Sabtu, 13 Mac 2010

Pre Match ; Kasi gegar KC Staidum


Terlebih sudah menerima pujian, harapnya barisan pemain Arsenal tidak akan terbawak2 sehinnga alpa pada pertemuan di KC Stadium menentang Hull City.Nasri dipuji sebagai pemain yang boleh memberi gol dan assist sekaligus, Arshavin sebagai pemain yang mempunyai teknikal yang tinggi, Rosicky sepertimana Arshavin selain berpengalaman juga mempunya daya skill yang baik, Eboue dikatakan menghampiri status 'complete player' kerana versatility manakala Bendi diangkat kerana mempunyai keyakinan diri.Itulah serba sedikit rumusan dari pujian minggu ini. Pertemuan kelima dalam masa 2 tahun dan 4 daripadanya dimenangi Arsenal , tidak lupa jugak bahang2 aksi yang memanaskan game antara kedua2 pasukan.Bagi Wenger, dia tiada masalah dengan Phil Brown dan akan bersalaman tangan di akhir perlawanan.Bagi aku, semakin banyak Phil Brown membuka mulut semakin bertambah meluat aku padanya dan Hunt aka Frodo telah masuk dalam list sebaris bersama managernya.Harap maklum, artikel ini bukan bertujuan hasutan.

Clichy bercakap dalam temuramahnya , kalau Arsenal menang liga tahun ni, pencapaian lebih baik dari skuad invincible memandangkan pasukan Arsenal tahun ni langsung tak diletakkan harapan malah awal musim lagi orang cakap tak masuk top 8 tapi sekarang siapa yang malu?mereka dan keluarga mereka?Tidak..mereka tidak pernah malu dan akan terus mencari alasan untuk menghentam Arsenal, ini sudah jadi umpama satu trend.Tunggulah sehingga Arsenal kembali dibarisi fully Englishmen, barulah akan reda sedikit.Bersabar sahajalah dan biarkan pemain2 membuktikan atas padang.Wenger pulak berkata kita semakin konsisten musim ini kerana tidak lagi terlepas mata2 yang sepatutnya (kecuali Sunderland,West ham dan Burnley)Kekalahan kepada United dan Chelsea dikatakan akibat kurang kematangan manakala tunduk di Mancity kerana pasukan tersebut baru nak up,jadi semangat membalas dendam tu ada lain macam siket tak terbalas Arsenal.9 peralawanan lagi, konsisten, maka gelaran liga mungkin boleh singgah di Emirates May nanti.Apapun kita lihat apa jadi di KC stadium malam nanti.Jangan buat hull.

Hull City menerima tonik apabila mendapat kepulangan Jimmy Yezza Bullard tapi sebab tak berapa nak fit, mereka dibelasah 5-1 oleh Everton minggu sudah.4-5-1 mungkin akan diguna pakai Brown mengekang kreativiti Arsenal.Zaki bertindak sebagai lone striker, Bullard dan Boateng di tengah bersama pemain muda Cairney diapit oleh Hunt dan Fagan.Tapi memandangkan kedudukan mereka di tangga ke 19 sekarang ini mungkin mereka terpaksa nak tak nak kene menang home jadi 4-4-2 menjadi option, venegor boleh dipertimbangkan begitu jugak Cousin.Hanya 6 kemenangan dari 50 match terakhir Arenal berpeluang cerah untuk membawa pulang 3 mata yang diingini jika segalanya mengikut skrip.

Arsenal pulak akan turun tanpa Gallas, Fabregas, Sol dan Sagna akibat kecederaan.Ketiadaan Sagna mungkin tak berapa dirasai memandangkan Hull bukanlah tajam di bahagian serangan dan Eboue boleh mengambil alih dengan cukup baik berdasarkan form semasa.Begitu jugak Samir Nasri yang tengah high sekarang mengambil alih tempat Fabregas.Cuma ketidaan Song akibat penggantungan yang merisaukan , tak lupa CB kita yang akan bergabung malam ini, kedua2nya kaki kiri,suatu yang kurang digemari Wenger.Silvestre dan Mael perlu memastikan kombinasi malam ini tidak senget.Nasri akan bertindak sebagai playmaker link baik punya dengan Arshavin atau Rosicky.Kepantasan Walcott akan menjadi senjata rahsia jika keadaan memerlukan.Serangan pulak Bendi bakal meneruskan buruan gol manakala aku harap Eduardo diberi peluang untuk mengembalikan sentuhan.

-------------Almunia---------------
Eboue-----Silvestre---Mael---Clichy
-------------Diaby------------------
-------Nasri---Ros/Dennyboy--------
----Arshavin--Bendi-----Eduardo------

Jangan lupa saksikan Hull City vs Arsenal HD live di ESPN awal pagi nanti jam 1.25 am.Hull 1-Arsenal 3.

P/S: Aku mungkin akan di luar kawasan liputan untuk tempoh beberapa hari maka kita akan berjumpa kembali pertengahan minggu hadapan.Tapi aku percaya, akan ada saudara Jogho mahupun encik Keseuma dengan Black biri2 nya yang akan membuat post match serta update2 terkini tentang pasukan kebanggaan kita ini.Jumpa lagi, Agi idup agi mengguners!


0 ulasan: