Rabu, 18 November 2009

Adakah Arsenal patah tumbuh hilang berganti?

Bila teringat kisah Bersamamu yang memaparkan kehidupan selepas pencen beberapa bekas atlet kebangsaan, agak syahdu dan simpati mengenangkan nasib mereka.Dunia ini nyata sementara, kemasyhuran dan nama hanya dikecapi ketika waktu kemuncak/prime time dan jika tiada lagi kudrat, jika tidak bernasib baik, anda boleh dilupakan begitu saja.Oleh itu para atlet, sediakanlah baju hujan sebelum hujan. Tapi bila dipikirkan balik jika di negara2 luar khususnya Perancis, apakah akan ada rancangan sedemikian rupa.Apekah akan ade rancangan yang pergi ke rumah En Silvestre dan memberi sumbangan gandum,gula dan roti panjang?Pastinya tidak! Mengapa.Ini kerana walaupun Silvestre duduk sahaja gajinya dah cukup untuk menyara anak bini beberapa keturunan mungkin.Kalau tidak masakan dia dengan mulia hatinya mampu berhajat membuat sumbangan perlawanan amal untuk Afrika musim lepas walaaupun tak jadi atas beberapa faktor teknikal.


Jadi, di sini kami menyeru En Silvestre aka Potato Head membuktikan dia tidak hanya memakan gaji buta dengan persembahan bertenaga dan matang sepanjang peniggalan Clichy dan yang terbaru Kieran Gibbs-cedera ketika game England U21 bertemu Lithuania.Sumpahan berterusan.Walaupun Gallas Sagna Mael mampu untuk bermain di posisi itu, tapi aku rasa Wenger taknak kacau keserasian yang dah kukuh.Mungkin inilah peluang untuk Silvestre memerah kudrat yang masih ada biarpun sifar penampilan dalam liga musim ini.


Buat mereka yang bermimpi ada muka baru akan dibawa masuk ketika Song mewakili negaranya Piala Afrika Januari nanti, anda boleh simpan mimpi anda dahulu kerana penamaan calon telah pun dibuat.Bukan Diaby bukan juga Samir Nasri.Tapi Wenger ade idea lain .


“We have Denilson who can fill that role. He is more suited than Samir at the moment. Samir is more a player who has pace, is versatile around the box and can finish. It would be a sacrifice to put him down there. Also he has a little handicap in the air."
P/S : Eboue bercita2 nak jadi macam Edie Murphy si pelakon Hollywood.. Patutlah beberapa kali kita nampak dia 'berlatih' atas padang.







0 ulasan: