Rabu, 15 Mei 2013

Highlights : Arsenal 4 Wigan 1

Malam yang nervous tapi melegakan akhirnya. Mana tak nya, lepas selesa mendahului dengan sebijik gol awal free header Podolski, urgency yang kita cari tak datang2, create chances pun kurang. Itu membuatkan Wigan kembali positif dan rasa mampu untuk mendapatkan sesuatu. Foul yang tidak perlu banyak dilakukan ketika saat2 kita perlu fokus namun keputusan Mike Dean bagi free kick against Arteta pun agak harsh. Pemain kelahiran Malaysia Maloney gua dah bajet memang akan mendatangkan masalah ketika setpieces, memang makanan dia. Masa 1-1 gua resah gelisah, sejujurnya tak senang duduk di pagi buta.

Kita mengatasi kegusaran dengan menggunakan downfall Wigan di separuh masa kedua yang jelas clueless dan tak mampu bangkit setelah gol Theo Walcott. Gua berpuas hati dengan display Theo yang dalam interviewnya berani mengambil initiative sendiri untuk bertukar ke arah central role mencari ruang menggunakan kepantasan yang ada. Lepas tu kita dah tak toleh belakang. Wigan makin fatigue, Roberto Martinez hopeless melihat teamnya bakal tersungkur ke Championship setelah 8 tahun berkelana di Top flight division. Podolski menambah gol kedua peribadi dengan mengoptimakan kesilapan defend Wigan. Dan Rambo, adalah Rosicky kita musim lepas, dia bangkit memberi satu lagi persembahan yang boleh dikatakan ok tapi golnya dari sudut sukar pasti tambah konfiden. Joel sendiri tak jangka, tapi kalau tak masuk dan katakan Kita tengah kemaruk nak cari gol, memang Theo dan Podolski yang ada kat tengah tu menyirap jek..Dan menariknya semua gol tersebut mendapat sentuhan assist anti Cazorla!! MOTM semalam.

Selamat tinggal Wigan. Terimakasih kerana mewarnai saingan BPL dengan corak positif attacking football.Cuma kali ini dah tibalah masanya untuk mereka turun.Kemenangan FA cup terpaksa dibayar dengan harga yang tinggi. Apapun seperti Arsenal, mereka sudah layak beraksi di Eropah musim depan. Untuk Arsenal pula, hujung minggu ni tugas besar menanti. Menang ke atas Newcastle (nak selamat beza 2 gol) manakala Chelsea gagal menang ke atas Everton, kita akan layak secara automatik menduduki tempat ketiga. Inilah kesempatan yang ada, Newcastle takde apa lagi nak main, kita dah tolong relegate kan Wigan, mereka sudah selamat. Malah dengarnya ramai player2 utama mereka dihimpit kecederaan.Alan Pardew pun dengan bengap pernah mengeluarkan statement dia tak kisah final game ni kalah 4-0 apabila menghentam Tauke Kelab mereka Mike Ashley atas kegagalan Newcastle mencabar musim ini. Ayuh Arsenal! Totteringham day 19 May 2013!

Agi idup agi mengGunners!








Selasa, 14 Mei 2013

2 'Final' Arsenal : COYG!!

Agak terlalu lama away, musim PRU -bukanlah sibuk berkempen,tak ade kaitan - walhal Arsenal lebih memerlukan kemenangan ketika ini berbanding parti2 politik tersebut kerana 2 game yang tinggal ini hidup mati Arsenal, maruah untuk tidak tunduk di bawah Spuds kini are on the line! 2 tiga minggu ini ini banyak yang berlaku, dan banyak emosi yang terganggu, tersentuh tapi bagi Arsenal,segala yang berlaku memperjelaskan lagi bagaimana cabaran laluan yang kita bakal harungi untuk menempah slot ke UCL mengekalkan rekod 17 tahun berturut2. Kita gagal mengutip mata ke atas United, dan berjaya mencuri kemenangan 'malas' melalui gol tunggal awal Theo di QPR sebelum kita duduk dan lihat menanti apa yang berlaku di sekeliling kita.

Mari gua menyentuh tentang pesaing kita Chelsea Dan Spuds. Masing2 telah melakukan kerja mereka untuk terus memberi asakan hingga memaksa 2 perlawanan Arsenal selepas ini menjadi wajib menang.2 'final' buat Arsenal.Lucky Bastard Spuds menundukkan Soton dalam 10 minit terakhir, begitu jugak malam tadi mereka memperoleh kemenangan ke atas Stokes ketika seri seakan pasti menceriakan kem kita. Chelsea peroleh kemenangan ke atas United-ini suatu yang paling membengkekkan, membuka ruang mereka sebagai favorite untuk layak- dan kemudian mereka menang ke atas Villa. Sebelum itu, kedua2 mereka, Chelsea dan Spuds , seperti diduga memberi outcome yang terbaik buat Arsenal apabila bertemu sesama sendiri , seri 2-2 di perntengahan minggu sudah. Di atas kertas Situasi ni meninggalkan hanya kita dan Spuds berebut satu lagi slot kerana jumlah jaringan membuatkan mustahil Spuds mampu memintas Chelsea. Kita tersepit? Tidak senegatif itu kerana , masa depan Arsenal ditentukan oleh tangan kita sendiri.

Hujungg minggu lepas, kita terpaksa pause sekejap kerana lawan kita Wigan Athletic terlibat dalam game terbesar dalam sejarah kelab mereka, FA Cup final dan mereka berjaya mencipta sejarah untuk memenanginya dengan penuh bergaya, memalukan Roberto ManCity. Bola Sepak sekali lagi memberi excitement apabila pasukan underdog mampu mencipta fairy tale. Jadi dalam perjalanan kita ke UCL, expect the unexpected. Apa2 boleh jadi, begitu juga pada Spuds, apa2 boleh jadi jangan ingat main home Di Sunderland boleh menang free2. Arsenal kena bertandang away ke Newcastle, Chelsea akan melayan kunjungan terakhir Moyes dalam pasukan Everton. Jadi kita ada big say dalam relegation battle jugak.Andai kata kita menumpaskan Wigan awal pagi nanti, maka secara automatik Newcastle, Sunderland dan lain2 sperti Stoke dan Villa akan selamat. Pressure yang mungkin kita hadapi di Newcastle berkurang sedikit, begitu jugak bagi Sunderland yang seakan pasti akan dianggap bermain sambil lewa di WHL last day nanti. Gua mengharap kegilaan dan passion Paulo DI Canio tak berakhir kat situ saja malah ditunjukkan kepada Spuds. Tapi jika kita tak menang pulak dengan Wigan awal pagi nanti, memang cari nahas! Sunderland mungkin bermatian, itu baik untuk kita tapi jangan lupa rival mereka Newcastle, tuan rumah last day kita nanti akan jugak main sampai habis keluar peluh keringat masam! Kesimpulannya jangan pedulikan apekelandak yang berlaku. Tugas kita hanya MENANG dan MENANG!


Menang dikaitkan dengan Winning mentality. berat atau tidak, kita terpaksa mengakui subjek itu yang membezakan antara 2 nama hebat dalam bola sepak  Inggeris. Alex Ferguson dan Arsene Wenger. Kedua2 tokoh otai ini sering menjadi tumpuan media dan seluruh dunia dengan cara yang berbebeza. Dan tempoh hari penguguman rasmi serta sambutan persaraan bagi seorang tokoh yang menjengkelkan namun harus dihormati oleh lawan pastinya memberi impak pandangan umum ke atas Arsene Wenger. Beliau meninggalkan legacy nya di United dengan 13 kejuaraan liga,suatu yang sukar ditandingi oleh mana2 pengurus sebuah pasukan bola sepak.

Bagi Wenger sendiri yang mula berkecimpung dengan arena bola sepak Inggeris ini setelah sedekad Fergie bertapak pun, pencapaian dari segi kejuaraan jauh untuk dibandingkan.Tapi Pengurus paling berjaya dan paling lama setakat ini di Arsenal mempunyai watak , karisma dan prinsip tersendiri.Bukan asing bagi kita tapi tak perlu aku coretkan tentang falsafah, kejayaan lampau, kebanggan, kedegilan juga 'kesombongan' nya memperjuangkan so called self sustained modelnya. Kadang kala anda rasa faham akan perangainya, kadang kala anda geram. Jadi selagi dia masih ada di sini, dia sahajalah untuk kita bergantung harap, hargailah dia walau kadang kala memeritkan kerana Board Arsenal sangat berbeza dengan lain2 BOD, keuntungan di sebalik nama stability menjadi agenda utama.Wenger takkan dipecat sehinggalah tamat kontraknya melainkan dia sendiri yang merasakan sudah tiba masanya angin perubahan berlaku. Namun begitu dengan berita terbaru Roberto Mancini dipecat, Rafa sah menginggalkan Chelsea di hujung musim, Fergie tidak lagi mengunyah chewinggum yang sama setiap match, maka mungkin ini kali, Wenger merasakan musim depan dia ada peluang besar, siapa tahu.

I believe in stability. We have rebuilt the team and since January we have certainly done very well if you look at the number of points we have taken compared to the other teams. We have created a good basis and that stability can help us start strongly next season.

Last year we made 70 points and finished third. This year, we can make 73 points and finish 4th so what you want to do is have a consistency and fight for the championship. What I said is the minimum required. You could see that when Chelsea's Champions League position was under threat, they came out quickly and said 'no, what is most important for us is to be in the Champions League next year
Sebelum berbicara tentang musim depan adalah lebih bagus kiranya Arsenal menumpukan pada dua perlawanan akhir ini yang menentukan maruah serta sambutan hari Totteringham Day. Di laman sendiri,Menentang Juara baru Piala FA yang tengah bergelut untuk keluar dari zon penyingkiran, besar halangan yang mampu dibayangkan. Tapi semua player telah diberitahu fit termasuk Gibbs dan Fabianski, ketepikan Diaby. Arsenal mengharapkan penguasaan di bahagian midfield dengan longgokan Cazorla, Rosicky,Arteta, Rambo serta kadangkala Podolski dan Theo bergilir ambil posisi atas. Mana Wilshere? hard to say tapi buat masa ini dia belum kembali ke form yang sepatutnya malah line up tadi merupakan terbaik yang kita ada dan konsisten setakat ini. Hanya drop point ketika bertemu United dan Everton dan awas! itu berlaku di gelanggan sendiri. Lagipun selain kebijakan Rosicky mengumpan2 bola serta larian yang membuka ruang, Rambo jugak kelihatan rejuvenated, dan mula mendapat rentak apabila dia dipilih selaku Player of the month buat Arsenal.com. Defend kita jugak semakin improved dengan gandingan CB mertesacker dan Koscielny jadi belum ada sebab untuk break partnership itu sekrg. Cuma Sagna kelihatan up and down tak konsisten ketika diperlukan.Kita memerlkuan pengalamannya di saat2 getir sebegini.

Siapapun yang diberi kepercayaan untuk turun harus menggalas cabaran , haruslah bermatian supaya tak dikenang sebagai salah satu batch yang gagal mencapai minima target.Bukanlah berakhirnya dunia jika tidak layak Champions League pun cuma kepentingan utama di sini adalah pride dan membalas harapan serta jasa para gooners setia selari dengan meletakkan Arsenal berada di tempat sepatutnya.Kedudukan Arsenal hari ini menentukan status Arsenal untuk keesokan harinya begitu juga tapak yang kita sediakan musim ini akan menentukan corak landasan Arsenal bagi masa hadapan. COYG!

Arsenal 3 Wigan 0. Astro 2.45 am

Agi idup agi mengGunners!!


Ahad, 28 April 2013

4 more games for top 4

Arsenal3418973063
Chelsea3318873162
Tottenham3418881762

Pada ketika artikel ini ditulis, begitulah kedudukan liga bagi Arsenal. Kita drop 2 points yang sangat berharga di laman sendiri bertemu Everton ketika masing2 kebuntuan mencipt ajaringan, kemudian bertuah memungut tiga mata walaupun winning ugly ke atas 10 men Fulham hasil jaringan Per Mertesacker. Hanya masa yang menentukan sebenarnya adakah 1 mata ketika bertemu Everton sudah cukup,ternyata nasib masih menyebelahi kita. Spuds yang tibe2 naik histeria lepas menang ke atas Mancity, siapa sangka drop 2 points di Wigan sebentar tadi walaupun patut kalah kalau tak kerana last2 minit own goal. Chelsea pulak jugak drop 2 points di Anfield apabila suarez the rabbit semakin mengganas kali ini keluar taring sebenar. Jadi ketika kita sangka kita melepaskan peluang, kedua2 pesaing jugak gagal merapatkan jurang. Gua jarang menyentuh team lain tapi sebab ia kini nak atau tidak, mereka jugak merupakan faktor kepada kemampuan Arsenal untuk mengekalkan rekod ke UCL, kita perlu tahu apa yang berlaku di sekeliling kita. Dengan keputusan ini, perlawanan Chelsea bertemu Spuds nanti apa jua resultnya bakal membantu Arsenal dan ketika ini yang paling fair adalah seri bagi kedua2 mereka drop points. Kemenangan Spuds ke atas City jugak membantu ease off pressure kepada United yang bakal hadir ke Emirates dengan gelaran juara sudah dalam genggaman. Blessing in disguise .Walaupun bengekek melihat Spuds poyo, Sekurang2 nya rekod ground kita masih dara dari dimenangi title oleh rival di gelanggang kita. Kita eprnah melakukannya di Anfield 1989, Old Trafford 2002, dan   White Hart Lane 2004 tepek ke atas muka setiap mereka!


Jadi kalau esok mereka membahan kita dengan terpaksa memberi laluan guard of honor kepada United, jangan bimbang, ia merupakan satu bentuk tradisi, maka kita hormat tradisi.Dan jika sudah adat menghormati pasukan yang memenangi gelaran liga sebegitu maka tiada masalah, kita adapt sahaja dengan tradisi tersebut. Tapi jangan lupa jawab sahaja kita telah lebih awal menerima daripada mereka, ingat 6 May 1991.(boleh klik untuk tonton video). United memberi kita Guard of Honor sebaik kita mengesahkan kemenangan liga di Sunderland pada 90/91 Cuma apa yang mereka tak mampu balas adalah 8 May 2002 di mana jaringan tunggal Wiltord mengesahkan kita muncul juara menjadikan tempat tersebut theater of nightmare.Jadi sekurang2nya itu fakta dan sejarah yang tak boleh lari, tak ada apa sentimen pun esok, biasa2 sahaja..yang penting ashburton Grove masih lagi 'suci'.

Banyak mulut yang buat spekulasi sama ada orang itu bakal main atau tidak kerana game ni bukanlah fokus lagi bagi United. Gua peduli apa dia mau main ke tidak ke sapa main ke sapa boikot ke yang penting gua mau profesionelisme dari United. Dan jika orang itu berlagak pro, dia main macam biasa walaupun tahu bakal mendapat sambutan hangit luar biasa dari para penyokong tuan rumah, tapi kalau dia buat2 poyo konon nak jaga ati ke apa, tak payahlah..we dont need it. Gua tidak memberi najis walaupun esok lensa akan memfokus sampai ke bulu hidungnya ketika player2 Arsenal tepuk amai2 macam panggil budak2 jalan tateh2 keluar dari terowong. Yang penting bagi gua 3 mata. Arsenal perlu ambil kesempatan ini untuk menjarakkan kedudukan. Mengapa kita mahu United bersikap profesional dalam game ini, ini kerana kita mahukan satu match yang hebat, entertaining dan kita juka menuntut komitmen yang sama ketika mana mereka bakal bertemu Chelsea nanti. Tapi kalau depa memilih untuk jual game ke atau buat auta, itu depa punya pasai, lantak pi, Arsenal tetap mau bagi komitmen 100%. Fan dah banyak menderita , tapi maruah masih tetap perlu dijaga..main kasi all out!!

Arsenal perlu memperbaharui rekod ketika bertemu pasukan2 so called top team ni. KUrang memberangsangkan setakat ini! Musim iini kita seri dan kalah kepada City,kalah 2 keapda Chelsea, kalah di Old Trafford dalam satu game yang result tipis tak menunjukkan game sebenar.Jadi ini kesempatan untuk kita up kan moral.6 game menang dari 7 yang terakhir. Gua akin player2 takkan kecewaka harapan penyokong tuan rumah.Ketiadaan Giroud yang kene straight red card last2 mini ketika bertemu Fulham mungkin bakal terasa ketika perebutan bola tinggi dan areal's ability yang dimilikinya sukar diisi oleh character2 lain. Tapi dalam 2 3 game kebebelakangan ini kebetulan dia nampak begitu fatigue dan ketandusan maka eloklah tepat pada masanya memberi perluang keapda rakan2 lain seeprti Poldi dan Gervinho atau Chambo untuk step up. Theo adalah watak yang kompom untuk front three esok.

Selain itu, apa yang menjadi perhatian adalah stabiliy di back 4 ketika mana Mertesacker dan Koscielny membina gandingan persefahaman yang mantap menyaksikan kapten Mael terpaksa disishkan ke bangku simpanan. Gandingan kedua2 pemain ni jugak baig 3 mata minggu lepas, sorang assist tanduk sorang score tanduk. Tapi bagi United pace menjadi taruhan. Pemain2 licik seperti Chicarito Welbeck andainya mereka diturunkan, pasti akan menggunakan kelembapan Per maka itu yang terpaksa diberi perhatian lebih terutama rakan2 fullback yang cover pertahanan. Gua mahukan Monreal dan Sagna untuk terus mengapit Kos dan Per kerana inilah back 4 yang nampak ok setakat ini.



Santi Cazorla pasti akan terus menjadi sandaran nadi Arsenal dan gua tak kisah kalau Thomas Rosicky diberi peluang lagi manakala Wilshere start dari bench ketika ini kalau2 keadaan memerlukan. Masalah injurey, fitness dan formnya menjadi tumpuan dan Arsenal takboleh ambil risiko.Kekalkan rhythm yang sedia ada tak payah  banyak menganggu dengan perubahan2 taktikal la sangat.Lagipun kali terakhir Wilshere bertemu United, dia dapat hadiah red card. Arteta bakal menjawat tugas kapten sekali lagi . Mengenali Wenger, ketika lawan team2 yang konon hidup di bahagian tengah,dia pasti akan memperlambakkan bahagian tengah maka tak terkejut kalau Rambo menjadi favorite  untuk dicampak.

----------------------Szczesny---------------------
Sagna---------Per-------------Kos--------Nacho
-------------Rambo---Arteta----Rosicky----------
-----------------------Cazorla----------------------
---------------Theo--------------Podolski----------

Setiap kali match macam gini, adranalin pasti naik memuncak. Arsenal vs Manchester United is more than just a football game. COYG!!!

Astro Super Sport 11pm. Arsenal 2 Manchester United 0.
Agi idup agi mengGunners!!