Khamis, 26 November 2009

Lagu Akujanji.

Alexander Song Bilong mengikut haluan Eduardo dan Sanchez Watt dengan memperbaharui kontrak lanjutan yang bakal menyimpan pemain Cameroon ini dengan lebih lama di Arsenal.Perlu aku akui, dulu aku antara yang lantang mengejek dan mengkritik beliau sebaik sahaja tiba di Arsenal tahun 2006.Tapi setelah beberapa siri dan juga loan ke Charlton, Song pulang ke Arsenal dan tidak berpatah balik.Perlahan2 dia mengorak langkah belajar dari senior2, understudy kepada Gilberto, Flamini dan persembahannya diakui ramai meningkat dan hanya berumur baru 22 tahun meninggalkan batch seangkatannya seperti Diaby dan denilson sering menjadi kambing hitam pulak..Jadi masih ade ruang untuknya menjadi lebih bagus daripada apa yang ade sekarang ini.

Setakat musim ini, rentaknya di hadapan 4 sekawan di barisan belakang Arsenal cukup menjadi sebagai perisai kepada mereka.Persefahaman yang baik terutama dengan Gallas dan Mael menjadi punca Arsenal dilihat semakin stabil antara atas dan bawah.Cuma masalah mempertahankan set piece masih lagi menghantui kem Arsenal. Arsenal gembira dengan akujanji Song ini dan akan sentiasa memandang ke hadapan bersama2 the anchor afro man ni. Cuma yang membimbangkan adalah kemampuan Arsenal apabila tiba Januari nanti untuk cover pemergian Song ke Kejohanan Piala Afrika.Denilson tempoh hari pantas cuba menunjukkan jalan,  dengan sambutan golnya, geleng2 kepala seperti biasanya..Mungkin geleng2 itu bermakna "tidak perlu bimbang, aku ada kembali"






s

P/S: Syukur Alhamduliillah .Dengarnya,.Armand Traore  nak buang tatto summer nanti sebab baru dapat hidayah mungkin.Dari seorang Muslim yang hanya ada pada nama, kini Armand kini sudah mula cuba mempraktikkan Islam dalam kehidupan harian yang diakui membantunya di dalam dan di luar padang.Mungkin ini dinamakan hidayah Qurban,


0 ulasan: