Aku kembali. Tapi tiada lagi yang memeriahkan perhubungan kembali aku dengan dunia luar apabila mengetahui Phil Brown dipecat selepas match 'itu' dan Chelsea dikeluarkan oleh si Eto'o.Kenapa perlawanan Sabtu lepas bukan hanya sekadar perlawanan biasa, ini kerana karektar kita sekali lagi diuji dan nampaknya tuah seakan2 ingin memihak kepada Arsenal musim ini.Dah berapa kali bangkit daripada kekecewaan, seperti burung Phoenix bangkit dari abu begitulah sinonimnya Arsenal.Ditertawakan, dibahan lawakkan tapi kita masih lagi dalam pencarian 2 piala terulung.Di May nanti jika berjalan lancar ketika skrin besar menunjukkan Fabregas menjulang piala, kita akan menghargai saat2 match seperti berikut yang memberikan kelebihan psikologi untuk terus berjuang, bak kata Wenger tiada pasukan lain dalam BPL yang boleh mengalahkan Arsenal untuk rekod score gol lewat terbanyak.Gol2 di minit2 terakhir aka 'minit2 Ferguson' seperti Bendi di Hull Fabregas di Stoke Rosicky ketika melayan Everton bakal dikira saat bersejarah dan penting seandainya Arsenal mampu merealisasikan impian di penghujung musim nanti.Alex Song pun mengaku melompat sakan macam orang gila kat rumah inikan pula kita.
Jadi tinggal lagi 8 game liga dan 8 pasukan terakhir yang bersaing untuk Champions league. Mulakan dengan liga. West Ham(h), Birmingham(a), Wolves(h), Spurs(a), Wigan(a), Mancis(h), Blackburn(a) Fulham(h).Orang kata Arsenal punya perjalanan paling mudah.Tiada. Bagi aku, tiada jalan yang senang dalam memenangi liga.KC Stadium membuktikan Hull jugak boleh hampir2 mencurik mata jika Arsenal tidak fokus, tajam dan tidak mengekalkan konsistensi.Bermula dengan minggu ini menentang West Ham di Stadium Emirates, Arsenal perlu tumpukan pada Arsenal sahaja tanpa mengambil pedulik apa jua keputusan di venue lain, kerana pencapaian akan datang hasil daripada result yang diberikan bukan atas dasar ehsan mahupun royalti dari pasukan lain.Andaikata kita all the way menang hingga ke hari terakhir namun masih lagi gagal ketika mana baik salah satu daripada mereka berdua (Chelsea dan United) juga melakukan perkara yang sama jadi biarkanlah.Bukan rezeki Arsenal tapi harus diingat ia tetap satu pencapaian yang baik dan aku berbangga dengan perjuangan Arsenal musim ini kerana pemain2 menunjukkan mereka mengambil berat dan berperang bermati-matian di atas padang hingga ke wisel penamat.Itu yang dituntut daripada seorang pejuang.
Birmingham menjadi medan Eduardo menguji ketahanan mental, Wolves serigala yang kalau salah dilayan boleh jadi macam hull city musim lepas, Spurs..pergh.. ini pertemuan yang penuh tradisi, nostalgic yang semuanya berakhir dengan senyuman 10 tahun lamanya berpihak di Arsenal.Suatu match yang begitu desperate dan terdesak bagi fan Spurs untuk dimenangi kerana tahun inilah nampaknya tahun paling hampir buat mereka untuk melakukan kejutan setelah kali terakhir mereka mencuba untuk menyaingi Arsenal musim 05/06. Sebenci2 aku pada Spurs namun aku masih bimbang inilah tahun di mana mereka mampu menamatkan badi 10 tahun tanpa kemenangan liga ke atas Arsenal.Dan katakan jika match ini tertunda jika mereka berjaya mengalahkan Fulham melangkah ke FA cup semi,dan katakan ia tertunda sebelum match terakhir bertemu Fulham, pastinya lebih menarik jika pada saat itu, 22 pasukan wajib menang! Arsenal untuk merebut kejuaraan, Spurs memerlukan 3 mata untuk layak ke UCL dengan persaingan menjadi 4 penjuru ketika ini bersama Liverpool, Mancis dan jugak Villa.Tapi taida yang lebih manis daripada memenangi kejuaraan di WHL yang pernah dibuat dulu ,dan kali ni lebih bermakna sebab dapat hampiri kejuaraan dan pastikan mereka tersungkur dari tempat UCL.
Betemu Wigan pulak bukan calang2, baru2 ini menewaskan Liverpool. Mancis, sedap untuk membuktikan duit bukan segalanya dan meletakkan mereka kembali ke katil tempat mereka bermimpi. Blackburn, samseng2 Big Sam pastinya bersiap sedia untuk memberi ujian fizikal kepada Arsenal dengan ideologi 'Patah dan menang'.Fulham pulak mampu meng'spoil'kan hari terakhir Arsenal jika tidak berhati2.Jadi siapa kata mudah? Dengan selitan match2 penting quarter final UCL dan mungkin Semi UCL, pemain2 perlu memberikan 200% manakala penyokong perlu berdiri serapat2nya di belakang Cesc dan rakan2.Berita baik, Cesc mungkin akan kembali bertemu West Ham minggu ini.
Apa cerita pulak dengan UCL? Calon2 lawan yang mungkin diketemukan adalah Bayern, Man U , Lyon, Inter, CSKA manakala lagi 2 akan ditentukan awal pagi nanti dari Barcelona, Stuggart, Bordeaux, Olympiakos.Undian akan dijalankan Jumaat jam 7 petang waktu Malaysia kalau tidak silap.Dari situ dah dapat tau siapa bakal lawan di semi dan jugak aturan home atau away.Ini pastinya penting dalam percaturan saki baki musim ini.Di peringkat ini aku tidak kisah untuk bertemu mana2 pasukan sekalipun tapi adalah lebih syok, puas dan manis jika kita mendapat big match jika kita ditakdirkan all the way ke final musim ini. Bertemu CSKA pastinya memerlukan tenaga yang double akibat keletihan perjalanan yang jauh.Bertemu team BPL bukanlah satu option tapi tidak jugak boleh ditolak.Bukan apa, seperti kata Clichy, ini kejohanan Eropah, jadi adalah lebih baik dapat merasai menewaskan pasukan dari negara lain tapi jika Man U disajikan jadi biarkan.Mungkin ini peluang untuk kita buktikan kita tidaklah seteruk yang disangka dalam 2 match terdahulu di musim ini.Pada aku , hati kecil ini kuat membisik kita akan mendapat Bayern.
West Ham tetap tumpuan utama.Sementara itu, layanlah temuramah Clichy yang menarik dan jujur ini.
0 ulasan:
Catat Ulasan