Sabtu, 20 Mac 2010

Pre Match : "Shut up and win"

“For us, we know the situation we are in is to win our next game. So our action is simple.
“Do not speak too much, shut up and win.”

Itulah kata2 yang terpacul dari mulut Le Prof..Kemenangan ke atas West Ham malam nanti akan membolehkan Arsenal memintas pendahulu untuk berada di tanga teratas untuk sekurang2nya 1 hari atau mungkin jika Liverpool dan Blackburn melakukan tugas mereka,Arsenal berada di puncak lebih lama.Ketika rata2 seluruh dunia bola sepak mengatakan tentang perlawanan mesti tonton UCL Arsenal vs Barcelona, Wenger mahu pemain2nya engan terbawak2 dan lupakan buat seketika malam glamour tersebut dengan tumpuan harus difokuskan kepada anak ubah Zola malam ini.

3 kekalahan berurut2 kepada Man U Bolton dan jugak Chelsea, West Ham pasti hadir untuk mengelakkan malapetakan mereka berpanjangan.Seri mungkin satu bonus bagi mereka untuk dibawa pulang dari Emirates.Jangan dilupakan, mereka adalah pasukan pertama yang menewaskan Arsenal di stadium baru ini.Dengan Pompey sudah seakan2 pasrah dan bakal tersungkur ada 2 tempat yang perlu dielakkan oleh West Ham.Hanya beza 3 mata dari zon bahaya, jadi siapa kata perlawanan2 menentang pasukan yang bertarung dalam zon relegation nampak mudah, ini kerana setiap mata adalah penting juga bagi mereka sama seperti pentingnya bagi Arsenal untuk terus menekan pencabar2 lain.Mahu tengok Diamanti mengoyak baju lagi kerana gagal mempersiakan peluang? Tunggu dan lihat malam ini.

Bagi Arsenal pulak, ketika menempuh hari2 sukar di Stoke, nampak flat menentang Burley dan struggle ketika menziarah KC Stadium sebelum diberi talianhayat gol Bendi., kita diberi kelegaan dengan kepulangan Song, Fabregas dan Rosicky serentak.Bagaimanapun Gallas masih lagi mengalami kecederaan yang berulang di calf suatu yang menjadi misteri buat pasukan perubatan Arsenal.Bakal terlepas 1st leg menentang Barca namun rundingan kontraknya masih berjalan.Wenger menafikan kecederaan bakal mempengaruhi keputusan Arsenal untuk menyambung pemain yang berpewatakan pelik tapi penting itu .Tapi dari segi polisi, untuk Arsenal menawarkan 2 tahun kepada Gallas yang berumur 30 an, perkara itu tiada jaminan. Mengisi kekosongan Gallas adalah pemain veteran Campbell yang akan bergilir2 dengan Silvestre.Aku pasti antara kedua2 mereka akan direhatkan sama ada malam ini atau menentang birmingham dengan Campbell mungkin pilihan utama dalam 1st leg UCL nanti.

----------------------Almunia---------------------
Eboue--------Campbell---Mael----------Clichy
--------------------Song-------------------------
-----------Fabregas--------Diaby---------------
--------Nasri--------Bendi-----Arshavin---------

Sub : Walcott--Eduardo----Rosicky

Agi idup agi mengguners.Astro ESPN 812 1.25pm.Arsenal 4- West Ha m 0.


0 ulasan: