Jumaat, 26 Mac 2010

St Andrews- Dulu, kini, esok..

Mengimbau kembali tragedi di St Andrews yang dikatakan titik tolak kemunduran Arsenal dalam saingan liga 07/08, Wenger segera menafikan.

“We did not lose the championship at Birmingham.”
Jika anda masih samar2, biarkan aku imbas kembali rumusan perlawanan bersejarah itu. Pada hari tersebut, di depan mata kita semua Eduardo telah mengalami insiden yang amat dasyat walaupun baru 3 minit di atas padang.Wenger, pemain, fan , pengulas semua terkejut macam nampak hantu, sedih , kecewa.Tambah parah, mereka mendahului melalui free kick. Tak cukup dengan itu 2 gol debut Walcott dalam liga dipadamkan begitu sahaja oleh kealpaan Clichy yang membuatkan ref senang menghadiahkan penalti yang bukan penalt di minit2 akhir perlawanan.Seri 2-2, Billy Galas yang dalam keadaan jiwa serabut enggan bersama2 berharap penalti itu tak masuk memilih untuk meracau dan menjauhkan diri kerana tidak dapat menerima kecuaian rakan2 sepasukannya yang tidak fokus.Frust menonggeng, Gallas menangis kekecewaan seorang diri di tengah padang sebelum dipujuk Wenger.

Kata orang bermula dari situ, empayar Arsenal bakal 'roboh' dan ia tidak mengambil masa yang lama untuk menjelmakannya menjadi realiti. Kerana selepas itu memang nasib tidak menyebelahi kita dengan beberapa keputusan yang di luar jangkaan dan serangan bertubi2 tanpa henti kepada Gallas sehinggalah kemuncaknya ia berakhir pertengahan musim berikutnya, Gallas dipecat.'Mereka' berpuas hati, Wenger terpaksa melakukan pengorbanan besar yang berisiko tapi nyata berbaloi.

Tapi bagi Wenger yang tinggal hanyalah sejarah.Memang dari segi psikologi St Andrews ada kaitan rapat dengan kejatuhan Arsenal musim tersebut tapi bagi Le Prof ia lebih kepada maslah kecederaan, dan pemain yang tidak fokus akibat memikirkan kontrak yang bakal berakhir akhir musim.Hleb Gilberto Flamini meninggalkan kem Arsenal summer itu. Wenger percaya skuad 2010 ini telah cukup matang dalam menyeraap tekanan.Buktinya adalah tragedi Britania, pemain2 tak mudah terperangkap, berjuang bermati-matian hingga wisel penamat. Nak diperkuatkan lagi point Wenger, kita tampak lebih baik dalam menghadapi skuad2 bawahan dan pertengahan,suatu yang wajib dilakukan jika ingin terlibat dalam pertabalan juara liga.

Makanya, pelawanan menentang Birmingham esok tak akan diambil mudah malah boleh dikatakan lebih penting dari Barcelona.Wenger menegaskan buat apa nak rest2kan player semata2 terlalu hormat kepada Barca, sia2lah perjuangan menggila bagai nak mati jika perlawanan sepenting ini dipandang enteng.Oleh itu Campbell akan mendapat jaminan mengawal benteng. Apa yang dipikirkan adlah 90++ minit esok dan minit2 selepas itu boleh dipikirkan lain melihat situasi semasa selepas itu.Kata2 bahawa Campbell tak cukup fit untuk 2 match dalam 3 hari bukan lagi persoalan bagi Le Prof.Dia tahu pemain2nya dah cukup matang dan berpengalaman dan mampu menyiapkan diri fizikal dan mental.Isu mental Arshavin jugak ditolak tepi kerana apa yang digembar gemburkan media hanyalah petikan2 ayat dari interview2 yang telah lama basi.Bijak dan nakal kerja tangan2 ghaib ini.

Posisi CB yang menjadi teka teki telah dijawab dengan pengisian Song.Campbell dan Song akan sekali lagi bergandingan dan Silvestre menjadi backup.Biarpun Gallas telah kembali menjalani latihan tapi adalh risiko besar untuk menurunkannya sekalipun dalam perlawanan menentang Barca 1st leg.Wolves mungkin adalah tarikh yang baik untuk kembali beraksi.Khabar2 angin menganggap Gallas sengaja tidak dibiarkan beraksi keran rundingan kontraknya menemui jalan buntu dan boleh menganggu fokus.Pada aku semua itu tipu, Gallas seorang yang cukup profesional untuk dipercayai.Lihat bagaimana persembahan dan comebacknya setelah dilucutkan jawatan.DImalukan media, dihentam bertubi,malah tak sekepala dengan segelintir rakan/bekas rakan sepasukan, jika Gallas nak blah, da dah boleh lama meninggalkan Arsenal.Tapi dia memilih untuk kekal berjuang smabil menghormati kontrak jadi tidak timbul soal Gallas tidak ambil peduli tapi lain pulak cerita 'nak score own goal' ketika di Chelsea, itu aku tak nak komen.Berita kecederaan Bendi yang kemudian dianggap 'ok' untuk match bertemuu Brummie telah ditambah gulanya dengan berita kepulangan RVP ke kem Arsenal.Seperti Gallas, RVP memakan masa 3 - 4 minggu untuk kembali tajam, fit. Walaupun terkenal dengan magic2 yang dihasilkan oleh RVP, Wenger menasihatkan agar jangan terlalu mengharapkan keajaiban berlaku daripada pemain yang tak pernah sempat mencapai kemuncak prestasi akibat masalah kecederaan yang muncul setiap kali dia sedang meletup .

P/S : Sanchez Watt dinomadkan.Kali ini dia akan menyertai Leeds United hinga akhir musim sesudah sebulan di Southend United.


0 ulasan: