Ahad, 21 Mac 2010

Sehari tanpa Verminator.


Seperti yang sedia maklum, Ref dengan keputusan terburu2nya telah menghancurkan 2 perkara, rekod 68 perlawanan tanpa kad merah dan jugak rekod Mael untuk start setiap game BPL.Bagaimanakah kita akan menyesuaikan diri tanpa pemain paling konsisten dan watak paling penting di pertahanan kita, seorang key player musim ini, best buy of the season, Mael Kerbau. Tapi yang melegakan adalah mengikut daripada panduan prosedur displin yang dikeluarkan FA bagi musim 2009/2010, Mael hanya bakal digantung SATU perlawanan bukannya lebih seperti apa yang ditakuti.

(c) PLAYERS SENT OFF UNDER LAW 12 (4) and (5)
A player who is dismissed from the Field of Play for denying a goal or an obvious
goalscoring opportunity by physical means or by handling the ball, will be suspended
automatically from all Non-First Team Matches commencing on the 14th day following
the match in which he was sent off, until such time as THE CLUB has completed one
match in the competition as decided by The Football Association.

Semalam apabila mengetahui ia adlah straight red card aku dalam kepala terbayang2 mampukah Silvestre dan Campbell mengisi kekosongan terutama dalam 3 match penting Brummie, Wolve , dan Spurs. Tapi setelah mendapat tahu Verminator hanya digantung untuk 1 match, ianya sangat2 melegakan dan mungkin siapa tahu ada hikmah di sebaliknya.Mael boleh berehat, dan bercuti untuk cergas dan cerdas menentang Barca dan dia sememangnya layak diberi 'cuti' atas persembahan cemerlangnya musim ini.Aku rasa Wenger perlu melupakan hajat untuk merayu kerana mengikut situasi kanggaroo court FA ketika ini, keputusan mungkin boleh berubah menjadi lebih teruk dengan 2 match ban.

Jadi bagaimana? Dengan Mael tergantung, Gallas jugak masih hilang, Jozan jugak hanya dalam sebulan akan kembali beraksi maka hanya tinggal Silvestre dan Campbell sebagai  pilihan CB.Ramai yang menyelar Wenger kerana tidak melakukan signing seperti apa yang dilihat Arsenal perlu cari, tapi cuba lihat 2 signingnya musim ini dalam Mael dan Campbell, kedua2nya datang tepat pada waktunya.Selain faktor leadership dan pengalaman dalam dressing room,Campbell semalam beraksi dengan cukup mantap walaupun nampak benar keletihan.Wenger juga mengakui dia mungkin terpaksa merehatkan Campbell minggu depan.

"Sol Campbell was outstanding but to repeat the games could become a problem for him so I think I have to give him a big holiday next week to recover. He is very important to us and I think it was a very good signing.
"Everybody said I didn't sign anybody and now you can see that I signed somebody. His experience is vital in the dressing room. You need it especially when we get to the period we are in, it's important you have players like Campbell and Almunia who are very influential. They have done it before so players listen to them."

Jadi kita lihat dulu option yang ada.

-Silvestre begandingan dengan Campbell
-Song diturunkan di CB bergandinganan dengan salah seorang daripada mereka.
-Sagna dimasukkan untuk cover CB dan dibantu Eboue di RB.
-Promote Bartley dari reserve team.

Mengikut pengalaman dan firasat aku, di St Andrews nanti Wenger akan memilih pilihan kedua dengan Song diturunkan ke CB dan Denilson serta Diaby berdgandingan menjadi perisai di hadapan back four.Ini kerana Campbell pastinya dituntut untuk fresh ketika beraksi menentang Barcelona Rabu selepas itu. Diminta tiada apa2 perkara malang lagi yang bakal berlaku di Birmingham nanti. Diaby, Song,Eboue-maju, Almunia Denilson-sejak kebelakangan ini,semua pemain2 ini telah dan cuba membuktikan kritikan terhadap mereka adalah silap dengan usaha keras di padang.Jadi untuk kali ini aku berharap benar agar giliran Silvestre pulak membuktikan dia bukanlah bahan jenaka badut seperti yang ditakuti ramai.Pada saat genting ketika ini, Arsenal memerlukan kesemua pemain termasuk simpanan untuk kekal bersatu sebagai sebuah pasukan dan fokus serta boleh diserapkan bila2 masa ketika keadaan memanggil..



Satu lagi berita baik selain result semalam, RVP bakal kembali ke latihan minggu ini tapi Wenger dan pasukan perubatan mengambil langkah berhati2 membiarkannya mencari rentak dalam tempoh sebulan lagi.
"I think he will be back this week. We sent our fitness coach out to Holland where he has been having his rehabilitation. Physically he looks very sharp but we aim at least to wait a month."
COYG !


3 ulasan:

Nan berkata...

pee, memang nampak sangat2 penyokong
arsenal ni..
X berapa nampakla pe yang anda tulis..
Blog nampak cantik, tapi kne repair kaler dia ckit bagi nampak pe yang anda tulis dalam post......

Gunners & Roses berkata...

Terimakasih saudara nan.. bahagian mana tu yang perlu dibaiki? hitam putih?

mambangmabuk berkata...

aku rasa nan ni xtgu load abes kot.tu yg jd xnampak..kalau hitam putih tu dia xnampak..mmg layak pegi cek mata tu..