Sabtu, 31 Januari 2015

Welcome January Signings!!

Selamat datang ke kelab hebat buat 2 pemain muda Krystan Bielik dan gabriel Paulista. Bielik pemain Poaland berusian 17 tahun dibeli dari Legia Warsaw dengan harga 2.4M beraksi di posisi DM. Sepertimana perangai terdahulu, Wenger kembali ke acara tradisional, membeli player muda dan menggilap bakat mereka menjadi superstar, jadi setelah nama2 seperti Poldi, Santi Cazorla, Ozil dan terbaru Alexis rata2 Gooner mengharapkan Wenger menambah skuad dengan pemain yang dah established tapi Wenger tetap Wenger, tabiatnya tidak boleh dibuang begitu sahaja. Walaubagaimanapun, Bielik menjanjikan potensi yang nampak boleh pergi jauh. Umurnya tak padan dengan penampilannnya, tinggi, tegap, boleh kawal bola -ciri2 kereta kebal diperlukan depan back four-dan terus diserap ke dalam skuad utama. Dia mungkin akan dapat beberapa minit gametime musim ini, expected dalam game liga atau FA  ketika kita dah selesa leading dan opponent dah nampak seperti tak sabar nak naik bas pulang. Back up yang bagus bagi Coq, Flamini dan Arteta, atau jugak Chambers.Ini kalau dibela elok ni , bagi makan sedap, boleh jadi aset. Mungkin Wenger dah sedar kepentingan fizikal di tengah padang kerana ketika ini rata2 individu yang kita ada teknikal tinggi tapi agak rendah dari sudut ketrampilan.




Seorang lagi player berwajah bengis diangkat dari Villareal dengan persetujuan sama, Joel Campbell dipinjamkan ke sana hingga akhir musim mengikut jejak Poldi ke Inter manakala Sanogo ke Crystal Palace. Berani betul Wenger loan out striker2 3 sekaligus, ada yang nak masuk ke? harapan... Ok berbalik kepada Gabriel Paulista, player versatile boleh main mana2 posisi di back4 tapi specialist di CB. Mempunyai pace,stamina dan fokus yang tinggi. Interception bagus. Namun seperti Koscielny di peringkat awal kehadirannya, perlu bina badan dan kekuatan fizikal lebih sedikit bagi menghadapi corak BPL yang jauh lebih tough dari La Liga. Dia dulu beraksi bersama kelab Brazil division bawah, baru tolong team promote, Villareal panggil bukak pintu untuk cita2nya beraksi di Eropah baru musim lepas. Arsenal nampak bakat terpendam yang boleh digilap lalu menyambar, Gabriel yang memang tak payah pikir panjang bila team power datang offer terus mengikat kontrak dengan nilai perpindahan dianggarkan 11.3M. Cuma menjaringkan gol bukan kemampuannya, tapi kita dah ramai orang lain boleh skor dalam skuad, lagi bagus kalau dia boleh tumpu pada kerja2 defending. Ada yang mengatakan dia memiliki ciri2 sama seperti Verminator, ada yang mengatakan aksi dan potensinya mirip Koscielny. Gua pun belum pasti tapi apapun kita kena bagi dia masa untuk menyesuaikan diri, bukan mudah terutama diakui Wenger, dari segi bahasa lebih2 lagi diapit oleh player2 Jerman,France, England dan Spain di department pertahanan . Kalau dia boleh adapt macam Alexis itu dah suatu yang cukup bagus.





Biarpun muka nampak memang nak tackle orang jek kerja, tapi dalam hati ada taman. Gua tak paham tapi gua rasa dia sayu dan sedih dalam membuat keputusan untuk meninggalkan kelab Villareal, itu baru setahun setengah, kalau dah sedekad yang siap ada match testimoni gua rasa lagi sebak dia. Tapi itulah semangat dan perasaan cinta yang kita mahukan, loyalti. Harap dia dapat kembangkan kerjayanya di Arsenal dengan penuh jaya.



Agi idup agi mengGunners!!!


1 ulasan:

ameliaclara988 berkata...

I am actually grateful to the owner of this web page who
has shared this wonderful article at here.
http://financialhelpdesk.com/community/profile/988pokeronline/