Sabtu, 13 Disember 2014

Malam Gala Eropah yang berSaray-seri


Selepas stunner 4 bijik di Istanbul dengan apa yang boleh dikatakan sebagai santapan Turkish Delight, kita menyambung tugasan bertemu dengan pasukan yang baru mencanak naik formnya Newcastle United malam ini.Harap2 kejayaan dalam aksi terakhir peringkat kumpulan menundukkkan Galatasaray 4-1 menjadi tonik kepada kedajalan yang berlaku di Stoke. Wenger merehatkan hampir sebahagian besar player utamanya terutama di bahagian serangan dan memberi kepercayaan pada Podolski, Sanogo serta Campbell dan pemain Jerman itu tidak mengecewakan terutama dalam memberi konfiden awal, merembat padu dari sudut sukar, gol yang jarang2 dapat dilihat di kalangan pemain Arsenal. Kaki kirinya memang superb.Ini pastinya memberi tekanan kepada Wenger dalam proses pemilihan kerana selama ini Poldi umpama tidak diendah walau asyik dilabel best finisher dalam current skuad, yang peliknya tak pakai.Alasan Wenger sungguh tak munasabah, dia baru kembali dari World Cup, sedangkan BFG malah Ozil lebih kerap membuat penampilan di Brazil dari Podolski. Gua syak taktikal atau effort menjadi faktor, ataupun Wenger kurang gemar dengan raja selfie di Arsenal. Dia hanya baru buat 6 penampilan liga, semuanya hanya cameo sub beberapa minit. Tapi tak keterlaluan gua boleh kata dalam Champions league, dia single handedly bagi 6 mata pada Arsenal, gol last minit lawan Anderlecth dan 2 gol lawan galatasaray penamat dan pembuka. Gua mengharapkan dengan persembahan yang ditunjukkan, Wenger membuka mata at least memberi peluang sama rata seperti mana dia sabar dengan sanogo dan Giroud pada awal penampilan mereka yang jugak lambat panas.Dan Wenger menjanjikan peluang dalam pre match PC, membayangkan Poldi mungkin boleh start malam ini menentang Newcastle.



Seorang lagi yang reborn semuala malam itu adalah Aaron Ramsey. Kepersisan dan ketenangan Gol pertamanya itu standard , sekelumit dari apa yang dilakukan musim lepas tapi apa yang heboh diperkatkan adalah gol keduanya. Tengok reaksi Sanogo yang umpama tak percaya pun dah boleh tahu betapa cantik dan cemerlangnya teknik rembatan tersebut dan antara contender goal of the season musim ini dalam Champions League.Lupakan bola mati Sneijder kerana itu biasa tapi untuk merembat volley bola yang sedang datang dari arah berlawanan dengan jarak sebegitu di celah2 pemain, ia memerlukan teknik yang tepat dan atau mungkin sedikit tuah. Kredit pada Rambo yang gemar menjaringkan gol di Turki, rekod yang cukup baik.Tapi sayang, Rambo terpaksa dikeluarkan 2nd half akiat harmstring, diakatakan kurang serius dan masih mampu beraksi malam ini tetapi mungkin juga terpaksa akur, kita tak mahu lagi mengambil risiko. Malam itu jugak peluang bagi beberapa player muda Seperti Zelalem yang menggantikan Rambo serta Maitland-Niles yang menggatnikan Flamini, walaupun gua secara peribadi mengharapakan suatu yang lebih dari Joel Campbell tapi tak kesampaian. Tapi jangan dilupa kejutan dan berita paling positif malam tu jugak adalah kepulangan Mat Debuchy tepat pada masanya! Welcome back Debuchy!!! Dengan Koscielny terus injured, Monreal belum pulih, Bellerin terpaksa main bek kiri, akhirnya bek kanan diisi oleh natural defender Debuchy yang membuat penampilan pertama sejak 3 bulan. Beraksi hampir 80 minit , nampak ok, mungkin akan diserapkan terus dalam aksi special menentang bekas kelabnya Newcastle malam ini, pasti suatu yang istimewa secara peribadi buat Debucy dan masa paling sesuai untuk kemabli ke aksi liga. Dengan kemenangan ke atas Glatasaray, kita sekadar mampu berpuas hati di tempat kedua di belakang Dortmund, yang pastinya result Anderlecth di home bakal menghantui apabila melihat kepada siapa yang bakal kita ketemui dalam round of 16.Undian akan dibuat Isnin ini. Antara bakal2 calon adalah Real Madrid, Atletico Madrid,Barca,Bayern, Porto, Monaco. Tak banyak option sebenarnya lambat laun pun akan bertemu pasukan2 standard ini kalau nak progress.Jadi sama ada ia balik awal atau tambah konfiden.Itulah jugak erti Champions League, bertemu pasukan2 elite, satu excitement buat penyokong di Malaysia bangun pagi buta.


Agi idup agi mengGunners!!



0 ulasan: