Selepas bahana kekalahan kepada United, muka Wenger terpapar di setiap tabloid,akhbar dan jugak poster ala zaman cowboy most wanted man, ramai yang sudah hilang sabar mahu melihat orang tua itu segera dinyahkan dalam suasana kehangatan yang penuh emosi ketika itu.Tapi Arsenal fan memang unik, selepas itu, 3 game, 3 menang dan kita kembali memaafkan wenger dalam erti kata , redha sedikit, bagi peluang tapi tsunami amuk itu akan melanda kembali sebaik Arsenal terkandas nanti, itu sudah terjamin akan terjadi, dan ia adalah roller coaster, umpama kitaran roda di Arsenal. Bukanlah gua tak mahu turut serta dalam menghentam keromo Wenger pada malam itu kerana apa yang dilakukan memang tak dapat dibela pun terutama tindakannya ketika summer yang tak settle masalah pertahanan depan mata, cuma gua agak lesu ketika itu,mngkin sudah lali, dan mungkin mengambil sikap tunggu dan lihat sahaja, biar kritikan itu bukan sahaja datang dari fan sendiri malah fan rival sendiri yang entah begitu sibuk hendak melihat apa yang dikatakan 'era baru' di Arsenal, tak sabar sungguh mereka. Lepas United bernasib baik, gua ulangi disini BERNASIB BAIK memang sungguh BERNASIB BAIK malam itu -dan bukan atas faktor player yang diturunkan kerana kita jugak ada banyak kecedeaan, malah Szczesny terpaksa keluar time game, Jack wilshere plak injred dah kacau plan sub kita, jadi apa yang bernasib baikknya adalah Arsenal mendominasi tapi dominasi sahaja hingga basi tak dapat buat apa2, peluang gagal disudahkan dan United shot on goal satu tapi gol 2 bijik, itu sudah cukup menceritakan segalanya.1st time tewas dalam liga di laman sendiri dalam 15 bulan sejak kalah pada oppening season lawan Aston Villa. Dan yang pecah rekodnya adalah Manchester United, bertambah berbululah kita sebagai penyokong Arsenal. Tapi bukan hujung dunia, masih ada sinar di hujung terowong.
Arsenal meneruskan kempen bertemu Dortmund dalam game yang hanya nak satu mata sahaja untuk layak ke last 16. Welbeck injured, Giroud tak daftar untuk group stage ni, jadi gua bajet Podolski dapatlaa chance ni.Tengok sahaja line up, gua kritik Sanogo. Tak sampai 2 minit dia skor.Kah3. Sekali lagi Wenger terselamat, gamblenya menjadi. Yang gua nampak lambaian Poldi dari bench semakin melambai2 Januari nanti.Dortmund malam tu serba tak kena. Klopp terbawak form dalam Bundesliga ke Europe.Keeper kita rileks saja Martinez, Dortmund tak mencabar. Alexis Sanchez muncul sekali lagi skor dalam big game, ketika orang kata dia AWOL dalam big game lawan United ,Chelsea, tapi perlu diingat dia dah skor lawan City Dortmund, dan ketika kita memerlukannya at least ada jugak occassion yang dia hadir walau tidak dapat semua.Malah golnya pagi tu cukup sempoi.Bertuah lah main dengan Arsenal dapat main Champions league tengah minggu,skor gol cantik2, bijak pilihan Alexis.nak champ group nampak sukar tapi bukan mustahil tapi dapat tewaskan Dormund ni pun pada ketika baru kalah dengan united dan swansea dan diayamkan anderlecth dah cukup bersyukur. Martinez clean sheet lagi. Game ni umpama bina balik momentum, tanam kepercayaan kalangan player.
Game lawan WBA.Away game yang agak sukar kerana jadual yang pack tapi kita mampu bawak 3 mata yan berharga hasil jaringan Danny Welbeck. Malam tu tengok Danny berkombinasi dengan Giroud. Siapa kata 2 target man ni tak dapat beraksi bersama, Danny diletakkan di wide position dengan Giroud lebih central tapi mereka salingbergilir2 mengambil posisi dalam kawasan bahaya terutama dalam gol yang dihasilkan kerja keras Santi Cazorla. Oh ya ini assist ketiga Santi berturut2 setelah dua assist nya bertemu Dortmund. Santi cukup od form dalam membantu rakan2 bua gol biarpun masih belum memecahkan kebuntuan depan gol berbulan2 dalam saingan liga, Ketiadaan Ozil, Jack dan ke'hilangan' Rambo, Santi mengambil kesempatan ini untuk step up dengan sebaiknya. Ga jugak harap lepas ni Thomas rozza diberi peluang yang sama, kerana akhir tahun lepas dia memang meletop, tapi dek kerana Wenger perfer player favorite, Thomas dibekukan.Gua rasa Rambo perlu direhatkan sekejap bagi peluang muhasabah diri, bagi pleuang pada Rozza dan Santi, orang2 lama ni tunjuk kreativiti seni. Martinez clean sheet lagi. Game ni jugak kita resilient dengan adanya kembali Koscielny memantapkan back 4 yang nampak tunggang langgang ketika ramai player out of position.
Game terbaru, tengah minggu lalu, kita tewaskan Soton dengan last minit gol dari siapa lagi kalau bukan Alexis Sanchez! Martinez sekali lagi clean sheet.Game yang open, kta boleh kalah, Southamton boleh menang atau pulang dengan satu mata tapi desire dan determination yang disajikan Alexis meletakkan satu danda aras bagi rakan2 sperjuangan di Arsenal.. Alexis antara foreigner dan new signing yang settle down paling cepat dalam sejarah BPL Arsenal lebih cepat dari lejen Henry dan Bergkamp. Wenger menyokong statement tersebut dengan memberi andaian kehidupan Geoekonomi Sanchez di zman mudanya ang bermain bol di jalanan menjadi pemangkin untuk dia mempunyai karektar yang tak kenal erti putus asa dan sentiasa berusaha keras.
Sebut pasal Henry tadi, Legend Arsenal tersebut dah umumkan bahawa dia kaan meninggalkan NYRB di penghujung musim MLS dan telahpun beraksi dalam game terakhirnya bersama kelab Amerika itu. Ke mana hala tujunya selepas ini masih belum terjawab tapi yang pasti tempatnya di Arsenal memang sudah pasti suatu hari nanti tapi role apa masih misteri. Wenger berkata at least France hutang satu game respect untuk Henry atas segala jasanya terutama setelah insiden 'hand'ballnye dalam kelyakan piala dunia bertemu Ireland. Kemanakah destinasinya, Asia? adakah ke India sperti Boby? atau terus ambil lesen kejurulatihan. Ke manapun Henry, dia adalah wira, a living legend. Cepat2lah return ke home of fottball, Arsenal.
Pada ketika artikel ini ditulis sebentar lagi kick off lawan Stoke. Kita harus teruskan form baik ini.Terus bina momentum agar tidak terlalu jauh dengan saingan peringkat atas liga.Keupayaan menundukkan Southampton memtong jurang kepada 3 mata, dengan United dan Soton saling bertemu, kita harus mengambil kesempatan ini untuk tidak drop points yang tidak perlu lagi. Jarak dengan Chelsea memang nampak jauh tapi kayuhlah pelahan2, potong satu demi satu, daki dan terus mendaki.
Agi idup agi mengGynners!!
0 ulasan:
Catat Ulasan