Jadi di sinilah kita.Tengah malam nanti Arsenal akan melayan kunjungan Chelsea dalam apa yang diperkatakan perlawanan wajib menang bagi Arsenal sendiri. Ketinggalan 8 mata dengan baki 1 perlawanan, pastinya Arsene Wenger tak mahu menyusahkan diri sendiri dengan membiarkan ia menjadi 11 , suatu yang ditunggu2 golongan anti Arsenal terutama media untuk merendahkan moral sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengna kelab ini.Lihat sajalah bagaimana nasib Liverpool, seksa bukan diasak bertubi2. Tapi jika Chelsea? 'oh John Terry wira harapan besar England, jangan sentuh', 'Frank Lampard si jujur, jatuh sendiri tu sebenarnya tersadung batu kecil', 'Joe Cole muncul kembali demi negara!!',' Ashley Cole lelaki sejati, perempuannya yang miang', 'Si cantik dan buruk rupa-Drogba'(haha tibe2 jek)..Itulah headline yang mewarnai akhbar2 mereka saban hari.Memualkan.
Kita tahu Drogba dah kembali dalam pertemuan UCL tgh minggu jadi nampaknya fit bertemu Arsenal.Lampard juga dikatakan sempat pulih dan mungkin akan diturunkan. Gua sebenarnya tak kisah, tak amek pot, turunkanlah saja barisan terbaik kerna jika kalah senang tiada lagi alasan dan hanya yang terbaik mampu membuatkan Arsenal bertindak balas dan tersedar dari lamunan kesilauan di stadium of Light minggu lalu. Cuma melalui pra interview di atas, setakat Jumaat lalu dapat disahkan Gallas mungkin sukar untuk sembuh sempena match ini akibat mata lebam bagai ditumbuk Mike Tyson.Arshavin yang dilaganya ok dan boleh diturunkan. Diaby dan Bendi lagi 2 minggu.Sedih mengenangkan nasib Gibbs dan RVP tapi sekarang tiada masa lagi untuk berkabung.Askar yang ada, kini merekalah harapan unuk bermati matian!
Kekalahan 4-1 selepas dikecewakan dalam minggu yang sama oleh Man U 3-1 semi UCL merupakan minggu yang paling suram di Emirates.Secara jujur aku tak rasa ape2 pun ketika beremu Chelsea biarpun scorline dia agak besar dan memecahkan rekod kekalahan di tempat sendiri utk 32 tahun, tapi aku tau pemain2 takde tumpuan dah mase tu, masih lagi diulit kehampaan terkandas untuk ke final dalam masa 3 tahun.Tengah malam nanti buktikan bukan semua tempat Anceloti terlalu dihormati. Sebenarnya kita boleh, musim lepas siapa sangka ketika Arsenal tak diberi harapan langsung tapi tiba2 kita menang di Stamford Bridge, jadi malam ni siapa yang bersungguh2 mahukan lebih, dialah yang dapat.
Kemungkinan Silvestre mengganti Gallas tak menumpulkan pandangan mata tajam Verminator untuk menghalang regu Drogba -Anelka.Tapi jika betul Gallas tak dapat beraksi, ape2 yang berlaku malam ni, kita semua tetap perlu memberi sokongan 200% kepada Mr Potato Head kerana nampaknya dia jek yang kita ada ketika Sanderos mungkin dah berura2 nak berpindah Januari nanti. Armand Traore untuk posisi bek kiri adalah suatu mimpi ngeri setakat ini, jadi kita utilize kan ape yang ada dalam diri Eboue, kerana sedikit pengalaman mungkin diperlukan dalam perlawanan sepenting ini.
Battle in the middle..Song akan berentap dengan Essien manakala Fabregas bertemu ruasnya Lampard(kalau main).Satu persoalan yang menarik di sini adakah Wenger akan kekal denan 4-3-3 atau berubah ke basic 4-4-2.Jika 3, siapa trio di atas sana dengan gandingan Rosicky Eduardo Nasri tidak menjadi.Walcott mungkin boleh diguna pakai dalam match seperti ini kerana kepantasannya adalah senjata sulit.At least satu clear cut chance boleh dihasilkan melalui pace nya. Rehatnya Dudu ketika bertemu Standard membayangkan Wenger ingin Eduardo kembali dengan kesegaran dan kelaparan.Baru satu gol dalam liga itupun ketika match pertama, pastinya Eduardo perlu mencari semula form terbaiknya dan kemudian bertolak dari situ, naik gear 7 terus! Tak mustahil Arshavin-Dudu-Walcott akan mengemudi jentera serangan tapi yang membimbangkan tentunya fizikal,semua comel2. Ketika inilah kita merindui, Bendi..errr Diaby? takpun RVP yang dah nampak semakin kuat dan selesa sebelum tragedi. Kini kita hanya ada Song, tunjang kekuatan tengah dan kereta kebal kepada barisan pertahanan. Song malam ini perlu lebih menggandakan peluhnya tak kesahla semasam mana! Satu lagi slot tengah bakal direbut oleh Nasri, Rosicky, Denilson,Ramsey dengan Rosicky mungkin akan mendapat kesebelasan utama.
-------------------Almunia-------------------
Sagna-------Silvestre-----Mael--------Eboue
-------------------Song----------------------
-----------Rosicky------Fabregas------------
---Walcott-------Eduardo--------Arshavin
Aku hanya nak menang.Seri adalah kalah, kalah adalah malapetaka.(untuk malam ni) Orang cakap Bulan November mesti bulan yang teruk buat Arsenal sebab berdasarkan rekod musim2 sebelum ni memang betul pun banyak kecderaan yang berlaku time2 macam ni.Internationaleleh pun langsung tak membantu.Tpi kita masih ade 2 hari dalam November, buktikan baki bulan ni tidaklah seteruk yang disangkakan dengan persembahan mengujakan dan dihadiahkan kemenangan serta bonus 3 mata buat melancarkan landasan.
Arsenal vs Chelsea Astro 812 ESPN 11:55 pm. Arsenal 2 Chelsea 1.
0 ulasan:
Catat Ulasan