Isnin, 30 November 2009

Sudah sudah lah tu..



Memang benar sukar untuk menerima kekalahan terutama bila anda adalah Arsenal dan tewas kepada jiran pencabar kejuaraan di tempat sendiri, ketika anda tahu sebenarnya player boleh bagi lebih dari itu, dan Wenger boleh memikirkan plan lain tetapi tidak memilihnya, dan paling teruk melihat bekas pemain yang paling dikeji kini lebih mendahului anda.Tapi ape2 pun letak ia di belakang. Masyarakat cakap, adat perlawanan ada menang, ada kalah tapi sayangnya seri pun kita tak mampu.1st gol adalah penting dalam match seperti itu dan 2nd gol akan membunuh psikologi, 3rd hanya menambah malu.Pahit memang pahit tapi kita dah pernah rasa yang lebih kelat daripada ni, apa yang penting bermula dari sini, ke mana kita nak pergi.

Kalau musim lepas, Arsenal ketika ini dah tewas 4 dari 13 perlawanan.Tewas di Emirates juga di tangan Aston Villa.Sama bukan dengan musim ini? 4 daripada 13. Selepas itu mereka bertandang ke Man City dan sekali lagi diperbudakkan 3-0.Time ni Gallas tak main, kene pecat.Jadi ia adalah kekalahan ke-5 daripada 14 perlawanan.Dan Wenger biarpun pada bibirnya enggan mengaku kalah, biarpun kekal tanpa kalah 21 perlawanan selepas itu, Arsenal tetap tidak dapat mengejar kelompok 2 atas dan akhirnya Arsene memberi alasan kalah 5 daripada 14 perlawanan awal, sangat sukar untuk mengekalkan momentum.Jadi tinggal 1 match lagi untuk arsenal mengelakkan diri dari situasi sama.Dan perlu diingat lawan seterusnya dalam liga adalah pasukan yang tak beza dari Sunderland atau fizikal Chelsea, Stoke City.Kali terakhir Arsenal bertandang ke Britania jugak berakhir dengan kekalahan, bertuahnya kali ini tiada RVP untuk dibuang padang.

Tapi sebelum tu Arsenal kene pergi balik ke bandar Manchester bertemu Manchester City dalam suku akhir carling Cup.City dijangka akan menurunkan barisan 'bintang' yang rekod tanpa kalah mereka juga cukup 'mengkagumkan' dalam liga, kali terakhir dan satu2nya mereka kalah ialah sewaktu last minit gol dari Owen.Aku cakap 'mengkagumkan' bukan apa tapi yang terbaru ni 7 seri berturut2.Dasyat.huhu.Barula penyokong2 City ni mula nampak dan dah ade suara2 yang mencaci seorang player yang agak pemalas.Mereka tidak terlibat dalam kejohanan2 lain selain domestik jadi Carling Cup ni umpama UCL la bagi mereka.

Dan Wenger pulak seperti biasa awal2 dah declare ape2 jadi pun dia akan tetap turunkan pasukan kacukan dengan pemain2 muda simpanan dan beberapa pemain utama.Aku rasa dari segi motivasi dan psikologi tak salah kut kalau Wenger pun bermati matian dalam buruan piala ini.Sekurang2nya ringan siket beban otaknya nak menjawab kemarau piala.Tak perlu rasa malu, just buang ego dan main bola.Tapi jika player 1st team, masing2 perlu memakai headgear kerana tiadanya RVP untuk dipijak muka memungkinkan orang primitif pra matang itu memburu mangsa lain.Tapi bagus jugak pakai Young Gun ni.Selain boleh diharap, dapat la jugak merehatkan player2 untuk kunjungan sukar ke Stokes.Tak sanggup nak pikul 3 kekalahan berturut2. Olympiacos minggu depan adalah masa untuk suka hati Wenger la nak buat apa kerana kita dah sah muncul juara kumpulan dan layak ke pusingan kedua.Time tu lah nak buat ujikaji, cari persefahaman, try and error dan menguji karekter away from home.




Ade lagi harapan, jangan terlalu memikirkan sangat, makin dipikir makin serabut.Pemain2 macam Arshavin ni patut jadi benchmark, tapi ini terbalik pulak.Boleh pulak terpikir nak bersara dari bola sepak sebab Russia tak layak ke Afrika.Dia nampak tak terurus, tak fokus.Ok memang, mana2 player impian nak main dalam World Cup tapi kalau pro, selesaikanlah segala kemurungan tersebut dan jangan terbawak2 dalam kelab merebak kepada player2 lain nanti.Siapa yang bayar gaji, kelab atau negara?Itu yang Wenger duk mengamuk sampai mencarut apabila diajukan soalan pasal Piala Dunia.Nak tanya pasal Piala Dunia pi tanya Sleep Better.Dalam keadaan macam ni kite perlukan watak2 dan peranan player2 seperti Arshavin untuk bangkit memberi inspirasi, ayuh phoenix bangkit!

P/S: Kalau Ireland dapat jadi pasukan ke 33 , macam tu semua negara nak claim, Malaysia pun boleh claim macam tu.Amboi,Suka hati jek!


Post Match : Tewas sudah

Arsenal tewas 3-0, tiada idea, tiada fizikal.Satu2nya pemain fizikal kita yang ada dibawak keluar 2nd half iaitu Song, ermmm pelik bukan, dengan song adalah antara pemain terbaik tapi ini menunjukkan Wenger betul2 desperate dan berani ber gamble. Tapi gamblenya yang tak boleh blah adalah menyenaraikan Denilson sebagai 1st eleven, yang baru nak match fit tambah pelik ialah dia berada di dalam padang 95 minit. Sagna dah bukan macam sagna, paling malang tewas kepada cashley hole.Arsenal hilang idea, segala cross hanya membazir masa dan saiz fizikal seperti Walcott Arshavin Vela Eduardo Nasri memang terlalu sukar untuk menembusi pihak lawan.Baru terasa impak ketiadaan RVP atau fizikal Bendi.Pendek kata persembahan tadi tak cukup bagus, sekali lagi falsafah mengharapkan pemain2 muda Wenger datang menghantui dan memberi tekanan yang pastinya selepas ini makin hebat.Seperti biasa dia akan meemekakkan telinga kerana Arsenal miliknya.Cayalah Wenger, we love u.

Gap 11 mata, sesuatu mesti dilakukan Januari nanti melihat kepada persembahan tadi, memang tak cukup bagus..Arsene Wenger mungkin terlampau memikirkan pemain2 yang ada attacking minded dan mungkin perlu back to basic tumpukan cara defensive yang masih lagi merapu.2 gol dalam masa2 genting penamat separuh masa secara psikologinya memahat paku di setiap otak player2 kerana ia merupakan masa yang sukar untuk terima pembolosan.Sort it out Arsene.. kecewa, sedang menonton El Clasico. Barca pun boleh main cara kita tapi bezanya? anda semua tahu..maleh den nak menjawab.. Tidak mengapa, cuba lagi.Agi hidup agi mengguners..


Ahad, 29 November 2009

Pre Match : Menang untuk RVP



Jadi di sinilah kita.Tengah malam nanti Arsenal akan melayan kunjungan Chelsea dalam apa yang diperkatakan perlawanan wajib menang bagi Arsenal sendiri. Ketinggalan 8 mata dengan baki 1 perlawanan, pastinya Arsene Wenger tak mahu menyusahkan diri sendiri dengan membiarkan ia menjadi 11 , suatu yang ditunggu2 golongan anti Arsenal terutama media untuk merendahkan moral sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengna kelab ini.Lihat sajalah bagaimana nasib Liverpool, seksa bukan diasak bertubi2. Tapi jika Chelsea? 'oh John Terry wira harapan besar England, jangan sentuh', 'Frank Lampard si jujur, jatuh sendiri tu sebenarnya tersadung batu kecil', 'Joe Cole muncul kembali demi negara!!',' Ashley Cole lelaki sejati, perempuannya yang miang', 'Si cantik dan buruk rupa-Drogba'(haha tibe2 jek)..Itulah headline yang mewarnai akhbar2 mereka saban hari.Memualkan.



Kita tahu Drogba dah kembali dalam pertemuan UCL tgh minggu jadi nampaknya fit bertemu  Arsenal.Lampard juga dikatakan sempat pulih dan mungkin akan diturunkan. Gua sebenarnya tak kisah, tak amek pot, turunkanlah saja barisan terbaik kerna jika kalah senang tiada lagi alasan dan hanya yang terbaik mampu membuatkan Arsenal bertindak balas dan tersedar dari lamunan kesilauan di stadium of Light minggu lalu. Cuma melalui pra interview di atas, setakat Jumaat lalu dapat disahkan Gallas mungkin sukar untuk sembuh sempena match ini akibat mata lebam bagai ditumbuk Mike Tyson.Arshavin yang dilaganya ok dan boleh diturunkan. Diaby dan Bendi lagi 2 minggu.Sedih mengenangkan nasib Gibbs dan RVP tapi sekarang tiada masa lagi untuk berkabung.Askar yang ada, kini merekalah harapan unuk bermati matian!

Kekalahan 4-1 selepas dikecewakan dalam minggu yang sama oleh Man U 3-1 semi UCL merupakan minggu yang paling suram di Emirates.Secara jujur aku tak rasa ape2 pun ketika beremu Chelsea biarpun scorline dia agak besar dan  memecahkan rekod kekalahan di tempat sendiri utk 32 tahun, tapi aku tau pemain2 takde tumpuan dah mase tu, masih lagi diulit kehampaan terkandas untuk ke final dalam masa 3 tahun.Tengah malam nanti buktikan bukan semua tempat Anceloti terlalu dihormati. Sebenarnya kita boleh, musim lepas siapa sangka ketika Arsenal tak diberi harapan langsung tapi tiba2 kita menang di Stamford Bridge, jadi malam ni siapa yang bersungguh2 mahukan lebih, dialah yang dapat.

Kemungkinan Silvestre mengganti Gallas tak menumpulkan pandangan mata tajam Verminator untuk menghalang regu Drogba -Anelka.Tapi jika betul Gallas tak dapat beraksi, ape2 yang berlaku malam ni, kita semua tetap perlu memberi sokongan 200% kepada Mr Potato Head kerana nampaknya dia jek yang kita ada ketika Sanderos mungkin dah berura2 nak berpindah Januari nanti. Armand Traore untuk posisi bek kiri adalah suatu mimpi ngeri setakat ini, jadi kita utilize kan ape yang ada dalam diri Eboue, kerana sedikit pengalaman mungkin diperlukan dalam perlawanan sepenting ini.

Battle in the middle..Song akan berentap dengan Essien manakala Fabregas bertemu ruasnya Lampard(kalau main).Satu persoalan yang menarik di sini adakah Wenger akan kekal denan 4-3-3 atau berubah ke basic 4-4-2.Jika 3, siapa trio di atas sana dengan gandingan Rosicky Eduardo Nasri tidak menjadi.Walcott mungkin boleh diguna pakai dalam match seperti ini kerana kepantasannya adalah senjata sulit.At least satu clear cut chance boleh dihasilkan melalui pace nya. Rehatnya Dudu ketika bertemu Standard membayangkan Wenger ingin Eduardo kembali dengan kesegaran dan kelaparan.Baru satu gol dalam liga itupun ketika match pertama, pastinya Eduardo perlu mencari semula form terbaiknya dan kemudian bertolak dari situ, naik gear 7 terus! Tak mustahil Arshavin-Dudu-Walcott akan mengemudi jentera serangan tapi yang membimbangkan tentunya fizikal,semua comel2. Ketika inilah kita merindui, Bendi..errr Diaby? takpun RVP yang dah nampak semakin kuat dan selesa sebelum tragedi. Kini kita hanya ada Song, tunjang kekuatan tengah dan kereta kebal kepada barisan pertahanan. Song malam ini perlu lebih menggandakan peluhnya tak kesahla semasam mana! Satu lagi slot tengah bakal direbut oleh Nasri, Rosicky, Denilson,Ramsey dengan Rosicky mungkin akan mendapat kesebelasan utama.

-------------------Almunia-------------------
Sagna-------Silvestre-----Mael--------Eboue
-------------------Song----------------------
-----------Rosicky------Fabregas------------
---Walcott-------Eduardo--------Arshavin

Aku hanya nak menang.Seri adalah kalah, kalah adalah malapetaka.(untuk malam ni) Orang cakap Bulan November mesti bulan yang teruk buat Arsenal sebab berdasarkan rekod musim2 sebelum ni memang betul pun banyak kecderaan yang berlaku time2 macam ni.Internationaleleh pun langsung tak membantu.Tpi kita masih ade 2 hari dalam November, buktikan baki bulan ni tidaklah seteruk yang disangkakan dengan persembahan mengujakan dan dihadiahkan kemenangan serta bonus 3 mata buat melancarkan landasan.
Arsenal vs Chelsea Astro 812 ESPN 11:55 pm. Arsenal 2 Chelsea 1.


Sabtu, 28 November 2009

Van Persie 'Terkorban'

Robin Van Persie cakap bye2 untuk musim ini.Ruptured three of the four ligaments in his right ankle. 

Selamat jalan Romeo, Camak???

Harapkan placenta, placenta makan planta.Arsenal diriundung malang apabila mendapat khabar berita kurang enak, RVP bakal menghabiskan sisa2 musim ini di atas katil kerana kecederaan 3 daripada 4 legamen buku lalinya menyebabkan form nya yang terngah superb terbantut sehingga mungkin 4 atau lima bulan- nak lagi selamat boleh kate sehingga tamat kempen musim ini.Tiada siapa dapat membantu termasuklah service baik punya dari suri rumah Serbia, Mariana Kovacevic.

Arsenalaysia mengharapkan RVP speedy recovery dan tidak ingin apa2 buruk berlaku sehingga membolehkan kerjayanya berakhir sepertimana kita ketahui ,sejarah RVP ni umpama gelas yang sensitif, mudah pecah dan injury prone.Tida yang lebih layak selain dari simpati terhadap nasib permain Belanda ini kerana musim ini dia merupakan antara tonggak dan harapan penting untuk menamatkan kemarau piala Arsenal.Macam mana pula denga Wolrd Cup? " **** !! " jawab Wenger.


Khamis, 26 November 2009

Lagu Akujanji.

Alexander Song Bilong mengikut haluan Eduardo dan Sanchez Watt dengan memperbaharui kontrak lanjutan yang bakal menyimpan pemain Cameroon ini dengan lebih lama di Arsenal.Perlu aku akui, dulu aku antara yang lantang mengejek dan mengkritik beliau sebaik sahaja tiba di Arsenal tahun 2006.Tapi setelah beberapa siri dan juga loan ke Charlton, Song pulang ke Arsenal dan tidak berpatah balik.Perlahan2 dia mengorak langkah belajar dari senior2, understudy kepada Gilberto, Flamini dan persembahannya diakui ramai meningkat dan hanya berumur baru 22 tahun meninggalkan batch seangkatannya seperti Diaby dan denilson sering menjadi kambing hitam pulak..Jadi masih ade ruang untuknya menjadi lebih bagus daripada apa yang ade sekarang ini.

Setakat musim ini, rentaknya di hadapan 4 sekawan di barisan belakang Arsenal cukup menjadi sebagai perisai kepada mereka.Persefahaman yang baik terutama dengan Gallas dan Mael menjadi punca Arsenal dilihat semakin stabil antara atas dan bawah.Cuma masalah mempertahankan set piece masih lagi menghantui kem Arsenal. Arsenal gembira dengan akujanji Song ini dan akan sentiasa memandang ke hadapan bersama2 the anchor afro man ni. Cuma yang membimbangkan adalah kemampuan Arsenal apabila tiba Januari nanti untuk cover pemergian Song ke Kejohanan Piala Afrika.Denilson tempoh hari pantas cuba menunjukkan jalan,  dengan sambutan golnya, geleng2 kepala seperti biasanya..Mungkin geleng2 itu bermakna "tidak perlu bimbang, aku ada kembali"






s

P/S: Syukur Alhamduliillah .Dengarnya,.Armand Traore  nak buang tatto summer nanti sebab baru dapat hidayah mungkin.Dari seorang Muslim yang hanya ada pada nama, kini Armand kini sudah mula cuba mempraktikkan Islam dalam kehidupan harian yang diakui membantunya di dalam dan di luar padang.Mungkin ini dinamakan hidayah Qurban,


Rabu, 25 November 2009

Post Match : Arsenal juara kumpulan H

Arsenal  sah ke pusingan kedua sebagai juara kumpulan

Gol daripada Nasri dan Denilson

Gibbs injured 3 bulan keretakan metatarsal .

Gallas Arshavin dijangka Ok Ahad ini.






Tunjuk Standard Arsenal sebenar

SAKSIKAN ARSENAL VS STANDARD LIEGE ONLINE STREAMING <<---KLIK SINI

3.45 pagi Arsenal akan bertemu Standard Liege dengan seri sudah memadai untuk mengesahkan tempat ke pusingan kedua.Tapi setelah kekalahan hambar Sabtu lalu, demand untuk menang bergaya malam ini naik dengan cukup mendadak..Lupakan perlawanan hujung minggu ini, dan beri tumpuan pada perlawanan bertemu Liege kata Wenger tapi betulkah? Bagaimana agaknya selectionnya sebentar lagi, adakah sudi merisikokan pemain2 utama? Sebenarnya konfiden untuk memasuki pusingan kedua selaku juara kumpulan adalah penting jadi nak tak nak kene menang jugak malam ni.Ini kerana dah berapa musim tah Arsenal bajet boleh champ group tapi still layak sebagai runner up dan seeding nanti  bertemu team yang agak sukar.

---------------Almunia----------------
Eboue------Gallas----Mael----Silvestre
---------------Denilson---------------
-----Fabregas-----------Nasri--------
----Walcott----Edaurdo----Arshavin

Vela Rosicky Ramsey sub.

Arsenal 3- Liege 0.Siapa tak kerja , boleh tengok delay pagi besok..


Isnin, 23 November 2009

Tiada Si Camak demi membela Vela

 
"Adakah ketiadaan Diaby punca kekelahan lalu?"

Kekalahan di tangan Sunderland masih segar dalam ingatan dan sebenarnya amat perit untuk ditelan.Ini kerana kita sekali lagi meletakkan keadaan yang sedia ada dalam situasi sukar.Melepaskan peluang untuk mencucuck rapat memberi tekanan kepada Chelsea sebelum bertemu mereka minggu depan.Namun hendak salahkan siapa, betul kata Wenger, mungkin Arsenal agak terambil mudah akan keupayaan Sunderland yang bermain dengan begitu berdisiplin terutama bahagian pertahanan dan tengah mereka yang mengunci setiap pergerakan Arsenal.Kredit kerpada Steve Bruce dan kucing2 hitammya namun menyedihkan buat Arsenal sekali lagi set pieces menjadi musuh utama yang entah bila ada penghujungnya.Ditambah dengan kecederaan dan kepulangan dari international break yang tidak banyak membantu.Post match Arsene Wenger yang agak keras dari biasa menunjukkan dia begitu kecewa dengan ape yang dipersembahkan Sabtu lalu yang jauh dari standard sebenar Arsenal.Pertama kali Arsenal gagal menjaringkan gol musim ini.Lihat bagaimana standard Arsenal ketika bertemu Standard nanti.




Berita menarik adalah Arsenal ingin terus membela Vela.Rundingan sedang dijalankan untuk memperbaharui kontrak begitu juga dengan Gallas dan Rosicky 2 orang pemain senior dari segi umor.Dengan semangat untuk mengikat Vela, Wenger mendedahkan harapan untuk kembali meminang Si Camak tak kan kesampaian kerana Vela adalah punca Arsenal tidak mencari pengganti pada Mat Togo.Harap dapat cepat2 menylesaikan segala apa jua rundingan agar player dapat memberi fokus 200% terutama ketika jadual sedang padat sebulan 2 bulan ini.Maklumlah, pemain2 Arsenal ini memang barang panasss.... Pantang dibiar pasti disambar.Walau Eboue sekalipun..no offense.


Ahad, 22 November 2009

Post Match :Mula Nya Badi November Rain??????


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat smua fellow Arsenalaysian.. Tak tau bagaimana nak Jogho mulakan Post Match untuk gameweek ke ni...pertama kali post match yang yang Jogho nukil kan dengan kekalahan The Gunners...Kekalahan 1 gol tanpa balas di stadium of light telah pon kita saksikan dengan bermacam2 perasaan negatif yang keluar..bermacam macam makian dan kekecewaan yang diluah kan para fellow gooners...nak wat cam na..dah kalah kan..tapi bagi Jogho..kita masih mempunyai kelebihan..kita baru bermain game ke 12..masih panjang perjalanan kempen musim ni...

Dan suka Jogo nak ulaskan tentang game malam ni..Result nye dah kita tau tak memihak kpada kita..Dengan masih lagi formasi 4-3-3 yang dikekalkan oleh AW...kita start dengan kehilangan striker top kita RVP dan leftback Clichy dan Gibbs..digantikan dengan Eduardo dan Traore..Selain dari itu..Rosicky juga starting mengambil alih tugas Arshavin yang masih penat dan low moral setelah international duty yang mengecewakan...Game malam ni bagi Jogho decent..tak de sangat yang hebat nye..dan kita boleh memenangi game ni sebenar nye sebelum team lawan mendahului..lepas gol lawan...dan masa yang agak singkat untuk bangkit..membuatkan kita kalah..tapi tak pe la..UNLUCKY...game 50-50 sbnar nye Jogho tgk..tak payah nak sedih2..kecewa...move on..next league game kena kita menanguntuk mencerahkan peluang kita musim ni..

Seperti biasa kita start dengan rating dan ulasan individu bermula dengan Almunia...tak de ape sangat malam ni bagi dia..dan dia tak patut di kritik sebab tak clean sheet...Seterusnya..Sagna..Jogho pon tak tau la brader Sagna ni..bila la nak crossing nye meningkat..asyik tak lepas je..kalau lepas..merapu2 pegi nye bola..Dia rajin naik overlap..turun untuk defend..tapi crosiing nye yang agak mengecewakan..lain2 ok je..tak la sangat bagus..tak la haprak malam ni..still consistent...Seterus nye Gallas...heart of our defence...Cam biasa..sangat2 bagus...dengan composuer yang baik..heading yang baik..dan skali lagi berjaya mengekang striker lawan..Gallas betul2 world class bg Jogho..

Partner nye Vermaelen cam biasa..consistent..tak banyak yang nak di perkatakan tentang beliau..masih baik persembahan nye walaupon ada beberapa kali miss header...Left back kita..Traore..perhhh...nak maki kang...Jogho tak biasa dan tak suka maki player..haha..paling teruk la perfomance beliau..Skarang Jogho tau knapa AW tak memilih beliau untuk menggantikan Clichy..sangat2 average player..dengan passing merapu rapu..tak leh control bola bila under preasure..overlap skali or 2 kali je..jauh beza nye dgn Gibbs..tak nak kritik teruk2..sian plak dia..haha..tapi muka dia ala2 anelka masa muda la plak..haha..bakal jual dia ni kalau Jogho jadi AW...

Kita masuk ke department Midfield...Midfield kita agak kurang sinar nye..dengan Ramsey berpasangan dengan Fabregas..agak kurang spark nye malam ni...tapi bg Jogho hal ni terjadi sebab team lawan sangat2 bagus mengekang kreaiviti midfield maestro kita..Ramsey macam tak leh wat ape..cuma mula2 je mengganas..tapi suram lama kelamaan...Fabregas cuba untuk mengasak lawan dengan pasing2 nye..tapi apakan daya..midfield lawan cpat dan rajin closing down untuk challange beliau..sebab tu macam nampak sloppy passing midfield duo kita Fabregas dan Ramsey...Cuma Song yang masih perlu dipuji persembahan beliau terutama di babak kedua game..Sloppy passing teamate..dia yang cover...winning ball dengan tackle2 yang ringan..pasiing yang baik..terutama nye bola yang dihantar pada Arshavin..perfect..cuma Arshavin tak dapat nak finnish...kalau kita tgk..masa dia control bola masa tu..tak de support langsung dari teammate..smua mencari ruang..tapi still dia dengan tenang dapat melepaskan bola dengan perfect..sama juga dengan larian nye dan disudahi dengan one two dengan Eduardo..still..unlucky...finishing yang kurang...Nampak semakin matang saudara Song..

Kita ke kanan padang..dengan Nasri yang agak kurang spark nye..tak de ape sangat yang leh Jogho puji..Decent perfomance dari beliau..sama dengan di sebelah kiri padang..Rosicky..selain dari shooting nye yang diselamatkan oleh Fulop...tak de ape sangat...Decent jugak dari Rosicky..Eduardo pulak..ermm...kurang menyinar bila di tempatkan Top Striker..HEading kurang..ye la..dia agak katik dari RVP..control ball ok..tapi tak leh nak masuk sangat dalam kotak penalti..leh Jogho simpulkan...we miss RVP...tapi masih awal..baru game pertama beliau di posisi tu..

Player sub plak...Arshavin..di ganti selepas Ramsey dikluarkan...mane tak nye..tak nampak pon spark Ramsey..ganti Rshavin..bermaksud..Rosicky berganding dengan Fabregas...nampak baik sikit..ada la buah2 yang leh jadi threat...tapi tak lama..Dikeluarkan Rosicky..di gantikan dengan Walcott..sekaligus mengubah posisi player..Nasri plak bergandingan dengan Fabregas..Walcott di seblah kanan..tapi masih tak jadi apa2...tak kurang..tak lebih threat nye..Masa yang sama..Eduardo di keluarkan..di ganti dengan Vela..nampak sket spark nye..tapi terlalu sikit..faktor fizikal menjadi kekangan untuk beliau ditempatkan sbagai Top striker..Bg Jogho..Vela dan Eduardo susah untuk jadi Top Striker..sebab Dorang bedua ni tak cukup fizikal..lebih berfungsi support striker..sbb control ball dorang baik..tapi kita tau..AW tak de pilihan..terpaksa digunakan di tempat tu..sebab bila dah masuk ke 2nd half..tak de guna nye nak alter formation..huru hara jadi nye..player tak tau fungsi dan role mereka..

So..sebagai kesimpulan...bg Jogho...Unlucky...kita patut menang..ye betul..tapi ingat..team lawan sangat bagus mengekang..dengan rajin nye..dengan bantuan penyokong nye tak berhenti henti support team..tapi still kita leh nampak The Gunners berjuang untuk mendapat kan gol..So..bagi Jogho..kalah pon dah kalah..move on..next game kita mesti menang..Cam biasa..rating player Jogho lampirkan skali....


--------Player Rating---------

Almunia----------7
Sagna------------7
Gallas------------8
Vermalen--------6.8
Traore-----------5.5
Song-------------7.5
Ramsey---------6.5
Fabregas--------7
Rosicky---------6.8
Nasri-----------7
Eduardo--------6.5

Asrhavin-------6.8
Vela------------6.8
Walcott---------7.0

Last skali...jangan kecewa sangat fellow gooners....masih panjang perjalanan...next game..BPL maksud Jogho...kita tembak Chelshit lak..misi kena menang...come on gunners...

Peace....!!


Sabtu, 21 November 2009

Pre Match : Stadium bercahaya akan jadi suram.

Lorik Cana vs Fabregas atau Eduardo vs Darent Bent. ketika di Spurs lagu Eduardo banyak membandingkan dan mengejek Darent Bent tak pastilah pulak sama ada lagu itu telah diubah suai atau belum memandangkan Bent telah berpindah ke bawah ketiak Steve Bruce dan menjadi antara penyerang England on form namun baru2 ini sahaja mendapat perhatian Capello.

Cana yang pernah dikaitkan dengan Arsenal pastinya akan membuktikan mengapa Arsene Wenger selalu dikaitkan dengan dirinya.Adakaha harganya lebih daripada 5M yang hanya dibayar Sunderland untuk mendapatkan kapten Albania tersebut. Untuk malam ini kita diberitakan dengan kepulangan bakal pengganti Song januari nanti Denilson dan jugak TW14.Yang lain masih tiada berita dengan  Gibbs mungkin akan berpeluang mencuba nasib ketika melayan Standard Rabu nanti.Arshavin mungkin akan direhatkan sebagai subs akibat perjalanan yang jauh di samping mood yang sedih sepanjang dalam kapal terbang.France beraksi 120 minit jadi mungkin Sagna direhatkan walaubagaimanapun Gallas mungkin kekal.


"It's Eduardo and Carlos vela who will have the main central striking role for now,That is a very important part in our play as we have a lot of offensive players and most of the time their game comes off this player. They can do that very well, for me"

-------------------Almunia-------------------
Eboue-------Gallas-----Mael------Silvestre
Nasri/Ramsey-----Song-----Fabregas---Rosciky
--------------Eduardo-----Vela------------

Denilson Arshavin Walcott akan masuk sebagai sub. Atau jugak Rosicky di belakang Eduardo dengan Nasri di sebalah kiri dan Vela sebagai back up.Kali ini aku betul2 lost Wenger punya selection kerana masing2 baru pulang dari international break.Perlawanan ke atas Sunderland adalah wajib menang dan bukan lagi ujian untuk menguji apa2 gandingan.Jika nak perfect, ia harus berlaku malam ini sebelum serasi bertemu Standard dan meletup minggu depan.

Sunderland 2 Arsenal 3 Star Sport 813 10:55pm.


Khamis, 19 November 2009

Kegagalan mereka dalam meNANGANI emosi



Piala Dunia tanpa wajah seperti Mael Rosicky Eduardo dan terbaru Arshavin.Sayang sekali.Kita ambil positif dari kesedihan mereka ialah kini meraka boleh dan akan tumpukan sepenuh fokus dan hati pada kelab memandangkan tidak ada apa lagi beban yang harus dipikarkan untuk summer di Afrika.Jadi mereka takkan takut challenge,tackle dan benda2 yang merisikokan kerana kempen bola sepak mereka musim ini hanya untuk Arsenal.

Eduardo dah memulakan langkah pertama, mengikat bai'ah dengan Arsenal untuk setia selama yang mungkin.Kerana inilah dirasakan peluang baginya untuk membalas segala jasa kelab dan peminat yang telah menyokongnya tak kira di waktu susah dan senang terutama ketika tragedi tersebut.Arsenal komited dalam mengembalikan kerjaya Eduardo.Kini Dudu jugak bersedia untuk membalas kepercayaan dengan persembahan bertenaga.6 minggu berikutnya amat penting kerana Dudu diletakkan harapan yang tinggi untuk menggalas tanggungjawab yang ditinggalkan RVP.

Ketika mereka kempunan menggigit jari dan melanggan tv satelit untuk menonton Piala Dunia -yang pastinya bukan Astro boy yang mahal jek lebih- malam tadi ada pula rakan2 mereka yang ceria.Gol Gallas bakal menghantar Sagna Nasri Diaby dan mungkin Clichy ke Afrika.Aku malas nak ulas sebenarnya tapi aku terasa terpanggil, sebelum itu kupohon maaf jika pendapat ini tidak disenangi.




Tapi yang mencurik tumpuan adalah lagenda Arsenal TH14 dengan kontroversinya.Pada aku mudah sahaja, dan ini hanya pendapat aku.Henry menggunakan tangan, dia mengakuinya sendiri.Tapi sengaja atau tak sengaja hanya dia yang tahu.Jadi jika tak sengaja, dia bernasib baik tapi kalau sengaja, dia memang seorang manusia normal yang desperate.Pengadil yang terlepas pandang mengapa Henry sahaja yang dipersalahkan.Tapi aku meluat dengan segala bias dari pihak media yang terus terusan mempengaruhi minda ,meenghasut, dengan meletakkan segala kebusukan hati kepada Henry seorang sahaja..Ade yang sampai mengaitkan Arsenal, itu sudah biasa dan memang dijangka.

Dia buat salah dan dia mengaku, lagi elok dari si hipokrit.Bagitau aku berapa orang sangat yang jujur dalam kehidupan harian mereka tapi kebanyakannya lebih suka mencari kesalahan orang lain sebelum mencermin diri.Jadi untuk menggelar Henry si penipu/cheat sepertimana gelaran2 yang disebarkan ketika ini adalah amat melampau jka melihat rekodnya.Henry melakukan kesilapan dalam hidupnya tapi itu tak akan memadam segala ape yang telah dihadiahkan olehnya dalam dunia bola sepak.Tapi 'pihak2' ini hendak meletakkannya kini sebagai musuh no1 dalam sukan bola sepak bagaimana pula dengan Maradona?Cantona,Scubadiver, Rooney, Drogba, Gerrard, Eboue, Halim Napi dan senarai ini takan habis kalau dibincangkan sampai bila2.Handball,Berlakon,foul,diving,tarik baju memang lumrah dan asam garam bola sepak tapi carilah cara bagaimana untuk mengesan??!!! itu yang penting!! Untuk kurangkannya ketika ini gua rasa susah kerana tindakan itu spontan, dah jadi pi'il pemain malah skrip permainan itu sendiri dan masing2 pro, ape yang berlaku atas padang stay atas padang.Yang penting how to detect!!!

Salahkan Henry kerana tidak fairplay, tapi jangan sesekali lupa untuk menyalahkan FIFA dan UEFA terutama Platipus dan Sleep Better(tido lagi baik).Masih lagi tido.Kita perlukan penggunaan teknologi!! Dah beberapa kali Wenger usulkan, tapi still tak pakai2 jugak. Kalau sukan ragbi dan kriket boleh, mengapa tidak bola sepak.Jika alasan untuk takut kehilangan sentuhan nilai manusia, jadi tidak perlulah komen setiap masa.. Dari sudut humanisasi aku berasa simpati terhadap warganeraga Ireland dan para Irish sekalian, tapi dari segi sokongan aku lebih rela menyaksikan kelibat Henry Riberry Gallas dari melihat Duff dan Keane membuka mulut2 besar mereka di Afrika.

Orang akan cakap " cakap senangla tak kena kat diri sendiri". Aku memang senang dalam menyuarakan pendapat ini..Jika terkena pada team gua, gua akan menyerang pemain lawan dan jugak pengadil seperti biasa kerana ini lumrah manusia.Cuma berbatas dan bersandarkan logika la.Suara penyokong adalah element kepada kecantikan bola sepak itu sendiri jadi hargailah ia dengan penuh rasional.


Rabu, 18 November 2009

Apabila pemain kita cuba menjadi comel

Hahahahaha.. Klip terbaru filem pendek sempena kempen Be a gooner be a giver yang diteruskan untuk musim ini.

Jika anda hendak melihat player2 bintang seperti Arshavin,Fabregas,Sagna dan Walcott menjadi kanak2 riang..saksikanlah klip di bawah.Kalaulah mereka yang lari2 dari diorang tu tau siapa di sebalik costume tu, pasti menyesal kerana selama ni mereka yang mengejar pemain2 bintang ni tapi kini terbalik pulak.Arsene Wenger pun hanya sempat miscall jek, save kredit untuk bajet player baru kut.Heheh.Yang paling tak tahan babak2 akhir tu boleh pulak tiru gaya ala2 filem Armageddon.Selamat berhibur...


Adakah Arsenal patah tumbuh hilang berganti?

Bila teringat kisah Bersamamu yang memaparkan kehidupan selepas pencen beberapa bekas atlet kebangsaan, agak syahdu dan simpati mengenangkan nasib mereka.Dunia ini nyata sementara, kemasyhuran dan nama hanya dikecapi ketika waktu kemuncak/prime time dan jika tiada lagi kudrat, jika tidak bernasib baik, anda boleh dilupakan begitu saja.Oleh itu para atlet, sediakanlah baju hujan sebelum hujan. Tapi bila dipikirkan balik jika di negara2 luar khususnya Perancis, apakah akan ada rancangan sedemikian rupa.Apekah akan ade rancangan yang pergi ke rumah En Silvestre dan memberi sumbangan gandum,gula dan roti panjang?Pastinya tidak! Mengapa.Ini kerana walaupun Silvestre duduk sahaja gajinya dah cukup untuk menyara anak bini beberapa keturunan mungkin.Kalau tidak masakan dia dengan mulia hatinya mampu berhajat membuat sumbangan perlawanan amal untuk Afrika musim lepas walaaupun tak jadi atas beberapa faktor teknikal.


Jadi, di sini kami menyeru En Silvestre aka Potato Head membuktikan dia tidak hanya memakan gaji buta dengan persembahan bertenaga dan matang sepanjang peniggalan Clichy dan yang terbaru Kieran Gibbs-cedera ketika game England U21 bertemu Lithuania.Sumpahan berterusan.Walaupun Gallas Sagna Mael mampu untuk bermain di posisi itu, tapi aku rasa Wenger taknak kacau keserasian yang dah kukuh.Mungkin inilah peluang untuk Silvestre memerah kudrat yang masih ada biarpun sifar penampilan dalam liga musim ini.


Buat mereka yang bermimpi ada muka baru akan dibawa masuk ketika Song mewakili negaranya Piala Afrika Januari nanti, anda boleh simpan mimpi anda dahulu kerana penamaan calon telah pun dibuat.Bukan Diaby bukan juga Samir Nasri.Tapi Wenger ade idea lain .


“We have Denilson who can fill that role. He is more suited than Samir at the moment. Samir is more a player who has pace, is versatile around the box and can finish. It would be a sacrifice to put him down there. Also he has a little handicap in the air."
P/S : Eboue bercita2 nak jadi macam Edie Murphy si pelakon Hollywood.. Patutlah beberapa kali kita nampak dia 'berlatih' atas padang.







Selasa, 17 November 2009

Anak sapa la ni?



HEALTH BENEFITS OF PLACENTA
  • The placenta supplies food and oxygen to the foetus as well as releasing hormones to maintain pregnancy
  • Animals routinely eat their placenta, which is discharged after birth, to get nutrition following the exertion of labour
  • Some reports have suggested eating it could help ward off post-natal depression
  • In Peru, dried placenta has been given to children when they fall ill in the belief it will help cure infections
  • Turkish researchers have also used placenta cells to help heal fractures in tests on rabbits
  • But while the nutritional content of the placenta is known to be high, it is still not known exactly how it can aid the healing process

Itu adalah cerita fakta saintifik tentang plasenta.Ok aku kurang arif tentang biologi dan sains jadi aku malas nak masuk dengan lebih mendalam.Hukum dia pun aku kurang pasti. Tapi yang ingin aku ceritakan sama sepertimana yang kita semua ketahui,  demi nak pulih secepat mungkin, seseorang itu sanggup terbang sejauh ke Serbia semata2 nak jumpa dengan desperate housewife Mariana Kovacevic namanye. Nenek/Makcik/kakak ni dikatakan pakar tukang urut, harap mukanya takde lah seperti witch2 yang biasa kita lihat mahupun sengeri filem hostel takut2 nanti lain pulak jadinya, RVP pergi nak kasi pulih kaki, alih2 balik hilang sebelah kaki..sapa mau jawab?? Pat Rice jugak la. Slumber saje dia mengambil risiko cuba jaya lepas dengar cerita bekas player PSV Danko Lazovic pun melalui terapi yang sama..Kesannya seminggu katenye.Tapi kesan ape? kesan lebam ke? hahaha..ape2 lah RVP oi, asalkan ko balik semula lepas tu dengan kaki yg cergas cerdas pulih seperti form tip top, kami tak kesahlah apa jua cara yang ko gunakan.Baik untuk RVP baiklah jugak untuk Arsenal. Harap bini Maghribi dia pun ikut sekali tengok.

 Eduardo pulak da bersiap sedia nak ganti RVP ni.Tak sabar2 katenye..Seperti biasa, untuk memulakan bual bicara, bodek bos dulu.Eduardo memuji Wener yang tahu memaksimumkan kualiti pemain dalam posisi masing2.Jadi dia jugak tak kesah main kiri ke kanan ke yang peting demi membantu pasukan.Elok bebenar laa tu Dudu, selama setahun jadi tukang sorak, aku paham perasaanmu yg tension tengok dari luar padang samalah seperti kami.Inilah peluang yang tak boleh dilepaskan..


Arshavin puji penyokong Liverpool kat Anfield dengan menggesa penyokong Russia tiru depa.Tiru lagu YNWA dalam bahasa Russia ka tiru time diorang senyap bila Arshavin score 4 bijik?Terlampau jujur sangat Arshavin ni , outspoken.Tapi bagus jugak ade player macam ni sekurang2nya kita tahu ape sebenarnya yang berlaku 'cerita2 gosip bilik persalinan'.Pernah keluar satu cerita Gallas dikatakan tak kasi siapa2 pun duduk sebelah dia dalam bas, ermmm dengar balik macam kelakar pulak tapi mungkin ayat Arshavin di salah ertikan dan diputar belit media.Jadi tak payah ambek pot sangat selagi Gallas dan Mael dah serasi bersama, Gallas nak sorang2 dia satu bas pun tidak mengapa.





P/S: Dari buat bende pelik2, kalau nak urut, tak payah placenta, baik sapu planta..Sodap pun sodap...


Isnin, 16 November 2009

Rambo + Mael + Dudu

Biarpun agak terlambat, layankan saja..






Tidak Mengapa


Jika keadaan mengizinkan, Arsenal bakal kehilangan RVP 'hanya' dalam tempoh 4-6 minggu.Perkara ini disahkan selepas RVP menjalani scan. Tempoh tersebut lebih awal dari gambaran asal 3-4 bulan.Namun ia masih membelenggu kem Arsenal yang masih mencari punca begitu ramai pemain2nya melibatkan diri dalam acara sakit berganti2.

Wenger pastinya bengang tapi seperti biasaakan buat lagak coolnya."Kita mempunyai skuad yang ramai" itulah yang bakal terpacul dari mulutnya.Sedang kita menjangkakan Dudu bakal step up sebagai pengganti, Wenger mungkin ade idea lain, meletakkan Diaby sebagai target man dengan alasan ketinggian dan dia boleh diharap oleh holding player. Ok, aku hanya bergurau.

Relax.Worst case scenario kita jangkalah RVP dirindui 2 bulan untuk tidak begitu mengharap. Jadi bagaimana dan siapa yang akan memikul beban RVP yang nampak dah serasi dan sesuai dengan role barunya dalam formasi 4-3-3.Atau soalan yang sepatutnya bolehkah Arsenal mencari ganti RVP?Jawapannya,sudah tentu!

Sebesar mana nama RVP dan peranannya tapi percayalah, Wenger masih mampu mencari alternatif lain lebih2 lagi Arsenal kini adalah bukan team yang terlalu bergantung pada individu sebaliknya batch kali ini bergerak dan maju sebagai sebuah pasukan, saling memerlukan antara satu sama lain.Itulah kelebihan apabila sesuatu perkara bersandarkan pada teamwork.Patahnya sayap kiri, sayap kanan ade lagi.Orang tanya bolehkah terbang tanpa sayap? anda jawab helikopter terbang tanpa sayap.Biarpun jawapan anda dikatakan merapu tapi yang penting keyakinan menjawab.Kita perlu konfiden.Begitu jugak kita konfiden pada Arsenal.

Bendi dan Walcott masih 'bercuti'.Aku percaya jika salah seorang daripada mereka tidak cedera, maka Wenger akan lebih menggunakan kudrat mereka ni.Bendi dengan body strength, Walcott dengan kepantasan, kedua2 mereka memberi dimensi yang berbeza.Tapi kini mereka masih di wad, jadi kita sembang tentang siapa yang ada ketika jadual padat 3 game minggu depan bermula hujung minggu ini.Sunderland- Standard-Chelsea. (errmmm kalau chelsea Standard Sunderland sedap sikit bunyinya)

Eduardo Da Silva dan Carlos Vela.Pasangan sehati berdansa samba ini jarang digandingkan bersama hanya dalam beberapa carling dan facup sahaja kut.Namun kedua2nya struggle dengan masalah fitness tapi kita harapa mereka mampu bangkit.Aku yakin dan percaya jika Eduardo mempnyai peluang dan game sebanyak RVP,penyudahnya pasti lebih tajam dan form antarabangsanya dapat dijelmakan.Tapi yang menjadi persoalan adalah keupayaan untuk bermain 180 minit dalam 2 match yang berdekatan.Tapi tak perlu risau sebenarnya kerana Wenger pastinya membuat rotation.Jika Eduardo mendapat peluang yang diidamkannya sebagai center forward, Arshavin Rosicky Nasri dan Diaby boleh menumpukan perhatian di wide area sambil mengharapkan Cesc sentiasa menyalurkan sumbangan2 magika sambil mengharapkan tiada apa2 perkara buruk lain yang berlaku.

Dalam the young mexican pulak, kita ade backup rotation untuk Eduardo malah mungkin Rosicky dan wide player yang lain.Bersama Mexico dia sering mendapat peranan di bahagian sayap dek kerana kelicikan dan juga kebijaksanaan mentalnya.Finishing adalah killer instinct semula jadinya,bonus. Tapi Wenger tetap nampak dan aku jugak percaya, sampai masanya Walcott-Vela adalah gandingan masa depan Arsenal jika semua berjalan lancar.

Apa lagi pilihan lain?Tempoh hari aku menyaksikan Guss Hiddink menggunakan Arshavin di bahagian hadapan tengah.Idea yang boleh tahan.Tapi seperti yang kita tahu Arshavin best terbaik apabila menjadi 2nd striker di belakang target man.Namun mungkin Wenger sudi mengambil risiko kerana pemain2 seperti RVP,Arshavin dan Fabregas yang berkebolehan untuk mencipta sesuatu dari luar imiginasi dan ketika ini Wenger begitu berharap si katik dari Russia ini.Dengan support dari Nasri dan Rosicky, Arshavin mungkin boleh mencurik perhatian pertahanan lawan apabila burst ke dalam kotak penalti membuka ruang kepada rakan2 lain.Cuma mungkin faktor fizikal yang menjadi masalah kerana kedua2 RVP dan Bendi lebih fizikal.



Itu hanyalah pendapat dan idea.Segalanya terletak di tangan Wenger.Siapa tahu kalau2 tibe2 dia ambil player dari skuad 18 tahun buat gila.Haha.Namun percayalah, segalanya positif.Kita mempunyai pemain yang berkebolehan menggalas cabaran memikul beban rakan2 lain.(kecuali mungkin posisi CB, risau gila kalau Gallas injured).Harap segalanya berjalan lancar.


Ahad, 15 November 2009

VAN PERSIE INJURED KEMBALI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



ARGHhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh TIdakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk perkara yang paling digeruni telah kembali menghantui Arsenal khususnya Robin Van Persie. Ketika kita kehilangan Bendi dan Clichy kini RVP seperti disumpah badi apabila tragedi injured ketika bersama pasukan kebangsaan kembali menimpa dirinya.Tiada yang lebih malang apabila ia berlaku ketika pemain Belanda ni tengah memuncak formnya..Dalam match Belanda bertemu Italy, baru 15 minit,RVP mengalami kecederaan ligamen lutut sama seperti yag pernah dilalui Fabregas jadi bermakna menempatkannya di wad sakit berbulan2!!!dan siapa yang tackle? ironinya pemain Juuventus yang pernah dikaitkan bersama Arsenal, Giorgio Chiellini. Ini pasti satu tamparan hebat buat Arsenal terutama striking option ketika Bendi dan Walcott masih tersadai tatkala Eduardo belum fit 100%.It's time to Vela to KICKdafella!! Kamon!

Itulah risiko yang perlu diawasai ketika internationaleleh.Freindly jek pun, tapi kita kehilangan tonggak ketika jadual tengah nak padat.Kem Arsenal masih belum bersuara tentang hal ini.Kalau perlawanan kelayakan Piala Dunia tu masih boleh diterima jugak la, mungkin ada baloi berbaloi2 sepertimana Alex Song telahpun menempah tiket balik ke Afrika summer depan.Arshavin masih perlu berhati2 akibat away gol Slovenia yang secara tiba2 muncul.Gallas dan Sagna pulak mungkin dah sebelah kaki apabila sekali lagi memalukan Robie Keane.

Apapun suatu tindakan perlu diambil oleh Kesatuan kelab2 agar freindly2 yang tak bermakna ketika musim sedang berlangsung seperti ini dipikirkan kembali.-cakap bersandarkan emosi~huhu...


Sabtu, 14 November 2009

Kami masih hidup!!

Minta Maaf Zahir dan Batin. Sepertimana Arsenal pernah melalui zaman yang sukar, begitu juga dengan Arsenalaysia yang kini terpaksa menghadapi pelbagai kesulitan dalam proses penjenamaan semula.Huhu.Ditambah pula musim internationaleleh 2 minggu ini, rasanya inilah peluang dan masa terbaik untuk menyelesaikan segala kekusutan.Akibat kecelaruan dalam mencari identiti Arsenalaysia, pelbagai widget seperti shoutbox, dll dengan tidak sengaja terpaksa direhatkan tapi akan diwujudkan semula dalam tempoh terdekat.Faktor masa dan kepakaran juga menyebabkan proses pengubahsuaian dan baik pulih berjalan bagai kura2-tapi akhirnya mampu menewaskan arnab.

Namun begitu, jutaan terima kasih diberikan kepada para penyokong dan pelawat kerana sentiasa memberi semangat yag tidak putus2 dan sekali lagi kami memohon maaf.Anda adalah nadi Arsenal seperti juga kami.

P/S: Kepada rakan2 sepasukan bloggers dari kem blog Arsenal, sudilah kiranya menghantar link untuk dikongsi bersama kerana telah kehilangan..kesulitan amat dikesali.


Khamis, 12 November 2009

Encik Fabregas



"The captaincy hasn't changed me at all.My team-mates have done a great job for me as well, to be honest. They showed me they believe and help me with everything. There has never been any trouble so I am very happy with how things are going."



Ahad, 8 November 2009

Maksud di sebalik baju Eduardo.


Eduardo menyangkakan gol tersebut miliknya tetapi FA memberikan kepada pemain pertahanan serigala.Apepun tak salah untuk Dudu menyambut meraikan gol tersebut kerana ia memang berpunca dari kakinya.Namun di sebalik sambutan emosi Dudu, apekah yang cuba disampaikan pemain Crotia kelahiran Brazil pada seluruh masyarakat dunia. Berlari ke penjuru padang sambil mengangkat jersey dan tertera mesej pada kemeja T nya,

"PAZ NA VILLA KENNEDY - RJ" yakni "Keamanan di Villa Kennedy-Rio de Janeiro".

Ia merupakan salah satu tempat/slum di Brazil yang masih lagi penuh dengan pancaroba manusia2 tak bertamadun sehingga bermacam2 masalah sosial dan jenayah menjadi tarikan utama.Sedih dan pilu untuk mengenangkan nasib mereka2 yang teraniaya tatkala pihak berkuasa dan juga polis ugak tidak mampu diharapkan.Gangsterism dan mob adalah kuasa2 besar yang menjadi penakluk dan pergaduahan sesama meraka menjadi lumrah kehidupan seharian.Jika anda nak tahu lebih, aku syorkan sakskan sendiri filem City Of God untuk mendapatkan gambaran.Sebuah filem komuniti sosial yang menarik dan memberi mesej.

Itulah semangat yang kita mahukan dari pemain2.Bukan hanya main bola mengejar wang ringgit , tapi juga sumbangan pada masayarakat dunia tidak terabai.Kini mesej Eduardo terpampang di seluruh pelosok dunia mungkin dan kini mengharapkan tindakbalas humanisasi. Sekurang2nya dunia membuka mata.


Mengapa harus bolos??

Bolos saja dinfding itu!! Itu yang dirisaukan sangat pasal Arsenal walaupun sedang selesa mendahului ada saja pembolosan berlaku.Yang lebih mermbimbangkan adalah ia berpunca dari kelemahan mempertahankan set piece play.Jik Arsenal nak menjadi pasuan yang mempunyai ciri2 juara, defend perlulah dimantapkan lagi terutama set piece..ini kerana attacking, kita, kita tak perlu gusar..36 gol, pergh banyak tu, lagi membanggakan ia datang dari sumber yang berbeza.Sekali lagi mari kita layan jamuan gol dengan highlight di bawah..




Sayang sekali buat Eduardo apabila tak dapat claim gol kedua sebagai miliknya.Dah berapa kali dah, dulu mase gol Wigan, pun tak dapat claim daripada Eboue.Secara rasmi baru menjaringkan 1 gol dalam liga tapi kami yakin nombor tu akan bertambah. Malang sekali Diaby pulak masuk senarai kecederaan dan terpaksa membantutkan percutian Song apabila harus kembali bekerja dan seperti biasa, dia melakukan tugas dengan baik.Ramsey agak promising tapi ada beberapa perkara yang pelu dipelajarinya lagi.Ape yang aku suke pada Rambo ini ialah daya tahan fizikalnya nampak ade peningkatan.Memang Rambo betul.


Post Match : Serigala Lumpuh Tembakan Meriam ....

Assalamualaikum dan salam sejahtera fellow arsenalaysian...terlebih dulu...Jogho nak mintak maaf dulu lah sbb dah agak lama tak de post update...al maklum la...ada exam...tak de gap oo exam Jogho...Tima kasih la gak pada saudara GNR sebab cover post update2 yang sepatut nye..ala2 Song la plak GNR ni duk cover merata rata posisi player..hahaha...

Ok la...match untuk week ke 11 Barclay Premier League (BPL) dah pon tamat dengan khabar gembira...kemenangan seterus nye dah aksi tanpa kalah The Gunners buau 13 game berturut turut...Dengan jaringan yang agak puas hati pada fan smua...4-1 adalah scoreline yang agak baik walaupon menentang pasukan yang berada di tangga ke 18 liga sebab away game...ape2 pon...3 mata ada lah penting dan menunjukkan kita sangat komited memberi tekanan kpada blue dan red..dan dah pon naik ke tangga ke 2 liga dengan 25 mata...Selain dari 3 mata..ada lagi khabar gembira dari The gunners dalam pencapaian awal musim ni..stakat 11 game..kita dah kumpul 36 gol dah kita hasilkan...dah dengan 36 gol tu menjadikan The Gunners adalah team yang paling banyak menjaringkan gol stakat ni...20 gol di hasilkan di Emirates dan 16 lagi di merata rata stadium...haha...

Bukan stakat tu je...The gunners gak skang ni ada lah team yang paling banyak goal difference nye iaitu sebanyak 22 gol..sesuatu yang patut kita bangga kan skarang ni..agak penting jumlah goal difference ni kalau di hujung saingan liga nanti kita berkongsi mata dengan mana2 team..dan juga..automatic laa confident boost buat player..Tak lupa juga..bukan stakat tu je..The Gunners skang ni paling banyak menjaringkan gol dari semua department..leh bayangkan la..dah 7 gol dari partnership Gallas - Vermaelen...Then RVP dah 7 gol..Cesc 6 dan arshavin 3..Bangang2 Diaby pon 3 gol gak...hahaha..Tapi agak menggusarkan bolos kita pon leh tahan banyak...kena lagi banyak training set piece...Coaching staff ramai2...wat le keja..haha..sian lak Jogho tgk Almunia tadi tak leh clean sheet bonus...kalau tak..lepas la bg kucing dia bela makan bulan ni..haha...

Dah lebih melalut...Kembali kita ke game tadi...dengan formasi seperti biasa season ni..4-3-3 yang smakin hari smakin menampakkan impak maksima nye dengan gol2 yang banyak di hasilkan..Kita start ngan Almunia...tak de ape sgt yang leh puji...tak banyak pon serangan lawan..cuma 15 min ptama je kalut sket The Gunners...tapi cam Jogho ckp sblum ni la..Almunia ni antara keeper yang paling tenang...dia nye composure terserlah kalau handle backpass...kalau di perhatikan..Gallas yang suka sangat back pass..haha..tapi di handle ngan baik oleh Almunia ni..

Center Half kita..Gallas..cam biasa la..konsisten mengekang asakan lawan dan sekali skala naik untuk membantu team mate..Vermaelen ingin lagi Jogho puji sebab nampak kematangan dia walaupon berusia 23 tahun...dia pandai membaca gerakan striker lawan..dengan header dan tackling yang baik...lagi skali kita nampaksangat2 berbaloi dengan harga nye 10 mil euro..agak maal bagi seorang center half sebnar nye bg Jogho..Fullback kita Gibbs dan Sagna...persembahan yang menarik..terutama dari Sagna..tackling nye sangat baik malam ni..walaupon kurang overlap..tapi gol ke 3 dia overlap gak..haha..Gibbs..lagi banyak kena belajar tentang defensive task..overlap dah power..dengan kelajuan nye...boleh porak peranda kan lawan..cuma ada 2 3 kali slip masa defend..

Holding midfield...pelik gak sbnar nye Jogho mula2...di letak nye Ramsey kat posisi tu...tapi...Arsene knows...bila Ramsey ni duk posisi tu..kita leh tgk..dia ni ada kualiti hard man gak rupe nye..bukan stakat playmaker je..tapi sayang..bila Diaby kluar..dia di gantikan dengan song dan posisi nye berubah ke atas sedikit..dan cam biasa la..kalau dah duk atas sket..mmg mantap la ramsey ni..

Song plak..cam biasa..ada je dia duk cover2 posisi teammate...walaupon tak berapa nampak kegemilangan Song malam ni..dia masih menjalankan tugas dengan baik..Control ball yang mantap..2 kali je kalau tak silap slip passing...Fabregas...perrhh...excellent..tu je leh Jogho ckp..Dengan satu assist dan 1 gol...dapat kita tgk..beliau sangat2 enjoy season ni..Arshavin...satu gol dari beliau...agak menarik..2 3 game dah Jogho perhatikan dia ni kadang2 bukan main tackle orang..haha..walaupon katik...tapi tackle leh bawak red card gak tu..satu lagi persembahan menarik dari Arshavin...Ada Jogho membaca satu blog mat salleh tentang Arshavin ni..dia kata..beliau ni satu2 nye player yang boleh mendatangkan magic..walaupon nampak cam malas..tapi beliau ni jenis pikir nak buat yang tak masuk di akal orang..Contoh la kan..dia suka passing bola kat tgh2 orang walaupon hanya beza tak sampai 1 meter pon dari kaki lawan..so bila tak jadi..mmg nampak cam tak berbaloi..tapi kalau jadi..MAGIC...hehe..ada betul nye gak mat salleh tu cakap..tu la flair...

Sama cam Eduardo..ada saje magic nye bila sampai bola ke kaki nye...walaupon gol nye tu dalam live score ckp own gol..tapi chip tu la yang magic beliau..dengan cool compose finish...itu la quality eduardo...1 gol malam ni...persembahan menarik bg Jogho..RVP..haha..marvelous..rajin siot striker kita..dengan aksi yang mantap..pergerakkan nye yang cantik...ke hulu ke hilir roaming padang...last2 walaupon tak menjaringkan gol..satu assist yang menunjukkan beliau ni tak tamak menjadi hadiah buat kerajinan beliau menacari ruang...dengan 7 gol dari RVP..dan banyak lagi yang akan datang..akan menjadikan beliau contender untuk menerima anugerah golden boot musim ni..skaligus membantu The gunners merampas ape2 trophy skali pon..kalau boleh..nak mnang liga la..hehe

NAsri dan Rosicky masuk mengganti kan Eduardo dan Arshavin respectively...banyak gak benda2 yang mereka tampilkan..peluang Rosicky contoh nye...leh tambah jadi 5 gol..tapi syg..bola melantun ke atas palang..bukan ke bawah palang...huhu...

Cam biasa..rating Jogho selitkan di bawah ni..

Almunia----------6.5
Sagna------------7.5
Gibbs------------6.5
Gallas-----------7.0
Vermaelen------7.5
Ramsey---------7.5
Song------------7.0
Fabregas--------8.0
Eduardo---------7.8
Arshavin---------7.5
Van Persie-------8.0

Ape2 pon...tahniah The gunners...3 pont yang sangat2 berharga...kita tgk ape jadi malam esok..harap2 game antara blue dan red seri...Come on Gunners.....Peace


P/S - RVP di anugerahkan Bayclay Player of The Month dan dah pon trima trophy...dan The Gunners lagi skali di gosipkan dengan sorang lagi rising star dari Germany...Mesut Ozil...best gak dia ni...leh tahan la...huhu

Gunners till die!!!!!!!!!!!!!


Sabtu, 7 November 2009

Pre Match: Memburu Serigala



Pelik membaca Arsenal.com mengapa Wenger begitu beriya2 sejak kebelakangan ini bercerita tentang Liverpool.Mungkin sebab attention yang sepatutnya, pada awalnya diberikan pada Arsenal telah tempias beralih arah terkena pada pasukan Liverpool akibat persembahan hambar mereka.Jadi , Wenger lah satu2nya yang paham bagaimana jiwa Benitez dalam keadaan ini kerana beberapa musim lepas die sering menjadi bahan kritikan dan tumpuan media.Kini dengan 'tumpuan' pada Liverpool meringankan siket kepala otak Wenger malah pemain2 Arsenal sendiri yang dalam diam2 membina form yang boleh dibanggakan mencucuk rapat sedang harapan tinggi kepada Si merah dan Si biru.Arsenal mungkin sesuai dan lebih selesa dengan keadaan ini.The Underdog.

Tapi malam ini ,atau mungkin boleh kata awal pagi besok, Arsenal bukanlah underdog kerana Wolves telah declare diri mereka underwolves dan akan mencipta kejutan.Itu yang dikatakan dari kem belah sana.3 Game terakhir membuktikan mereka tak boleh dipandang mudah.. berjaya mencurik mata dari Everton dan Stoke dan kemudian mengikat Villa itu cukup kukuh untuk dipandang.Tatkala Arsenal pulak terkenal dengan kelekaan last2 minit away game seperti yg dibuktikan bertemu AZ dan West Ham di mana kedua2nya pundit menjangkakan kemenangan landslide milik Arsenal.

Arsenal kini sedang makan coklat cloud 9.Di awang-awangan dengan persembahan sempoi dan superb dari kapten Fabregas yang menjelmakan watak wira tunggal ketika musim 07/08.Apabila dia mulai menemui sentuhan jaringan, dia takkan berhenti.Itulah komen Wenger terhadap kapitan Spaniard.Orang memandang Arshavin sebagai the savior untuk musim lepas tapi kini Fabregas mencurik balik status talisman dengan persembahan memberangsangkan setakat ini.Lebih menarik di Arsenal,selain mereka berdua kita boleh bercerita tentang RVP-penyerang terbaik BPL bak kata Wenger-Nasri yang dah mula merakamkan jaringan dan jangan lupa jugak Rosicky yang dah kembali pertengahan minggu.Belum masuk lagi Eduardo, Vela..Walcott Bendi(cedera)Jadi Bench kita mantap.takde masalah dengan skuad depth cuma sumpahan kecederaan yang membimbangkan.Kombinasi Gallas dan Mael yang dah sedekah 9 gol jugak membuktikan striking force yang ade pada Arsenal kini cukup utilized.

Ops, itu terlampau general.Patutnya aku bercerita untuk malam ini.

Clichy masih injured jadi Gibbs akan meneruskan ekspidisi belajar dari pengalaman, gelincir dari Clichy..Aku menjangkakan sentuhan kreatif di hadapan dengan Rosicky Arshavin dan RVP. Tengah milik Song dan Fabregas, Nasri mungkin berpeluang untuk start.Terpaksalah Diabyebye.

------------------Almunia-----------------
Sagna-------Gallas-------Mael---------Gibbs
-------------------Song-------------------
----------Fabregas------Nasri-------------
---Rosicky--------RVP----------Arshavin----

3 mata adalah penting kerana inilah peluang mencucuk rapat.1 mata tak boleh dimaafkan dan adalah kegagalan, kalah tak payah cakaplah.Kalau 3-0 pun die campak kot, mau Wenger baling Pat Rice dalam padang.Hahahaha..
Astro ESPN 1.25am. Serigala 0- Arsenal 3

P/S: Jangan lupa saksikan Final Piala Malaysia.Sayangi bola sepak tempatan!!


Jumaat, 6 November 2009

Untuk pertemuan Sabtu ini memburu serigala jadian, Arsenal tak akan merisikokan 2 bintang muda yang dijangka kembali Carlos Vela dan Armand Traore.Kedua2 pemain tersebut telah terlepas perlawanan impian bertemu Liverpool di Carling cup minggu lalu tapi dah boleh join full training dalam masa terdekat.

Lagi khabar menarik,Denilson dan Walcott akan kembali dalam masa beberapa minggu(beberapa minggu adalah istilah yang digunapakai Wenger jadi tak tahu berapa lama)

Jadi harap2 Denilson dapat mula bermain mencari rentak dan fitness supaya pemergian Song ke Piala Afrika tidaklah begitu dirasai.



Untuk fixture minggu ini pulak, Wenger menegaskan dia lebih senang untuk menumpukan pada operasi memburu serigala daripada mengetahui sama ada merah atau biru.Apapun baginya, inilah peluang untuk Arsenal merapatkan jurang kerana kompom salah satu atau kedua2nya akan terlepas mata.

Adakah Fabregas lebih hebat dari scubadiver atau Messy?Siapa pedulik.Ape kejadah punya soalan.Yang penting Fabregas bukan raja diving dan bukan juga penjaring gol menggunakan tangan.Harap janganlah mudah termakan dengan pujian2 media dan dapat mengekalkan form terbaiknya ketika ini.8 gol, penjaring terbanyak bersama RVP ketika ini,mengingatkan aku pada musim 07/08 tapi harap endingnya berlainan.Bak kata Eboue, persembahan Arsenal yang konsisten mampu menjelmakan Piala.

P/S: Kelantan hampir 40 tahun tanpa final PM, NS pula lebih kurang 60 tak dakap2.Usaha lebih keras dan disiplin akan menamatkan kemarau salah satu dari mereka.Tiada yang mustahil, Semoga berjaya!


Khamis, 5 November 2009

Arsenal 4 - AZ 1


Arsenal menang, Arsenalaysia menanggung kesulitan




Bukannya diserang virus atau terrorist . Cuma bandwith exceed oleh si photobucket menyebabkan layout menjadi cacamarba.Pihak Arsenalaysia masih lagi sedang mencari jalan penyelesaian dan buat sementara, layout sesimple ini yang kami mampu sediakan.Arsenalaysia memohon maaf pada Gunners sekalian, dan segala kesulitan amat dikesali.

Yang penting Arsenal taboh 4 bijik malam tadi walupun tanpa Clichy untuk mendekatkan diri dengan pusingan kalah mati.Fabregas score 2 bijik lagi tapi Arshavin yang mencurik tumpuan.


Selasa, 3 November 2009

Stan di ambang Penaklukan?

Lagi 0.3%.Begitulah jurang perbezaan nombor yang boleh membenarkan pemegang saham terbesar ketika ini, tycoon Amerika, Stan Kroenke mengambil alih sepenuhnya kelab Arsenal FC.Nama timangan manjanya 'Silent Stan' telah senyap2 membeli lagi 427 saham berharga 3.6M tapi tak menggusarkan BOD Arsenal dan SILENT HILL-wood kerana mereka yakin akan mendapat kerjasama sepenuhnya dari ahli korprat sukan yang juga pemilik kelab NBA Denver Nuggets.kini sahamnya mencecah 29.6%.Usmanov pastinya gigit jari dan ketar lutut ketika ini bimbang tewas dalam usaha mengambil alih Arsenal.Orang ramai memamng terang2 paku Usmanov tapi agak 'lembut' dengan Kroenke kerana latarbelakang politik sukannya.Tapi pada aku, biarlah Arsenal kekal dengan cara sedia ada dipelopori oleh satu jawatankuasa bersama tanpa ada pemilik perseorangan.Dan lebih penting biarlah Arsenal dengan pengurusan 'the English way' kerana itulah satu2nya yang ingin dibanggakan oleh Englishmen di Arsenal melihat kepada perubhan kelabnya yang telah menjadi kelab pelbagai bangsa/universal yang mengumpul bakat gemilang dari serata dunia.

P/S: RVP tak sabar dan harap diturunkan dalam Piala Carling, tapi beranikah Adebayor nak turun semula berdepan 'adek2'nya yang jauh lebih laju, berfikiran ke depan dan juga matang?


Ahad, 1 November 2009

Sama tapi tak serupa

Gol solo dari Fabregas semalam mengingatkan aku kepada gol2 yang pernah dijaringkan oleh lagenda TH14.Ikutilah beberapa persamaan yang masih segar dalam ingatan.