Selasa, 3 November 2009

Stan di ambang Penaklukan?

Lagi 0.3%.Begitulah jurang perbezaan nombor yang boleh membenarkan pemegang saham terbesar ketika ini, tycoon Amerika, Stan Kroenke mengambil alih sepenuhnya kelab Arsenal FC.Nama timangan manjanya 'Silent Stan' telah senyap2 membeli lagi 427 saham berharga 3.6M tapi tak menggusarkan BOD Arsenal dan SILENT HILL-wood kerana mereka yakin akan mendapat kerjasama sepenuhnya dari ahli korprat sukan yang juga pemilik kelab NBA Denver Nuggets.kini sahamnya mencecah 29.6%.Usmanov pastinya gigit jari dan ketar lutut ketika ini bimbang tewas dalam usaha mengambil alih Arsenal.Orang ramai memamng terang2 paku Usmanov tapi agak 'lembut' dengan Kroenke kerana latarbelakang politik sukannya.Tapi pada aku, biarlah Arsenal kekal dengan cara sedia ada dipelopori oleh satu jawatankuasa bersama tanpa ada pemilik perseorangan.Dan lebih penting biarlah Arsenal dengan pengurusan 'the English way' kerana itulah satu2nya yang ingin dibanggakan oleh Englishmen di Arsenal melihat kepada perubhan kelabnya yang telah menjadi kelab pelbagai bangsa/universal yang mengumpul bakat gemilang dari serata dunia.

P/S: RVP tak sabar dan harap diturunkan dalam Piala Carling, tapi beranikah Adebayor nak turun semula berdepan 'adek2'nya yang jauh lebih laju, berfikiran ke depan dan juga matang?


0 ulasan: