Ini antara rekod paling lama gua peram blog ni.Banyak sudah game tak berupdate, pelbagai musibah melanda Arsenal tapi tidak terlawan musibah banjir yang melanda beberapa negeri di tanah air khususnya pantai timur. Ayuh kita sama2 hulkurkan bantuan dan doa agar saudara2 kita dapat kembali membina semula kehidupan walau dalam keadaan yang sukar.
Sukarnya untuk menyokong Arsenal lebih perit, bermula setelah game display teruk lawan Liverpool yang menyaksikan player kena stapler kepala masih boleh score last2 minit menghilangkan 2 mata Arsenal. Kemudian, Nervy win dalam London Derby bertemu QPR menyaksikan stupidity dari Giroud, player harapan wenger. Kita bernasib baik sekali lagi dalam London Derby menang di Upton Park. Tapi hidup tak semestinya indah, dan keadilan terbalas jua. Arsenal yang main tak memberangsangkan dalam game2 sebelum ini terus dilondehkan oleh Soton, pasukan yang kini sudah setaraf dari segi form dan mata. Berpunca dari shambolic performance dan defending, player terutama Szczesny dan defend buta2 hadiahkan 3 mata pada Soton yang tak perlu buat banyak kerja. Kita tarik nafas dalam liga, sambung FA Cup, ulangan final tahun lalu jumpa Hull City, walaupun banyak peluang dicreate tapi kita hanya berpuas hati dengan 2 gol.Itu pun sekali lagi terpaksa bergantung harap pada magis Alexis. Tanpa Ozil, Rambo dan Wilshere , bahagian tengah terpaksa mengharapakan Coquelin dan Chambers kadang kala mengisi slot nampak benor kurang kreativiti. Nasib baik kita masih ada kuda tua Rosicky yang tak bosan ditonton, dan jugak Cazorla yang step up sepemergian mereka yang lain.Layak dinobat palyer of the month ketika player lain semua beraksi di bawah par. Kredit juga diberikan pada Chambo yang tak lekang tenaga dan kudrat. Dia dan Sanchez, work rate memang tak boleh dipertikai.
Satu lagi positif adalah Theo Walcott akhirnya start game buat kali pertama dalam tempoh hampir setahun ketika bertemu Hull minggu lepas.Walaupun nampak kurang tajam,kita mengenali Theo sebelum ini, dia akan kembali. Ketika department defend mengecewakan, striker lagi ketandusan. Welbeck injured, Sanogo injured, Giroud suspended, Itu yang sampai Arsenal dilihat terlalu depends pada Alexis.Campbell jugak hanya jarang2 dapat peluang kurang meyakinkan untuk menjadi back up skuad.
Satu2nya player yang dah ada reputasi dan terbukti dengan penyudahnya diakui Wenger paling baik di kelab ketika ini, Podolski, dilepaskan pulak oleh Wenger ke Inter Milan secara pinjaman. Suatu yang menjengkelkan ketika umum sedia maklum , Wenger tak akan cari pengganti dan skuad ini terlalu kecik dari segi quality depth. Tak tahulah pada anda, tapi pada gua, bukan bercakap tentang work rate, track back, versatilty, dan bagaimana Poldi dikatakan tak suite the game plan, berapa ramai lagi player yang memenuhi kriteria di atas, main luar posisi? Tapi masalahnya gua nampak Poldi tak diberi peluang dan chances berbeza dengan player2 favouritenya suatu ketika dulu. Ambil contoh Chamakh, week in week out diberi main walaupun setakat jaga pacakan rambut di atas padang kalau boleh nak jaga pacakan rumput. Jadi ini yang dipersoalkan, mengapa ada layanan umpama double standard di kalangan pemain dari perngurusan. Mungkin kalau taknak raja selfie dan media sosial darling itu, bersikap profesional, urusan di luar padang jangan dicampur dalam padang.Tengok, lihatlah, kemarahan gua pun dah sampai ke tahap prejudis. Tapi tindakan Wenger itu sendiri yang mengundang kritikan prejudis saban tahun demi tahun. Gua tak yakin kita akan bawak player Januari ini lebih2 lagi striker.DM jangan cakap la. Dah puji Coquelin bagai melambung, itu umpama hint takde transfer kut. Bagi gua secara peribadi januari transfer kali ini entah kenapa, gua tak simpan apa2 harapan, lali dengan perangai Wenger yang masih tak nampak gajah(baca kepincangan) di depan mata. Jadi siapa akan jadi Kim Kallstrom Januari 2015?
Ahad ni kita nak bayar hutang pada Stoke. Ozil dikhabarkan akan kembali setelah pulih dari kecederaan.Itu suatu berita yang gembira.Giroud jugak boleh beraksi selepas tamat hukuman.Welbeck, Sanogo dan Rambo jugak sudah tak lama dari tarikh dijangka pulih. Arsenal perlu pastikan kita keep on track, jika tidak kelayakan minima top4 akan makin bertambah sukar. COYG!
Agi idup agi MengGunners!
0 ulasan:
Catat Ulasan