Rabu, 31 Mac 2010

Pre Match : Arselona : Part 1

"There are similarities there in the way we play and the way we educate young players and the way we rely on young players and in the sense of belonging to the Club.I believe that we want the players to have that because it is an important part in the way we see football and I believe Barcelona has that as well.", Arsene Wenger tentang persamaan Arsenal dan Barcelona.


Aku kehilangan perkataan yang extravaganza mahupun da Bom untuk mentafsirkan perlawanan malam ini tapi aku yakin seluruh peminat bola sepak dunia , baik dari Arsenal, Barcelona, neutral, ataupun pencinta bola sepak sendiri, kita semua sedia maklum prospek yang telah dijanjikan dalam perlawanan sebesar ini.Awal pagi nanti bukan hanya pertarungan, bukan hanya persaingan untuk merebut tempat ke separuh akhir, tapi jugak satu persembahan seni bola sepak daripada 2 pasukan yang selama ini dicanang2 sebagai pasukan yang memperagakan corak permaianan yang cantik, menarik dan majistik.(kadangkala boleh sampai ke tahap mistik melihat gol2 pelik yang dilepaskan oleh Arsenal).



Mengimbau semula pertemuan terakhir antara kedua2 pasukan adalah final 2006 yang masih lagi traumatik buat Wenger.Mungkin juga bagi Campbell, Almunia, Fabregas, Eboue yang terlibat di atas padang ketika itu. Watak penting malam itu adalah Lehmann yang yang dibuang padang hanya selepas 18 init aksi, malah menjadi orang pertama yang dikenakan kad merah dalam final. Kini diberitakan Lehmann akan menggantung gloves nya di akhir musim ini.Selamat tinggal dan terima kasih Lehmann. Malam itu adalah malam yang cukup mengecewakan bagi Wenger yang semakin hampir menamatkan badi dalam kejuaraan Eropah tapi sebaik Eto'o dan Belleti (keduanya dah meningalkan Barca) menjaringkan gol dalam tempoh 13 minit, ia hanya menambah parah di memori Wenger yang turut kecewa dalam final UEFA dan Cup Winners Cup setelah rekod cemerlang dalam persaingan dometik bersama Arsenal dan Monaco.



Itulah sebabnya Wenger yang kini telah berusia 60 begitu kepingin dan sangap untuk mengucup piala di kejohanan Eropah kerana dia tahu dia bukannya semakin muda.Menariknya, ketika cakap2 sembang2 teh tarik mengenai kemungkinan besar Wenger tidak lagi menyambung kontraknya yang tamat 2011, nama Pep Guardiola muncul sebagai calon yang bakal mewarisi 'pasukan masa depan' yang ditinngalkan Wenger untuk Arsenal. Guardiola yang jugak hanya menyambung kontrak sehingga akhir musim depan menjadi bahan pujian Wenger yang mengagumi bakat besar pengurus muda itu.Menang kesemuanya dalam 2 musim, itulah sebabnya Guardiola diangkat sebagai the special one sebenar.Mereka boleh kata masakan tidak Pep mampu melakukannya dengan barisan2 bintang seperti Messi, Henry, Eto'o (musim lepas),Zlatan, Xavi, Iniesta, Puyol, Pedro, Bojan Pique dan ramai lagi tapi adakah anda lihat pasukan2 lain yang dibarisi gelaktikus mampu mencapai apa yang dinikmati Guardiola? Tidak ini kerana, sistem perlantikan pengurus yang bercelaru, menukar2 pengurus saban musim hanya kerana tak dapat capai maksimum apa yang mereka mahu, dan tidak langsung memberi keyakinan dan kepercayaan kepada seseorang pengurus untuk membina pasukan.Bagaimanapun Wenger atau Guardiola sendiri bernasib baik kerena majikan mereka memahami apa yang mereka cuba lakukan malah Guardiola sendiri merupakan lagenda pemain Barcelona dan arif benar akan sistem yang diamalkan jadi tiada masalah besar untuk dia mengembangkan DNA Barcelona ke dalam naluri setiap pemainnya, Bila bercakap tentang DNA, tidak boleh terlepas unuk memperkatakan tentang kapten Fabtastic Fabregas. Setiap musim pasti ada sahaja cerita2 nakal mengenai kepulangan Fabregas ke kampung halaman dan jawapannya, "Mak, Fabby tak cukup puas untuk bersukaria di kotaraya London mak, biarlah Fabby betul2 muak- sepertimana Arshavin muak dengan cukai tinggi dan pemandu perempuan- baru Fabby terpikir untuk pulang itupun Fabby cukup sayang dengan kehidupan di London ni mak.Biarpun DNA Barcelona tak pernah hilang mak, tapi anggota deria Fabby semunya bagai terlekat dengan corak kehidupan di London, mak.Restuilah perjuangan anakmu"



Namun malam ini bukan mengenai hubungan rapat Fabregas bersama Barcelona, Lagenda Gunners Henry pulang ke Arsenal, Messi pemain terbaik dunia, Mael berjumpa bekas rakan sepasukannya dulu di Ajax Zlatan, ada isu lain yang lebih penting iaitu bola sepak itu sendiri.Ia adalah pertembungan antara Messi vs Mael, Arshavin vs Puyol. Henry vs Gallas, Fabregas(40 %) vs Xavi, Abidal vs Sagna, Clichy vs Alves, Song vs Toure,. Tanpa Iniesta yang diketepikan untuk 1st leg ini, Arsenal masih perlu risaukan ramai lagi yang boleh step up menggantikan posisinya.Tapi bagi Verminator, Arsenal tidak boleh terlalu menghormati atau  memikirkan tentang class seseorang individu lawan, jangan fokus pada seseorang Messi sahaja tapi yang penting adalah memberi tumpuan terhadap gaya permainan sendiri dan main relax seperti biasa. Arsenal pulak masih samar2 akan peluang Fabregas untuk beraksi dengan Wenger hanya meletakkan 40% peluang semalam. Ujian akan dijalankan malam nanti dan ketika itu baru dapat diketahui kedudukan sebenar talis man yang sangat2 penting dalam match seperti ini.Melihat Arsenal vs Barcelona tanpa Fabregas beraksi sama seperti meminum teh tarik tanpa tarikan.



Sambil itu Arsenal mendapat boost dengan kepulangan William Gallas dari kecederaan.Sepeninggalannya Sol Campbell , Silvestre dan Song mengisi kekosongan dengan cukup baik walaupun ada la sekelumit dua yang mengarut. Gallas sebelum injured mempunyai satu persembahan yang terpuji musim ini.Dengan kehadirannya di sebelah Mael Kerbau, pastinya dapat memantapkan persefahaman di barisan pertahanan lebih2 lagi ketika Gallas beraksi, Almunia seaakan2 muka cuak untuk memandang 'wajah tak pernah puas hati' Gallas.Ini memberikan  kelebihan agar penjaga gol yang tidak konsisten itu agar lebih berwaspada daripada melakukan rutinnya lagi.Lagipun walaupun belum diketahui sama ada siapa akan digandingkan dengan Mael yang dapat  berehat 2 minggu, Wenger berura2 untuk memberi peluang rehat kepada Campbell.Ini bermakna Song yang bermain di posisi CB Sabtu lepas dapat kembali ke posisi terbaiknya, Kita tahu Barca sebelum ini menggunakan jugak formasi 4-3-3 begitu jugak Arsenal.Wenger dalam press conference mengatakan tak ada sebab untuk dia menukar corak permainan biasa Arsenal semata2 bertemu Barca.Tiada istilah lawan istimewa buat Wenger kerana semua dianggap sama saja.Jika anda bertandang ke Emirates , anda perlu bersiap sedia untuk menerima 'the Arsenal way' yang kini coraknya di claim lebih kurang sama dengan Barca.


Henry taknak main? itu dipetik daripada interview dulu, tapi aku yakin Henry cukup profesional.Aku menghormati pandangan King Henry dan menghargai apa jua sumbangan besarnya sebagai lagenda di Arsenal.Tapi untuk malam ini, Henry adalah pemain Barcelona yang berdarah Arsenal, jadi sebagai seorang manusia istimewa, Henry pastinya akan memberikan persembahan terbaiknya malam nanti buat 'menghiburkan' para penyokong yang merindui aksi beliau di Highbury atau Emirates.Dia akan mendapat layanan baik sepertimana Viera bertandang ke Highbury dalam musim pertama perpindahannya ke Juve begitu jugak aku mengharapkan result yang sama berulang. Sagna Clichy, Gallas serta Mael pastinya tidak akan melepaskan Henry marayau2 mahupun bersiar2 di persekitaran padang.Aku rasa Song sendiri pun takkan membiarkan Henry melintas garisan kawalannya.



Andai kata Fabregas gagal untuk melepasi kecergasan, kita masih ada Diaby dan Nasri yang boleh diharapkan.Diaby dengan persembahan musim ini yang semakin konsisten manakala Nasri sedang atas api(on fire) melalui gol2 luar imiginasi vs Porto dan Brummie.Seorang lagi star men malam ni adalah pemain yang sebelum ke Arsenal, begitu berhajat sangat untuk menyarung jersei Barcelona cuma tak kesampaian kerana tidak dipandang.Arsenal lebih meinginkannya, dia  rasa lebih terpanggil oleh Wenger, jadi memilih Arsenal.Anda mungkin boleh berkata jiwa raganya tak sepenuh hati di Arsenal tapi bagi aku Andrei Arshavin jugak seorang yang cukup profesional dan hanya suka menyepak bola daripada memikirkan perkara2 remeh dan sentimental value nih.Mungkin terlalu jujur, atau terlebih outspoken adalah ciri semulajadi yang ada pada the little Russian.Tidak kiralah walau  tidak dapat bermain dalam Barcelona tapi dia cukup bersemangat untuk beraksi menentang Barcelona, itulah sebabnya dia memilih untuk bersama2 Arsenal, bukan dia saja tapi semua player yang memilih bersama Arsenal inginkan peluang2 macam ni, bermain big match yang etnah bila boleh dirasai.Sebolehnya aku beraharap agar dia bukan sekadar pop up di match2 besar seperti yang sering dilakukannya, tapi kita mahukan lebih lagi dari Arshavin.Mungkin kerana beban yang terpaksa dipikulnya akibat ketiadaan starman RVP menyebabkan dia nampak agak keletihan fizikal dan mental musim ini.


Di barisan serangan , Arsenal tidaklah begitu menyengat berbanding Barcelona yang dibarisi pemain terbaik dunia Messi , Zlatan dan Henry.Mereka juga mempunyai pelapis yang berwibawa dalam Pedro dan Borjan. Arsenal tanpa RVP trepaksa mengharapkan Bendi, Eduardo yang tak mencapai ke'dudu'annya, dan Walcott yang pasang surut, sekejap macam kilat sekejap lagi mendung tak konfiden hujan ke tak hujan.Itulah perbezaan barisan serangan Arsenal tapi yang menariknya mereka bekerja sebagai satu unit malah penjaring terbanyak dalam kempen Arsenal musim ini datang dari pemain tengah talis man kita iaitu Fabregas dengan 18 diikuti Arshavin 11 dan Bendi 9.Mael defender pun dah menjaringkan 8 gol. Itu serba sedikit mencerminkan dari mana sumber2 gol Arsenal datang kepada para mereka yang pelik melihat statistik jaringan Arsenal dan inginkan sisastan oleh pegawai SPRM.

Sudah terlalu tepu dan sebenarnya aku tidak boleh tunggu lama lagi tidak sabar untuk menyaksikannya awal pagi nanti.Inilah mungkin barisan yang akan diturunkan Wenger awal pagi nanti:

---------------------Almunia--------------------
Sagna---------Gallas-------Mael---------Clichy
--------------------Song-----------------------
----------Fabregas-------Diaby---------------
-----Nasri---------Bendi------Arshavin----------

Sub Dudu, Rosicky, Eboue/Walcott

Minggu sudah aku mengatakan jauh di sudut hati , lebih terbuka peluang untuk memenangi kejuaraan liga daripada bertanding dalam kalah mati yang apa2 boleh terjadi dengan peraturan away goal yang cukup memberi kesan psikologi.Jadi awal pagi nanti, tiada apa yang hendak dirisaukan, kerana kita adalah under dog, bertemu dengan World ,European champion. Jadi tidak ada apa yang hendak disegankan.Jika ditakdirkan Arsenal tersungkur, biarlah dengan cara terhormat dan jika tewas kepada Barcelona di peringkat ini ia lebih boleh diterima jika pemain kita semua all out memberikan yang terbaik daripada tewas di peringkat yang seterusnya dengan pasukan yang entah apa2.Bukanlah mengangkat bendera putih tetapi, daripada sudut perspektif, ini adalah match yang ditunggu2 dalam bola sepak, Barcelona vs Arsenal, bila lagi boleh dapat match macam ini, ini umpama final cuma tanpa piala.Siapa yang tidak mahu melihat pasukan mereka memenangi match2 seperti ini terutama di gelanggang sendiri.Jadi aku menjangkakan Arsenal menghadapi sedikit kesukaran sebelum menang dengan 3-2.Menang dengan clean sheet adalah maksimum.Astro ESPN 812  2:40 am.. Kunci Jam Anda!!


Selasa, 30 Mac 2010

Debaran Kian Terasa...


Isnin, 29 Mac 2010

Highlights : Kealpaan minit terakhir sukarkan Arsenal


Ahad, 28 Mac 2010

Wenger berdukecewa!

OFFSIDE?? Itulah yang disyaki Wenger semalam terhadap gol last minute Philips.Pada ketika bola dihantar ke dalam kotak penalti semalam terdapat sekurang2nya 2 org Brummie yang berada dalam kedudukan offside di sebelah bahagian Sagna dan Benitez merupakan salah seorang daripadanya.Lihat gambar di bawah, Adakah Benitez tidak terlibat secara langsung?? Menarik baju Sagna membataskan pergerakannya menghalang Philips.Sudah tiba masanya teknologi video wajib diguna pakai- Nampaknya aku semakin 'wenger', cakaplah apa orang nak cakap aku ni merapu atau tidak dapat terima kenyataan,whinger?moaner? Yang penting kekecewaan Wenger jelas terpancar sampai dikatakan terpacul carutan di post match conference .2 mata berharga benar2 menjejaskan peluang.Lebih menambah parah di dada apabila gol2 last minit yang boleh dipertikaikan macam ni.

Selain permukaan padang yang agak sukar, Wenger kurang senang dengan tackle pelbagai yang dilakukan lawan sambil Howard Web memberi lesen- ia ingin tujukan kepada kes Fabregas.Keadaan Fabregas masih belum boleh disahkan tahap kecederaannya dan kemungkinan untuk beraksi bertemu Barcelona Rabu ini masih samar2.

Arsenal lost two vital points here today but they have not lost hope.   - Arsenal.com


Post Match : Brummie 1- Arsenal 1

Itulah terjadi jika manager kita terlebih bijak.Aku tidak menyalahkan keputusannya untuk merehatkan Arshavin dan Nasri malah aku sendiri yang mahu melihat Walcott start dan hasilnya tetap sama, mengecewakan.Begitu jugak dengan Bendi.Kecederaan jugak seakan2 menghantui persembahan Fabregas yang beraksi di bawah par sebentar tadi.Nasib baik kerana pujian harus kuberikan kepada Diaby dan Song yang beraksi cemerlang.Nasri dan Arshavin dimasukkan, dan ia tak perlu menunggu lama untuk mereka berdua untuk mengancaml antara mereka sayangnya sepakan Nasrri hasil umpanan Arshavin ditangkap mudah Joe Hart. Melihat rakan2 lain tak boleh harap, Nasri menjaringkan gol yang cukup cantek dan terbaik membuatkan aku meloncat kegembiraan kerana bagi aku entah bagaimana Brummie akan bangkit.Malang tidak berbau, tapi dengan Almunia di pintu gol, anda akan sentiasa terbau2 sesuatu yang kurang enak dan di minit2 terakhir, satu persembahan sarkas dari para pemain yang tiba2 off meninggalkan Almunia membuat aksi kemuncak memukau terkapai2 ke dalam pintu gol.Satu lagi gol dari seorang sub, Kevin Philips.Sekali lagi aku tidak menyalahkan line up tapi ape kejadahnya anda ada 3 sub, anda dah masukkan 2, ada satu lagi slot ,Mengapa tidak gunakan????!!! Aku tunggu jek konon2 ada laa kut Eduardo masuk tapi dengan result dah sebijik, aku tak nampak Wenger akan bawak masuk seorang lagi striker walaupun dia pun tahu sebijik sebenarnya tak cukup.Jadi kenapa tidak cuba untuk mempertahankan apa yang ada.Mengapa tak bawak masuk Silvestre atau Eboue di minit2 akhir selain melengah2kan perlawanan(winning ugly) mampu mengemaskan bahagian pertahanan.Wenger boleh jawab May nanti.Sekian, majulah Arsenal untuk semua.Kamon Jack Wilshere!!

P/S: Dah sama macam 07/08 dulu..seri last minit gol..2-2. Bezanya Eduardo dapat main 3 minit daripada yang ni tak dapat muncul langsung..kucewa...huhuTeruskan Menggunners!!


1 sama2..

Keputusan akhir arsenal - birmingham, 1 sama..n sama2lah kepada no 1 kita yang bangang lg mangkaq..

Inilah kebenaran yang dinyatakan Arshavin...

Arsenal sememangnnya memerlukan byk player berstatus star utk memenangi EPL atau kejuaraan yang lain.

Di kala rakan2 lain berusaha keras menghasilkan goal, NO1 arsenal dengan selamba membuat lawak badut.

Aku x kesah kalo seri or goal tp goal td sangatlah menunjukkan betapa bodohnya arsenal jika terus menyimpan almunia musim depan.

Ya, beliau perform. Tp adakah performance beliau konsisten? Cech, reina, van der sar...semuanya menyarung jersi kebangsaan..tp almunia? Yah, di sini silapnya kita..

Kita terlalu mengharap pada promising star namun utk posisi seorang goalkeeper, semangnya pengalaman dan kredibiliti menjadi taruhan..

Sukar utk menerima kputusan malam ni namun ini sedikit sebanyk rasanya hint mengapa wenger dikatakan cuba mendapatkan sorensen pada transfer window january lepas..

Ape2, good job almunia...pasni maen bola tampaq pantai...yay!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


Sabtu, 27 Mac 2010

Pre Match : Menang untuk Eduardo


Sememangnya Wenger tidak mahu sejarah lama diungkit2 kembali bagi menghormati emosi Eduardo.Begitu jugak Cesc Fabregas,kapten Arsenal yang menyatakan ada misi lebih penting dari membalas dendam iaitu memenangi kejuaraan liga.Oleh sebab kita gagal memenuhi janji memenangi liga buat Eduardo selepas tragedi itu musim tersebut, maka kita mempunyai peluang yang sangat2 terbuka ketika ini untuk menunaikannya, kali ini untuk Eduardo dan Ramsey.Itulah sebabnya Wenger tidak memilih antara Champions League dan Premier League kerana jauh di sudut hati, kita tahu peluang sebenarnya lebih terbuka dan cerah dalam kejuaraan liga berbanding kalah mati yang apa2 boleh berlaku.Dan penetapan match di St Andrews ini bagai telah dirancang, mungkin jodoh, kerana semusim lalu sedang Eduardo masih lagi struggle dalam menjalani rehab, Birmingham terpaksa bertarung dalam Championship untuk muncul kembali ke BPL.Dan malam ini, kedua2 pihak berpeluang bertemu kembali.Cuma watak the main culprit pada malam itu Martin Taylor kini hanya tinggal nama setelah berpindah ke Watford January lalu.Wenger menyeru agar tidak kedengaran lagu2 Martin Taylor dari pihak Brummies kerana ia hanya menunjukkan kebodohan dan kerendahan akhlak humanisasi mereka.

Ada suara2 nakal datang dari penyokong Arsenal sendiri yang kecewa dengan persembahan Eduardo malah memberi cadangan agar dijualkan sahaja kerana bagi mereka Eduardo telah expired dan tak berguna lagi. Sejujurnya, aku tak tahu apa yang mereka merapu sesungguhnya mungkin mereka ini tidak memahami perasaan dan pengalaman sukar Dudu. Berilah masa dan peluang.Lihat bagaimana dia comeback ketika bertemu Cardiff dengan 2 gol, pada ketika itu ramai bersorak mengatakan 'dia telah kembali!'  tapi bila sekarang ni dia sedikit off, maka mereka2 ini menggelupur tak tentu pasal. Memang benar setelah insiden Celtic, sedikit sebanyak menganggu proses pemulihannya dengan konsentrasi agak terganngu.Pembedahan kedua di akhir musim dan kecederaan susulan jugak tidak membantu terutama setelah dikeluarkan di Villa Park.Tapi tugas striker yang hebat bukan hanyalah menjaringkan gol semata2 tapi jugak pandai mencipta ruang, mencipta peluang dan link up play yang baik dengan rakan2 sepasukan.Tidak ingatkah half volley menentang Burnley, changed of pace in one space ketika bertemu Pompey, set up untuk Merida dan Fabregas bertemu Bolton, back flip untuk Arshavin yang melorong kepada Diaby dalam counter ketika menentang Akmaar, tandukan cantik menentang West Ham, set up untuk Denilson menentang Everton.Itu hanyalah sebagahaian sahaja.Itu semua bukan kebetulan.Dan kali ini aku berpihak di sebelah Wenger, aku percaya seperti Le Prof cakap Eduardo masih lagi dalam perjalanan membina kerjayanya semula dan apa yang diperlukan hanyaalah beberapa jumlah match untuk menaikkan moral serta keyakinan diri.JAdi aku berharap jika Arsenal ditakdirkan menang malam ini , salah satu jaringan adalah milik Eduardo bagi menutup mulut pengkritiknya yang tidak paham erti kesabaran.



Anak buah alex mcleish telah berada di kedudukan luar jangkaan musim ini ketika para pemerhati meramalkan mereka akan bergelut dalam zon penyingkiran.Dengan mencapai 40 mata ke atas pada ketika ini dan Saingan  slot Eropah nampak sukar, maka Birmingham kini termasuk dalam pasukan2 yang tidak apa perlu dirisaukan bagi meraka cuma memikirkan untuk terus konsisten dan improve untuk musim depan.Tapi jangna dianggap mereka akan mengambil mudah perlawanan malam ini.Ini kerana United dan Chelsea juga gagal membawa pulang 3 mata penuh dari St Andrews dan jika berjaaya menghalang Arsenal malam nanti, merka akan mencipta larian rekod tanpa kalah terbanyak dalam tempoh 36 tahun.Kelebihan fizikal buat Arsenal apabila mereka dipaksa berjuang pertengahan minggu dan dari segi psikologi pastinya lebih terancam akibat kekalahan kepada Blackburn.

Bagi Arsenal pula, tanpa khidmat Mael yang digantung, Gallas yang cedera sedikit pertukaran strategi pasti dilakukan. Arsene Wenger berkata "apa rehat2?!" dia akan menurunkan Sol Campbell.Ketika Mael diperintah keluar padang minggu lalau, Wenger memberi peluang Song untuk mengawasi benteng bersama2 Campbell dan mereka berdua menjalankan tugas dengan cukup baik.Wenger jugak menmasukkan Sagna bagi tujuan lebih berwaspada manakala Eboue dinaikkan membantu bahagian tengah hasilnya larian direct mengucar-ngacirkan pertahanan lawan.Itulah yang menjadi persoalan malam ini, apakah berntuk back 4 yang akan diturunkan Wenger dalam perlawanan sepenting ini.Adakah Song dikorbankan dari posisi sedapnya DM, atau Wenger memberi peluang kepada Silvestre bergandingan bersama Campbell dalam melayan McFaden , Jerome serta Benitez. Adakah Diaby digandingkan bersama Denilson yang memberikan persembahan menarik dan baik ketika bertemu West Ham minggu lalu?Atau Eboue terus diberi kepercayaan.Bendi dikhabarkan ok tapi belum cukup untuk menjamin tempat dalam kesebelasan utama kerana Wenger pastinya menurunkan pemain yang benar2 fit.Arshavin juga dalam blog peribadinya melahirkan rasa kepenatan dan nampak semacam perlu sedikit rehat, tapi bukan saat genting ini Arsh! Aku ingin melihat Walcott diberi lebih peluang menggunakan pacenya pasti pertahanan Brummie terkontang kanting.Bagaimana pula dengan Rosicky, Nasri dan Eduardo..Sesungguhnya Arsene Wenger punyai banyak pilihan jika keseluruhan skuad Arsenal available. Aku tidak tahu siapa pilihan Wenger ketika ini tapi aku menjangkakan :

---------------Almunia-------------
Eboue-----Campbell--Song---Clichy
---------------Denilson-------------
--------Fabregas-------Diaby--------
--Walcott------Arshavin----Nasri----

Sub : Bendi, Dudu, Rosicky

atau

------------Almunia----------------
Sagna---Sol-----Silvester----Clichy
-------------Song-----------------
------Fabegas------Diaby---------
--Rosicky---Eduardo--Arshavin--- / Nasri ---Bendi---Arsh

Ok, aku pun tak nampak sebenarnya.Huhu..kita tunggu sahaja malam ino formasi apa yang akan diguna pakai oleh Le Prof.yang penting sesiapa sahaja pun yang diturunkan wajib berpeluh masam hingga memperoleh 3 mata yang diidam- idamkan.Astro Star Sports 813 10:55pm. Brummiie-1 Arsenal 3.


Jumaat, 26 Mac 2010

St Andrews- Dulu, kini, esok..

Mengimbau kembali tragedi di St Andrews yang dikatakan titik tolak kemunduran Arsenal dalam saingan liga 07/08, Wenger segera menafikan.

“We did not lose the championship at Birmingham.”
Jika anda masih samar2, biarkan aku imbas kembali rumusan perlawanan bersejarah itu. Pada hari tersebut, di depan mata kita semua Eduardo telah mengalami insiden yang amat dasyat walaupun baru 3 minit di atas padang.Wenger, pemain, fan , pengulas semua terkejut macam nampak hantu, sedih , kecewa.Tambah parah, mereka mendahului melalui free kick. Tak cukup dengan itu 2 gol debut Walcott dalam liga dipadamkan begitu sahaja oleh kealpaan Clichy yang membuatkan ref senang menghadiahkan penalti yang bukan penalt di minit2 akhir perlawanan.Seri 2-2, Billy Galas yang dalam keadaan jiwa serabut enggan bersama2 berharap penalti itu tak masuk memilih untuk meracau dan menjauhkan diri kerana tidak dapat menerima kecuaian rakan2 sepasukannya yang tidak fokus.Frust menonggeng, Gallas menangis kekecewaan seorang diri di tengah padang sebelum dipujuk Wenger.

Kata orang bermula dari situ, empayar Arsenal bakal 'roboh' dan ia tidak mengambil masa yang lama untuk menjelmakannya menjadi realiti. Kerana selepas itu memang nasib tidak menyebelahi kita dengan beberapa keputusan yang di luar jangkaan dan serangan bertubi2 tanpa henti kepada Gallas sehinggalah kemuncaknya ia berakhir pertengahan musim berikutnya, Gallas dipecat.'Mereka' berpuas hati, Wenger terpaksa melakukan pengorbanan besar yang berisiko tapi nyata berbaloi.

Tapi bagi Wenger yang tinggal hanyalah sejarah.Memang dari segi psikologi St Andrews ada kaitan rapat dengan kejatuhan Arsenal musim tersebut tapi bagi Le Prof ia lebih kepada maslah kecederaan, dan pemain yang tidak fokus akibat memikirkan kontrak yang bakal berakhir akhir musim.Hleb Gilberto Flamini meninggalkan kem Arsenal summer itu. Wenger percaya skuad 2010 ini telah cukup matang dalam menyeraap tekanan.Buktinya adalah tragedi Britania, pemain2 tak mudah terperangkap, berjuang bermati-matian hingga wisel penamat. Nak diperkuatkan lagi point Wenger, kita tampak lebih baik dalam menghadapi skuad2 bawahan dan pertengahan,suatu yang wajib dilakukan jika ingin terlibat dalam pertabalan juara liga.

Makanya, pelawanan menentang Birmingham esok tak akan diambil mudah malah boleh dikatakan lebih penting dari Barcelona.Wenger menegaskan buat apa nak rest2kan player semata2 terlalu hormat kepada Barca, sia2lah perjuangan menggila bagai nak mati jika perlawanan sepenting ini dipandang enteng.Oleh itu Campbell akan mendapat jaminan mengawal benteng. Apa yang dipikirkan adlah 90++ minit esok dan minit2 selepas itu boleh dipikirkan lain melihat situasi semasa selepas itu.Kata2 bahawa Campbell tak cukup fit untuk 2 match dalam 3 hari bukan lagi persoalan bagi Le Prof.Dia tahu pemain2nya dah cukup matang dan berpengalaman dan mampu menyiapkan diri fizikal dan mental.Isu mental Arshavin jugak ditolak tepi kerana apa yang digembar gemburkan media hanyalah petikan2 ayat dari interview2 yang telah lama basi.Bijak dan nakal kerja tangan2 ghaib ini.

Posisi CB yang menjadi teka teki telah dijawab dengan pengisian Song.Campbell dan Song akan sekali lagi bergandingan dan Silvestre menjadi backup.Biarpun Gallas telah kembali menjalani latihan tapi adalh risiko besar untuk menurunkannya sekalipun dalam perlawanan menentang Barca 1st leg.Wolves mungkin adalah tarikh yang baik untuk kembali beraksi.Khabar2 angin menganggap Gallas sengaja tidak dibiarkan beraksi keran rundingan kontraknya menemui jalan buntu dan boleh menganggu fokus.Pada aku semua itu tipu, Gallas seorang yang cukup profesional untuk dipercayai.Lihat bagaimana persembahan dan comebacknya setelah dilucutkan jawatan.DImalukan media, dihentam bertubi,malah tak sekepala dengan segelintir rakan/bekas rakan sepasukan, jika Gallas nak blah, da dah boleh lama meninggalkan Arsenal.Tapi dia memilih untuk kekal berjuang smabil menghormati kontrak jadi tidak timbul soal Gallas tidak ambil peduli tapi lain pulak cerita 'nak score own goal' ketika di Chelsea, itu aku tak nak komen.Berita kecederaan Bendi yang kemudian dianggap 'ok' untuk match bertemuu Brummie telah ditambah gulanya dengan berita kepulangan RVP ke kem Arsenal.Seperti Gallas, RVP memakan masa 3 - 4 minggu untuk kembali tajam, fit. Walaupun terkenal dengan magic2 yang dihasilkan oleh RVP, Wenger menasihatkan agar jangan terlalu mengharapkan keajaiban berlaku daripada pemain yang tak pernah sempat mencapai kemuncak prestasi akibat masalah kecederaan yang muncul setiap kali dia sedang meletup .

P/S : Sanchez Watt dinomadkan.Kali ini dia akan menyertai Leeds United hinga akhir musim sesudah sebulan di Southend United.


Rabu, 24 Mac 2010

Vermaelen Our New Hero


Assalamualaikum dan salam sejahtera smua buat fellow gooners...lama gak Jogho tak post something kan..slain dari post match yang jadi tugas rasmi...haha..ni ada sedikit nukilan dari Jogho untuk tatapan bersama..sedia maklum...tonggak pertahanan kita Thomas Vermaelen akan di gantung satu perlawanan..nasib baik 1 je...kira ok la...dari 3 game kan..tapi Jogho percaya...si Silvestre ngan Song akan jadi tonggak pertahanan kita next game menentang Birmingham...dan insyaallah akan memberikan yang tebaik untuk terus mara meneruskan perjuangan liga...tapi bukan ni yang Jogho nak nukilkan...Jogho nak sentuh pasal quality dan kekurangan yang ada pada tonggak kita Thomas Vermaelen a.k.a Mael...hehe..

Semua gooners dah tau...season 09/10 ni adalah season debut bagi Mael...dengan yuran perpindah sebanyak 10 million pound...agak mahal bagi Jogho untuk seorang center back..dan Jogho rasa..AW berkongsi pendapat ngan Jogho gak dalam hal harga si Mael ni( cewah..haha)..agak mahal bagi sorang center back..tapi ape kan daya..market player skang ni dah huru hara penangan pembelian ntah ape2 dari club2 yang berangan banyak duit pas tu utang belambak2..haha..tapi setelah 31 game season ni..Mael menunjukan beliau sangat berbaloi dengan harga yang di bayar Arsenal untuk mendapatkan khidmat nye..dengan konsisten dan quality2 lain yang ada pada Mael ni..mmg semua gooners sduah mula menyayangi beliau...ape tak syg..gol score..defending mantap..haha..

Suka Jogho sentuh sedikit ttg quality si Mael ni..bermula dari technical site sorang player...sorang player berposisi center back..yang paling penting ada 3...dan plus 1 yang agak penting tapi tak de pon kira ok lagi la..1st...of course la heading...sedia maklum..heading sangat penting..bila lawan pas bola tinggi..aerial control mesti mantap..bg si Mael ni..dia heading agak bagus...walaupon tak brape nak tinggi..tapi dia boleh challange bola tinggi dengan baik..bukti nye..dah kita tgk..dalam match2 sblum ni..siap leh score lagi ngan header...normal untuk center back kan..2nd...marking...bab ni..bg Jogho la..zonal marking..dia agak bagus..tapi man marking yang agak kurang...maybe sebab kurang komunikasi....masih perlu di asah...sebab tu jugak...kalau set piece kita slalu kucar kacir..(slain sebab almunia la..korang ckp..bukan Jogho cakap..haha) 3rd..tackling..ini sangat2 mantap..quality yang paling top ada pada Mael..dia nye tackling mmg cam tak ingat dunia..challange cantik..tackling ni bukan stakat tackle player lawan unutk dapat bola..(macam salah je..tackle bola laa..haha) tapi tackle untuk interception passing lawan tu sangat penting..dah banyak kali kita tgk si Mael ni inctercept passing lawan..satu lagi..dia nye 1st touch...agak baik untuk sorang center back..ni berkait rapat ngan composure( akan di bincang jap lagi)...bila sorang center back leh control touch bola..akan cantik la permainan..dan takkan penat2 nak kejar bola bila control bagus..konfiden pon bertambah2...

kita gerak lak ke mental nye quality..kita start ngan concentration..ini sangat penting dalam mental center back..Mael salah sorang yang agak baik dalam konsentrasi...kalau kita tgk..season ni kurang sket gol2 kita lepas last2 minit..ni la penting nye concentration ni..leh down oo moral kalau tak de....1 team leh down..pas tu composure..ketenangan untuk kawal bola..game..smua kena tenang dalam kepala center back..ni jugak top quality dalam Mael..sangat2 compose..rilek je pasiing...rampas bola..tak nampak gelabah langsung kan..contoh la kan..ni salah sorang manager yang di respect dalam dunia caakap...masa MU ilang vidic ngan ferdinand..SAF letak carrick main center back..sebab ape...dia ckp..carrick ada composure untuk posisi tu...hehe..so sangat penting la kan bg sorang center back..sorry..contoh club rival lak..haha..seterus nya..decicion making..ni pon penting..dalam masa genting..decicion making sangat penting..nak back pass ke..nak tackle ke..nak delay ke..ni smua dalam kepala center back..Mael stakat season ni..Jogho tgk...decicion making sangat bagus...walaupon ada skali dua gak pelik decicion nye..tapi overall..baik..berkait rapat kan dengan composure tadi..bila Mael ni tenang..senang la dia nak wat keputusan..stakat ni..tak de lagi la benda2 bodo dia wat..haha..tu quality..

pas tu..determination...atau maksud nye.kesungguhan..haha..ni tak yah hurai la...dah mmg nampak dia nye besungguh2...tgk muka pon dah tau betapa buruk nye muka beliau bila menackle dan merampas bola..haha..tu menunjukkan bersungguh la kan..haha...dan last skali positioning..ini smua player defensive pon kena ada quality ni..bg si Mael ni..walaupon dia suka naik..tapi dia tak lambat turun ke posisi asal...cpat je..laju2 pon laju kalau pecut..kalau team mate pegang bola..dia tau tactical nye dia patu berada dimana..kalau bola di kanan padang..mana posisi dia..dan begitu gak bola di kiri padang..slain dari tu..offside trap jugak berkait ngan positioning...dan Mael agak bagus dalam wat offside trap..

seterus nye..yang paling2 penting bg center back..aspek fizikal..ada dua benda yang penting..dan pada Mael..ada lagi satu quality yang dia ada..dan tu dikira bonus bg Jogho..1st..dia nye jumping..sangat2 tinggi2...walaupon tinggi dia tak seberapa..tapi..dia boleh meloncat jadi sama tinggin ngan si crouch..malah mungkin boleh lagi tinngi...di awal musim..ada orang mengatakan..dia ni tak hebat mane..sbb tak tinggi..dia jawab slamber.."mmg aku tak tinggi..tapi aku leh lompat tinggi.." so mmg terbukti dia ni mmg mantap dari segi jumping ni..kedua..ape lagi..strengh la...sorang center back msti ada strengh..kalau tak..senang jatuh..abis..kena ada kekuatan body cam kerbau..haha..orang kg Jogho ckp..khuba..haha..dia ni tak besar..tapi kita leh nampak dia nye strengh..walaupon badan nye tak cam Cambell...tapi strengh nye lebih kurang je..satu lagi yang dia ada tapi tak penting bg sorang center back..adalah agility..mula2 Jogho menonton match dia main..lam ati Jogho.."wow.."..center back athletic....lengok badan dia pon kita leh tau..dia ni mmg bakat dia sukan je..contoh la kan..kalau orang2 biasa..kita tgk dia tenfang bola pon dah tau dia tu leh main bola ke tak..haha..ini Jogho tau sbb dari kecik Jogho main takraw..sukan takraw ni sangat2 memerlukan agility yang tinggi..serta control ball...ni nak promote sket...trust me..sape2 yang pandai bola..belum tentu dia leh main takraw..tapi kalau sape2 yang pandai main takraw..sure dia leh main bola..walaupon tak tahap tinggi..kalau ada game..orang suka la nak ajak dia..haha..tu yang ada pada Mael...dia mmg betul2 sorang orang sukan..


itu la saje yang dapat Jogho kongsi ari ni...tu smua dari mata Jogho la..kalau ada yang terkurang...leh tambah..tak de hal..sama2 kita kongsi ilmu bola ni..sbb ni la passion kita kan..sukan ni berantu oo..ape2 sukan skali pon.Jogho yakin..sape2 yang suka sukan ni..kalau dia alami satu minggu yang sangat down..tgk bola 2 jam tu la time dia happy...kan2..haha..tu Jogho ckp sukan ni berantu..leh ketepikan masalah wat sementara waktu..kalau team yang kita sokong menang..lagi la syok..wat keja pon semangat je...haha.ape2 pon..tgu game lpas ni..kat St Andrews...predict Jogho..2-1...come on Gunners...peace....


Selasa, 23 Mac 2010

Rayuan kes Mael ditolak.

Nampaknya Arsenal gagal dalam membuat rayuan terhadap kad merah yang diperoleh pemain pujaan Abang Tony,Mael kerbau.  Suatu yang telah lama diduga.Tapi Arsenal bernasib baik kerana biasanya kalau main FM, merayu, gagal, tambah satu lagi penggantungan perlawanan. Ini bermakna Mael hanya akan terlepas aksi menentang Birmingham City Sabtu ini.Eboue berkata mereka akan menang untuk menceriakan kesugulan Mael.. Perjalanan ke St Andrews adalah suatu XPDC  tanpa Mael.Kita bakal merindui aksi2 berani seperti di bawah ini.Silvestre, ayuh bangkit!


Isnin, 22 Mac 2010

Abang Tony bagi tonik

"I don't think Arsene's players realise what an unbelievable chance they have of winning the title.They should have been dead and buried a long time ago but Chelsea and United have let them back into it several times and now we are the business end of the season they can win it."- Mr Arsenal, Tony Adams.

Berdasarkan keputusan2 minggu ini, ade sedikit perubahan dengan positif kepada Arsenal apabila Blackburn berjaya mencurik mata.Mengharapkan Mascherano, sama seperti mengharapkan pagar bangau makan padi jadi tiada perbezaan gap antara kita dan United.Chelsea bakal menghabiskan 1 game dalam tangan bertemu pasukan yang seakan2 sudah relegate, Pompey. Dan selepas itu, ketiga2 pasukan perlu bermati-matian dalam 7 perlawanan terakhir.Lupakan sebentar 6 jahanam yang lain, tumpukan pada yang satu dahulu, Birmingham City. Bak kata Fabregas , juara mestilah fokus dan menang game by game. Aku peracaya keseluruhan pemain2 Arsenal akan menaip SMS ON Wilshere dan hantarkan kepada captain Jack agar melakukan sesuatu di Stadium Reebok hujungg minggu ini.

Arsene Wenger berkata sehingga hari ini masih ada lagi suara ragu2 yang tidak mempercayai Arsenal mampu sampai ke tahap macam ni setelah disembelih para pundit , media dan fan sendiri(heheh) .Baginya, Hanya Arsenal sahaja yang percaya Arsenal mampu melakukannya.Tapi kini dia memang ada point untuk dibuktikan.Ketinggalan 11 mata selepas dihukum Drogba di Emirates, riak wajah Wenger selepas match itu  tampak tenang dan penuh yakin mengeluarkan kenyataan pasukan2 pencabar lain akan tercicir mata.Ketika itu dia dianggap umpama Yus Raja Lawak, juara yang tak berapa nak lawak tapi kini dia dah boleh tersengeh sedikit malah mungkin boleh gelak besar jika trofi BPL singgah di kabinet Emirates May nanti.

Atas sekali adalah petikan kata dari Tony Adams lagenda Arsenal.Suatu  ketika dulu dia jugak salah saeorang yang tersilap dalam membuat andaian, masih ingat lagi bagaimana dia memberitahu Arsenal tak mungkin sign si Mael,tambahnya lagi dia belum bersedia untuk physical battle BPL.Kini, Tony Adams sendiri dengan rendah diri mengakui Verminator adalah player of the season buat Arsenal.

"Sol is what you would call a 'big unit' and I think he needs to play games to maintain his match fitness because you kind of think that if he stops he will struggle. He is playing alongside Vermaelen -- who for me is the Arsenal player of the season -- and the balance is right, and better than with Mikael Silvestre in that position."
 Dan seperti katanya lagi, pasukan Arsenal kini rata2 muda tapi tidak kurang pengalaman.Hanya Clichy dan Campbell sahaja yang pernah merasai berada dalam pasukan yang muncul juara.Tapi aku ingin menambah sedikit  Abang Tony, jangan lupa Silvestre jugak ada 4 pingat kejuaraan yang diperoleh bersama United. Jadi pengalaman2 macam inilah yang perlu dikongsi bersama dan penting dalam dressing room, sama penting seperti watak Eboue sabagai penceria pasukan. Baki perlawanan Arsenal bakal ditambah tonik dengan kepulangan RVP yang mungkin boleh beraksi yang jelas tak sabar untuk membantu menguatkan jentera serangan.Jika segalanya berjalan lancar, Manchester City mungkin sempat merasai impak awal kepulangan RVP dan Adebayor pasti bakal menyesal memijaknya dulu.


"I am medically fit, but physically I have to gain,Only then can I train with the full group.I'm not there yet but I've left a difficult period behind. For a few weeks I've been training with the ball and it looks good.I still hope I can take part in the final phase of the league and hopefully the Champions League. This has been my goal from the beginning.My first goal is to play for Arsenal. When I said that a few months ago, I looked crazy.But as it stands now, that will happen. Only then can I think about the World Cup."
 Masih hangat lagi tentang build up pertemuan dengan Barcelona yang Cesc sendiri walaupun exicted tapi lebih rela mengurangkan tekanan.Fabregas enggan terbawak2 dengan mengatakan dia dan rakan2 akan layan Barca sama seperti pasukan lain. Bagus jugak tu kerana jika terlalu hormat atau gementar, lain pulak jadinya.Mana taknya, aku hampir terlupa, Hleb sendiri adalah pemain yang masih sah milik Barca hanya dipinjamkan pada Stuggart tapi bergelut menentang pasukan majikannya 2nd round itu hari.Dengan slumber Hleb umpama jiwa yang kecewa menjangkakan Arsenal boleh membuat kejutan kerana pace dan style yang lebih laju dari pasukannya sendiri.Henry pulak yang bersunggguh2 mahu mengelak bertemu Arsenal nampaknya terpaksa menerima kenyataan drama dalam bola sepak sering berlaku.Dengarnya dia akan mengakhiri kerjaya di Nou Camp akhir musim ini sebelum mengikut jejak bintang2 otai makan angin cari rezeki di MLS.Digosipkan dengan New York Red Bulls, ini mungkin peluang untuk dia mengintai2 come back di Arsenal seperti yang pernah di lakukan Beckham dan Donovan di January.Ini hanya spekulasi dan sembang kopi janda.


Highlights : Arsenal vs West Ham


Ahad, 21 Mac 2010

Sehari tanpa Verminator.


Seperti yang sedia maklum, Ref dengan keputusan terburu2nya telah menghancurkan 2 perkara, rekod 68 perlawanan tanpa kad merah dan jugak rekod Mael untuk start setiap game BPL.Bagaimanakah kita akan menyesuaikan diri tanpa pemain paling konsisten dan watak paling penting di pertahanan kita, seorang key player musim ini, best buy of the season, Mael Kerbau. Tapi yang melegakan adalah mengikut daripada panduan prosedur displin yang dikeluarkan FA bagi musim 2009/2010, Mael hanya bakal digantung SATU perlawanan bukannya lebih seperti apa yang ditakuti.

(c) PLAYERS SENT OFF UNDER LAW 12 (4) and (5)
A player who is dismissed from the Field of Play for denying a goal or an obvious
goalscoring opportunity by physical means or by handling the ball, will be suspended
automatically from all Non-First Team Matches commencing on the 14th day following
the match in which he was sent off, until such time as THE CLUB has completed one
match in the competition as decided by The Football Association.

Semalam apabila mengetahui ia adlah straight red card aku dalam kepala terbayang2 mampukah Silvestre dan Campbell mengisi kekosongan terutama dalam 3 match penting Brummie, Wolve , dan Spurs. Tapi setelah mendapat tahu Verminator hanya digantung untuk 1 match, ianya sangat2 melegakan dan mungkin siapa tahu ada hikmah di sebaliknya.Mael boleh berehat, dan bercuti untuk cergas dan cerdas menentang Barca dan dia sememangnya layak diberi 'cuti' atas persembahan cemerlangnya musim ini.Aku rasa Wenger perlu melupakan hajat untuk merayu kerana mengikut situasi kanggaroo court FA ketika ini, keputusan mungkin boleh berubah menjadi lebih teruk dengan 2 match ban.

Jadi bagaimana? Dengan Mael tergantung, Gallas jugak masih hilang, Jozan jugak hanya dalam sebulan akan kembali beraksi maka hanya tinggal Silvestre dan Campbell sebagai  pilihan CB.Ramai yang menyelar Wenger kerana tidak melakukan signing seperti apa yang dilihat Arsenal perlu cari, tapi cuba lihat 2 signingnya musim ini dalam Mael dan Campbell, kedua2nya datang tepat pada waktunya.Selain faktor leadership dan pengalaman dalam dressing room,Campbell semalam beraksi dengan cukup mantap walaupun nampak benar keletihan.Wenger juga mengakui dia mungkin terpaksa merehatkan Campbell minggu depan.

"Sol Campbell was outstanding but to repeat the games could become a problem for him so I think I have to give him a big holiday next week to recover. He is very important to us and I think it was a very good signing.
"Everybody said I didn't sign anybody and now you can see that I signed somebody. His experience is vital in the dressing room. You need it especially when we get to the period we are in, it's important you have players like Campbell and Almunia who are very influential. They have done it before so players listen to them."

Jadi kita lihat dulu option yang ada.

-Silvestre begandingan dengan Campbell
-Song diturunkan di CB bergandinganan dengan salah seorang daripada mereka.
-Sagna dimasukkan untuk cover CB dan dibantu Eboue di RB.
-Promote Bartley dari reserve team.

Mengikut pengalaman dan firasat aku, di St Andrews nanti Wenger akan memilih pilihan kedua dengan Song diturunkan ke CB dan Denilson serta Diaby berdgandingan menjadi perisai di hadapan back four.Ini kerana Campbell pastinya dituntut untuk fresh ketika beraksi menentang Barcelona Rabu selepas itu. Diminta tiada apa2 perkara malang lagi yang bakal berlaku di Birmingham nanti. Diaby, Song,Eboue-maju, Almunia Denilson-sejak kebelakangan ini,semua pemain2 ini telah dan cuba membuktikan kritikan terhadap mereka adalah silap dengan usaha keras di padang.Jadi untuk kali ini aku berharap benar agar giliran Silvestre pulak membuktikan dia bukanlah bahan jenaka badut seperti yang ditakuti ramai.Pada saat genting ketika ini, Arsenal memerlukan kesemua pemain termasuk simpanan untuk kekal bersatu sebagai sebuah pasukan dan fokus serta boleh diserapkan bila2 masa ketika keadaan memanggil..



Satu lagi berita baik selain result semalam, RVP bakal kembali ke latihan minggu ini tapi Wenger dan pasukan perubatan mengambil langkah berhati2 membiarkannya mencari rentak dalam tempoh sebulan lagi.
"I think he will be back this week. We sent our fitness coach out to Holland where he has been having his rehabilitation. Physically he looks very sharp but we aim at least to wait a month."
COYG !


Post match : Menuju Puncak!

Satu lagi petanda calon juara! Dan satu lagi sebab mengapa menonton Arsenal, anda tidak pernah mengantuk atau bosan biarpun di awal pagi walaupun di atas kertas ia seakan sepatutnya disudahkan dengan awal tapi dengan beberapa detik2 cemas dan penting perlawanan, match tersebut tiba2 membuatkan darah kita berderau.Against all odds , Arsenal memilih jalan sukar untuk memastikan 3 mata terus dikumpul, melonjakkan kita ke tangga teratas liga.Pertama kali selepas 68 perlawanan Arsenal beraksi dengan 10 orang apabila Mael dibuang padang akibat foul last man,rekod fair play Arsenal tamat di situ dan jugak rekod Mael untuk start kesemua 38 game liga berkecai.Namun cerita yang penting di sini adalah kemenangan, 3 mata, apa yang akan dilakukan Wenger untuk perlawanan selepas ini adalah persoalan lain.

Fabregas dan Song tersenarai dalam kesebelasan utama tetapi yang mengejutkan adalah kehadiran Denilson kerana mungkin Wenger memiliki taktik lain.Tak sampai bebreapa minit selepas Denilson tergelincir dan hampir2 buat hal, aku mendapat SMS dari Kesuma Dewa yang bertanyakan apekejadahnya Denilson didahulukan,pencapaian diutamakan. Aku lantas membalas SMS tersebut mengatakan mungkin Diaby ingin direhatkan dan Denilson akan score, tak sampai beberapa saat selepas sms dihantar 1 2 dengan Bendi dan Denilson boom! masuk! Aku tergelak besar begitu jugak Kesuma Dewa.2 match berturut2 dah mereka bergandingan mencipta gol.Melihat kepada persembahan dan gol awal, malam ni Arsenal macam boleh ratah West Ham, namun gol kedua yang dicari tak kunjung tiba.Beberapa peluang tidaklah sangat menguji kehijauan Green dengan cross Eboue lambat disambar Arshavin, itulah yang paling hampir untuk kita menggandakan gol.Selepas itu, Arsenal seakan2 bersahaja.Lebih merisaukan, West Ham jugak hampir2 mempunyai peluang dengan free kick Diamanti dan jugak hantaran lintang Stanislas yang jugak gagal dihambat bekas 'beckham mesir' Mido-kah kah aku tak tahu mengapa aku masih teringat tajuk untuk Mido itu dipaparkan di Harian metro di awal kemunculannya.

Arsenal seakan2 lena dan kelalaian dihukum di minit2 terakhir separuh masa pertama. Mael terperangkap dengan lambungan dan lantunan bola menjadikan dia 2nd best dalam pergelutan dengan Franco yang begitu mudah terjatuh bagai nagka busuk dibalut suratkhabar mexico lama.Ref tiada pilihan lain selain memberi sepakan penalti begitu jugak dengan kad merah akibat peraturan pemain terakhir yang menghalang jaringan gol.Walaubagaimanapun, aku yakin Wenger akan membuat rayuan kerena kelihatan mukanya begiu tidak berpuas hati dengan ref yang agak lembap sedikit membuat keputusan dalam beberapa situasi malam ini. Diamanti mengambil sepakan.Penat dicerca, Almunia dengan layangan badan mengalahkan Eboue berjaya menepis bola tersebut untuk memastikan namaya jugak diingati bulan May nanti sebagai antara penyumbang titik tolak kebangkitan cabaran Arsenal musim ini.Menyaksikan Campbell melompat keriangan ketika Almunia menyelamatkan penalti membuatkan kita automatik hendak bersama2 pemain veteran yang nampak keletihan tapi cukup mantap menyerap tekanan dan asakan.

Memikirkan apa yang akan dilakukan oleh Wenger pada separuh masa kedua, pertukaran tidak sewenang2nya dilakukan.Wenger memilih untuk memberi kepercayaan dengan Song diturunkan memberi perlindungan lebih mendalam kepada Campbell, Eboue dan Clichy.Bendi kelihatan isolated di atas sebelum dibawak keluar digantikan dengan Abou Diaby.Arshavin mengambil posisi lone striker.Kemasukan Diaby memberi dimensi berbeza dan nyata memberi sedikit suntikan kepada bahagian tengah Arsenal.Walaupun ditugaskan untuk duduk diam  menjadi bonzer bersama Denilson, kaki panjangnya tak pernah duduk diam dengan bermacam2 skill dan interception yan cukup cemerlang.West Ham cuba mencari ruang2 sempit untuk ditembusi tapi paling hampir adalah sepakan Cole yang terkena tiang membuatkan Almunia menjerit kelegaan. Sagna dimasukkan untuk lebih selamat dan pada ketika itu West Ham sudah hilang punca kerana Eboue lebih bergerak bebas dengan larian2 direct yang lebih deras beberapa kali memerangkap mereka.

Arsenal adalah raja gol2 lewat terutama tempoh 15 minit terakhir.Malam ini Arsenal mengukuhkan lagi statistik.Wenger tau, satu gol sahaja lagi cukup untuk pemain2 berasa selamat, jadi taktikalnya menjadi daripada gandingan Eboue dan Fabregas berjaya mendapatkan sepakan penalti apabila kuisan kapten Fabtastic terkana tangan kapten West Ham yang jugak bekas pemain Arsenal, Mat Upson.Fabregas dengan slumber mengajar Diamanti 'How to score a penalty for dummies' menjadikan gol peribadinya yang ke 15 dalam saingan liga musim ini.Eduardo dimasukkan menggantikan Arshavin yang jelas kepenatan tapi sayang, Dudu masih lagi belum mendapat gol yang dicarinya.Aku percaya masanya pulak akan tiba setelah 2 pemain yang sering menjadi kritikan, step up menjadi watak penting malam ini dalam Almunia dan Denilson.Siapa tahu,mungkin St Andrews adalah tempat untuk Dudu kembali 'hidup'.

Inilah dia ciri2 juara.Jika kita hampa sekalipun tidak mampu mencapai hadiah utama di akhirnya, kita perlu berbangga dengan detik2 macam ini yang nyata memberikan inspirasi.Tidak perlu malu atau hampa selagi perjuangan dan usaha yang ditunjukkan adalah world class dan cukup bermaruah. Perjalanan Roller Coaster yang mencabar lebih menarik bukan dari landasan yang mendatar dan boleh dijangka destinasinya.Lagi 7 stesen, paling kurang pun kita menamatkan cabaran ini dengan keadaan yang selamat tanpa pening2 lalat mahupun muntah hijau!

Apa nak jadi dengan ketiadaan Mael, itu kita pikir nanti.Nikmatilah kemenangan ini terlebih dahulu. Agi idup agi mengguners!


Sabtu, 20 Mac 2010

Pre Match : "Shut up and win"

“For us, we know the situation we are in is to win our next game. So our action is simple.
“Do not speak too much, shut up and win.”

Itulah kata2 yang terpacul dari mulut Le Prof..Kemenangan ke atas West Ham malam nanti akan membolehkan Arsenal memintas pendahulu untuk berada di tanga teratas untuk sekurang2nya 1 hari atau mungkin jika Liverpool dan Blackburn melakukan tugas mereka,Arsenal berada di puncak lebih lama.Ketika rata2 seluruh dunia bola sepak mengatakan tentang perlawanan mesti tonton UCL Arsenal vs Barcelona, Wenger mahu pemain2nya engan terbawak2 dan lupakan buat seketika malam glamour tersebut dengan tumpuan harus difokuskan kepada anak ubah Zola malam ini.

3 kekalahan berurut2 kepada Man U Bolton dan jugak Chelsea, West Ham pasti hadir untuk mengelakkan malapetakan mereka berpanjangan.Seri mungkin satu bonus bagi mereka untuk dibawa pulang dari Emirates.Jangan dilupakan, mereka adalah pasukan pertama yang menewaskan Arsenal di stadium baru ini.Dengan Pompey sudah seakan2 pasrah dan bakal tersungkur ada 2 tempat yang perlu dielakkan oleh West Ham.Hanya beza 3 mata dari zon bahaya, jadi siapa kata perlawanan2 menentang pasukan yang bertarung dalam zon relegation nampak mudah, ini kerana setiap mata adalah penting juga bagi mereka sama seperti pentingnya bagi Arsenal untuk terus menekan pencabar2 lain.Mahu tengok Diamanti mengoyak baju lagi kerana gagal mempersiakan peluang? Tunggu dan lihat malam ini.

Bagi Arsenal pulak, ketika menempuh hari2 sukar di Stoke, nampak flat menentang Burley dan struggle ketika menziarah KC Stadium sebelum diberi talianhayat gol Bendi., kita diberi kelegaan dengan kepulangan Song, Fabregas dan Rosicky serentak.Bagaimanapun Gallas masih lagi mengalami kecederaan yang berulang di calf suatu yang menjadi misteri buat pasukan perubatan Arsenal.Bakal terlepas 1st leg menentang Barca namun rundingan kontraknya masih berjalan.Wenger menafikan kecederaan bakal mempengaruhi keputusan Arsenal untuk menyambung pemain yang berpewatakan pelik tapi penting itu .Tapi dari segi polisi, untuk Arsenal menawarkan 2 tahun kepada Gallas yang berumur 30 an, perkara itu tiada jaminan. Mengisi kekosongan Gallas adalah pemain veteran Campbell yang akan bergilir2 dengan Silvestre.Aku pasti antara kedua2 mereka akan direhatkan sama ada malam ini atau menentang birmingham dengan Campbell mungkin pilihan utama dalam 1st leg UCL nanti.

----------------------Almunia---------------------
Eboue--------Campbell---Mael----------Clichy
--------------------Song-------------------------
-----------Fabregas--------Diaby---------------
--------Nasri--------Bendi-----Arshavin---------

Sub : Walcott--Eduardo----Rosicky

Agi idup agi mengguners.Astro ESPN 812 1.25pm.Arsenal 4- West Ha m 0.


Jumaat, 19 Mac 2010

ARSELONA...ini baru betul bolasepak!


Baru sudah menyaksikan undian Champions League live sebentar tadi dan hasilnya menakjubkan.Ketika nama Arsenal ditarik keluar selaku home team untuk quarterfinal 3 disusuli dengan nama Barcelona yang dibacakan sebagai lawannya oleh Ambasador Santiago Bernabau, kedengaran para hadirin teruja "Wow!!".Sudah pasti pertemuan Arsenal Barcelona yang kedua2nya terkenal dengan beautiful football akan menjanjikan aksi2 menarik dan nostalgic.Kali terakhir kita bertemu adalah ketika final 2006 dan semua sedia maklum detik2 bersejarah dan keperitan malam tersebut.Ketika  itu Henry mengetuai Arsenal di Stade De France tapi kini Henry bakal kembali sebagai lagenda Arsenal yang berjuang untuk Barcelona-satu lagi point yang membuatkan mengapa perlawanan ini begitu sangat istimewa Selain DNA Barca yang diwarwarkan dalam badan Fabregas.Satu peristiwa yang mernarik bakal berlaku di Emirates 31/3 ini selaku tuan rumah pertama.Diapit di celah2 game antara Birmingham(a) dan Wolve(h) bermakna Arsenal perlu berhati2.Wenger perlu memastikan taktikal dan selection bagi 2 minggu yang padat itu tepat.Apa yang membimbangkan adalah 2nd leg di mana selepas pulang dari Nou Camp, kita terpaksa bertandang menziarah jiran yang ego dalam memastikan saingan liga kita kekal hidup.Nampaknya aku tak sangka aku mengucapkan perkara ini, tapi kekalahan Fulham kepada Spurs dalam quarter FA mungkin bakal memberi sedikit kelebihan kerana perlawanan di WHL terpaksa ditunda ke tarikh lain.Lepas tu aku harap mereka tersungkur kat semi.=)

Ahhh kita tak perlu simpati orang lain! Belasah saja, nak jadi juara, bukannya mudah.Ini baru betul puas hati punya laluan kemenangan.Jadi ayuh, bring it on Barca! Aku dah tak sabar2 naik 'gila' macam Alex Song dan aku pasti Wenger sendiri malah semua player dah tak sabar nak beraksi membuktikan apa ertinya seni bola sepak itu sendiri.Apa lagi? Syok!Speechless!!



Quarter-Final draw:

Lyon v Bordeaux
Bayern Munich v Manchester United
Arsenal v Barcelona
Inter Milan v CSKA Moscow

Semi-Final draw:
Bayern Munich or Manchester United v Lyon or Bordeaux
Inter Milan or CSKA Moscow v Arsenal or Barcelona

P/S : Henry pernah bersuara bahawa suatu hari nanti dia pasti akan kembali ke Arsenal, nampaknya impiannya telah termakbul secepat ini tapi dengan cara yang berbeza.Maaf Henry, tapi harap anda yang akan menunjukkan reaksi sebegini lagi ketika wisel penamat ditiupkan di Nou Camp nanti.


Khamis, 18 Mac 2010

Arsenal new home kit 2010/2011 ??

Amacam? retro sempena mengenang musim 70/71.Kalau betul bagi aku secara peribadi memang cun, lain daripada yang lain dengan sponsorship kecik bawah lambang meriam.Apapun tunggu dan lihat.


Tapi last2 rupanya hanya sekadar ilusi mereka yag terlebih seni..huhuhu..pasrah.


Rabu, 17 Mac 2010

1 2 3 4 5 6 7 8..8 lagi..(baca dengan nada senamrobik)


Aku kembali. Tapi tiada lagi yang memeriahkan perhubungan kembali aku dengan dunia luar apabila mengetahui Phil Brown dipecat selepas match 'itu' dan Chelsea dikeluarkan oleh si Eto'o.Kenapa perlawanan Sabtu lepas bukan hanya sekadar perlawanan biasa, ini kerana karektar  kita sekali lagi diuji dan nampaknya tuah seakan2 ingin memihak kepada Arsenal musim ini.Dah berapa kali bangkit daripada kekecewaan, seperti burung Phoenix bangkit dari abu begitulah sinonimnya Arsenal.Ditertawakan, dibahan lawakkan tapi kita masih lagi dalam pencarian 2 piala terulung.Di  May nanti jika berjalan lancar ketika skrin besar menunjukkan Fabregas menjulang piala, kita akan menghargai saat2 match seperti berikut yang memberikan kelebihan psikologi untuk terus berjuang, bak kata Wenger tiada pasukan lain dalam BPL yang boleh mengalahkan Arsenal untuk rekod score gol lewat terbanyak.Gol2 di minit2 terakhir aka 'minit2 Ferguson' seperti Bendi di Hull Fabregas di Stoke Rosicky ketika melayan Everton bakal dikira saat bersejarah dan penting seandainya Arsenal mampu merealisasikan impian di penghujung musim nanti.Alex Song pun mengaku melompat sakan macam orang gila kat rumah inikan pula kita.

Jadi tinggal lagi 8 game liga dan 8 pasukan terakhir yang bersaing untuk Champions league. Mulakan dengan liga. West Ham(h),  Birmingham(a), Wolves(h), Spurs(a), Wigan(a), Mancis(h), Blackburn(a) Fulham(h).Orang kata Arsenal punya perjalanan paling mudah.Tiada. Bagi aku, tiada jalan yang senang dalam memenangi liga.KC Stadium membuktikan Hull jugak boleh hampir2 mencurik mata jika Arsenal tidak fokus, tajam dan tidak mengekalkan konsistensi.Bermula dengan minggu ini menentang West Ham di Stadium Emirates, Arsenal perlu tumpukan pada Arsenal sahaja tanpa mengambil pedulik apa jua keputusan di venue lain, kerana pencapaian akan datang hasil daripada result yang diberikan bukan atas dasar ehsan mahupun royalti dari pasukan lain.Andaikata kita all the way menang hingga ke hari terakhir namun masih lagi gagal ketika mana baik salah satu daripada mereka berdua (Chelsea dan United) juga melakukan perkara yang sama jadi biarkanlah.Bukan rezeki Arsenal tapi harus diingat ia tetap satu pencapaian yang baik dan aku berbangga dengan perjuangan Arsenal musim ini kerana pemain2 menunjukkan mereka mengambil berat dan berperang bermati-matian di atas padang hingga ke wisel penamat.Itu yang dituntut daripada seorang pejuang.

Birmingham menjadi medan Eduardo menguji ketahanan mental, Wolves serigala yang kalau salah dilayan boleh jadi macam hull city musim lepas, Spurs..pergh.. ini pertemuan yang penuh tradisi, nostalgic yang semuanya berakhir dengan senyuman 10 tahun lamanya berpihak di Arsenal.Suatu match yang begitu desperate dan terdesak bagi fan Spurs untuk dimenangi kerana tahun inilah nampaknya tahun paling hampir buat mereka untuk melakukan kejutan setelah kali terakhir mereka mencuba untuk menyaingi Arsenal musim 05/06. Sebenci2 aku pada Spurs namun aku masih bimbang inilah tahun di mana mereka mampu menamatkan badi 10 tahun tanpa kemenangan liga ke atas Arsenal.Dan katakan jika match ini tertunda jika mereka berjaya mengalahkan Fulham melangkah ke FA cup semi,dan katakan ia tertunda sebelum match terakhir bertemu Fulham, pastinya lebih menarik jika pada saat itu, 22 pasukan wajib menang! Arsenal untuk merebut kejuaraan, Spurs memerlukan 3 mata untuk layak ke UCL dengan persaingan menjadi 4 penjuru ketika ini bersama Liverpool, Mancis dan jugak Villa.Tapi taida yang lebih manis daripada memenangi kejuaraan di WHL yang pernah dibuat dulu ,dan kali ni lebih bermakna sebab dapat hampiri kejuaraan dan pastikan mereka tersungkur dari tempat UCL.

Betemu Wigan pulak bukan calang2, baru2 ini menewaskan Liverpool. Mancis, sedap untuk membuktikan duit bukan segalanya dan meletakkan mereka kembali ke katil tempat mereka bermimpi. Blackburn, samseng2 Big Sam pastinya bersiap sedia untuk memberi ujian fizikal kepada Arsenal dengan ideologi 'Patah dan menang'.Fulham pulak mampu meng'spoil'kan hari terakhir Arsenal jika tidak berhati2.Jadi siapa kata mudah? Dengan selitan match2 penting quarter final UCL dan mungkin Semi UCL, pemain2 perlu memberikan 200% manakala penyokong perlu berdiri serapat2nya di belakang Cesc dan rakan2.Berita baik, Cesc mungkin akan kembali bertemu West Ham minggu ini.

Apa cerita pulak dengan UCL? Calon2 lawan yang mungkin diketemukan adalah Bayern, Man U , Lyon, Inter, CSKA manakala lagi 2 akan ditentukan awal pagi nanti dari Barcelona, Stuggart, Bordeaux, Olympiakos.Undian akan dijalankan Jumaat jam 7 petang waktu Malaysia kalau tidak silap.Dari situ dah dapat tau siapa bakal lawan di semi dan jugak aturan home atau away.Ini pastinya penting dalam percaturan saki baki musim ini.Di peringkat ini aku tidak kisah untuk bertemu mana2 pasukan sekalipun tapi adalah lebih syok, puas dan manis jika kita mendapat big match jika kita ditakdirkan all the way ke final musim ini. Bertemu CSKA pastinya memerlukan tenaga yang double akibat keletihan perjalanan yang jauh.Bertemu team BPL bukanlah satu option tapi tidak jugak boleh ditolak.Bukan apa, seperti kata Clichy, ini kejohanan Eropah, jadi adalah lebih baik dapat merasai menewaskan pasukan dari negara lain tapi jika Man U disajikan jadi biarkan.Mungkin ini peluang untuk kita buktikan kita tidaklah seteruk yang disangka dalam 2 match terdahulu di musim ini.Pada aku , hati kecil ini kuat membisik kita akan mendapat Bayern.

West Ham tetap tumpuan utama.Sementara itu, layanlah temuramah Clichy yang menarik dan jujur ini.


Ahad, 14 Mac 2010

Post Match :Tak De Hull Laaaa


Assalamualaikum dan salam sejahtera fellow Gunners..terlebih dulu..Jogho nak mintak maaf sebab lambat update post match ni..ada masalah kesihatan sket...Jogho dmam n batuk teruk..huhu..berhibernasi lam slimut pon tak kebah2 dmam Jogho ni ha..ape2 pon...tahniah buat pasukan kesayangan kita..2-1 adalah result yang agak bagus untuk game menentang pasukan cam hull ni di stadium dorang..cuma..persembahan tu agak kurang meyakin kan...

Awal permainan..nampak agak seimbang dan kita berjaya meresap tekanan crucial period tu...dan bang...satu gol yang agak cantik dari Arshavin..tapi sayang..ape kan daya..satu gol saje dari beliau smalam..ada 2 3 peluang..tapi ntah ke mana2 di sepak nye..huhu..lepas gol arshavin tu...game nampak 50-50...cuma ntah cam ne la...leh dpt lak skali penalti..peninig gak Jogho pikir..dah la mamat nama panjang lebar tu off side..boleh lak dia gi sendel2 kat Cambell..tup2..penalti..haha..padahal..Cambell tak wat ape pon kot...pas tu ape lagi..gol la dari jimmy bullard rembat penalti bagai nak rak..lepas tu..kita nampak cam longlai..macam tak tau nak wat ape..possesion out..passing2 sloppy..mudah bg pasukan lawan bola yang kita pegang..

pas tu tiba2 lak di boateng ni cari pasal ngan Bendi..dah la tackle pas tu tarik tangan Bendi..pas tu leh lak nak g usap2 muka Bendi..mengamuk la kawan tu..haha..last2..dua2 dapat kad kuning...tapi kan..kad Bendi tu Jogho pelik sket..ape salah dia..haha..nak gaduh kot..tu tak bape syok lagi..lpas kejadian tu...Boateng lagi...g tackle lak Sagna..stud atas lutut tu bai..perhhh...mmg sakit ooo..kena lagi kad..sent off..pas tu baru la kita dpt rentak possesion untuk menyerang..cuma..lawan kita pulak..dah bekumpul lam kotak ramai2..party lam kotak penalti tu..haha..

Smalam gak..game tu nampak sangat kita perlukan kaprten kita Fabregas untuk mencipta peluang2...tapi la kan..Jogho rasa..kalau Fabregas ada smalam pon..susah gak..sbb game mmg tight sangat...smpai ke minit ke 90..tambahan masa 6 minit..mau tak 6 minit...sub dah 5 orang smalam...tu pon makan 3 min kita assume..pas tu kad merah...pas tu player Hull injured kena langgar ngan keta kebal kita (Cambell)...haha..ok la tu 6 minit...fan man u ngan chelsea panas2 je duk komplen2 asal 6 min masa tambahan kat forum Teamtalk.com..haha..budus tul..game dah ada kad merah..pas tu injured..of course la kurang2 5 minit...dalam masa tambahan tu gak kita skalilagi tunjuk kita tak penah putus asa untuk cari gol..biar pon agak kuciwa dah smalam..tetiba abg Denilson kita shootinig...geram agak nye..nak masuk bola lam kotak tak leh2..nak amik hang aku shoot..elok plak dia shoot..tak melambung..tapi syg..stret ke keeper..tapi keeper dorang wat mistake...parry the ball ke tgh2 lak..huhuapemlagi..Bendi yang mmg tengah kelaparan gol..placing je la bola tu..sib baik gol..sekali gus suara serak basah Jogho menjerit Gollllll...(suara demam)...tekejut awek seksi mmu blakang Jogho..hahaha..mmg seksi ooo..haha..kalau GNR ada..sure2 dia dah usha mintak no..haha..


dan last skali..kita menang..huhu..bg penadpat Jogho la..spanjang remaining match pas ni..game cam ni ada 1 lagi...menentang wolves..satu lagi team yang ala2 Hull..cuma dorang attacking sikit je..fizikal tu dah lumrah team2 BPL ni..lagi2 team pertengahan dan ke bwah table..ape2 pon..game lpas ni menentang west ham..fokus setiap game..kita pastu JUARA...insyaallah...jaga2 Diamanti...kena langgar la ko ngan keta kebal kami..haha..ari ni walaupon agak panjang post match dalam keadaan dmam2 ni..Jogho tak rasa nak ulas setiap individu player kita..tak leh nak pikir dah..cuma rating je la Jogho bg..cam biasa....

Rating...
Almunia----7
Sagna------7.5
Clichy------7.5
Vermaelen--8
Cambell----7.5
Denilson----7
Diaby------7.5
Nasri------7
Eboue-----7
Arshavin--7.5
Bendi-----8

Sub.....
Eduardo---7
Walcott----7.3

ape2 pon..tahniah gunners..lagi 3 mata berharga...peace...Come on Gunners..


Sabtu, 13 Mac 2010

Pre Match ; Kasi gegar KC Staidum


Terlebih sudah menerima pujian, harapnya barisan pemain Arsenal tidak akan terbawak2 sehinnga alpa pada pertemuan di KC Stadium menentang Hull City.Nasri dipuji sebagai pemain yang boleh memberi gol dan assist sekaligus, Arshavin sebagai pemain yang mempunyai teknikal yang tinggi, Rosicky sepertimana Arshavin selain berpengalaman juga mempunya daya skill yang baik, Eboue dikatakan menghampiri status 'complete player' kerana versatility manakala Bendi diangkat kerana mempunyai keyakinan diri.Itulah serba sedikit rumusan dari pujian minggu ini. Pertemuan kelima dalam masa 2 tahun dan 4 daripadanya dimenangi Arsenal , tidak lupa jugak bahang2 aksi yang memanaskan game antara kedua2 pasukan.Bagi Wenger, dia tiada masalah dengan Phil Brown dan akan bersalaman tangan di akhir perlawanan.Bagi aku, semakin banyak Phil Brown membuka mulut semakin bertambah meluat aku padanya dan Hunt aka Frodo telah masuk dalam list sebaris bersama managernya.Harap maklum, artikel ini bukan bertujuan hasutan.

Clichy bercakap dalam temuramahnya , kalau Arsenal menang liga tahun ni, pencapaian lebih baik dari skuad invincible memandangkan pasukan Arsenal tahun ni langsung tak diletakkan harapan malah awal musim lagi orang cakap tak masuk top 8 tapi sekarang siapa yang malu?mereka dan keluarga mereka?Tidak..mereka tidak pernah malu dan akan terus mencari alasan untuk menghentam Arsenal, ini sudah jadi umpama satu trend.Tunggulah sehingga Arsenal kembali dibarisi fully Englishmen, barulah akan reda sedikit.Bersabar sahajalah dan biarkan pemain2 membuktikan atas padang.Wenger pulak berkata kita semakin konsisten musim ini kerana tidak lagi terlepas mata2 yang sepatutnya (kecuali Sunderland,West ham dan Burnley)Kekalahan kepada United dan Chelsea dikatakan akibat kurang kematangan manakala tunduk di Mancity kerana pasukan tersebut baru nak up,jadi semangat membalas dendam tu ada lain macam siket tak terbalas Arsenal.9 peralawanan lagi, konsisten, maka gelaran liga mungkin boleh singgah di Emirates May nanti.Apapun kita lihat apa jadi di KC stadium malam nanti.Jangan buat hull.

Hull City menerima tonik apabila mendapat kepulangan Jimmy Yezza Bullard tapi sebab tak berapa nak fit, mereka dibelasah 5-1 oleh Everton minggu sudah.4-5-1 mungkin akan diguna pakai Brown mengekang kreativiti Arsenal.Zaki bertindak sebagai lone striker, Bullard dan Boateng di tengah bersama pemain muda Cairney diapit oleh Hunt dan Fagan.Tapi memandangkan kedudukan mereka di tangga ke 19 sekarang ini mungkin mereka terpaksa nak tak nak kene menang home jadi 4-4-2 menjadi option, venegor boleh dipertimbangkan begitu jugak Cousin.Hanya 6 kemenangan dari 50 match terakhir Arenal berpeluang cerah untuk membawa pulang 3 mata yang diingini jika segalanya mengikut skrip.

Arsenal pulak akan turun tanpa Gallas, Fabregas, Sol dan Sagna akibat kecederaan.Ketiadaan Sagna mungkin tak berapa dirasai memandangkan Hull bukanlah tajam di bahagian serangan dan Eboue boleh mengambil alih dengan cukup baik berdasarkan form semasa.Begitu jugak Samir Nasri yang tengah high sekarang mengambil alih tempat Fabregas.Cuma ketidaan Song akibat penggantungan yang merisaukan , tak lupa CB kita yang akan bergabung malam ini, kedua2nya kaki kiri,suatu yang kurang digemari Wenger.Silvestre dan Mael perlu memastikan kombinasi malam ini tidak senget.Nasri akan bertindak sebagai playmaker link baik punya dengan Arshavin atau Rosicky.Kepantasan Walcott akan menjadi senjata rahsia jika keadaan memerlukan.Serangan pulak Bendi bakal meneruskan buruan gol manakala aku harap Eduardo diberi peluang untuk mengembalikan sentuhan.

-------------Almunia---------------
Eboue-----Silvestre---Mael---Clichy
-------------Diaby------------------
-------Nasri---Ros/Dennyboy--------
----Arshavin--Bendi-----Eduardo------

Jangan lupa saksikan Hull City vs Arsenal HD live di ESPN awal pagi nanti jam 1.25 am.Hull 1-Arsenal 3.

P/S: Aku mungkin akan di luar kawasan liputan untuk tempoh beberapa hari maka kita akan berjumpa kembali pertengahan minggu hadapan.Tapi aku percaya, akan ada saudara Jogho mahupun encik Keseuma dengan Black biri2 nya yang akan membuat post match serta update2 terkini tentang pasukan kebanggaan kita ini.Jumpa lagi, Agi idup agi mengguners!


Khamis, 11 Mac 2010

Post match interview.





Kemenangan besar ke atas Porto datang tepat pada waktunya.Bukan sahaja Bendi ditambah kemegahan diri, tetapi juga Arsenal memperoleh keyakinan untuk meneruskan cabaran tanpa perlu bimbang memikirkan lawan dalam suku akhir nanti.Fokus terhadap pertembungan liga away bertemu hal kembali perlu kembali di benak pemikiran setiap pemain. Tapi tengok gol Nasri berulang kali ni memang tak jemu.serious..


Rabu, 10 Mac 2010

Highlights : Arsenal ke suku akhir


Post Match : High 5 Arsenal

Arsenal melangkah dengan bergaya mengatasi Porto 5-0 (agregat 6-2) untuk ke suku akhir Champions League.Hat-trick daripada Bendi yang melupakan badi Sabtu lalu, world class goal dari Nasri, counter attack Arsenal dan Eboue serta yang paling penting clean sheet! Campbell mendapa sambutan hebat dek kerana home debutnya di Emirates tapi nampak agak sedikit off dalam beberapa situasi pada mulanya.Namun lama kelamaan gandingannya dengan Mael yang begitu mantap dan superb hari ni kembali membina dari setiap minit hinggalah ke akhir perlawanan.

Arsenal memulakan perlawanan dengan mengetahui 1 gol tanpa balas sudah cukup untuk tiket ke pusingan seterusnya bersandarkan kepada kelebihan gol away Campbell. Tapi Arshavin dan Bendi dan rakan2 tak pedulikan semua tu, bermain seperti biasa, tanpa tekanan dan gol tersebut pasti datang. Di akhirnya, separuh masa petama gandingan kedua2 pemain tersebut menghadiahkan kelebihan 2 gol dengan kelegaan nampak di riak wajah Bendi berjaya menyempurnakan peluang yang terhidang.Kalaulah gol pertama tu tak masuk dengan gol yang dah terbuka luas, pasti bertambah beban otak nak memikirkan apa yang tak kena.Arshavin jugak terlepas peluang untuk menjadikannya 3-0 apabila menyepak tinggi bola cantik dari Nasri, sedikit kehambaran teknikal dari Arshavin tapi bila suis dia on balik, pemain Russia ini betul2 menyusahkan pertahanan lawan.Arshavin terlibat dalam 3 gol malam ini,

Separuh masa kedua, Arsenal agak drop sedikit dalam 15 minit pertama.Porto mula mengasak dan mencuba dari segenap sudut tapi takde apa pun yang menggelabahkan Almunia kecuali yang aku ingat tendangan Falcao tepat ke arahnya walaupun fumble tapi berjaya menyelamatkan keadaan hasil pendinding Mael. Eboue dimasukkan mengganti Rosicky untuk memberi kesimbangan defend dan attack.Tak lama selepas itu segalanya bertambah baik buat Arsenal.Sebelum match ni, Wenger beriya2 memuji Nasri sebagai pemain yang smart, control dan drible cun serta semakin meningkat. Dalam tempoh beberapa saat dia membuktikan apa yang Arsenal cakap semua tu adalah benar belaka. Mengutip bola dari luar penjuru kanan kotak penalti, Nasri memperdayakan 3 pemain Porto di celah2 ruang sempit sebelum meledakkan tendangan peluru dari sudut sukar.World class goal tersebut memang pakej lengkap dengan dribbling, skill dan finishing yang mantap.

Belum habis terbawak2 dengan gol indah sebentar tadi, Arsenal menambah kegembiraan penyokong dengan counter attack - ini memang Arsene Wenger syok sangat gol2 macam ni sampai dia pun melompat sekali. Tak sampai 2 minit dari gol Nasri tendangan sudut Porto berjaya dikeluarkan tak silap aku oleh Clichy, Arshavin mengutip bola dari arah kiri, mara ke depan menunggu timing yang baik sebelum melepaskan kepada Eboue . Pemain yang kini kembali menjadi kesayangan ramai menggelecek keeper sebelum menolak bola dengan kaki kirinya, siapa cakap Eboue tak boleh buat macam tu.huhu.Melihat pasukan mereka diratah sedemikan rupa,Bruno Alves dan Hulk pastinya menangis dari dalam walaupun muka bengis. Tidak habis di situ sahaja, last2 minit Arsenal berjaya mendapatkan penalti melalui tidak lain dan tidak bukan, Eboue.Bendi melengkapkan hat-trick pertama dalam kerjaya profesionalnya.Aku tertarik ketika pengulas memperkatakan bahawa bukan sahaja keyakinan Bendi akan bertambah tapi Egonya jugak, malah dia bukannya kurang keyakinan diri tapi usianya yang muda membuatkan segala cakap2 besar dan yakin itu ditafsirkan ego.Melihat mukanya yang mengunyah chewing gum dan buat2 cool, memang orang akan nampak satu kekerekan karakter di situ tapi pedulik apa semua itu jika selagi dia menjaringkan gol dan betul2 bagus di atas padang.Tapi kalau sebaliknya, mungkin ada point.

Ref agak pemurah pada malam ini.Tapi apa-apa pun Arsenal selayakanya menang dan melangkah ke suku akhir UCL. Tahniah kepada para pemain.Fokus kembali kepada anak2 buah Phil Brown.


Selasa, 9 Mac 2010

Pre Match : Cari gol awal, elak bolos.



Akhirnya, Sol Ccampbell akan mendapat 2nd home debut tapi Arsenal terpaksa membayar dengan harga yang lebih mahal apabila disahkan tanpa kehadiran kapten Fabregas.Wenger cuba untuk mempercepatkan pemulihan Fabregas tapi nampaknya tidak sempat bagi pertemuan penting awal pagi nanti bertemu Porto.Alex Song akan kembali setelah tidak bermain akibat pengggantungan domestik.Mungkin itulah salah satu sebab yang diutarakan bakal kapten kita malam ni Almunia, tentang sukarnya mengalih fokus dari BPL ke UCL dan BPL semula kerana kehilangan pemain2 seperti biskut kejap ada kejap takde yang menganngu keseimbangan pasukan.Tapi itulah lumrah bola sepak dan Almunia tidak perlu mengeluh banyak kerana dia sendiri ada kerja lebih besar patut difokuskan, clean sheet malam ni.

Arsenal hanya perlu menang 1-0.Berpandukan situasi bertemu Burnley, aku harap2 benar kita tidak melakukan kesilapan bodoh yang mengundang padah seperti 1st leg,kerana jika bolos, agak sukar untuk Arsenal menjelmakan jaringan walaupun peluang terhidang.Bendi perlu mencari sentuhan boot pinknya, Walcott perlu konsisten sebelum boleh menutup mulut pengkritik, Eduaro perlu lebih tough dan pantas. Tapi bersyukur dengan kehadiran semula Arhsavin dan jaringan entah dari sudut mana hari tu sedikit sebanyak memberi kesan psikologi pada dirinya sendiri lihat sahaja sambutan gol menggilanya.Jadi malam ini jika fizikal menjadi ukuran, Bendi vs Bruno Alvez adalah satu perhitungan yang menarik.

Samir Nasri akan menggantikan role Fabregas.Itulah jaminan Wenger berpandukan aksi menarik dalam match2 kebelakangan ini.Song dan Diaby akan menjadi Bonzer memberi perlindungan kepada si licik ini untuk bergerak serata padang mencipta peluang membuka ruang ataupun burst licik ke atas.Kali terakhir kita bangkit dari ketinggalan daripada kekalahan 1st leg adalah 30 tahun lalu, sangat lama.Boro Primorac yang jadi mangsa ketika itu bersama Hadjuk Split.Harap malam ni badi itu akan berakhir.

-------------Almunia-----------------
Sagna-----Campbell--Mael------Clichy
--------------Song------------------
---------Diaby-----Nasri------------
----Walcott----Bendi----Arshavin-----

Sub: Rosicky Eduardo Eboue

Porto tewas dalam kesemua 6 lawatan yang pernah dibuat ke London termasuklah kekalahan 4-0 keapda Arsenal september 2008.Tapi bagi pengurus mereka Jesualdo Ferreira ,setiap perkara ada 'kali pertamanya'. Jadi daripada dia berhasrat memasang impian kali pertamanya mereka menewaskan Arsenal dalam saingan kalah mati, sepertimana sejarah yang diukir rejim Mourinho di old trafford, adalah lebih baik bagi Arsenal untuk menewaskan mereka untuk kesekian kalinya seperti skrip2 biasa sebelum ini.


Astro 812 3:40 am.Arsenal 2 - Porto 0


Isnin, 8 Mac 2010

Highlights : Walcott selamatkan Bendi


Ahad, 7 Mac 2010

Post Match : 3 mata berharga....


Assalamualaikum dan salam sejahtera smua fellow Gooners..huhu..3 mata berharga smalam telah kita miliki..tinggal 9 game lagi dalam BPL musim ni..adakah kita boleh menjadi juara musim ni..insyaallah..boleh...game smalam tak de la seberapa special sangat...gol pon tak banyak...tapi 3 mata yang paling penting..3 mata ni la yang memberikan tekanan kpada rival kita untuk meneruskan perjalanan liga musim ni..ape2 pon..tahniah buat player kita..best jugak la game smalam..walaupon lawan kita ni berada di tangga 2 terbawah..tapi msti di ingat..setiap pasukan dalam BPL...beza quality nye antara pasukan lain sikit je..so..lebih kurang je semua..pasukan bawahan pon boleh mengejutkan juara..Burnley ni jugak la pernah mengalahkan Man Utd di awal musim..hehe..lawam kat turf moore susah sket..kadaan stadium nye..dan padang nye agak sempit...tapi lawan kat emirates..best la..hehe.

ok la..kita mulakan sedikit sbanyak game smalam..resut nye..3-1..semua dah tau la kan...tapi memang betul..kita mungkin boleh menang dengan 8 gol kot smalam..tapi ape kan daya..bukan malam Bendi..memang banyak gak la peluang..tapi tak gol..hehe..garu2 kepala gak la Jogho semalam..gol kurang..tapi posession kita cam biasa la..70% kot smalam..dalam game smalam..bg Jogho la..Bendi tak score tu bukan berita buruk sangat..ada satu lagi berita buruk..Captain kita..Fabregas..ada masalah hamstring..tak tau lagi leh main game porto ke tak..kita kena tgu la berita dari Wenger..Wenger ckp...game porto nanti..kemungkinan besar kita akan test dan tgk result Fabregas fit ke tak last2 minit..dengan harapan..dapat main la..tapi kalau kena rehat..baik rehat...banyak lagi game penting lepas ni..tak de beliau pon..Jogho rasa boleh dapat 2 gol..insyallah..

Cam biasa la..kita ke individual assesment..hehe..Almunia kita..ermm..tak banyak nak kata..sebab ada 2 3 serangan lawan je..cuma gol dia lepas tu..bagi Jogho la..bukan salah dia..Salah defence sebenar nye..lambat push up..cuba kalau dua center half kita tu push up cpat2 sket..sure bola tu off side...so tak de ape2 nak salahkan beliau..lagi pon..bola lob cam tu..mmg susah la nak save..hehe..lemas oo..sape2 yang jadi keeper..tau la..Jogho pon ada gak la pengalaman jadi keeper..hehe..memang lemas nak mati la bola cam tu..

right back kita..Eboue..satu lagi persembahan menarik...dengen gentelan beliau..defending task pon agak ok..walaupon tak banyak serangan kat sebelah kanan..overall..persembahan baik..ledt back kita..Clichy..ermm...betul kot sesetengah fan cakap Clichy bagus serang..tapi defend kurang..serangan dia mmg mantap..overlap tak hengat punye..tapi defend agak kurang...2 kali Jogho detect smalam..perkara yang sama..cuma pihak lawan tak dapat gol je..2 kali dia terburu2 untuk challange or tackle player..akibat nye..player lawan dapat beat...sib baik tak jadi ape2..huhu...salah satu benda penting dalam defendinig ialah...delay player lawan..bila delay..player lawan tak leh nak masuk..so..last2..dia terpakasa bg bola kat team mate dia..so ada chance kita leh dapatkan bola lagi..tapi..bila kita terburu2 masuk challange..kate kan la..player lawan leh beat..haha..mati le...nak kejar balik..hehe...kalau player paling malas cam Berbatov..haha..mamti 3 kali idup smula pon tak kejar dah..haha..so kena hati2 abang clichy..haha..padahal muda dari Jogho..hehe

seterus nye..dua center half kita..tak de nak kate banyak pon..cuma silap tak push up masa gol lawan tu je la..lain2 ok je...Mael..cam biasa la..signing of the season kot..stakat ni la...center half paling compose...Jogho rasa Mael la...Suka je tgk dia dribble...passinig...kadang2 naik ke atas..hehe..bukan nak kate la...tapi lebih berquality dari Toure kot..atas sket dari Vidic rasa nye..power2..hehe..ape2 pon...salute Mael...

Smalam..Denilson kot jadi DM kita...hehe..ok je..tak de la cam Song..tapi bg Jogho..ok persembahan beliau..tak banyakk yang nak di kate kan..tak kena kutuk kat shoutbox tu..kira ok la tu kan..hahaha...Capitan kita..fabregas...cam biasa la..walaupon kejap je main..tapi superb..satu gol yang cantik...menyelusup masuk dalam kawasan gol lawan..hehe..17 gol season ni untuk Fabregas...dan akan ada lagi...insyaallah..harap cepat sembuh...

pasangan Fabregas smalam..Abg Nasri..phew....superb..marbeles...huhu..dribble nye...masyuk..tricky comentator ckp..wenger pon ckp...passing dah makin marbeles si Nasri kita ni..work rate..masyuk..semngat je tgk dia main..keganasan pon dah makin ganas..haha..dah 2 3 game Jogho tgk kebaranan beliau..hehe...baik untuk team...mentang2 la kita ni tak de fizikal sangat kan...geram gak orang duk sepak2 player kita..nah..ambik ko..jadi ganas terus Nasri..hehe..Assist yang sangat masyuk..salute...hehe..Ke kiri padang..Rosicky...menarik gak pesembahan beliau...banyak swap dengan Nasri mencari ruang nak masuk dalam kotak penalti lawan..good perfomance..

ke kanan padang...Walcott kita..selepas di kritik hebat...ada ke kritik orang tak de otak..bodoh tul yang tukang kritik tu..haha..amik ko..dia dah bagi..balas ape yang di kritik..dia ni potensi besar...cuma baru baik dari injured...konfiden level tu kurang..lama2...naik la konfiden tu...cuma perlu masa je..si Cox smalam tak leh wat ape beb...Jogho nak sangat tgk kalau Evra macam Cox smalam..haha..kena titik ngan Walcott berulang kali..Delivery pon dah makin ok..memang ada yang tak ok..tapi biasa la tu..tengah2 lari laju2..nak cross..memang susah...msti ada yang tunggang langgang nye skali dua kan..semangat pon semangat smalam si Walcott ni..nak blas kritikan kan..satu gol dari beliau...bengang2 sangat bagi Bendi tak gol2..haha.amik ko..dia shoot sndiri...

Ke striker kita..huhu..Si Bendi...smalam dia tak de luck je...dia bukan tak leh score..boleh..kalau tak leh...tak de nye game lpas dia score...2 kali lak tu..pas tu ngan Denmark..score gak..cuma smalam..tak de luck..orang putih ckp..YIPS...contoh cam ni la..korang dah buat abis baik dah...tapi tak dpt2..sebelum ni dapat je..tapi kali ni tak dpt..tu name nye yips..yips ni gak la boleh meruntuh kan konfiden..so kalau dah tak konfden..wat la ape2 pon..tak jadi nye..smalam..highligh nye pesembahan Bendi ni kat finishing dia..tapi kita tak nampak yang benda baik dia buat...walaupon dia tak score2 smalam..tapi dia cuba lagi..smpai abis..tak nampak moral nye runtuh...tu yang kita nak..cuba lagi...tak dapat tak be..buat balik...lama2..dapat la..itu philosophy dalam Arsenal..kesabaran..lama2..dapat la...tak dapat ari ni..mungkin dapat masa game lawam spurs ke..man city ke kan...kita tgu dari beliau..sabar tu separuh dari iman..hehe..

Cam biasa la..rating player bg Jogho..hehe

Almunia-------7
Clichy---------7.5
Eboue---------7.5
Vermaelen----7.5
Silvestre------7
Denilson------7
Fabregas-----8
Nasri--------8
Walcott------8.5
Rosicky------7.5
Bendi--------7.3

Sub
Diaby------7
Arshavin---8
Eduardo---7

Gol sebijik dari Arshavin kita..dalam senyap2 nak lengah2 kan masa..tup2..boom sbijik lagi..hehe..lame tak tgk dia celebrate cam tu..rambut pon ala2 militan je..haha..ape2 pon..skarang ni..kita masih lagi mengejar takhta liga..dan insyaallah..boleh kita juara..kekalkan konsistensi ni..lpas ni lawan porto..menang 2-0 pon dah ok bg Jogho...clean sheet..cuba sedaya upaya nak elak gol kita di bolosi lawan..ni penting...Peace..Come On Gunners....