Satu lagi petanda calon juara! Dan satu lagi sebab mengapa menonton Arsenal, anda tidak pernah mengantuk atau bosan biarpun di awal pagi walaupun di atas kertas ia seakan sepatutnya disudahkan dengan awal tapi dengan beberapa detik2 cemas dan penting perlawanan, match tersebut tiba2 membuatkan darah kita berderau.Against all odds , Arsenal memilih jalan sukar untuk memastikan 3 mata terus dikumpul, melonjakkan kita ke tangga teratas liga.Pertama kali selepas 68 perlawanan Arsenal beraksi dengan 10 orang apabila Mael dibuang padang akibat foul last man,rekod fair play Arsenal tamat di situ dan jugak rekod Mael untuk start kesemua 38 game liga berkecai.Namun cerita yang penting di sini adalah kemenangan, 3 mata, apa yang akan dilakukan Wenger untuk perlawanan selepas ini adalah persoalan lain.
Fabregas dan Song tersenarai dalam kesebelasan utama tetapi yang mengejutkan adalah kehadiran Denilson kerana mungkin Wenger memiliki taktik lain.Tak sampai bebreapa minit selepas Denilson tergelincir dan hampir2 buat hal, aku mendapat SMS dari Kesuma Dewa yang bertanyakan apekejadahnya Denilson didahulukan,pencapaian diutamakan. Aku lantas membalas SMS tersebut mengatakan mungkin Diaby ingin direhatkan dan Denilson akan score, tak sampai beberapa saat selepas sms dihantar 1 2 dengan Bendi dan Denilson boom! masuk! Aku tergelak besar begitu jugak Kesuma Dewa.2 match berturut2 dah mereka bergandingan mencipta gol.Melihat kepada persembahan dan gol awal, malam ni Arsenal macam boleh ratah West Ham, namun gol kedua yang dicari tak kunjung tiba.Beberapa peluang tidaklah sangat menguji kehijauan Green dengan cross Eboue lambat disambar Arshavin, itulah yang paling hampir untuk kita menggandakan gol.Selepas itu, Arsenal seakan2 bersahaja.Lebih merisaukan, West Ham jugak hampir2 mempunyai peluang dengan free kick Diamanti dan jugak hantaran lintang Stanislas yang jugak gagal dihambat bekas 'beckham mesir' Mido-kah kah aku tak tahu mengapa aku masih teringat tajuk untuk Mido itu dipaparkan di Harian metro di awal kemunculannya.
Arsenal seakan2 lena dan kelalaian dihukum di minit2 terakhir separuh masa pertama. Mael terperangkap dengan lambungan dan lantunan bola menjadikan dia 2nd best dalam pergelutan dengan Franco yang begitu mudah terjatuh bagai nagka busuk dibalut suratkhabar mexico lama.Ref tiada pilihan lain selain memberi sepakan penalti begitu jugak dengan kad merah akibat peraturan pemain terakhir yang menghalang jaringan gol.Walaubagaimanapun, aku yakin Wenger akan membuat rayuan kerena kelihatan mukanya begiu tidak berpuas hati dengan ref yang agak lembap sedikit membuat keputusan dalam beberapa situasi malam ini. Diamanti mengambil sepakan.Penat dicerca, Almunia dengan layangan badan mengalahkan Eboue berjaya menepis bola tersebut untuk memastikan namaya jugak diingati bulan May nanti sebagai antara penyumbang titik tolak kebangkitan cabaran Arsenal musim ini.Menyaksikan Campbell melompat keriangan ketika Almunia menyelamatkan penalti membuatkan kita automatik hendak bersama2 pemain veteran yang nampak keletihan tapi cukup mantap menyerap tekanan dan asakan.
Memikirkan apa yang akan dilakukan oleh Wenger pada separuh masa kedua, pertukaran tidak sewenang2nya dilakukan.Wenger memilih untuk memberi kepercayaan dengan Song diturunkan memberi perlindungan lebih mendalam kepada Campbell, Eboue dan Clichy.Bendi kelihatan isolated di atas sebelum dibawak keluar digantikan dengan Abou Diaby.Arshavin mengambil posisi lone striker.Kemasukan Diaby memberi dimensi berbeza dan nyata memberi sedikit suntikan kepada bahagian tengah Arsenal.Walaupun ditugaskan untuk duduk diam menjadi bonzer bersama Denilson, kaki panjangnya tak pernah duduk diam dengan bermacam2 skill dan interception yan cukup cemerlang.West Ham cuba mencari ruang2 sempit untuk ditembusi tapi paling hampir adalah sepakan Cole yang terkena tiang membuatkan Almunia menjerit kelegaan. Sagna dimasukkan untuk lebih selamat dan pada ketika itu West Ham sudah hilang punca kerana Eboue lebih bergerak bebas dengan larian2 direct yang lebih deras beberapa kali memerangkap mereka.
Arsenal adalah raja gol2 lewat terutama tempoh 15 minit terakhir.Malam ini Arsenal mengukuhkan lagi statistik.Wenger tau, satu gol sahaja lagi cukup untuk pemain2 berasa selamat, jadi taktikalnya menjadi daripada gandingan Eboue dan Fabregas berjaya mendapatkan sepakan penalti apabila kuisan kapten Fabtastic terkana tangan kapten West Ham yang jugak bekas pemain Arsenal, Mat Upson.Fabregas dengan slumber mengajar Diamanti 'How to score a penalty for dummies' menjadikan gol peribadinya yang ke 15 dalam saingan liga musim ini.Eduardo dimasukkan menggantikan Arshavin yang jelas kepenatan tapi sayang, Dudu masih lagi belum mendapat gol yang dicarinya.Aku percaya masanya pulak akan tiba setelah 2 pemain yang sering menjadi kritikan, step up menjadi watak penting malam ini dalam Almunia dan Denilson.Siapa tahu,mungkin St Andrews adalah tempat untuk Dudu kembali 'hidup'.
Inilah dia ciri2 juara.Jika kita hampa sekalipun tidak mampu mencapai hadiah utama di akhirnya, kita perlu berbangga dengan detik2 macam ini yang nyata memberikan inspirasi.Tidak perlu malu atau hampa selagi perjuangan dan usaha yang ditunjukkan adalah world class dan cukup bermaruah. Perjalanan Roller Coaster yang mencabar lebih menarik bukan dari landasan yang mendatar dan boleh dijangka destinasinya.Lagi 7 stesen, paling kurang pun kita menamatkan cabaran ini dengan keadaan yang selamat tanpa pening2 lalat mahupun muntah hijau!
Apa nak jadi dengan ketiadaan Mael, itu kita pikir nanti.Nikmatilah kemenangan ini terlebih dahulu. Agi idup agi mengguners!
0 ulasan:
Catat Ulasan