Sememangnya Wenger tidak mahu sejarah lama diungkit2 kembali bagi menghormati emosi Eduardo.Begitu jugak Cesc Fabregas,kapten Arsenal yang menyatakan ada misi lebih penting dari membalas dendam iaitu memenangi kejuaraan liga.Oleh sebab kita gagal memenuhi janji memenangi liga buat Eduardo selepas tragedi itu musim tersebut, maka kita mempunyai peluang yang sangat2 terbuka ketika ini untuk menunaikannya, kali ini untuk Eduardo dan Ramsey.Itulah sebabnya Wenger tidak memilih antara Champions League dan Premier League kerana jauh di sudut hati, kita tahu peluang sebenarnya lebih terbuka dan cerah dalam kejuaraan liga berbanding kalah mati yang apa2 boleh berlaku.Dan penetapan match di St Andrews ini bagai telah dirancang, mungkin jodoh, kerana semusim lalu sedang Eduardo masih lagi struggle dalam menjalani rehab, Birmingham terpaksa bertarung dalam Championship untuk muncul kembali ke BPL.Dan malam ini, kedua2 pihak berpeluang bertemu kembali.Cuma watak the main culprit pada malam itu Martin Taylor kini hanya tinggal nama setelah berpindah ke Watford January lalu.Wenger menyeru agar tidak kedengaran lagu2 Martin Taylor dari pihak Brummies kerana ia hanya menunjukkan kebodohan dan kerendahan akhlak humanisasi mereka.
Ada suara2 nakal datang dari penyokong Arsenal sendiri yang kecewa dengan persembahan Eduardo malah memberi cadangan agar dijualkan sahaja kerana bagi mereka Eduardo telah expired dan tak berguna lagi. Sejujurnya, aku tak tahu apa yang mereka merapu sesungguhnya mungkin mereka ini tidak memahami perasaan dan pengalaman sukar Dudu. Berilah masa dan peluang.Lihat bagaimana dia comeback ketika bertemu Cardiff dengan 2 gol, pada ketika itu ramai bersorak mengatakan 'dia telah kembali!' tapi bila sekarang ni dia sedikit off, maka mereka2 ini menggelupur tak tentu pasal. Memang benar setelah insiden Celtic, sedikit sebanyak menganggu proses pemulihannya dengan konsentrasi agak terganngu.Pembedahan kedua di akhir musim dan kecederaan susulan jugak tidak membantu terutama setelah dikeluarkan di Villa Park.Tapi tugas striker yang hebat bukan hanyalah menjaringkan gol semata2 tapi jugak pandai mencipta ruang, mencipta peluang dan link up play yang baik dengan rakan2 sepasukan.Tidak ingatkah half volley menentang Burnley, changed of pace in one space ketika bertemu Pompey, set up untuk Merida dan Fabregas bertemu Bolton, back flip untuk Arshavin yang melorong kepada Diaby dalam counter ketika menentang Akmaar, tandukan cantik menentang West Ham, set up untuk Denilson menentang Everton.Itu hanyalah sebagahaian sahaja.Itu semua bukan kebetulan.Dan kali ini aku berpihak di sebelah Wenger, aku percaya seperti Le Prof cakap Eduardo masih lagi dalam perjalanan membina kerjayanya semula dan apa yang diperlukan hanyaalah beberapa jumlah match untuk menaikkan moral serta keyakinan diri.JAdi aku berharap jika Arsenal ditakdirkan menang malam ini , salah satu jaringan adalah milik Eduardo bagi menutup mulut pengkritiknya yang tidak paham erti kesabaran.
Anak buah alex mcleish telah berada di kedudukan luar jangkaan musim ini ketika para pemerhati meramalkan mereka akan bergelut dalam zon penyingkiran.Dengan mencapai 40 mata ke atas pada ketika ini dan Saingan slot Eropah nampak sukar, maka Birmingham kini termasuk dalam pasukan2 yang tidak apa perlu dirisaukan bagi meraka cuma memikirkan untuk terus konsisten dan improve untuk musim depan.Tapi jangna dianggap mereka akan mengambil mudah perlawanan malam ini.Ini kerana United dan Chelsea juga gagal membawa pulang 3 mata penuh dari St Andrews dan jika berjaaya menghalang Arsenal malam nanti, merka akan mencipta larian rekod tanpa kalah terbanyak dalam tempoh 36 tahun.Kelebihan fizikal buat Arsenal apabila mereka dipaksa berjuang pertengahan minggu dan dari segi psikologi pastinya lebih terancam akibat kekalahan kepada Blackburn.
Bagi Arsenal pula, tanpa khidmat Mael yang digantung, Gallas yang cedera sedikit pertukaran strategi pasti dilakukan. Arsene Wenger berkata "apa rehat2?!" dia akan menurunkan Sol Campbell.Ketika Mael diperintah keluar padang minggu lalau, Wenger memberi peluang Song untuk mengawasi benteng bersama2 Campbell dan mereka berdua menjalankan tugas dengan cukup baik.Wenger jugak menmasukkan Sagna bagi tujuan lebih berwaspada manakala Eboue dinaikkan membantu bahagian tengah hasilnya larian direct mengucar-ngacirkan pertahanan lawan.Itulah yang menjadi persoalan malam ini, apakah berntuk back 4 yang akan diturunkan Wenger dalam perlawanan sepenting ini.Adakah Song dikorbankan dari posisi sedapnya DM, atau Wenger memberi peluang kepada Silvestre bergandingan bersama Campbell dalam melayan McFaden , Jerome serta Benitez. Adakah Diaby digandingkan bersama Denilson yang memberikan persembahan menarik dan baik ketika bertemu West Ham minggu lalu?Atau Eboue terus diberi kepercayaan.Bendi dikhabarkan ok tapi belum cukup untuk menjamin tempat dalam kesebelasan utama kerana Wenger pastinya menurunkan pemain yang benar2 fit.Arshavin juga dalam blog peribadinya melahirkan rasa kepenatan dan nampak semacam perlu sedikit rehat, tapi bukan saat genting ini Arsh! Aku ingin melihat Walcott diberi lebih peluang menggunakan pacenya pasti pertahanan Brummie terkontang kanting.Bagaimana pula dengan Rosicky, Nasri dan Eduardo..Sesungguhnya Arsene Wenger punyai banyak pilihan jika keseluruhan skuad Arsenal available. Aku tidak tahu siapa pilihan Wenger ketika ini tapi aku menjangkakan :
---------------Almunia-------------
Eboue-----Campbell--Song---Clichy
---------------Denilson-------------
--------Fabregas-------Diaby--------
--Walcott------Arshavin----Nasri----
Sub : Bendi, Dudu, Rosicky
atau
------------Almunia----------------
Sagna---Sol-----Silvester----Clichy
-------------Song-----------------
------Fabegas------Diaby---------
--Rosicky---Eduardo--Arshavin--- / Nasri ---Bendi---Arsh
Ok, aku pun tak nampak sebenarnya.Huhu..kita tunggu sahaja malam ino formasi apa yang akan diguna pakai oleh Le Prof.yang penting sesiapa sahaja pun yang diturunkan wajib berpeluh masam hingga memperoleh 3 mata yang diidam- idamkan.Astro Star Sports 813 10:55pm. Brummiie-1 Arsenal 3.
0 ulasan:
Catat Ulasan