Khamis, 19 November 2009

Kegagalan mereka dalam meNANGANI emosi



Piala Dunia tanpa wajah seperti Mael Rosicky Eduardo dan terbaru Arshavin.Sayang sekali.Kita ambil positif dari kesedihan mereka ialah kini meraka boleh dan akan tumpukan sepenuh fokus dan hati pada kelab memandangkan tidak ada apa lagi beban yang harus dipikarkan untuk summer di Afrika.Jadi mereka takkan takut challenge,tackle dan benda2 yang merisikokan kerana kempen bola sepak mereka musim ini hanya untuk Arsenal.

Eduardo dah memulakan langkah pertama, mengikat bai'ah dengan Arsenal untuk setia selama yang mungkin.Kerana inilah dirasakan peluang baginya untuk membalas segala jasa kelab dan peminat yang telah menyokongnya tak kira di waktu susah dan senang terutama ketika tragedi tersebut.Arsenal komited dalam mengembalikan kerjaya Eduardo.Kini Dudu jugak bersedia untuk membalas kepercayaan dengan persembahan bertenaga.6 minggu berikutnya amat penting kerana Dudu diletakkan harapan yang tinggi untuk menggalas tanggungjawab yang ditinggalkan RVP.

Ketika mereka kempunan menggigit jari dan melanggan tv satelit untuk menonton Piala Dunia -yang pastinya bukan Astro boy yang mahal jek lebih- malam tadi ada pula rakan2 mereka yang ceria.Gol Gallas bakal menghantar Sagna Nasri Diaby dan mungkin Clichy ke Afrika.Aku malas nak ulas sebenarnya tapi aku terasa terpanggil, sebelum itu kupohon maaf jika pendapat ini tidak disenangi.




Tapi yang mencurik tumpuan adalah lagenda Arsenal TH14 dengan kontroversinya.Pada aku mudah sahaja, dan ini hanya pendapat aku.Henry menggunakan tangan, dia mengakuinya sendiri.Tapi sengaja atau tak sengaja hanya dia yang tahu.Jadi jika tak sengaja, dia bernasib baik tapi kalau sengaja, dia memang seorang manusia normal yang desperate.Pengadil yang terlepas pandang mengapa Henry sahaja yang dipersalahkan.Tapi aku meluat dengan segala bias dari pihak media yang terus terusan mempengaruhi minda ,meenghasut, dengan meletakkan segala kebusukan hati kepada Henry seorang sahaja..Ade yang sampai mengaitkan Arsenal, itu sudah biasa dan memang dijangka.

Dia buat salah dan dia mengaku, lagi elok dari si hipokrit.Bagitau aku berapa orang sangat yang jujur dalam kehidupan harian mereka tapi kebanyakannya lebih suka mencari kesalahan orang lain sebelum mencermin diri.Jadi untuk menggelar Henry si penipu/cheat sepertimana gelaran2 yang disebarkan ketika ini adalah amat melampau jka melihat rekodnya.Henry melakukan kesilapan dalam hidupnya tapi itu tak akan memadam segala ape yang telah dihadiahkan olehnya dalam dunia bola sepak.Tapi 'pihak2' ini hendak meletakkannya kini sebagai musuh no1 dalam sukan bola sepak bagaimana pula dengan Maradona?Cantona,Scubadiver, Rooney, Drogba, Gerrard, Eboue, Halim Napi dan senarai ini takan habis kalau dibincangkan sampai bila2.Handball,Berlakon,foul,diving,tarik baju memang lumrah dan asam garam bola sepak tapi carilah cara bagaimana untuk mengesan??!!! itu yang penting!! Untuk kurangkannya ketika ini gua rasa susah kerana tindakan itu spontan, dah jadi pi'il pemain malah skrip permainan itu sendiri dan masing2 pro, ape yang berlaku atas padang stay atas padang.Yang penting how to detect!!!

Salahkan Henry kerana tidak fairplay, tapi jangan sesekali lupa untuk menyalahkan FIFA dan UEFA terutama Platipus dan Sleep Better(tido lagi baik).Masih lagi tido.Kita perlukan penggunaan teknologi!! Dah beberapa kali Wenger usulkan, tapi still tak pakai2 jugak. Kalau sukan ragbi dan kriket boleh, mengapa tidak bola sepak.Jika alasan untuk takut kehilangan sentuhan nilai manusia, jadi tidak perlulah komen setiap masa.. Dari sudut humanisasi aku berasa simpati terhadap warganeraga Ireland dan para Irish sekalian, tapi dari segi sokongan aku lebih rela menyaksikan kelibat Henry Riberry Gallas dari melihat Duff dan Keane membuka mulut2 besar mereka di Afrika.

Orang akan cakap " cakap senangla tak kena kat diri sendiri". Aku memang senang dalam menyuarakan pendapat ini..Jika terkena pada team gua, gua akan menyerang pemain lawan dan jugak pengadil seperti biasa kerana ini lumrah manusia.Cuma berbatas dan bersandarkan logika la.Suara penyokong adalah element kepada kecantikan bola sepak itu sendiri jadi hargailah ia dengan penuh rasional.


2 ulasan:

Sofea berkata...

Biasa laa bro.. bila buruk diorang kait la ngan arsenal.. sedangkan TH sekarang main kat Barca..

Maradona buat hand of god dia dulu ok je..

Apapun Gunners Selamanya

gula-gula berkata...

tu yang aku xpaham tu..
semua nak kait ngan arsenal..
padahal die player barca..
nmpk sgt skrg ramai dah cuak ngan arsenal..hehe