Ahad, 28 Mac 2010

Post Match : Brummie 1- Arsenal 1

Itulah terjadi jika manager kita terlebih bijak.Aku tidak menyalahkan keputusannya untuk merehatkan Arshavin dan Nasri malah aku sendiri yang mahu melihat Walcott start dan hasilnya tetap sama, mengecewakan.Begitu jugak dengan Bendi.Kecederaan jugak seakan2 menghantui persembahan Fabregas yang beraksi di bawah par sebentar tadi.Nasib baik kerana pujian harus kuberikan kepada Diaby dan Song yang beraksi cemerlang.Nasri dan Arshavin dimasukkan, dan ia tak perlu menunggu lama untuk mereka berdua untuk mengancaml antara mereka sayangnya sepakan Nasrri hasil umpanan Arshavin ditangkap mudah Joe Hart. Melihat rakan2 lain tak boleh harap, Nasri menjaringkan gol yang cukup cantek dan terbaik membuatkan aku meloncat kegembiraan kerana bagi aku entah bagaimana Brummie akan bangkit.Malang tidak berbau, tapi dengan Almunia di pintu gol, anda akan sentiasa terbau2 sesuatu yang kurang enak dan di minit2 terakhir, satu persembahan sarkas dari para pemain yang tiba2 off meninggalkan Almunia membuat aksi kemuncak memukau terkapai2 ke dalam pintu gol.Satu lagi gol dari seorang sub, Kevin Philips.Sekali lagi aku tidak menyalahkan line up tapi ape kejadahnya anda ada 3 sub, anda dah masukkan 2, ada satu lagi slot ,Mengapa tidak gunakan????!!! Aku tunggu jek konon2 ada laa kut Eduardo masuk tapi dengan result dah sebijik, aku tak nampak Wenger akan bawak masuk seorang lagi striker walaupun dia pun tahu sebijik sebenarnya tak cukup.Jadi kenapa tidak cuba untuk mempertahankan apa yang ada.Mengapa tak bawak masuk Silvestre atau Eboue di minit2 akhir selain melengah2kan perlawanan(winning ugly) mampu mengemaskan bahagian pertahanan.Wenger boleh jawab May nanti.Sekian, majulah Arsenal untuk semua.Kamon Jack Wilshere!!

P/S: Dah sama macam 07/08 dulu..seri last minit gol..2-2. Bezanya Eduardo dapat main 3 minit daripada yang ni tak dapat muncul langsung..kucewa...huhuTeruskan Menggunners!!


0 ulasan: