ke'hilangan' Rambo, Santi mengambil kesempatan ini untuk step up dengan sebaiknya. Ga jugak harap lepas ni Thomas rozza diberi peluang yang sama, kerana akhir tahun lepas dia memang meletop, tapi dek kerana Wenger perfer player favorite, Thomas dibekukan.Gua rasa Rambo perlu direhatkan sekejap bagi peluang muhasabah diri, bagi pleuang pada Rozza dan Santi, orang2 lama ni tunjuk kreativiti seni. Martinez clean sheet lagi. Game ni jugak kita resilient dengan adanya kembali Koscielny memantapkan back 4 yang nampak tunggang langgang ketika ramai player out of position.


Game terbaru, tengah minggu lalu, kita tewaskan Soton dengan last minit gol dari siapa lagi kalau bukan Alexis Sanchez! Martinez sekali lagi clean sheet.Game yang open, kta boleh kalah, Southamton boleh menang atau pulang dengan satu mata tapi desire dan determination yang disajikan Alexis meletakkan satu danda aras bagi rakan2 sperjuangan di Arsenal.. Alexis antara foreigner dan new signing yang settle down paling cepat dalam sejarah BPL Arsenal lebih cepat dari lejen Henry dan Bergkamp. Wenger menyokong statement tersebut dengan memberi andaian kehidupan Geoekonomi Sanchez di zman mudanya ang bermain bol di jalanan menjadi pemangkin untuk dia mempunyai karektar yang tak kenal erti putus asa dan sentiasa berusaha keras.


Sebut pasal Henry tadi, Legend Arsenal tersebut dah umumkan bahawa dia kaan meninggalkan NYRB di penghujung musim MLS dan telahpun beraksi dalam game terakhirnya bersama kelab Amerika itu. Ke mana hala tujunya selepas ini masih belum terjawab tapi yang pasti tempatnya di Arsenal memang sudah pasti suatu hari nanti tapi role apa masih misteri. Wenger berkata at least France hutang satu game respect untuk Henry atas segala jasanya terutama setelah insiden 'hand'ballnye dalam kelyakan piala dunia bertemu Ireland. Kemanakah destinasinya, Asia? adakah ke India sperti Boby? atau terus ambil lesen kejurulatihan. Ke manapun Henry, dia adalah wira, a living legend. Cepat2lah return ke home of fottball, Arsenal.

Pada ketika artikel ini ditulis sebentar lagi kick off lawan Stoke. Kita harus teruskan form baik ini.Terus bina momentum agar tidak terlalu jauh dengan saingan peringkat atas liga.Keupayaan menundukkan Southampton memtong jurang kepada 3 mata, dengan United dan Soton saling bertemu, kita harus mengambil kesempatan ini untuk tidak drop points yang tidak perlu lagi. Jarak dengan Chelsea memang nampak jauh tapi kayuhlah pelahan2, potong satu demi satu, daki dan terus mendaki.

Agi idup agi mengGynners!!


Rabu, 12 November 2014

Arsenal perlu realistic

Leading 3-0 kena balik 3-3, leading sebijik, kena jugak 1-2. Minggu yang suram buat para Gooners. Harapan palsu diberikan dan ternyata paling kecewa pastinya Arsenal.com dan PFA player of the month, Alexis Sanchez yang paling menunjukkan komitmen malah menjaringkan gol dalam kedua2 perlawanan. Sama ada satu team let us down atupun bahagian defend sahaja itu sentiasa terus didebatkan tapi apa yang nampak kurang memberangsangkan kelihatan ramai player switch off dan tak fokus.


Kita hanya beberapa minit sahaja untuk layak ke peringkat kalah mati saingan UCL.Tapi terpaksa ditangguhkan, malah dengan persembahan bergini, entah2 nak lepas grouping pun sukar dengan Galatasaray away serta Dortmund yang semakin kuat memegang rekod 100% setakat ini menanti dalam 2 game terakhir. Semuanya gara2 biar lead 3 gol musnah begitu sahaja. Arteta dengan penalti di awal kemudian Sanchez menambah dengan half volley setelah free kick terlantun dari benteng, dan Chambo yang padu malam tu menambah gol ketiga. Tapi entah macam mana 2nd half lepas Arteta dikeluarkan akibat kecederaan disiplin kita teruk, Flamini masuk jadi carca marba. Linesman jugak jadi culprit malam tu ternyata si celaka Vanden Borre- yang kerja asyik nak menyepak Alexis dalam game ni- jelas offside. Ditambah lagi dengan bom jangka yangdah meletop, Monreal buat fould bodoh dalam kotak penalti, sekaligus member panik kepaca kem Arsenal. 3-2, memang tak selamat dan seperti Podolski di Belgium, Anderlecht membalas dendam baik punya dengan score gol last minit mengecewakan puluhan ribu tuan rumah yang hanya menyaksikan tragedi di depan mata. Tapi pastinya mereka bersyukur itu dah minit2 last, kalau ada masa lagi silap2 boleh kalah, tak mustahil. Hajat nak memintas Dormund selaku juara kumpulan dah boleh dilupakan. Memang nampak Dormund bakal muncul juara kumpulan, dan seperti biasa kita bakal berdepan pasukan2 besar Eropah dalam last 16, kubur awal yang digali sendiri.


Kembali dari mimpi ngeri, melawat Wales , ingat boleh naikkan balik momentum, dan kita berpeluang untuk merapatkan diri dengan kelompok atasan sebelum game start. Tapi lain pulak ceritanya. Fabianski , hero FA cup kita season lepas pasti rasa relief berada di pihak yang satu lagi. Malah dia punya sebab jugak Welbeck gagal menyudahkan peluang terhidang. Awalnya kita nampak dominasi, solid, dan tekun terus mencipta peluang untuk merobek kebuntuan. sejam baru boleh score, Chambo sekali lagi menjadi kunci dengan larian through derasnya buat Cazorla passing Welbeck. Welbeck assist kepada Alexis yang mudah merembat masuk. Leading sebiji tapi tak lama. Kita tido , hilang fokus, midfield mati tak close down, tak mengejar sampai defend terpaksa bagi foul2 bodoh yang menyebabkan gol Sigurdsson.Memang nampak cantik top corner tapi buat sakit hati.Situasi yang kita boleh elak sebenarnya. Dah kena sebijik mulalah gelabah entah ke mana2, positioning semua out. Defend berterabur. Swansea buat pertukaran bawak masuk Gomis. Tak sampai 2 minit dah score. Yang jaga si dia ni Monreal, anda bayangkan si kerdil kering ni nak jaga badan bagak besar memang senang2 dapat free header.Mertesacker mana??? Entah apa dia buat bahagian kanan gol, pressure siapa,close down siapa mark siapa pun gua tak tau, positioning awareness memang failed. Dan orang2 inilah yang kerap kali di interview oleh Arsenal.com setiap kali lepas calamity berlaku dan mereka berkata "oo kita mesti fokus, ya kita mesti berdisiplin, kita tak boleh lagi terus main begini, kita kena serius" elok cakap depan cermin.Sembang lebat apa pun tak bikin. Last2 ketika kita terdesak nak cari gol, teka siapa yang dibawa masuk, tentunya penjaring liga terbanyak Arsenal ! Sanogo la siapa lagi...power Wenger, salute!

Memalukan. Memang baru kekalahan kedua, tapi lihat jarak points.12 mata dari atas, itu bukan suatu tanda2 kita cukup bermain serius untuk mencabar.Cukuplah,lupakan title contender sekarang ini, bukan lagi boleh disembangkan.Kita perlu realistic. Buat masa ini memang top 4 seperti biasa menjadi target pencapaian dan kini bukan mudah.Dengan pasukan2 seperti West Ham dan Southampton tiba2  masuk gelanggang bersaing dengan Manchester United dan kita, malah Swansea sendiri dah memintas.Kita pun nampaknya tunggu masa kena knocked out di last 16 UCL -kalau layak- harapan peluang realistic ialah kekalkan FA cup.Gua bukan taknak positif tapi tak ada apa yang boleh meyakinkan gua dengan line up defend dan DM yang memang umum sedia maklum dari awal tau kita sampah tapi apa yang Wenger lakukan??? Lepaskan Sagna,loan out Jenkinson, jual Mael dan Miquel, tapi takde action susulan, mainkan 2nd option lb di bahagian CB.2 midfield yang dah tamat tempoh diharap jadi perisai back four, Ini coach sekolah rendah  pun tau kerja bangang namanya. At least depa bijak sket, "ok ko power, jadi striker, hah ko laju jadi wing lah, ko tak berapa ko duk bawah diam2 jadi bek. ko macam dah gemuk jek ,, ok jadi keeper" kah kah kah.

Sekarang waktu tengah2 down ni eloklah internationaleleh. Bagi rehat sikit minda, muhasabah diri. Peluang refresh bagi player-player.Ini kerana tak ada waktu dan game yang paling sesuai lagi untuk tebus kemaluan selain dari menentang Manchester United di laman sendiri sebaik sahaja season disambung selepas ni.

Agi idup agi mengGunners!!


Selasa, 4 November 2014

Alexis terus ajak bina momentum!


Sebelum mule borok, koi nok ngucap tahniah lee pade pasukan koi Pahang Darul Makmur sebab ngekalkan Piale Malaysia buat tahun kedua berturut2. Buat rodong2 sumee koi berahi duk kat stadium malam tu dengar sorakan bergema habis.bukan takat meremang tercabut abih bulu roma sume.Bangge gok koi dapat duk sebarih dengan Dollah Salleh dan Ong Kim Swee terase macam tengah scout player pun adee gitu.Nengok Zenal Bidin Rawop Khalid Jamlus merapu meraban live, pendek kate mmg happening habis tambah game dramatik. Ape2 pun buat JDT, aokme2 buleh lee ace cubee lagi tahun depan. bereh boh! City dengan Chelsea pun tak buleh beli masa.kah kah kah. Hogoh Pahang Hogoh!



Sebab bersemangat pergi stadium lah gua akhrinya terpaksa mengorbankan menonton Arsenal lawan Burnley malam tu. Rare memang rare,benda yang jarang gila gua miss setakat ini tapi at least gua sampai kedai mamak dapat tengok gol ketiga dan kedua peribadi buat Alexis.Sekurang2nya pengorbanan gua tu berbaloi, keseronokan berganda. Dan malam tu Alexis sekali lagi menjadi nadi buat Arsenal membuka jarinngan penting dengan gaya penuh rare, dalam ramai2 orang, ketinggian Alexis jugak diguna pakai untuk menanduk masuk hantaran lintang Chambers.Rare, cukup rare. Itu menunjukkan apa ertinya desire dan determination, ketika selama ini kita mengharapkan susuk tubuh Giroud, dan ketika kehilangannya crossing2 umpama dibiar kelaut walhal dah cantik tapi gagal ditemui Welbeck dan rakan2, Alexis membuktikan jika ada kemahuan di situ ada kejayaan.Ayat memang skema tahap kertas SPM bahasa Melayu tapi itulah dia displin  yang dipamerkan Alexis Sanchez, a hardworker , a fighter.Calum Chambers juga bakal memahatkan game ini dalam memori sebagai antara yang terpenting dalam kerjaya kerana bukan sahaja assist sebiji, malah menjaringkan gol professional pertama di top flight. Opposite nya di sebelah kiri jugak tak kurang hebatnya, kembali dari kecederaan tapi tak penat dengan larian2 berbahaya yang mengganggugugat lawan, malah dapat assist untuk gol Alexis. Monreal pun beraksi baik di sampin Mertesacker biarpun ia sekadar Burnley.


Satu lagi moment penting adalah apabila Theo Walcott akhirnya tampil buat pertama kali di atas padang Emirates dalam jersey Puma, sorakan namanya menggegarkan stadium . Theo nampak bijak, bersahaja dan tenang  dengan kemunculan kembali dari kecederaan , hampir score dan assist. Jika Diberi lebih masa, gua yakin Theo akan kembali ke aksi terbaik. Ada satu lagi gegaran yang tak boleh lawan ialah rembatan padu Podolski yang sub bersama Theo, tiang gol masih bergegar,itu baru kaki kanan, bayangkan kalau kena kaki kiri padunya? Sebelum itu volley nya jugak diselamatkan dengan cukup baik oleh Heaton mengundang tepukan respect lawan seposisi Szczesny.3 mata lagi dan kita cuba perlahan2 membina momentum dari sini.Fokus pada game kita peduli game team lain. Jangan biar gap jauh sangat





Awal pagi nanti game lawan Anderlecht, sekali lagi di home. Ini wajib menang. Menang pagi ini peluang melayakkan diri cukup cerah dan awal.Tiada kecederaan tambahan susulan dari game Sabtu lepas.Alexis Sanchez pasti dipertaruhakn lagi untuk enjoy the moment di bahagian tengah padang ketika mana dia begitu menjadi di belakang Welbeck . Itulah yang gua kata ada eloknya Ozil direhatkan, nampak siket player2 lain step up , ada dimensi dalam formasi jika tidak sampai bila tidak bertransformasi mahupun reformasi.Chambo Cazorla di wide. Arteta dengan Flamini hmm, sementara Jack masih injured, gua lebeh suka melihat Rambo bergandingan dengan salah seorang daripada Arteta, Flamini berbanding keduanya digandingkan dalam satu game. Mungkin ada pro dan kontra, mungkin ada disiplin tapi dalam game ketika kita sedang mengejar ia tak banyak membantu dan membantut serta melambatkan tempo dengan sideways passing, kurang kreatif. Dengan adanya Theo kembali, Gua nak jugak tengok Theo dapat lagi masa bermain terutama di laman sendiri, mungkin Podolski jugak patut diberi peluang untuk start melihat pada ke'geraman'nya ketika dilepaskan beraksi di tengah padang. Dia jugak yang menjadi wira ketika lawan Anderlecht. Lepas itu mungkin boleh pakai Rosicky, Campbell, apapun pastikan game ini dalam tangan dulu.


-----------------------Szczesny-------------------
Chambers--------BFG----Nacho------Gibbs
----Chambo-----Rambo----Arteta----Santi--
-------------------Alexis--------------------------
--------------------------Podolski-------------

3:45AM Arsenal 2 Anderlecht 0

Agi idup agi mengGunners!!


Rabu, 29 Oktober 2014

Alexis penyelamat minggu lepas.

3 result, 2 kemenangan away satu seri di home - tanpa kekalahan. Tapi jauh di sudut hati gua rasa anda juga rasa display yang ditunjukkan dalam ketiga-tiga match terbaru minggu lepas belum cukup convincing biarpun menghasilkan result kecuali drop points yang tak perlu di tangan Hull ketika kita harus pack sahaja 3 mata awal2 dalam game dan opponent seperti itu. Dan ketiga2 game minggu lepas, melibatkan keterlibatan watak penting, Alexis Sanchez yang cukup menyinar dan boleh dikatakan faktor utama Arsenal mampu keluar dari zon result klise ketika persembahan yang tak memberangsangkan. Alexis adalah perbezaannya.


2-2 seri dengan Hull, Gol peribadi yang cantik dari belah kanan Alexis, kemudian dengan awful defending dari  Flamini, Mertesacker Diame score gol penyamaan. Tiba2 hilang rentak, tersentak takde urgency. Bajet tunggu 2nd half tapi awal2 kick off saje dah kena sebijik, sekali lagi BFG kita tertido dan dihukum. Nasib baiklah last2 mini Sanchez buat magic lagi dengan meng assist kepada Danny Welbeck untuk selamatkan diri dari kekalahan memalukan, sebelum itu baru tewas kepada Chelsea, kalau kalah lagi , di tempat sendiri gua pasti moral down habis dan seperti biasa Wenger perlu menjawab. Masalahnya bagi kelab seperti Arsenal yang sepatutnya bersaing di puncak liga, seri dengan Hull jauh tersasar dari standard apa lagi dengan persembahan yang tak berjiwa, satu dimensi sahaja, bosan dapat dibaca.


2-1 ke atas Anderlecht dalam persaingan kumpulan di UCL. Satu persembahan yang hambar dan juga flat away from home, tapi itu bukan alasan. Kita tak banyak create chances begitu juga pihak lawan yang hanya dapat lead masuk minit ke 70. Barulah terhegeh2 nak cari urgency.Barulah nak menaruh harapan pada Campbell dan Podolski yang dibawa masuk sebagai sub. Standard Arsene Wenger, ketika pressure, campakkan player yang tak dipandang untuk mengharapakan ROI, macam mana player nak konfiden dan deliver. Namun bagi Arsenal memang dramatik la score equalizer minit ke 90 melalui player yang jarang2 score, Gibbs, kemudian  jaringan kemenangan oleh Podolski dan sekali lagi Sanchez menjadi watak penting dalam ini cerita dengan kerajinannya kejar bola dalam mengusahakan assist ke dalam kawasan bahaya yang disudahkan Poldi. Secara jujurnya relief jugak tengok Poldi yang score kerana mengetahui nasibnya di mata Wenger. Yang positifnya Emiliano Martinez dapat buat debut sebab Szczesny kenan gantung, Ospina injured. Dan kita di ambang melayakkan diri ke pusingan kedua kerana jika kita menang lawan Anderlecht di Emirates, dan Dortmund menewaskan Galatasaray, kedua2 team sah melayakkan diri.Maka perlawanan Arsenal dortmund di home bakal menjadi tumpuan hala tuju siapa lead group untuk undian pusingan kedua.


2-0 ke atas Suderland yang baru dirogol oleh Southampton 8-0 . Alexis Sanchez punya work rate sekali lagi menyelamatkan keadaan. Kesungguhannya closing down dan pressure opponent terutama badut seperti Wes Brown memberi lead mudah kepada Arsenal. Tapi selepas itu kita tak creat chances, dengan bahagian tengah kurang kreativiti di mana kita bazirkan slot menggandingkan dua player Flamini dan Arteta yang tak memberi apa2 dimensi dan kelebihan up front. Game yang patut kita boleh kenduri gol menghentam jiwa remuk sunderladn yang masih trauma tapi kita ambil risiko bertahan dengan sebijik gol ketika back four kita ada Monreal bergandingan dengan BFG.Kamikaze betul.Tak cukup dengan itu Gibbs pulak injured dan terpaksa dikeluarkan.Nasib baiklah kita mampu bertahan sehingga Don Vito membuat offer yang sukar untuk di refuse oleh Alexis, menambah gol koleksi peribadinya dalam jersey Arsenal. Kita sahaja di kalangan top team yang menang minggu lepas maka kita merapatkan diri di kelompok atas tapi masih jauh tertinggal dengan pendahulu.Banyak lagi pendakian yang perlu diteruskan.

3 game latest ni kita main tanpa natural CB, Monreal masuk ganti tempat Koscielny yang injured. Walaupun clean sheet game kat Sunderland tapi no offense, kena tengok jenis lawan jugak-kita jarang diuji. Menanti Koscielny yang hanya akan kembali lepas internationaleleh kata Wenger, gua harap Chambers dapat bergandingan dgn BFG dan Bellerin diberi peluang untuk bek kanan. Kerana Monreal dan BFG dengan kedua2 nya.. anda paham kasud gua.. bakal menjadi liability, mungkin macam bom jangka menunggu masa jika dihukum oleh lawan yang tajam dalam serangan.Kita beruntung dapat player seperti Alexis.Tapi gua pasti di hati kecilnya dia tak sign untuk ini. dia sign di Arsenal expect kita compete di kalangan yang terbaik bukan struggle dengan Hull, Leicester,Spuds nyaris2 dengan sunderland,Crystal Palace ,kalah dengan Southampton.Itu bukan sepatutnya Arsenal. Kita beruntung kerana salah seorang star masih beraksi bersama kita tapi kalau berterusan begini, kalau semua nak harapkan bahu dia seorang lama2 dia pun pikir tak sanggup pikul beban. Dan jika Real Madrid bakal melepaskan satu atau dua lagi bintang musim depan seperti yang diwar warkan tak mustahil market yang akan ditarget adalah Arsenal dan perkara itu boleh berlaku.Jangan kata Real, Bayern yang terkenal dengan senang pancing player, atau Alexis memilih untuk kembali beraksi di Seria A tempat dia mencipta nama dulu. Kita beruntung tapi player2 lain yang duk memuji Alexis minggu ni jugak harus sedar diri,step up, main bersama Alexis bukan main tunggu Alexis. Alexis pun bukan perfect sepanjang masa, ada jugak flaw, yang gua perasan salah satunya seringkali menghilangkan penguasaan bola di kawasan yang bahaya memberi peluang kepada lawan counter attack, Contohnya gol pertama Chelsea yang Hazard dapat burst dalam kotak penalti, puncanya Alexis kantoi pegang bola, Ini kerana keberaniannya memegang bola lama sangat dan tersangkut ketika cuba melepaskannya.Apa faktor dia lama pegang bola, mungkin sebab kawan2 lain tak boleh harap. Maka sebab itulah main bola kena sentiasa tolong menolong secara berpasukan. Cazorla kata, training happy, atmosphere happy baru main pun happy. Tengok wajah Ozil, ada happy ka?kah kah kah.

Minggu ni lawan Burnley. Tengok apa jadi, ada perubahan ke tidak.Harap2nya di home kita tak lagi buang mata.

Agi idup agi mengGunners!


Sabtu, 18 Oktober 2014

Mari membina kembali momentum.


“We want to [build momentum].It’s a post-World Cup year and we’ve played four of our seven games away. We had a difficult schedule away from home.
“We’ve already played Everton, Manchester City, Tottenham and Chelsea as well as the Champions League qualifier against Besiktas. We have enough quality to come back from the Chelsea loss.”-Wenger
Malam ni aksi bola sepak Inggeris kembali setelah 2 minggu yang hambar dan suram , internationaleleh, yang seperti biasa membawa berita2 malang buat Arsenal-kecederaan. 2 minggu rehat tapi 3 minggu blog tak terupdate. Gua dah terlepas 2 match, pertama , tak sempat nak cover tentang hat trick Welbeck dlam kemenangan 4-1 ke atas Galatasaray. New signing kita seorang lagi ,Alexis turut meneruskan form baiknya depan pintu gol. Kemenangan yang meletakkan kembali saingan grouping  kita ke landasan yang sepatutnya. Welbeck  hat-trick tapi terlupa collect bola bertuahnya lepas game,maklumlah  milestone pertama dalam kerjayanya.



Dah baik punya menang, hadir ke Stamfor Bridge dengan harapan dapat padamkan memori lama, alih2 kita terperangkap dengan game Chelsea yang boring dan hambar tapi diakui well organize. Kesilapan kita (baca Alexis) membuang bola menyebabkan Hazard menunjukkan moment of brilliance nya dengan larian ke dalam kotak penalti sebelum dijatuhkan Koscielny untuk penalti disudahkan oleh Hazard sendiri. Yang membengkekkan, walau kita berjaya membuatkan Fabregas dan Costa kelihtana anonymous sepanjang perlawanan tapi mereka hanya memerlukan minit yang bertuah untuk bergandingan menghukum kealpaan Arsenal di belakang dengan hantaran jauh dan penyudah yang cantik membuatkan Arsenal terperangkap dan tak mampu bangkit mencari gol penyamaan. Sudahlah keeper mereka bertukar, tapi kemampuan kita di final third memang dipersoalkan,jarang create chances dan kita agak sukar break opposition yang dikawal baik oleh Nemanja Matic yang gua rasa setakat ini unsung hero dalam kebagusan Chelsea setakat ini. Kita mungkin bernasib baik kerana tidak hilang Danny boy atau Koscielny akibat layangan kad merah sepertimana mereka juga selamat Ivanovic atau Oscar tak diarah keluar padang. CUma kita kehilangan Chambers untuk game liga berikutnya apabila mengutip kad kuning maksimum. Perlawanan turut di'ceriakan' dengan drama orang2 tua yang tak lekang dek kontroversi. At least puas hati dapat tengok Mourinho yang cukup kuat berlagak terkedu di tangan Wenger. No handshake lagi? kah kah kah kah..Roy Keane dan Paul lambert tengok mesti gelak punya..


tengok banyak kali tak jemu

Rehat international break ketika kekalahan sebenarnya lebih memeritkan kerana kita tak sabar untuk kembali beraksi membetulkan keadaan. Jadi malam ini, seperti yang dikatakan sesetengah pihak, ulangan FA Cup final musim lalu, Ini medan dan peluang baik untuk Arsenal kembali membina momentum. Game2 away yang agak sukar telah dilepasi, jadi expect game2 seperti Hull, SUnderland,BUrnley dan Swansea lepas ni harap kita tak lagi drop points bagi mendekatkan jarak kita dengan geng2 pendahulu. Berada di tangga ke 8 setelah tujuh perlawanan pastinya suatu penurunan jika dibanding dengan form musim lalu tapi sebab ini musim selepas world cup dan kita sudah ke away Chelsea Everton dan seri dengan Palace , kemudian seri di home dengan Spuds, City ia sedikit sebanyak mengganggu rentak. Ditambah lagi dengan kecederaan yang tidak ada penghujung di Arsenal.

 Terbaru kita kehilangan Mesut Ozil yang mengalami kecederaan ligamen lutut.Berapa lam? tak dapat dipastikan yang sah jangka masa panjang, ada laporan bagi sampai 3 bulan. Belum ada apa2 kenyataan rasmi. Kecederaan yang dialami bermula 2nd half lawan Chelsea lagi tapi baru dihantar pulang untuk scan ketika dia bersama squad Jerman dalam kelayakan Euro.Macam mana lambat tahu, itu pelik. Tapi pastinya suatu yang memberi impak teruk, lebih2 lagi bila Jerman tahu Arsenal mainkannya juga ketika injured. Namun ia terletak pada player yang merasakan sendiri kesakitan, jika mereka kata ok dan nak teruskan, bukan salah manager seratus peratus mempercayai kemampuan pemain menghabiskan perlawanan. Jadi dalam kemelut Ozil ni, ada blessing in disguise juga berita ni kerana ia datang tatkala Ozil teruk dikritik akibat persembahan yoyonya di atas padang,(mostly sebab out of position) kemudian baru2 ini dilemparkan tuduhan skandal yang tak berasas di hari jadinya, dan rumors mengatakan dia nak pindah bulan Januari , ini semuanya tekanan yang terpaksa dialami apabila prica tag anda mahal, beraksi sebagai juara dunia, tapi tak perform di peringkat kelab terutama di England dan layanan medianya. Jadi ini masa untuk Ozil rehat, muhasabah diri dan fit sepenuhnya untuk kembali semula menyepak bola dengan semangat baru dan potensi sebenar bagi menutup mulut2 pengkritik.

Seorang lagi yang kita bakal terasa kehilangan adalah Koscielny yang turut terpaksa pulang awal dari kem France akibat kecederaan Achilles. Chambers pulak suspended untuk malam ini. Maka gua nampak Bellerin akan ganti Chambers di bek kanan, sementara Nacho Monreal akan bergandingan dengan Per di CB. Besar tugas BFG kita malam ni, nak lead satu team terutama department dia yang nampak carca marba bercelaru sekarang ni. Gua harap kesemua back 4 step up. Lain2 kecederaan masih yang lama2 punya, Giroud,Debuchy, Rambo, Sanogo.

Berita baiknya adalah Theo Walcott dan Gnabry dah kembali ke full training dan semalam beraksi bersama U21 lawan Blackburn, seri 0-0. Theo dapat 1st half, Gnabry dapat sejam.Kapten, Diaby dapat dalam 67 minit aksi. Kesemua meraka dalam proses kembali ke fitness terbaik sebelum diberi lampu hijau untuk beraksi dalam competitive match. Ozil injured, Walcott kembali, umpama roda. Cuma bayangkan nanti opposition terpaksa handle pace Alexis dan Theo dalam satu masa, padu! Arteta jugak dah boleh main, Rosicky available malam ini.

Hull pulak takde jauh beza dengan kita. Sperti Arsenal, Hull jugak sekadar menang 1 game dalam 6 perlawanan terakhir liganya. 2 game menang, macam Arsenal.Yang membezakannya adalah mereka tumpas 2 kali, kita baru sekali dan bakinya seri. Dengan 9 mata, kalau mereka dapat 3 mata di Emirates, mampu pintas Arsenal.Itulah sebabnya game malam ni game wajib  menang bagi Arsenal. Jelavic yang tengah on form depan gol harus disekat, tahun lepas cup tied dalam FA Cup final. New signing mereka, Abel Hernandez jugak bukan calang2 kualiti.Score 2 biji dari 4 games. Walaupun exit awal dari piala Europa, anak buah Steve Bruce ni antara pasukan yang susah dipredict dan mampu jadi pengacau. Malam ni mereka mungkin kehilangan Diame jika belum recover dari international trip tapi lain2 player dijangka tak ada masalah kecuali kecederaan yang sedia ada Allan McGregor dan Robert Snodgrass.


-------------------Szczesny-----------------
Bellerin-------BFG---Nacho------Gibbs
---------------------Arteta------------------
----Alexis-----Jack--Rosicky---Santi---
----------------Welbeck--------------------

Tapi gua cuba mengharapkan kita lebih positif kali ini, bermain di gelanggang sendiri apa , dengan limitation player yang kita ada, kenapa tidak kita kembali kepada asas 4-4-2. Welbeck, bergandingan dengan Poldi di atas, Arteta atau Rosicky direhatkan. Gung-Ho!!

Fox Sport 10PM Arsenal 3-Hull 0

Agi idup agi mengGunners!!


Isnin, 29 September 2014

Dummy Welbeck



Mengecewakan.Sekadar satu mata. Entah mengapa player terbaik kita seperti Alexis diletakkan di bangku simpanan pada perlawanan derby yang mampu menang. Spuds cukup sampah, Dengan penguasaan bola seperti itu half time patut dah lead 3 atau 4 bijik tapi kerana kemaruk nak cari perfect goal, kita kurang create chances. Tempo diperlahankan dengan Spuds yang umpama patung berdiri tegak sepanjang game tiba2 dapat lead hasil kealpaan. Flamini ususal suspect tapi Gibbs patut cover dan track back, ruang yang dibiarkan kepada Chadli adalah jenayah dalam bola sepak. Nasib baik ada 'dummy' hebat dari Welbeck yang tak tercapai dek akal pendek pemain2 Spuds.

 Atmosphere dah ok, fans dah semangat, tapi gol2 yang tak muncul. Ozil dan Chambers serta Chamberlain adalah antara player yang beraksi dengan baik semalam.Cuma merisaukan adalah kecederaan yang dialami oleh trio, Arteta, Rambo dan kemudian Wilshere. Arteta dan Rambo disahkan bakal terlepas aksi satu lagi London derby di Stamford Bridge, gua pikir Wilshere pun harapan agak tipis. Sudah tiba masa gamble Restore Diaby sebagai perisai bagi menggantikan Flamini? Gua tahu Wenger terpaksa korbankan player untuk meletakkan Rambo jack, Ozil tapi bukan Alexis. Gua secara peribadi rasa Arteta dan Flamini role macam tak berfungsi, itulah jadi bila kita tak ada proeper DM.2 points drop, rekod tanpa kalah dalam liga masih pegang.

Rabu ni tugas berat, wajib enang ke atas Galatasaray, rivalry eropah masih segar di ingatan. Tapi untuk memastikan kita tak ketinggalan jauh dalam kumpulan, home game haruslah diambil berat.

Agi idup agi mengGunners!


Sabtu, 27 September 2014

North London Is RED


North London Derby. Sentiasa Epic,meriah , hangat, membara dan dramatik harapnya!

Harap Hat trick trilogy musim lepas dapat diulang, 2 kemenangan dalm liga dan satu pila FA  kesemuanya tanpa bolos , dapat diulangi. Agak mustahil jika seorang yang mengaku Gooner boleh lupa screamer padu Rosicky di WHL seawal minit kedua. Indah bukan?malam ni, kejap lagi pasti ada ulangan.BAgi muka2 baru yang pasti beraksi Chambers, Alexis dan Danny Welbeck, welcome to NLD, perlawanan yang paling ditunggu2 setiap musim dalam kalendar di Utara London.

--------------------Szczesny-------------------
Chambers-----BFG------Kos--------Gibbs
-----------------Arteta---Rambo--------------
-------Santi--------Alexis----------Ozil------
---------------------Welbeck-------------------



Red London is Red..and will always be......

12:30am Arsenal 3 Spuds 0

Agi idup agi mengGunners!!


Apa sorotan minggu lepas?


NLD minggu ni  tapi gua dah terlepas 2 ulasan match yang berbeza situasi berlainan result. Minggu sudah kita kembali meletakkan diri ke landasan yang betul apabila meleburkan rekod tanpa kalah Aston Villa dengan 3 gol dalam masa tak sampai 4 minit. Memang padu! Gandingan Ozil dan Welbeck malam itu cukup mantop macam dah lama serasi, saling assist mengasssist dan score menyecore. Gol debut buat Danny boy, yang memang punya track rekod baik berlawan villa esp di Villa Park.Satu gol saguhati own goal di berikan Villa. Ini jugak jadi bila mana best no 10 diletakkan di posisi yang digemarinya dengan Ozil dilihat dalam beberapa occasion beraksi di belakang Welbeck dan ketika konfidennya tinggi dia tak gentar untuk mencuba malah di bahagian flank dia tenang memilih passing .Teruk dikritik selepas aksi piala dunia, Ozil menggunakan masa dan medan paling sesuai untuk menjawab, di atas padang. Game yang menyaksikan Alexis Sanchez direhatkan di bangku simpanan, Ozil menggunakan peluang untuk menyinar dan satu MOTM performance pada gua secara peribadi.Paling tidak pun lebih baik dari Ozil2 sebelum ini.3 mata juga amat bermakna ketika rakan2 rivalry lain seperti Chelsea, City, United,Liverpool, Everton dan Spuds semuanya drop points.Semakin mendekatkan jurang dengan kelompok atasan, kita menuntut konsistensi terutama dalam game2 terdekat ,vs puds kemudian Chelsea.



Di tengah minggu, cerita berbeza. Cup game. Piala liga, satu2nya Piala domestik yang Arsene Wenger masih kempunan dan nampaknya terpaksa terus sabar menanti musim depan apabila kita dengan tak semena2 tersungkur kepada pasukan yang lebih organized dan tersusun malam itu, Southampton. 2 cup games kita kalah, UCL dan kini league cup, satu post mortem harus dilakukan. Namun game rabu pagi tu memangmembuktikan kita tak cukup depth, quality dan quantity terutama di bahagian defends apabila Wenger terpaksa membawa masuk Bellerin, coquelin dan jugak Hayden . 10 pertukaran dari game Villa, termasuk debut untuk Ospina yang beraksi ok cuma patut dapat lakuakan lebih baik untuk menghalang gol kedua, gol kemenangan, screamer dari luar kotak penalti. Yang positif adalah Emirates menjadi saksi satu lagi gol berkelas dunia dari free kick Alexis. Memang superb cun, dan kedua peluang beraksi, anggaplah umpamam perlawanan amal Diaby.Diaby yang beraksi sejam nampak cuba dineutralkan kepada lebih deep position suatu yang jarang kita lihat kerana mengenali Diaby yang dulu, dia punyai offensive minded, naun untuk game malam tersebut dia lebih duduk di hadapan back 4,win the ball, pass forward dan boleh kata separuh masa kedua nampak benar kepancitannya tapi apapun sejam yang tension dan pressure itu cukup memadai untuk memperhalusi Diaby kembali ke aksi perlawanan.Kalau digilap dan dijaga, dia mungkin boleh jadi aset dengan harapan injury free. Satu yang mengecewakan selain result ialah kegagalan beberapa pemain squad menggunakan peluang untuk menyinar seperti Rosicky dan Podolski yang seniro dan sepatutnya step up untuk budak muda seperti Campbell, tapi mereka turut hanyut siap bagi penalti seorang lagi AWOL. Memang line up malam itu agak lompong dan seperti ramai penumpang. Satu game yang harus dilupakan secepat mungkin terutama dalam menghadapi game terbesar musim ini setakat ini, NLD di laman sendiri.

Pre match NLD sebentar lagi....

Agi idup agi mengGunners!!


Khamis, 18 September 2014

Dortmund 2 Arsenal 0: Malam yang ingin dilupakan di Westfalenstadion





Dreadful.Persembahan yang hambar lagi flat, sekali lagi kelemahan pertahanan kita diexposed dengan begitu mudah oleh Dortmund. Jumlah perbezaan antara kedua2 pasukan sangat mengejutkan, Arsenal terselamat kena tak lebih dari 2 bijik kepada skuad Dortmund yang tanpa pemain utama seperti Reus,Kagawa dan Hummels. Jurgen Klopp sekali lagi menmalukan Arsene Wenger, itulah yang Arsenal patut main, tempo laju dan sharp.Exciting football walaupun tanpa player ternama.Gua tabik sama itu Aubameyang dan Mkhitryan yang memberi mimpi ngeri pada defend Arsenal pagi tu dengan larian2 laju yang mengkucarkacirkan back 4 diketuai oleh BFH yang hanya tinggal jasad, jiwa tak ada, nampak ketara terutama pada pemain2 juara dunia. Unfair mungkin pada Podolski yang diberkukan jarang dapat peluang tapi pada Ozil, pemain ini bertubi2 mendapat kritikan tiap2 minggu, makin lama makin banyak, kesian bukan salah dia sepenuhnya bermain di luar posisi tapi at least tunjukkan sedikit fighting spirit, tunjukkan anda care.

Sekali lagi untuk ke berapa kali, Ozil dibazirkan di bahagian sayap kiri ketika kita tahu best positionnya adalah tengah, belakang striker, best no 10 bak kata mourinho.Ozil satu hal, form Rambo jugak membimbangkan. Kerana biasanya time2 nilah dia akan muncul menyelamatkan keduduakan tapi kini hanyut bersama rakan2.Mungkin kerana kehadiran Wilshere yang tengah perform jadi Wenger tak boleh nak drop player2 favorite dia. Bagi gua Rambo dan Wilshere tak boleh nak digandingkan bersama dalam 4 1 4 1, sebab secara auto nya ia akan menolak Ozil ke bahagian wide, tak balance, lebih2 lagi DM yang kita harapkan jenis Arteta dan Flamini. Gua lebih suka 4 2 3 1 season lepas ketika Arteta dan rambo jadi CM, Cazorla belah kiri Theo belah kanan Ozil di tengah belakang Giroud. Maka dengan skuad yang sedia ada kita perlu berkorban, kalau sukar sangat korbankan antara Rambo atau Wilshere, korbankan sahaja Arteta yang ada tak ada sama sahaja( part ada sekali nampak dia switch off time lawan dortmund tu memang tak boleh maaf) dan biarkan semangat fighter Wilshere yang menjalankan tugas2 'kotor' main dari deep. Kemudian pairing dengan Rambo. Santi atau Rosicky atau Campbell letak kiri, Ozil di tengah belakang Welbeck/Podolski , Sementara ketiadaan Theo biarkan Alexis kongker kanan. Gua rasa itu mampu efektif sementara menunggu bulan Januari untuk membawa masuk seorang pure DM. dan cover defends. Oh ya dan cukup bagi muka pada sikap sambil lewa budak2 Szczesny, Beberapa kali misjudgment, kantoi nak gelecek striker nasib baik tak bolos, dan hanya 3 clean sheet dari 7 competitive game .Tiba masanya Wenger tegas siket, bagi peluang pada Ospina tunjuk kejantanan pengaruh Rene Higuita.

Sekarang kita diberitakan dengan kecederaan ankle Jack Wilshere pulak.Satu lagi tamparan setelah berita kehilangan Mat Debuchy yang entah berapa lama injured, Sementara itu difahamkan ada rumors Arsenal tengah intai free agents yang masih belum dapat kelab terutama di bahagian defensive, ini kerana walaupun bukan dalam transfer windows, free agent bebas di sign bila2 masa. Antara nama yang tenggelam timbul dalam rumors adalah bekas pemain Everton dan Norwich Joseph Yobo dan bekas pemain WBA Diego Lugano. Sabtu ni, tugas berat lawan Aston Villa yang dah collect 10 mata siap kalahkan Liverpool lagi baru2 ini di Anfield. 6 mata dari 12 bukanlah permulaan yang baik tapi kita harus kembali ke landasan secepat mungkin agar tidak ditinggalkan lebih jauh serta jika berhasrat bersaing sebagai peneraju liga sehingga May nanti.

Agi idup agi mengGunners!!


Selasa, 16 September 2014

Pre Match : Malam2 Eropah yang indah kini kembali! Arsenal vs Dortmund pembuka tirai kumpulan D



Game dengan tempo yang cukup laju dan mencabar bagi kedua2 pasukan tapi sayang sekali 2 gol yang cukup cantik dari MOTM Jack Wilshere dan jugak on form Alexis, terpaksa dipadamkan dengan kealpaan defending kita memaksa drop 2 points.  game of two halves. Kita bermula dengan cukup baik terutama dominasi 20 minit pertama, Danny Wellbeck melakukan debut dalam jersey Arsenal jugak hampir membuka jaringan tapi sayang memilih option untuk chip joe hart, bola sekadar mencium tiang, kalau masuk tu gegaran gegak gempita paling kurang gua jamin sampai manchester. Namun entah di mana silapnya,City mendahului melalui coutner attack menerusi Navas yang dibiarkan berpeleseran dengan masa dan ruang yang luas dan Flamini entah apa yang difikrkan membiarkan Aguero bodoh2 melepasi marker. Tan urgency, kita cuba create dan create namun final ball menghampakan,City nampak lebih untuk menambah gol daripada kita menyamakan kedudukan.

2nd half city buat pertukaran dan mereka memilih untuk lebih attack, memasukkan nasri ganti Lampard. Ini sekaligus memberi sedikit ruang lebih kepada midfield kita untuk bergerak walaubagaimanapun , pairing Fernandinho dan Milner jelas outstanding malam tu, menggagalkan, mengekang segala asakan yang kita cuba break melalui counter attack, memberzakan sesuatu yang Arsenal kurang, DM yang mantap. Kita pantang mengalah, terus mengasak dari bawah, KOscielny main high line, merampas sebelum sempat di counter oleh City, bola dapat keapda Wilshere yang membuat hantaran pendek kepada Alexis, Alexis spot Rambo yang tidak dikawal , Rambo pickup larian Wilshere dan Jack menyudahkan dengan penuh kelas!Game on. Comeback nampak complete 15 minti sebelum masa sebenar tamat, Alexis merembat volley bola yang ditanduk Jack kedalam kotak penalti, celebration memeng superb, mencanak2 adrenalin dibuatnya!



Namun macam biasa kita dikecewakan dengan cara kita defending, kali ini barah yan tidak ada penawar, set pieces. Dari dulu lagi, Apa guna zonal marking jika player2 lawan target man yang bagak2 dibiarkan dapat free header, ini satu persoalan yang belum dijawab walaupun Steve Bould mengambil alih dari Pat Rice,Mereka asyik  memberi alasan perkara itu diusahakan tapi diusahakan sampai bila, mana hasilnya?Ini cukup merisaukan. Satu lagi perkara yang benar2 membimbangkan adalah kita bakal kehilangan Debuchy , rumors mengatakan paling lama 2 hingga 3 bulan. Ini kegilaan kerana transfer windows baru sahaja tutup dan kita tak ada backup yang mencukupi, hanya Chambers dan Bellerin sekarang ini perlu diharapkan.Mendengar alasan Wenger mengatakan Monreal boleh main CB, ya semua orang boleh main CB letak Ospina pun boleh tapi apakah yang diletakkan itu mampu, berkaliber? Maka gua takut kedegilan Arsene Wenger memperkemaskan barisan pertahanan yang cukup susut ini akan kembali menghantui dengan jadual yang padat. Liga mungkin kita akan tertinggal jauh, UCL nak lepas group stage pun sukar . Penggantungan dan kecederaan adalah perkara yang sangat2 perlu dielakkan.


Game Sabtu lepas memang boleh jadi banyak ending, kita mungkin boleh kalah jika 2 peluang last2 minit yang diterma City terkena tiang sebaliknya masuk, tapi melihat kepada kita yang tengah lead, kita berada di pihak yang rugi.1 mata di belakang City, 6 mata di belakang pendahulu Chelsea tapi hanya 1 kemenangan sahaja daripada 4 game, tak impressive. Membimbangkan? Itu pasti.Kita memerlukan semua player untuk fokus, bukan sahaja mengaharapkan new signings sahaja cipta magic setiap game,tapi mereka yang cemerlang dan punya status kegemilangan lampau harus bermain mengikut standard. Ozil antara contoh yang meneroma kritikan tapi bagi gua lebih kepada main out of position. Kedegilan Wenger letak dia bahagian flank memberi kesan kepada corak permainan dia sekaligus konfiden level. Ada satu part di mana dia boleh drive through hari tu tapi kerana tak konfiden dan kelam bkabut, dia memilih untuk passing Debuchy dan peluang akhirnya dipersia2kan. Dikenali dan dilabel sebagai the best no10 in the world,  Letak dia di posisi asal, dia pasti kembali ke tahap terbaik. Gua rela bagi Santi yang tireless  masa lawan Besiktas beraksi di sebelah kiri daripada melihat Ozil lama2 jadi macam Arhsavin, itu gua mintak simpang. Gua percaya setiap player harus diberikan peluang dan ruang.Ozil akan kembali, jangan risau.

Dan awal pagi nanti, para pemain perlu berubah fokus ke UCL. Match pertama grouping kumpulan D ini kita bertandang ke Westfalenstadion, venue yang tidak asing lagi. Kali terakhir kita ke situ, Rambo menjadi penyelamat dengan gol tunggal kemenangan.Memberi kita tali hayat kerana grouping tahun lepas memang sengit gila habaq hang, bayangkan Napoli yang ada 12 point terpaksa disingkirkan walaupun jumlah mata yang sama dengan Arsenal dan Dortmund, jarang2 berlaku. Dan musim ini gua expect perkara sama boleh berlaku, Dotmund dah jadi macam lawan tradisi sejak kebelakangan ini, Galatasaray,semua orang tahu sejarah berdarah Piala UEFA 2000 antara Arsenal dan kelab Turkey itu, suatu match yang pasti ditunggu2 terutama layanan fan away nanti.Anderlecht akan menjadi pasukan pengacau. Itulah penting game pembuka tirai,kemenangan akan menaikkan konfiden level kita , sejauh mana sasaran kita dalam competition ini bergantung pada grouping ini.

Oh ya Wenger kata memang dah plan, Debuchy memang tak boleh main pun lawan Dortmund malam ni akibat penggantungan kad merah lawan Besiktas jadi tak de effect sangat. Sekarang effect long term yang perlu dipikirkan, sejauh mana result scan masih dirahsiakan. Gua suspect lepas match Dortmund baru Wenger nak beri perakuan, harap2 ada berita positif. Monreal tak travel ke Jerman. INi bermakna Gibbs akan kembali mengampil posisi LB. RB pula sama ada Chambers mahupun pemain muda 19 tahun yang dilhat berpotensi, Hector Bellerin.Dia cukup menyerlah waktu Emirates cup lawan Benfica.Gua harap dia mampu step up jika diberi kepercayaan mengisi kekosongan Debuchy. Gua bajet dengan jadual yang padat ni akan ada pertukaran, mungkin Rosicky akan bermain menentang bekas kelabnya.


----------------------Szczesny------------------
Chambers-----BFG-------Kos---------Gibbs
----------------Arteta----Jack------------------
------Rambo---Cazorla--------Rosicky--------
-------------------Alexis----------------------

Dortmund kembali ke landasan kemenangan musim ini apabila menang dua game berturut2 dalam Bundesliga.Awal2 dulu siap kalah , mungkin masih teras kehilangan Leondowski tapi kehadiran semula Kagawa yang 'balik kampung' dari Manchester menyuntik kreativiti pada pasukan Jurgen Klopp,Siap score baru2 ni dalam game liga. Pemain seperti Mkhitaryan jugak perlu diawasi oleh barisan pertahanan Arsenal.

245AM Borussia Dortmund 2 Arsenal 3

Agi idup agi mengGunners!!


Sabtu, 13 September 2014

Pre Match : Arsenal vs Manchester City


2 Minggu Internationaleleh yang suram kini kembali ceria dengan sambungnya BPL menceria,memanaskan hari2 minggu para penggila bola. Dan tak ada yang lebih exciting daripada kembali lepas break , layan big match, lawan title rival yang juga penyandang juara, Manchester City.Arsenal belum pernah kalah home game sejak kekalahan yang mengetuk tabung Arsenal, game pembuka lawan Aston Villa musim lepas. Untuk rekod juga kita masih kekal tanpa kalah musim ini, namun kurang bergaya, menang last minit lawan Crystal Palace, seri dengan Everton dan drop 2 point ketika menentang Leicester.Kita jugak berhempas pulas bertemu Besiktas namun tetap belum kalah.  Manchester City pulak menang lawan Newcastle, impressive lawan liverpool tapi dikejutkan dengan Stoke, kalah di laman sendiri. Maka takde perkara yang mustahil dalam bola sepak. Sepertimana result di atas padang, transfer jugak begitu.

#poldilegend

Pastinya perhatian dan mata tertumpu pada new signing Arsenal, budak dari Manchester Danny Welbeck yang masih 50-50 antara pengkritik dan pengkredit. Biarkan dia jawab dia tas pdang dan gua harap dia diberikan debut sebagai center forward membuktikan pada LVG dia tak seteruk yang disangka. Setelah lama menyepi Wenger akhirnya membuka mulut mengenai transfer barunya setelah  berbeza dengan komen terhadap signing lain yang dibuat sejurus selapas disahkan di Arsenal.com. Dia berbesar hati dan gembira serta mendedahkan target awalnya cuma loan sepanjang musim dengan option to buy tapi 16M dengan harga market sekarang, tak boleh nak argue lagi. Wenger jugak menceritakan kalau dia tak pergi Rome hari tu, Welbek takkan berada di sini. Ada media yang mengambil konteks macam dia tak restu, kalau dia stay di London hari tu dia akan tangguh  orang2 sekelilingnya meneruskan transfer tersebut tapi yang sebenarnya maksudnya, kalau dia tak bangun pagi semata2 nak pergi Vetican jumpe pope Francis dan melibatkan diri dengan perlawanan amal sempena keamanan antara agama, dia mungkin tak alert atau terlambat akan berita peluang mendapatkan Welbeck. Begitulah konteks yang difahami.Lastly Wenger bagi green light dan dia kata Danny ada potensi cuma sebab dah cukup striker di United peluangnya samar2 tapi di Arsenal dia berpeluang untuk step up mengisi kekosongan Giroud dan Arsenal boleh bantu dia memenuhi potensi.



Bukan dia seorang sahaja, mata jugak tertumpu pada Bacary Sagna yang dijangka akan pulang ke Arsenal tapi dalam jersi biru muda, yang kalau bini dia pakai tak se'garang ' bila mengenakan warna merah. New signing Arsenal , pengganti Sagna rakan dalam skuad kebangsaan, Debuchy jugak akan menjadi tumpuan untuk perbandingan antara Bac dan Deb. Alexis Sanchez diharap mampu meneruskan rekod jaringannya setelah memecah kebuntuan menentang Besiktas, kemudian buka akaun liga di Leicester, namun kalau dapat gol yang mengecewakan rakan senegaranya Manuel Pellegrini pasti lebih bermakna. Ospina sudah kembali dari kecederaan dan akan membuat kemunculan di bangku simpanan.  Berita skuad, Arteta, Gibbs, Ozil disahkan akan dapat beraksi malam ini.Cuma Rambo yang dijangka berpeluang tipis hanya akan ditest last minit nanti. Diaby dah dapat main 90 minit dalam U21 lawan Aston Villa, perkembangan menarik.Begitu jugak berita positif Theo yang bakal kembali ke full training dalam masa 3 minggu.

----------------Szczesny-----------------
Debuchy----BFG------Kos-----Gibbs
-------------Arteta--Jack----------------
------Alexis-----Ozil-------Cazorla---
------------------Welbeck--------------

City pulak akan hadir tanpa kelibat Jovetic dan new signing Fernando. Kehilangan khidmat Jovetic pasti satu tamparan setelah mereka melepaskan Negredo ke Valencia di hari deadline day.Namun masih ada Dzeko dan Aguero yang bakal mengkucar-kacirkan back 4 Arsenal begitu jugak dengan Silva serta budak jahat yang sangap nak skor lawan Arsenal siapa lagi kalau bukan Samir. Namun peluh lawan Wembley tak kering lagi hari tu, terkenang2 lagi belasah diorang 3-0 dalam Community Shield, Keyakinan kini di pihak kita. Cuma satu perkara yang dirisau ialah kita main awal, hari ni 7:45pm waktu temaptan.Season lepas game2 awal ni memang kita tak perform siap kene belasah memanjang. Masih musykil kenapa, mungkin sebab lambat panas? Tapi gua yakin malam ni kita boleh pintas City dalam table liga, Welbeck debut siap score.

7:45PM Arsenal 2 Manchester City 1

Agi idup agi mengGunners!!!


Sabtu, 6 September 2014

Welcome Welbeck!!

Deadline day

Pada PC pre match bertemu Leicester, satu soalan diajukan oleh media sama ada benarkah Arsenal dikaitkan dengan Danny Welbeck dan kita mendapat  straight answer terus dari Arsene Wenger "NO!". Semalaman gua tak tido mengikuti berita2 transfer deadline , menanti dari pagi siapa yang Arsenal akan bawa masuk. Masuk  tengah hari waktu Malaysia, kisah Falcao ke United memecah berita di deadline day, awal pagi di UK penyerang Monaco itu telah pun membuat keputusan untuk menyertai United secara pinjaman, suatu berita yang pastinya mengecewakan bagi fan2 City dan Arsenal serta mengejutkan bagi neutral yang mungkin tak sangka dan apa logiknya Falcao ke United ketika mereka dilihat lebih memerlukan posisi pertahanan untuk diperkuatkan-dan mereka jugak dapat Blind sebenarnya. Di satu sudut, umpama hilang klimaks deadline day kerana sudah tau awal2, Real Madrid, City dan Arsenal tidak dapat menandingi offer yang diberikan Ed Woodward kerana sepanjang hari2 terakhir itu nama penyerang Colombia itu bagai menjadi rebutan, at least dari satu sisi lain pula, kita tak lagi diberi harapan palsu. Adakah sebenarnya Arsenal ada usaha untuk mendapatkan Falcao, kalau ikut kata bapak dia memang ada tapi ikut cerita bekas player BPL yang kini jadi penganalisis dan pundit, Stan Collymore(antara awal yang mendedahkan berita Alexis dan Debuchy), Arsenal awal2 lagi tarik diri disebabkan tak mampu, ia hanya antara City dan United dan kita tahu apa kesudahannya. Out of range, full stop.



Maka tinggallah Arsenal terpinga2 yang kononnya akan sentiasa aktif gila2 di 1 September. Masuk malam waktu Malaysia, gambar Wenger di airpot tersebar dalam penerbangan ke Rome untuk melibatkan diri dalam satu perlawanan amal. Gua tak salahkan dia ,dia berhak ada di mana2 dan kerja2 negotiation pun bukan dia yang patut buat malah dia sentiasa update dengan orang2 disekelilingnya dan telefon bimbit.Namun ia pastinya memberikan imej dan persepsi yang boleh dipersoalkan, di saat2 akhir peluang untuk memperkuatkan pasukan engkau boleh pergi manage 'dream team' lain pulak, berpeleseran dengan Maradona padahal lebih elok pi buat pertemuan2 sulit macam jumpe Alexis ngorat dengan ayat2 manis siket ada gak paedahnya. Jam 10 malam lebih kurang, kita dikatikan dengan Ron Vlaar, wah ini berita defender ok laa untuk sekadar back up CB.Tapi sekadar rumors sajalah. Time ni jugak berita Iggy aka Ignasi Miquel nak buat medical kat Norwich dah tersebar. Dah berani jual defender mesti ada player baru ganti ni pikir gua positif. Perasaan time tu semangat. Dengan berita William Carvalho kejap on kejap off. Tengok team lain pun pasif jek, Spurs yang mulanya dikaitkan dengan Danny Welbeck dan kita dikaitkan dengan Ex Spuds Defoe. dalam hati memang What De Foe betul! Lepas tu senyap. Muncul berita Arsenal takkan sign siapa2 hari tersebut. Perasaan frust dan geram membuak2. Timeline penuh dengan berita Falcao yang tak sah2 lagi  entah berapa banyak medical.

Tunggu punya tunggu tiba2 macam ada sinar yang tak berapa nak terang di hujung terowong. Berita untuk fan Arsenal, kita join kejar signature Danny Welbeck! Pada mulanya secara jujur gua mengaku agak skeptical siket, Danny Effing Welbeck!? Wenger dan Gazidis ternyata bergurau gua rasa. Ini 1 September bukan 1 April. Apa lagi kena troll lah memanjang cerita tu.Kebanyakan dari team2 lain selain United dan Arsenal fan lain pulak yang melebih walaupun diakui ada jugak dari kem kita sendiri yang tak berpuas hati, gua sendiri pun pada mulanya. Ia nampak on bila Welbeck reject spurs dan ingin join kita, berita tu dah kuat dan gua memang suka bila ada orang reject spuds.Kah3. Sky Sport pagi2 buta waktu Malaysia dah melaporkan depan Emirates, Dany Welbeck akan menjalani medical dan persetujuan telahpun dicapai antara United dan Arsenal.Waktu tu perasaan bercampur baur.Tapi dekat kul 3 pagi macam gitu Arsenal nafi balik, belum lagi katanya , masa tinggal lagi 3 jam gitu je nak tamat tingkap perpindahan. Gua mengaku time Arsenal deny tu gua macam ada jahat siket lega, bukan apa sebab ada hantu mana entah pagi2 buta pergi keluarkan rumors Arsenal dah trigger release clause Huntelaar padahal scam. Persetujuan tak dapat dicapai sebab Welbeck taknak jadi kambing hitam embekk embekk sekadar player pinjaman, dia mau masa depannya firm, dia menuntut permanent deal. Dan bagi United harga homegrown, serta international player yang masih berpotensi mana boleh nak murah2.Bagi Arsenal pulak adakah perlu untuk permanent deal kerana pada awalnya kita hanya merancang untuk short term sementara Giroud dan Theo injured. Satu keputusan besar harus dibuat pada masa itu, dan Wenger ada last say.  Time 4 pagi tu hanya nama Welbeck seorang sahaja, tiada CB, tiada DM , posisi yang lebih kita dambakan dari awal lagi. Ryo Miyaichi dah dipinjamkan ke Twente, Ignasi Miquel sah telah pindah ke Norwich, Arsenal masih tak ada siapa2. Kaget, kegilaan apakah ini?!Time nilah baru Falcao nak sampai dari kapal terbangnya lah medical lagilah, baru hidup kembali cerita Arsenal-Welbeck. Logiknya di situ, United sah dapat Falcao baru mereka lepaskan Danny ke Arsenal. It's on! Arsenal dikatakan setuju membayar 16M pembelian terus Daniel Nii Tackie MensahWelbeck untuk membawanya ke Emirates. Welbeck yang sudah kebetulan berada di London untuk bersama2 skuad England bagi persiapan internationaleleh terus melakukan medical. Terlalu lewat, last minit.Jam 6 berlalu tapi selamat, Arsenal terpaksa meminta extend masa untuk memproses kertas2 kerja pendaftaran dan perpindahan. Lebih kurang Jam 7-8 pagi waktu Malaysia Arsenal.com mengesahkan Danny Welbeck hanyalah satu2nya player yang dibawa masuk di transfer deadline day.



Adakah gua berpuas hati dengan summer transfer. Perlu diakui di sini, striker tak termasuk dalam perancangan awal kerana kita telah pun membawa masuk Alexis, cuma kecederaan Giroud memberi tamparan maka melihatkan Sanogo dan Campbell yang masih belum dilihat bersedia sepenuhnya, kemasukan pemain seperti Welbeck ada logiknya dan dengan harga serta statusnya, ia boleh dikatakan berpatutan, berbaloi? Welbeck ada jawapannya, Namun gua agak terkilan kerana kita masuk meneruskan season tanpa quantity depth di bahagian defend. Kerana setelah menjual Vermaelen dan Miquel, gua memang syak dan konfiden Wenger akan bawak masuk versatile player yang boleh cover back 4 tapi tak kesampaian. Begitu jugak bahagian DM, Adalah macam sukar tapi tak mustahil untuk menghadapi sepanjang musim dengan pelbagai kejohanan dengan Arteta dan Flamini di bahagian tengah. Umpama suicide. Gua tak tahu sejauh mana rumors Carvalho sama ada kita benar2 push atau tidak tapi segalanya telah berlalu menjadi sejarah.Kita harus move on dan berdiri di belakang team, kita memerlukan mereka beraksi dengan baik, mereka memerlukan sokongan terbaik.COYG!



Welcome Danny Boy!!! 

Perihal kes Danny Welbeck. Sama macam RVP dulu dalam jersi United agak janggal menyaksikan pemain berusia 23 tahun ini dalam jersi Arsenal.Tapi lama kelamaan nampak serasi. Melihat 1st video interviewnya yang menceritakan bagaimana dia 'bermimpi' bermain dalam team yang bercorakkan gaya permainan seperti Arsenal, menggunakan ganti nama 'we' seperti dalam ayat "last year we got the FA Cup",kematangannya dalam menjawab aspek2 teknikal corak pemainannya,kesediaannya berhijrah walau sejak kecil lagi menjadi homeground player United, idolanya Thierry Henry, dan peluang bekerjasama dengan English core di Arsenal, dirinya dilihat seperti dah jadi Gunners semulajadi.Tiada kekok.



Mungkin ramai fan2 Arsenal yang masih meragui akan transfer bisnes ini sepertimana gua pada awalnya tapi gua nasihatkan di sini at least bagi peluang dulu. Bukan apa ini kerana rata2 fan United sendiri kebanyakan agak berduka dalam tawa, kerana di hari mereka mendapat Falcao secara pinjaman dengan bayaran melampau, mereka telah melepaskan seorang player homeground berpotensi besar yang sepatutnya menyambung legasi United yang terkenal dengan build up team from stcatch umpama class of 92.Kini dengan corak strategi transfer baru mereka bawah LVG, ada kalangan penyokong mereka yang merasakan Manchester United telah pun menjual jiwa kelab dan kini tiada lagi beza antara mereka dengan jirannya City mahupun Chelsea yang mudah membeli menang memakai. Dan perkara ini diakui sendiri oleh Blogger terkenal mereka yang rated tinggi Danny Welbeck sebelum dan mahupun selepas dia sah dijual ke title rival mereka sendiri Arsenal.

Welbeck bukanlah Henry, Bergkamp, ataupun seperti nama2 penyerang berbisa atau complete striker. Dia masih memerlukan masa untuk digilap dan pada ketika umurnya 23 tahun, lebih 100 penampilan dalam BPL bersama United dan Sunderland kemudian lebih 20 cap bersama England dia boleh dikatakan antara pemain berpengalaman yang available ketika ini. Jadi tidak hairan Arsene tanpa sempat berpikir panjang mengikat Danny dalam kontrak jangka masa panjang difahamkan 5 tahun lebih syok lagi merampas dari sempat diusik oleh Spuds. Begitu jugak bagi Danny sendiri, berada di persimpangan career bersama kelab yang disayangi sejak kecil, tapi akhirnya dibatasi dengan kemasukan2 anasir luar seperti RVP dan kali ini Falcao, Welbeck harus memilih jalan yang tepat untuk kerjayanya dan bilamana tawaran Arsenal datang, dia menyambarnya. PIlihannya tepat di masa yang tepat. Memang Welbeck pilihan keempat striker kalau di United dan fan Arsenal pastinya tertanya2 bagaimana Arsenal boleh settle dengan seorang United's 'reject' untuk lead the line. Kadang kala kritikan yang diterima oleh Welbeck agak over namun pada usianya, dalam sejarah bola sepak moden jugak player2 yang establish  sekarang ni pun masih struggle mencipta nama. Jadi bukanlah gua nak backup kaw2 sebab dia masih belum menyepak bola untuk Arsenal lagi macam2 boleh jadi. Di sini, sama ada dia boleh emulate Sturridge yang meletup setelah blah dari Chelsea atau jadi flop seperti ..anda namakan sendiri terlalu ramai. Gua ambil dari artikel yang gua link kan tadi, daripada 25 penampilan liga musim lepas, Welbeck score 9 gol dengan ratio 0.36 gol per appearance .Tolak penalti hanya 3 player yang mempunyai lebih goal per minit ratio dari Danny.


Maka di sini potensi tu memang ada.Cuma tinggal nak digilap nak diasah lagi dan tak ada sifu lain yang lebih layak dan lebih patut dilihat sekarang ini selain bawah Arsene Wenger. Welbeck boleh bermain di flank, ada pace, ada stamina dan mobile, sesuatu yang dioffer berbeza dengan Giroud.Superb atlet dengan enjin yang tahan lama kata sesetengah pemerhati. Berbeza ketika dia main di flank semasa terpaksa jadi pak turut kepada Rooney kemudian RVP, dia score sebijik dari 12 penampilan di posisi tersebut tapi bila main upfront dalam 13 penampilan dia score 8 gol. Nampak efficient. Player yang sering dijadikan ukuran dari flank ke main striker tak lain tak bukan King Henry kita ,bukanlah gua mau compare kedua player tersebut tapi melalui statistik, dia ada potensi dan boleh diyakini. Corak dan gaya permainannya serta skill teknikal kelihatan macam sesuai untuk link up play bersama Arsenal. Dia adalah jenis player yang boleh main tap2,flick, one two dan jugak boleh membuat larian2 off the ball serta behind defenders dengan baik.

Mobilitynya mampu memaksa pertahanan lawan sentiasa buat kerja lebih dan terpaksa memerhatikan gerakannya membolehkan opposition terikat, ini memberi ruang kepada player2 dengan krativiti seperti Ozil, Sanchez dan Alexis lebih masa dan ruang untuk mencipta peluang. Oppositon akan lebih deep dengan striker yang laju dan suka merayau ke sana ke sini, memberi ruang pada Arteta dan Flamini menarik nafas.  Dari segi defending, dia player yang bekerja keras untuk pasukan, boleh dikatakan sebab selalu dipaksa beraksi di flank, kerje2 untuk trackback dan sekat overlap ni memang dia dah biasa,dengan enjin dan stamina muda yang dia ada ia adalah satu bonus.Bila beraksi di bahagian atas, falsafahnya attacking is the best form of defence.Cuma bab finishing, masih banyak perlu diperbaiki. Jangan risau, di Arsenal dengan player2 macam Ozil, Rambo, Wilshere, Cazorla, Alexis, Rosicky peluang2 tu akan datang berduyun2, tinggal nak disudahkan sahaja, at least buat masa ini Danny dapat bagi Sanogo rehat minda bermusahabah diri. Satu lagi perkara yang menariknya tentang signing ini adalah kemasukan Danny memperkuatkan lagi English atau boleh gua kata British core (boleh kira Ramsey sekali) suatu yang dilihat telah lama sepi dari Arsenal. Kini dengan adanya Danny, ia boleh mencipta persefahaman yang mantap berkolaborasi dengan player2 England sedia ada seperti Jack, Chambers, Gibbs Theo, Chamberlain , sesuatu yang sihat bagi masa depan bola sepak England.Pendek kata, Welbeck masuk2 dah boleh settle down, berada di home of football.



Gua tulis artikel ni pun bukan sebab nak puji sangat signing baru kita ni, cuma gua nak kongsi keyakinan pada rakan2 fan yang masih ada sedikit ragu2.Gua pun macam anda sekalian jugak, selagi Welbeck masih belum beraksi atas padang bersama Arsenal kita susah nak judge dia tapi gua berpegang kepada setiap player harus diberikan peluang masing2. Mungkin sebab statusnya selaku pilihan keempat di kelab rival membuatkan kita kelihatan seperti bahan lawak dalam transfer ini tapi percayalah, kalau ia menjadi, kita yang dilihat winning side daripada deal ini, sesuatu yang pastinya tak ingin dihadap oleh fan2 lawan.Tapi jika ia tak berjaya, kita move on seperti biasa, bukan pertama kali kita gamble dan hasilnya tak memberangsangkan.Maka dengan itu kita perlu berdiri di belakang pasukan terutamanya Danny, biar dia rasa welcome di atas dan di luar padang. Berilah peluang pada dia menjawab di atas padang, tak ada game lebih mencabar lagi untuk debutnya selain dari bertemu City.Ini akan menguji karektar dan memberi gambaran serba sedikit apa yang boleh disumbangkan Danny kepada kita. Musim yang panjang, game yang padat dan penuh mencabar, setiap seorang dari jiwa player terutama striker kita, Sanogo,Campbell, Podolski dan Danny di samping Alexis harus step up dan sharp.Kita memerlukan meriam yang bukan sahaja hebat berdentum tapi juga menembak tepat ke sasaran sepanjang musim.

Agi idup agi mengGunners!!


Isnin, 1 September 2014

Post Match : 1-1 Deadlock memaksa kerja lebih di Deadline Day




 " Sign a F***ing stiker!!!"

Itulah luahan dan keluhan para away fan yang kecewa dan letih melihat aksi lemau Sanogo lead the line malam tadi mengisi kekosongan Giroud. Alexis Sanchez membuka akaun jaringan BPLnya menyambung form baik dari UCL Rabu lalu. Tapi kecederaan kepala Koscielny(yang kemudian sub dengan Chambers) membataskan sedikit permainan atau mungkin pemandangannya apabila dia tak mampu menghalang Ulloa aka Jehan Miskin menanduk masuk gol penyamaan Leicester City dalam masa 3 minit sahaja selepas gol Alexis. Arseal terkedu. Game dengan tempo yang laju dari kedua2 pasukan, Arsenal lebih mendominasi dan create chances, tapi kita jugak terselamat apabila beberapa peluang terhidang lawan gagal disudahkan. Pendek kata game malam tadi boleh kalah, boleh menang tapi kita sebagai Arsenal mau tak mau kena mengaku, itu 2 points drop bukannya 1 point gained. Tiada alasan sebenarnya untuk menyalahkan game tension sewaktu bertemu Besiktas, ya memang benar pemain mengeluarkan sehabis kudrat tapi perkara itu memang terpaksa dilalui oleh Arsenal sebagai sebuah kelab yang all out untuk semua kejohanan, patutnya dah lama bersedia paling kurang pun dari segi squad depth. Ini masuk transfer deadline day pun masih belum dapat DM, backup CB. Poldi dan Chambers dimasukkan tapi tak memberi impak, dan Ozil kelihatan seperti tak interested, adakah kerana di depannya Sanogo? itu kita tak tahu.


Yang gua tahu tinggal lagi berapa jam lagi tertutup sudah tingkap perpindahan , di mana Arsene Wenger memberi jaminan Arsenal akan secara aktifnya terlibat dan akan ada tindakan bila terasa ada peluang, menambah kualiti dari yang kita sedia ada-itu katanya. Jadi gua yakin, with due respect to Sanogo, Campbell, masih ada ramai lagi watak2 yang lebih berkelayakan di luar sana bagi mengisi kekosongan Giroud. Abaikan dulu Walcott yang belum pasti boleh kebali beraksi full power, Sanchez memerlukan partner di bahagian atas, target man yang boleh sudahkan peluang, tak payah tunggu 20 chances untuk dapat 1 gol.Semalam kita ada 24 shot, 6 sahaja on target. Masuk 1 itupun gol terbuka. Di bahagian bawah pulak, defending kita kena ada perisai depan back 4. Semalam kalau lawan big rival gua boleh jangka situasi macam bertemu Chelsea, City dan Liverpool musim lepas boleh berulang kembali. Chambers masih dalam learning curve, jangan terlalu memaksa. Di luar sana ada lagi better dari Flamini mahupun Arteta, kita perlukan kereta kebal. Kita perlu sort out cara kita defending set pieces dan handle counter attack lawan, nampak benar kelam kabut.

Lepas Internationaleleh 2 minggu, kita akan kembali ke BPL dan lawan City. Kemudian Nak tunggu sampai ke Januari at least dah habis Group stage UCL jadi penting tak penting lah signing2 quality dan quantity depth ini lu pikirlah sendiri Wenger. Semua , gua maksudkan semua, fan, pengkritik, pengulas, pembenci, semuanya tahu bahagian mana yang Arsenal perlukan cuma kedegilan Wenger sahaja menjadi stumbling block sekarang ini ke arah satu skuad yang mampu bersaing kekal konsisten hingga ke pengakhiran bulan May 2015. Kalau dia kata transfer ni main poker, gua pun boleh kata macam main dam haji, kalau lu sengaja tak makan , lu mati!

P/S: Ikuti transferdeadline bersama twitter @Arsenalaysia_of untuk rumors2 terbaru dan gosip terhangat.

Agi idup agi mengGunners!