Selasa, 17 November 2009

Anak sapa la ni?



HEALTH BENEFITS OF PLACENTA
  • The placenta supplies food and oxygen to the foetus as well as releasing hormones to maintain pregnancy
  • Animals routinely eat their placenta, which is discharged after birth, to get nutrition following the exertion of labour
  • Some reports have suggested eating it could help ward off post-natal depression
  • In Peru, dried placenta has been given to children when they fall ill in the belief it will help cure infections
  • Turkish researchers have also used placenta cells to help heal fractures in tests on rabbits
  • But while the nutritional content of the placenta is known to be high, it is still not known exactly how it can aid the healing process

Itu adalah cerita fakta saintifik tentang plasenta.Ok aku kurang arif tentang biologi dan sains jadi aku malas nak masuk dengan lebih mendalam.Hukum dia pun aku kurang pasti. Tapi yang ingin aku ceritakan sama sepertimana yang kita semua ketahui,  demi nak pulih secepat mungkin, seseorang itu sanggup terbang sejauh ke Serbia semata2 nak jumpa dengan desperate housewife Mariana Kovacevic namanye. Nenek/Makcik/kakak ni dikatakan pakar tukang urut, harap mukanya takde lah seperti witch2 yang biasa kita lihat mahupun sengeri filem hostel takut2 nanti lain pulak jadinya, RVP pergi nak kasi pulih kaki, alih2 balik hilang sebelah kaki..sapa mau jawab?? Pat Rice jugak la. Slumber saje dia mengambil risiko cuba jaya lepas dengar cerita bekas player PSV Danko Lazovic pun melalui terapi yang sama..Kesannya seminggu katenye.Tapi kesan ape? kesan lebam ke? hahaha..ape2 lah RVP oi, asalkan ko balik semula lepas tu dengan kaki yg cergas cerdas pulih seperti form tip top, kami tak kesahlah apa jua cara yang ko gunakan.Baik untuk RVP baiklah jugak untuk Arsenal. Harap bini Maghribi dia pun ikut sekali tengok.

 Eduardo pulak da bersiap sedia nak ganti RVP ni.Tak sabar2 katenye..Seperti biasa, untuk memulakan bual bicara, bodek bos dulu.Eduardo memuji Wener yang tahu memaksimumkan kualiti pemain dalam posisi masing2.Jadi dia jugak tak kesah main kiri ke kanan ke yang peting demi membantu pasukan.Elok bebenar laa tu Dudu, selama setahun jadi tukang sorak, aku paham perasaanmu yg tension tengok dari luar padang samalah seperti kami.Inilah peluang yang tak boleh dilepaskan..


Arshavin puji penyokong Liverpool kat Anfield dengan menggesa penyokong Russia tiru depa.Tiru lagu YNWA dalam bahasa Russia ka tiru time diorang senyap bila Arshavin score 4 bijik?Terlampau jujur sangat Arshavin ni , outspoken.Tapi bagus jugak ade player macam ni sekurang2nya kita tahu ape sebenarnya yang berlaku 'cerita2 gosip bilik persalinan'.Pernah keluar satu cerita Gallas dikatakan tak kasi siapa2 pun duduk sebelah dia dalam bas, ermmm dengar balik macam kelakar pulak tapi mungkin ayat Arshavin di salah ertikan dan diputar belit media.Jadi tak payah ambek pot sangat selagi Gallas dan Mael dah serasi bersama, Gallas nak sorang2 dia satu bas pun tidak mengapa.





P/S: Dari buat bende pelik2, kalau nak urut, tak payah placenta, baik sapu planta..Sodap pun sodap...


0 ulasan: