Selasa, 21 Februari 2017

Sotong Goreng Tepung..

Salam perpaduan semua..

Ya, kita sudah beroleh kemenangan menentang sotong goreng tepung walaupun walcott atau arsenal lupa nak bertukar kain logo (menda apa tah yg ada logo pada kain tu). Natijahnya, arsenal dikecam bak zionis oleh media-media pro MANU, CHELSEA, LIVERPOOL, DAN TEAM LAIN SELAIN ARSENAL.

Walau apa pun yang dikatakan, kita sudah beroleh semula kemenangan 2-0. Ini membuktikan Arsenal masih mempunyai harapan untuk beroleh piala musim ini. Justeru itu, marilah kita bersama-sama terus menyokong tema sedia ada. Goal Lucas yang di kentut oleh walcott memamng awesome..



Isnin, 20 Februari 2017

The Return Of "MakHangpa"

As-Salam semua,

Salam satu "MakHangpa"

Nampaknya agak lama blog ini menyepi..dengan kemunculan media-media social yang baru, rata-rata orang semakin melupakan konsep blog. Namun, bukanlah ini topik "makhangpa" yang akan diketengahkan.

Umum sedia maklum prestasi Arsenal yang sejak kebelakangan ini terkebelakang "makdia"..Sesungguhnya, adalah menjadi stress tahap "makhangpa" mengenangkan prestasi pasang surut ini. Umpama Angin pasang surut yang memerlukan rawatan, sememangnya Arsenal kini dilanda musibah atau kecelakaan. Dengan berita-berita perpindahan yang bakal terjadi dek kerana merajok "makdepa" pada Wenger, ini semestinya tidak mendatangkan keuntungan pada mana-mana pihak termasuklah pihak KWSP, KWAP, PERKESO, LHDN, dan Zakat Wilayah.

Menentang Sutton (nama lain bagi setan "makdia") malam ini bakal menunjukkan adakah squad meriam marsani ini masih relevan. Adakah taktikal Wenger akan terus meWenger-ikan..Sama-sama kita nantikan. Yang penting, tudung pena sudah dibuka. Nantikan lagi coretan-coretan mendatang untuk kepuasan "makhangpa", "makdia", dan "makaliham"..

Sekian...