Sabtu, 20 Disember 2014

Post-Newcastle dan undian Champions League



Minggu sudah Tenang2 sahaja kita mengalahkan Newcastle, Santi Cazorla2 bijik , Giroud 2 bijik, Alexis Sanchez assist 2 bijik dan jugak persembahan cemerlang dan mengujakan dari bek kanan Bellerin ketika Debucy rileks tanpa banyak dicabar rakan2 lama main CB pertama kali dalam competitive match. CUma kita masih lagi bolos dari set piece, saka yang begitu kuat ditinggalkan entah berapa generasi walaupun steve Bould dah dalam skuad bagi tunjuk ajar,masih lagi perkara ini berlarutan menjadi barah. Selainnya, semuanya ok,3 mata lagi bagi memastikan kita tidak tertinggal jauh dari kelompok atasan. Southampton yang kelihatan dalam form merudum boleh dikejar begitu jugak west ham di tangga keempat, hanya menunggu masa untuk dipintas. Esok kita akan bertemu Liverpool, itu yang perlu diberi perhatian kerana status 'big game' nya setiap kali Arsenal bertandang ke Anfield. Masih segar lagi dalam ingatan kita dimalukan musim lepas. Mungkin kita masih dihantui banyak kecederaan sekarang tapi melihat pada form tuan rumah, kita mampu membawa pulang sesuatu.


Undian Champions league jugak membuatkan comeback Anderlecth di Emirates itu satu blessing in disguise apabila kita sebagai naib juara kumpulan diundi bertemu dengan pasukan yang 50-50 chance jika bertemu kita, bukanlah nak merendahkan martabat Monaco dengan izin, tapi bertemu bekas kelab yang pernah dilatih Arsene Wenger itu suatu relief di atas kertas terutama buat fan2 Arsenal yang telah merasai ditendang keluar oleh pasukan2 gergasi seperti Barca Milan dan Bayern sejak 2010 sama ada di last 16 atau suku akhir. Bukan lah gua kata kita kompom menang lawan Monaco,finalis 03/04 ni dah dihidupkan semula dengan suntikan kewangan yang dasyat maka mereka mampu bersaing di peringkat tertinggi. Rileks saja mereka jual James Rodriguez, bagi loan Falcao, tapi mereka masih punyai skuad yang mantap untuk muncul juara kumpulan. Ini jugak bukan pertemuan pertama, perlu diingat baru2 ini di Emirates Cup kita tewas kepada Monaco dengan satu 0 hasil jaringan Falcao. Tapi sekurang2nya  ada sesuatu yang istimewa dan sentimental buat Arsene Wenger dalam melayan malam2 Eropah yang indah...





0 ulasan: