Selasa, 9 Mac 2010

Pre Match : Cari gol awal, elak bolos.



Akhirnya, Sol Ccampbell akan mendapat 2nd home debut tapi Arsenal terpaksa membayar dengan harga yang lebih mahal apabila disahkan tanpa kehadiran kapten Fabregas.Wenger cuba untuk mempercepatkan pemulihan Fabregas tapi nampaknya tidak sempat bagi pertemuan penting awal pagi nanti bertemu Porto.Alex Song akan kembali setelah tidak bermain akibat pengggantungan domestik.Mungkin itulah salah satu sebab yang diutarakan bakal kapten kita malam ni Almunia, tentang sukarnya mengalih fokus dari BPL ke UCL dan BPL semula kerana kehilangan pemain2 seperti biskut kejap ada kejap takde yang menganngu keseimbangan pasukan.Tapi itulah lumrah bola sepak dan Almunia tidak perlu mengeluh banyak kerana dia sendiri ada kerja lebih besar patut difokuskan, clean sheet malam ni.

Arsenal hanya perlu menang 1-0.Berpandukan situasi bertemu Burnley, aku harap2 benar kita tidak melakukan kesilapan bodoh yang mengundang padah seperti 1st leg,kerana jika bolos, agak sukar untuk Arsenal menjelmakan jaringan walaupun peluang terhidang.Bendi perlu mencari sentuhan boot pinknya, Walcott perlu konsisten sebelum boleh menutup mulut pengkritik, Eduaro perlu lebih tough dan pantas. Tapi bersyukur dengan kehadiran semula Arhsavin dan jaringan entah dari sudut mana hari tu sedikit sebanyak memberi kesan psikologi pada dirinya sendiri lihat sahaja sambutan gol menggilanya.Jadi malam ini jika fizikal menjadi ukuran, Bendi vs Bruno Alvez adalah satu perhitungan yang menarik.

Samir Nasri akan menggantikan role Fabregas.Itulah jaminan Wenger berpandukan aksi menarik dalam match2 kebelakangan ini.Song dan Diaby akan menjadi Bonzer memberi perlindungan kepada si licik ini untuk bergerak serata padang mencipta peluang membuka ruang ataupun burst licik ke atas.Kali terakhir kita bangkit dari ketinggalan daripada kekalahan 1st leg adalah 30 tahun lalu, sangat lama.Boro Primorac yang jadi mangsa ketika itu bersama Hadjuk Split.Harap malam ni badi itu akan berakhir.

-------------Almunia-----------------
Sagna-----Campbell--Mael------Clichy
--------------Song------------------
---------Diaby-----Nasri------------
----Walcott----Bendi----Arshavin-----

Sub: Rosicky Eduardo Eboue

Porto tewas dalam kesemua 6 lawatan yang pernah dibuat ke London termasuklah kekalahan 4-0 keapda Arsenal september 2008.Tapi bagi pengurus mereka Jesualdo Ferreira ,setiap perkara ada 'kali pertamanya'. Jadi daripada dia berhasrat memasang impian kali pertamanya mereka menewaskan Arsenal dalam saingan kalah mati, sepertimana sejarah yang diukir rejim Mourinho di old trafford, adalah lebih baik bagi Arsenal untuk menewaskan mereka untuk kesekian kalinya seperti skrip2 biasa sebelum ini.


Astro 812 3:40 am.Arsenal 2 - Porto 0


0 ulasan: