Eduardo menyangkakan gol tersebut miliknya tetapi FA memberikan kepada pemain pertahanan serigala.Apepun tak salah untuk Dudu menyambut meraikan gol tersebut kerana ia memang berpunca dari kakinya.Namun di sebalik sambutan emosi Dudu, apekah yang cuba disampaikan pemain Crotia kelahiran Brazil pada seluruh masyarakat dunia. Berlari ke penjuru padang sambil mengangkat jersey dan tertera mesej pada kemeja T nya,
"PAZ NA VILLA KENNEDY - RJ" yakni "Keamanan di Villa Kennedy-Rio de Janeiro".
Ia merupakan salah satu tempat/slum di Brazil yang masih lagi penuh dengan pancaroba manusia2 tak bertamadun sehingga bermacam2 masalah sosial dan jenayah menjadi tarikan utama.Sedih dan pilu untuk mengenangkan nasib mereka2 yang teraniaya tatkala pihak berkuasa dan juga polis ugak tidak mampu diharapkan.Gangsterism dan mob adalah kuasa2 besar yang menjadi penakluk dan pergaduahan sesama meraka menjadi lumrah kehidupan seharian.Jika anda nak tahu lebih, aku syorkan sakskan sendiri filem City Of God untuk mendapatkan gambaran.Sebuah filem komuniti sosial yang menarik dan memberi mesej.
Itulah semangat yang kita mahukan dari pemain2.Bukan hanya main bola mengejar wang ringgit , tapi juga sumbangan pada masayarakat dunia tidak terabai.Kini mesej Eduardo terpampang di seluruh pelosok dunia mungkin dan kini mengharapkan tindakbalas humanisasi. Sekurang2nya dunia membuka mata.
Ahad, 8 November 2009
Maksud di sebalik baju Eduardo.
12:28 PTG
Gunners & Roses
1 ulasan:
PAZ NA VILLA KENNEDY - RJ
Catat Ulasan