Isnin, 16 November 2009

Tidak Mengapa


Jika keadaan mengizinkan, Arsenal bakal kehilangan RVP 'hanya' dalam tempoh 4-6 minggu.Perkara ini disahkan selepas RVP menjalani scan. Tempoh tersebut lebih awal dari gambaran asal 3-4 bulan.Namun ia masih membelenggu kem Arsenal yang masih mencari punca begitu ramai pemain2nya melibatkan diri dalam acara sakit berganti2.

Wenger pastinya bengang tapi seperti biasaakan buat lagak coolnya."Kita mempunyai skuad yang ramai" itulah yang bakal terpacul dari mulutnya.Sedang kita menjangkakan Dudu bakal step up sebagai pengganti, Wenger mungkin ade idea lain, meletakkan Diaby sebagai target man dengan alasan ketinggian dan dia boleh diharap oleh holding player. Ok, aku hanya bergurau.

Relax.Worst case scenario kita jangkalah RVP dirindui 2 bulan untuk tidak begitu mengharap. Jadi bagaimana dan siapa yang akan memikul beban RVP yang nampak dah serasi dan sesuai dengan role barunya dalam formasi 4-3-3.Atau soalan yang sepatutnya bolehkah Arsenal mencari ganti RVP?Jawapannya,sudah tentu!

Sebesar mana nama RVP dan peranannya tapi percayalah, Wenger masih mampu mencari alternatif lain lebih2 lagi Arsenal kini adalah bukan team yang terlalu bergantung pada individu sebaliknya batch kali ini bergerak dan maju sebagai sebuah pasukan, saling memerlukan antara satu sama lain.Itulah kelebihan apabila sesuatu perkara bersandarkan pada teamwork.Patahnya sayap kiri, sayap kanan ade lagi.Orang tanya bolehkah terbang tanpa sayap? anda jawab helikopter terbang tanpa sayap.Biarpun jawapan anda dikatakan merapu tapi yang penting keyakinan menjawab.Kita perlu konfiden.Begitu jugak kita konfiden pada Arsenal.

Bendi dan Walcott masih 'bercuti'.Aku percaya jika salah seorang daripada mereka tidak cedera, maka Wenger akan lebih menggunakan kudrat mereka ni.Bendi dengan body strength, Walcott dengan kepantasan, kedua2 mereka memberi dimensi yang berbeza.Tapi kini mereka masih di wad, jadi kita sembang tentang siapa yang ada ketika jadual padat 3 game minggu depan bermula hujung minggu ini.Sunderland- Standard-Chelsea. (errmmm kalau chelsea Standard Sunderland sedap sikit bunyinya)

Eduardo Da Silva dan Carlos Vela.Pasangan sehati berdansa samba ini jarang digandingkan bersama hanya dalam beberapa carling dan facup sahaja kut.Namun kedua2nya struggle dengan masalah fitness tapi kita harapa mereka mampu bangkit.Aku yakin dan percaya jika Eduardo mempnyai peluang dan game sebanyak RVP,penyudahnya pasti lebih tajam dan form antarabangsanya dapat dijelmakan.Tapi yang menjadi persoalan adalah keupayaan untuk bermain 180 minit dalam 2 match yang berdekatan.Tapi tak perlu risau sebenarnya kerana Wenger pastinya membuat rotation.Jika Eduardo mendapat peluang yang diidamkannya sebagai center forward, Arshavin Rosicky Nasri dan Diaby boleh menumpukan perhatian di wide area sambil mengharapkan Cesc sentiasa menyalurkan sumbangan2 magika sambil mengharapkan tiada apa2 perkara buruk lain yang berlaku.

Dalam the young mexican pulak, kita ade backup rotation untuk Eduardo malah mungkin Rosicky dan wide player yang lain.Bersama Mexico dia sering mendapat peranan di bahagian sayap dek kerana kelicikan dan juga kebijaksanaan mentalnya.Finishing adalah killer instinct semula jadinya,bonus. Tapi Wenger tetap nampak dan aku jugak percaya, sampai masanya Walcott-Vela adalah gandingan masa depan Arsenal jika semua berjalan lancar.

Apa lagi pilihan lain?Tempoh hari aku menyaksikan Guss Hiddink menggunakan Arshavin di bahagian hadapan tengah.Idea yang boleh tahan.Tapi seperti yang kita tahu Arshavin best terbaik apabila menjadi 2nd striker di belakang target man.Namun mungkin Wenger sudi mengambil risiko kerana pemain2 seperti RVP,Arshavin dan Fabregas yang berkebolehan untuk mencipta sesuatu dari luar imiginasi dan ketika ini Wenger begitu berharap si katik dari Russia ini.Dengan support dari Nasri dan Rosicky, Arshavin mungkin boleh mencurik perhatian pertahanan lawan apabila burst ke dalam kotak penalti membuka ruang kepada rakan2 lain.Cuma mungkin faktor fizikal yang menjadi masalah kerana kedua2 RVP dan Bendi lebih fizikal.



Itu hanyalah pendapat dan idea.Segalanya terletak di tangan Wenger.Siapa tahu kalau2 tibe2 dia ambil player dari skuad 18 tahun buat gila.Haha.Namun percayalah, segalanya positif.Kita mempunyai pemain yang berkebolehan menggalas cabaran memikul beban rakan2 lain.(kecuali mungkin posisi CB, risau gila kalau Gallas injured).Harap segalanya berjalan lancar.


1 ulasan:

JeJai berkata...

jgn riso. kita still ade arshavin, eduardo, vela. yg power.. jgn riso k. mesti boley punyer..!!