Sabtu, 7 November 2009

Pre Match: Memburu Serigala



Pelik membaca Arsenal.com mengapa Wenger begitu beriya2 sejak kebelakangan ini bercerita tentang Liverpool.Mungkin sebab attention yang sepatutnya, pada awalnya diberikan pada Arsenal telah tempias beralih arah terkena pada pasukan Liverpool akibat persembahan hambar mereka.Jadi , Wenger lah satu2nya yang paham bagaimana jiwa Benitez dalam keadaan ini kerana beberapa musim lepas die sering menjadi bahan kritikan dan tumpuan media.Kini dengan 'tumpuan' pada Liverpool meringankan siket kepala otak Wenger malah pemain2 Arsenal sendiri yang dalam diam2 membina form yang boleh dibanggakan mencucuk rapat sedang harapan tinggi kepada Si merah dan Si biru.Arsenal mungkin sesuai dan lebih selesa dengan keadaan ini.The Underdog.

Tapi malam ini ,atau mungkin boleh kata awal pagi besok, Arsenal bukanlah underdog kerana Wolves telah declare diri mereka underwolves dan akan mencipta kejutan.Itu yang dikatakan dari kem belah sana.3 Game terakhir membuktikan mereka tak boleh dipandang mudah.. berjaya mencurik mata dari Everton dan Stoke dan kemudian mengikat Villa itu cukup kukuh untuk dipandang.Tatkala Arsenal pulak terkenal dengan kelekaan last2 minit away game seperti yg dibuktikan bertemu AZ dan West Ham di mana kedua2nya pundit menjangkakan kemenangan landslide milik Arsenal.

Arsenal kini sedang makan coklat cloud 9.Di awang-awangan dengan persembahan sempoi dan superb dari kapten Fabregas yang menjelmakan watak wira tunggal ketika musim 07/08.Apabila dia mulai menemui sentuhan jaringan, dia takkan berhenti.Itulah komen Wenger terhadap kapitan Spaniard.Orang memandang Arshavin sebagai the savior untuk musim lepas tapi kini Fabregas mencurik balik status talisman dengan persembahan memberangsangkan setakat ini.Lebih menarik di Arsenal,selain mereka berdua kita boleh bercerita tentang RVP-penyerang terbaik BPL bak kata Wenger-Nasri yang dah mula merakamkan jaringan dan jangan lupa jugak Rosicky yang dah kembali pertengahan minggu.Belum masuk lagi Eduardo, Vela..Walcott Bendi(cedera)Jadi Bench kita mantap.takde masalah dengan skuad depth cuma sumpahan kecederaan yang membimbangkan.Kombinasi Gallas dan Mael yang dah sedekah 9 gol jugak membuktikan striking force yang ade pada Arsenal kini cukup utilized.

Ops, itu terlampau general.Patutnya aku bercerita untuk malam ini.

Clichy masih injured jadi Gibbs akan meneruskan ekspidisi belajar dari pengalaman, gelincir dari Clichy..Aku menjangkakan sentuhan kreatif di hadapan dengan Rosicky Arshavin dan RVP. Tengah milik Song dan Fabregas, Nasri mungkin berpeluang untuk start.Terpaksalah Diabyebye.

------------------Almunia-----------------
Sagna-------Gallas-------Mael---------Gibbs
-------------------Song-------------------
----------Fabregas------Nasri-------------
---Rosicky--------RVP----------Arshavin----

3 mata adalah penting kerana inilah peluang mencucuk rapat.1 mata tak boleh dimaafkan dan adalah kegagalan, kalah tak payah cakaplah.Kalau 3-0 pun die campak kot, mau Wenger baling Pat Rice dalam padang.Hahahaha..
Astro ESPN 1.25am. Serigala 0- Arsenal 3

P/S: Jangan lupa saksikan Final Piala Malaysia.Sayangi bola sepak tempatan!!


0 ulasan: