Rabu, 12 November 2014

Arsenal perlu realistic

Leading 3-0 kena balik 3-3, leading sebijik, kena jugak 1-2. Minggu yang suram buat para Gooners. Harapan palsu diberikan dan ternyata paling kecewa pastinya Arsenal.com dan PFA player of the month, Alexis Sanchez yang paling menunjukkan komitmen malah menjaringkan gol dalam kedua2 perlawanan. Sama ada satu team let us down atupun bahagian defend sahaja itu sentiasa terus didebatkan tapi apa yang nampak kurang memberangsangkan kelihatan ramai player switch off dan tak fokus.


Kita hanya beberapa minit sahaja untuk layak ke peringkat kalah mati saingan UCL.Tapi terpaksa ditangguhkan, malah dengan persembahan bergini, entah2 nak lepas grouping pun sukar dengan Galatasaray away serta Dortmund yang semakin kuat memegang rekod 100% setakat ini menanti dalam 2 game terakhir. Semuanya gara2 biar lead 3 gol musnah begitu sahaja. Arteta dengan penalti di awal kemudian Sanchez menambah dengan half volley setelah free kick terlantun dari benteng, dan Chambo yang padu malam tu menambah gol ketiga. Tapi entah macam mana 2nd half lepas Arteta dikeluarkan akibat kecederaan disiplin kita teruk, Flamini masuk jadi carca marba. Linesman jugak jadi culprit malam tu ternyata si celaka Vanden Borre- yang kerja asyik nak menyepak Alexis dalam game ni- jelas offside. Ditambah lagi dengan bom jangka yangdah meletop, Monreal buat fould bodoh dalam kotak penalti, sekaligus member panik kepaca kem Arsenal. 3-2, memang tak selamat dan seperti Podolski di Belgium, Anderlecht membalas dendam baik punya dengan score gol last minit mengecewakan puluhan ribu tuan rumah yang hanya menyaksikan tragedi di depan mata. Tapi pastinya mereka bersyukur itu dah minit2 last, kalau ada masa lagi silap2 boleh kalah, tak mustahil. Hajat nak memintas Dormund selaku juara kumpulan dah boleh dilupakan. Memang nampak Dormund bakal muncul juara kumpulan, dan seperti biasa kita bakal berdepan pasukan2 besar Eropah dalam last 16, kubur awal yang digali sendiri.


Kembali dari mimpi ngeri, melawat Wales , ingat boleh naikkan balik momentum, dan kita berpeluang untuk merapatkan diri dengan kelompok atasan sebelum game start. Tapi lain pulak ceritanya. Fabianski , hero FA cup kita season lepas pasti rasa relief berada di pihak yang satu lagi. Malah dia punya sebab jugak Welbeck gagal menyudahkan peluang terhidang. Awalnya kita nampak dominasi, solid, dan tekun terus mencipta peluang untuk merobek kebuntuan. sejam baru boleh score, Chambo sekali lagi menjadi kunci dengan larian through derasnya buat Cazorla passing Welbeck. Welbeck assist kepada Alexis yang mudah merembat masuk. Leading sebiji tapi tak lama. Kita tido , hilang fokus, midfield mati tak close down, tak mengejar sampai defend terpaksa bagi foul2 bodoh yang menyebabkan gol Sigurdsson.Memang nampak cantik top corner tapi buat sakit hati.Situasi yang kita boleh elak sebenarnya. Dah kena sebijik mulalah gelabah entah ke mana2, positioning semua out. Defend berterabur. Swansea buat pertukaran bawak masuk Gomis. Tak sampai 2 minit dah score. Yang jaga si dia ni Monreal, anda bayangkan si kerdil kering ni nak jaga badan bagak besar memang senang2 dapat free header.Mertesacker mana??? Entah apa dia buat bahagian kanan gol, pressure siapa,close down siapa mark siapa pun gua tak tau, positioning awareness memang failed. Dan orang2 inilah yang kerap kali di interview oleh Arsenal.com setiap kali lepas calamity berlaku dan mereka berkata "oo kita mesti fokus, ya kita mesti berdisiplin, kita tak boleh lagi terus main begini, kita kena serius" elok cakap depan cermin.Sembang lebat apa pun tak bikin. Last2 ketika kita terdesak nak cari gol, teka siapa yang dibawa masuk, tentunya penjaring liga terbanyak Arsenal ! Sanogo la siapa lagi...power Wenger, salute!

Memalukan. Memang baru kekalahan kedua, tapi lihat jarak points.12 mata dari atas, itu bukan suatu tanda2 kita cukup bermain serius untuk mencabar.Cukuplah,lupakan title contender sekarang ini, bukan lagi boleh disembangkan.Kita perlu realistic. Buat masa ini memang top 4 seperti biasa menjadi target pencapaian dan kini bukan mudah.Dengan pasukan2 seperti West Ham dan Southampton tiba2  masuk gelanggang bersaing dengan Manchester United dan kita, malah Swansea sendiri dah memintas.Kita pun nampaknya tunggu masa kena knocked out di last 16 UCL -kalau layak- harapan peluang realistic ialah kekalkan FA cup.Gua bukan taknak positif tapi tak ada apa yang boleh meyakinkan gua dengan line up defend dan DM yang memang umum sedia maklum dari awal tau kita sampah tapi apa yang Wenger lakukan??? Lepaskan Sagna,loan out Jenkinson, jual Mael dan Miquel, tapi takde action susulan, mainkan 2nd option lb di bahagian CB.2 midfield yang dah tamat tempoh diharap jadi perisai back four, Ini coach sekolah rendah  pun tau kerja bangang namanya. At least depa bijak sket, "ok ko power, jadi striker, hah ko laju jadi wing lah, ko tak berapa ko duk bawah diam2 jadi bek. ko macam dah gemuk jek ,, ok jadi keeper" kah kah kah.

Sekarang waktu tengah2 down ni eloklah internationaleleh. Bagi rehat sikit minda, muhasabah diri. Peluang refresh bagi player-player.Ini kerana tak ada waktu dan game yang paling sesuai lagi untuk tebus kemaluan selain dari menentang Manchester United di laman sendiri sebaik sahaja season disambung selepas ni.

Agi idup agi mengGunners!!


0 ulasan: