Malam semalam persembahan Arsenal sekali lagi mengundang kemarahan dan segalanya dikumpul dan ditujukan pada sebatang tubuh kurus kedut, Arsene Wenger. Hadir ke Stoke dengan dah boleh jangka jenis game fizikal yang dihadapi tapi jika tak aware dari minit pertama, memang hancur, dan daripada line up semalam, nampak benar tiada preparation.Pergi mati dengan fighting spirit, hampir kejar balik , red kad chambers,kerana segala itu tak patut berlaku pada awalnya. Ketinggalan 3 gol di Britannia ketika separuh masa adalah umpama menggal kubur sendiri tanpa bantuan Tok Adi, Yang bangang tetap bangang, tiada alasan. Kita boleh jadi punch line buat peserta2 raja lawak yang tercari2 punch line di pentas , dan membuka perbualan di kenduri kendara sesama stranger , itulah Arsenal ketika ini.
Permulaan yang slow dan shambolic defending membuatkan game kita bertambah sukar.Entah mengapa kalau Koscielny tak cukup fit untuk main atau start, jadi kenapa bazirkan satu slot bench untuknya? Atau ini yang Wenger dan Bould nak tunjuk sebenarnya ," Hangpa semua nak tau sangat awat selama ini aku pi letak 2nd choice LB main dengan BFG,, haaa ini jawab dia bia letak 2nd choice RB main CB, free header terlepas, red card siap " Tapi sebab dia bajet lawan Stoke, pasukan purata ketinggian paling tinggi dlm BPL, jadi Wenger guna logik laa konon untuk tandingi ketinggian, dia letak kapten tinggi
2nd half baru kita nak gamble, masukkan danny, Bellerin jadi mangsa dikeluarkan.Adalah sedikit perubahan, kita lebih berupaya membuka ruang dengan larian2 Danny menarik perthanan lawan. Sanchez punya satu peluang keemasan setelah menewaskan 2 defender dan melepasi keeper, tiang pulak jadi peghalang. Memang nampak sangat bukan hari Arsenal. Gua pada masa ini dah sumpah seranah maki agar Flamini dan Rambo dikeluarkan, bagi perubahan taktikal sedikit. Tapi rupa2nya Wenger ada jawapan selamatkan diri, Flamini dapatkan penalti untuk Cazorla skor, dan Rambo plak skor 3 minit lepas tu. Selebihnya hampa selepas ref bangang yang melayangkan kad kuning kedua ketika chambers hanya melakukan sentuhan minima,biasa la body contact dalam bola sepak.Kalau jenis itu pun tak boleh elok main catur. Foul pun boleh dipertikai inikan pula kad kuning yang diberi,Kacau sungguh. Momentum kita mati dan harapan untuk mendapat mata di situ terkubur.
Baru nak start bina balik, dah tersentak, roboh balik. Jauh lagi perjalanan kita. Tapi kalau selalu tak berhati2 macam ni, memang akan selalu berhenti, lambat sampainya.Yang ni gua tak nampak biar lambat asal selamat.Yang ni kalau lambat, selamat tinggal. Selasa ni ada game tak bermakna melainkan Anderlecht buat kejutan kalahkan Dortmund. Peluang muhasabah diri..untuk kali keberapa..gua sudah hilang kira..Ayuh bangkit.Kritikan air liur kita jangan sampai basahkan sumbu meriam.
Agi idup agi mengGunners!!!!
0 ulasan:
Catat Ulasan