Sabtu, 13 Disember 2014

Pre Match : Arsenal vs Newcastle


Mereka baru sahaja 'membantu' Arsenal. Membantutkan segala usaha poyo Mourinho untuk mencipta atau menyaingi pasukan terhebat dalam sejarah BPL,, The Invincibles 2004. 10 years and still counting, masih tak ada mana2 pasukan yang mampu mencabar kehebatan dan rekod cemerlang lejen2 Arsenal itu. Newcastle baru2 ini menamatkan rekod tanpa kalah Chelsea yang bermula garang dalam saingan liga, mengundang  perbandingan dari pundit2 dan pemerhati dengan skuad dibina Arsene Wenger 10 tahun lalu. Jauh panggang dari api, baru berapa game, dengan Alan Pardew pun Mourinho tak boleh makan. Kah kah kah. Pardew pada gua memang celaka sedikit, tapi boleh gua katakan dia antara bernasib baik , atau mungkin antara manager english yang ok di luar sana dari segi kerja dan rekod . Beberapa kali under pressure, kena maki satu stadium, fan hilang sabar, rileks sahaja dia buat muka stone dan kembali buktikan kritikan mampu betukar jadi pujian. Muka jugak tebal, kutuk Wenger beli player France, musim2 lepas, Newcastle paling ramai player France dalam satu team, formula yang membawa mereka hampir bersaing dengan Arsenal merebut champions league spot tapi lepas jual Cabaye Januari season lepas, zaman kedurjanaan mula kelihatan. Sehinggalah awal musim di mana mereka bergelut mencari form, 3 mata saja dari 6 game.Memang sadis. Tapi entah macam mana punya luck si Pardew ni, boleh plak start menang 7 game berturut2 dalam semua kejohanan.On the way tu bukan calang2 team mereka kalahkan, Man City, Liverpool , Spuds dan terbaru jadi mangsa form mereka adalah Chelsea. Kini  mereka dah sama level dengan Arsenal dari segi kutipan mata di tangga ke 7 ,Arsenal di tangga ke 6.Ini membuatkan perlawanan malam ini sangat menarik ketika Arsenal menghadapi setback di Britannia setelah rekod cemerlang 3 clean sheet.


Masalah utama kita adalah di bahagian pertahanan. Chambers yang dapat red card itu hari digantung, Monreal masih belum pulih, Koscielny entah bila boleh bermain dikhabarkan kecederaannya bakal beranjangan dan Arsenal terpaksa buat sesuatu Januari nanti jika masih mengharapkan sesuatau dari musim ini. Sehinggakan Wenger terpaksa memanggil semula Coquelin dari pinjaman Charlton. Gua syak dia bakal digandingkan dengan BFG bahagian CB. Tahap desperate dah ni.Salah siapa? ? Semua orang tahu puncanya kecuali dia. Apa yang positifnya adalah kepulangan Debuchy di bahagian RB yang pastinya tak sabar2 menetang bekas kelabnya membuktikan dia memilih kelab yang betul. Selain ketiadaan pemain yang sedia tiada seperti Ozil,Wilshere,Ospina,Arteta,Theo, Rosicky, kita jugak bakal kehilangan khidmat talisman kita musim lepas yang baru saja on form lawan Galtasaray tapi harmstring pulak. Kehilangan stamina Rambo pastinya satu sentapan, kerana kita dah lack creativity Ozil, Wilshere dan Rosicky. Nampaknya terpaksa mengharapakan Chambo terus memacu dan mengharapakan form Santi Cazorla di bahagian tengah. Poldi mungkin oleh bagi Welbeck rehat lagi. Main man Alexis Sanchez akan menjadi ancaman buat pertahanan Newcastle.

--------------------Szczesny------------------
Debuchy--------BFG----Coquelin-----Gibbs
--------------------Flamini--------------------
----------Chambo-----------Santi-------------
--Alexis----------Giroud--------Poldi---------

Tengok balik line up atas nampak macam rongak semacam tapi itulah yang available ketika ini. Newcasle jugak ada masalah penggantungan, Sissoko dan Taylor bakal terlepas game malam ini. Namun harus berwaspada dengan penyerang Senegeal mereka Papiss Cisse yang dah score 7 dari 10 shot on target.Coloccini dan Janmaat dijangka avalable untuk mereka. Newcastle hanya menang sekali bertemu Arsenal dalam  14 pertemuan liga terakhir dengan kalah berturut2 dalam 5 pertemuan terakhir itu.Jadi rekod kita baik. Walaupun mereka sedang on form, tapi mereka atas kertas takdelah hebat sangat. Macam The Invincibles, suatu tamadun yang hebat pasti ada pengakhirannya ,jadi apalah sangat sekadar rekod Newcastle itu yang kelihatan seakan apsti berakhir malam ini.COYG!!!

12.00 am Arsenal 2 Newcastle 1

Agi idup agi mengGunners!!


0 ulasan: