Isnin, 30 November 2009

Sudah sudah lah tu..



Memang benar sukar untuk menerima kekalahan terutama bila anda adalah Arsenal dan tewas kepada jiran pencabar kejuaraan di tempat sendiri, ketika anda tahu sebenarnya player boleh bagi lebih dari itu, dan Wenger boleh memikirkan plan lain tetapi tidak memilihnya, dan paling teruk melihat bekas pemain yang paling dikeji kini lebih mendahului anda.Tapi ape2 pun letak ia di belakang. Masyarakat cakap, adat perlawanan ada menang, ada kalah tapi sayangnya seri pun kita tak mampu.1st gol adalah penting dalam match seperti itu dan 2nd gol akan membunuh psikologi, 3rd hanya menambah malu.Pahit memang pahit tapi kita dah pernah rasa yang lebih kelat daripada ni, apa yang penting bermula dari sini, ke mana kita nak pergi.

Kalau musim lepas, Arsenal ketika ini dah tewas 4 dari 13 perlawanan.Tewas di Emirates juga di tangan Aston Villa.Sama bukan dengan musim ini? 4 daripada 13. Selepas itu mereka bertandang ke Man City dan sekali lagi diperbudakkan 3-0.Time ni Gallas tak main, kene pecat.Jadi ia adalah kekalahan ke-5 daripada 14 perlawanan.Dan Wenger biarpun pada bibirnya enggan mengaku kalah, biarpun kekal tanpa kalah 21 perlawanan selepas itu, Arsenal tetap tidak dapat mengejar kelompok 2 atas dan akhirnya Arsene memberi alasan kalah 5 daripada 14 perlawanan awal, sangat sukar untuk mengekalkan momentum.Jadi tinggal 1 match lagi untuk arsenal mengelakkan diri dari situasi sama.Dan perlu diingat lawan seterusnya dalam liga adalah pasukan yang tak beza dari Sunderland atau fizikal Chelsea, Stoke City.Kali terakhir Arsenal bertandang ke Britania jugak berakhir dengan kekalahan, bertuahnya kali ini tiada RVP untuk dibuang padang.

Tapi sebelum tu Arsenal kene pergi balik ke bandar Manchester bertemu Manchester City dalam suku akhir carling Cup.City dijangka akan menurunkan barisan 'bintang' yang rekod tanpa kalah mereka juga cukup 'mengkagumkan' dalam liga, kali terakhir dan satu2nya mereka kalah ialah sewaktu last minit gol dari Owen.Aku cakap 'mengkagumkan' bukan apa tapi yang terbaru ni 7 seri berturut2.Dasyat.huhu.Barula penyokong2 City ni mula nampak dan dah ade suara2 yang mencaci seorang player yang agak pemalas.Mereka tidak terlibat dalam kejohanan2 lain selain domestik jadi Carling Cup ni umpama UCL la bagi mereka.

Dan Wenger pulak seperti biasa awal2 dah declare ape2 jadi pun dia akan tetap turunkan pasukan kacukan dengan pemain2 muda simpanan dan beberapa pemain utama.Aku rasa dari segi motivasi dan psikologi tak salah kut kalau Wenger pun bermati matian dalam buruan piala ini.Sekurang2nya ringan siket beban otaknya nak menjawab kemarau piala.Tak perlu rasa malu, just buang ego dan main bola.Tapi jika player 1st team, masing2 perlu memakai headgear kerana tiadanya RVP untuk dipijak muka memungkinkan orang primitif pra matang itu memburu mangsa lain.Tapi bagus jugak pakai Young Gun ni.Selain boleh diharap, dapat la jugak merehatkan player2 untuk kunjungan sukar ke Stokes.Tak sanggup nak pikul 3 kekalahan berturut2. Olympiacos minggu depan adalah masa untuk suka hati Wenger la nak buat apa kerana kita dah sah muncul juara kumpulan dan layak ke pusingan kedua.Time tu lah nak buat ujikaji, cari persefahaman, try and error dan menguji karekter away from home.




Ade lagi harapan, jangan terlalu memikirkan sangat, makin dipikir makin serabut.Pemain2 macam Arshavin ni patut jadi benchmark, tapi ini terbalik pulak.Boleh pulak terpikir nak bersara dari bola sepak sebab Russia tak layak ke Afrika.Dia nampak tak terurus, tak fokus.Ok memang, mana2 player impian nak main dalam World Cup tapi kalau pro, selesaikanlah segala kemurungan tersebut dan jangan terbawak2 dalam kelab merebak kepada player2 lain nanti.Siapa yang bayar gaji, kelab atau negara?Itu yang Wenger duk mengamuk sampai mencarut apabila diajukan soalan pasal Piala Dunia.Nak tanya pasal Piala Dunia pi tanya Sleep Better.Dalam keadaan macam ni kite perlukan watak2 dan peranan player2 seperti Arshavin untuk bangkit memberi inspirasi, ayuh phoenix bangkit!

P/S: Kalau Ireland dapat jadi pasukan ke 33 , macam tu semua negara nak claim, Malaysia pun boleh claim macam tu.Amboi,Suka hati jek!


0 ulasan: