Sabtu, 20 Disember 2014

Thierry Henry (1994-2014)


Setelah 20 tahun berjuang memerah keringat di atas padang, Thierry Daniel Henry memilih untuk meletakkan noktah  dalam apa yang boleh dikatakan sebagai kerjaya yang cukup gemilang dan penuh warna warni. Namakan piala2 kejohanan  utama dalam dunia bola sepak, boleh kata hampir semua big prize telah dimenanginya, satu rekod yang bukan senang nak dicapai oleh seorang player profesional di zaman modern football ini.Piala Dunia, Euro, Liga juara2, Super Cup, kelab dunia,liga Perancis,Liga Spanyol, Liga Inggeris serta FA Cup, ksemuanya pernah dijulang. Perjalanan kerjayanya bermula di Monaco, kemudian zaman 'gelap' di Juventus,, dia kemudian bangkit di Arsenal dan mencipta legasi di sini, tidak lagi melihat ke belakang selepas itu, berhijrah ke Barcelona satu keputusan yang begitu sukar dibuat mengundang air mata dan kemudian menjadi sebahagian daripada sejarah evolusi bola sepak Amerika. Itulah Thierry Henry, begitu jauh merantau , beberapa pit stop tapi akan sentiasa dikenang sebagai lagenda di Arsenal.


Dibawa masuk oleh Arsene Wenger ke Arsenal dari Monaco dengan yuran perpindahan dianggarkan sebanyak 11 juta, kita masih mampu melihat dan mengingati bagaimana Henry ditransformasi dengan padu dari seorang winger kepada penjaring gol terkemuka. Beraksi 377 penampilan dalam jersi Arsenal . Dengan Rekod 228 gol di Arsenal sebagai penjaring gol terbanyak kelab setakat ini, Henry meninggalkan satu rekod yang memaksa kerja keras atau memberi inspirasi buat pemain2 sedia ada untuk mematahkannya. Bukan calang2 individu boleh lakukan perkara hebat macam itu. Professionalisme di atas dan di luar padang jugak menjadi kunci kejayaan serta sikap down to earth, humble yang dimiliki menjadi punca mengapa dia masih dihormati dan disegani oleh rakan dan lawan hingga ke hari ini. Hari di mana rekod Henry itu mampu dipecahkan gua secara peribadi yakin zaman itu, Arsenal akan kembali ke era kebangkitan dan  kejayaan kerana hanya pemain2 berstatus istimewa dan terpilih sahaja mampu melakukannya demi kelab tercinta.

Henry memilih untuk menggantung bootnya tapi tidak sepenuhnya meninggalkan sukan yang dicintainya itu kerana dia masih ingin berbakti dengan alternatif lain iaitu berkongsi dan menyumbangkan pendapatnya melalu analisis dari kaca mata dan pengalamannya sebagai seorang pemain bola professional , sebagai pundit di station TV Sky Sports.



Dia mungkin tidak lagi menyepak bola secara competitive week  in week out, namun gua secara peribadi amat rasa beruntung dan bertuah kerana dapat hidup menyaksikan kelibat, kebolehan dan skillnya di era kegemilangan Arsenal. Siapa yang boleh melupakan volleynya di Old Trafford,larian dan gol solonya menentang Liverpool,Spuds dan paling superb di celah2 Galacticos Bernebau, comeback menggilanya menentang Leeds, goal2 supebnya lawan Sparta Prague, Charlton, hattricknya di San Siro, kegolojohannya meratah Spuds dan rekod tak pernah kalah pada Spuds sepanjang kerjayanya dan banyak lagi kenangan2 indah , magis dan mendadakkan adrenalin, meremangkan bulu roma dan  kadangkala mampu melinangkan air mata. Merci Thierry Henry, kebiasaannya memang mereka akan berkata bersoraklah untuk lambang yang berada di hadapan jersi, bukan nama dan nombor di belakang tapi untuk kes lejen seorang ni boleh bagi pengecualian. Tahniah, terima kasih dan kredit buat ahli sukan yang cukup komited, jujur dan profesional. Semoga suatu hari nanti dia akan dapat berbakti kembali dalam role yang berbeza ke pangkuan asalanya, Home of Football , di mana Henry di'Besarkan'.

Agi idup agi mengGunners!!!!!



0 ulasan: