Selasa, 4 November 2014

Alexis terus ajak bina momentum!


Sebelum mule borok, koi nok ngucap tahniah lee pade pasukan koi Pahang Darul Makmur sebab ngekalkan Piale Malaysia buat tahun kedua berturut2. Buat rodong2 sumee koi berahi duk kat stadium malam tu dengar sorakan bergema habis.bukan takat meremang tercabut abih bulu roma sume.Bangge gok koi dapat duk sebarih dengan Dollah Salleh dan Ong Kim Swee terase macam tengah scout player pun adee gitu.Nengok Zenal Bidin Rawop Khalid Jamlus merapu meraban live, pendek kate mmg happening habis tambah game dramatik. Ape2 pun buat JDT, aokme2 buleh lee ace cubee lagi tahun depan. bereh boh! City dengan Chelsea pun tak buleh beli masa.kah kah kah. Hogoh Pahang Hogoh!



Sebab bersemangat pergi stadium lah gua akhrinya terpaksa mengorbankan menonton Arsenal lawan Burnley malam tu. Rare memang rare,benda yang jarang gila gua miss setakat ini tapi at least gua sampai kedai mamak dapat tengok gol ketiga dan kedua peribadi buat Alexis.Sekurang2nya pengorbanan gua tu berbaloi, keseronokan berganda. Dan malam tu Alexis sekali lagi menjadi nadi buat Arsenal membuka jarinngan penting dengan gaya penuh rare, dalam ramai2 orang, ketinggian Alexis jugak diguna pakai untuk menanduk masuk hantaran lintang Chambers.Rare, cukup rare. Itu menunjukkan apa ertinya desire dan determination, ketika selama ini kita mengharapkan susuk tubuh Giroud, dan ketika kehilangannya crossing2 umpama dibiar kelaut walhal dah cantik tapi gagal ditemui Welbeck dan rakan2, Alexis membuktikan jika ada kemahuan di situ ada kejayaan.Ayat memang skema tahap kertas SPM bahasa Melayu tapi itulah dia displin  yang dipamerkan Alexis Sanchez, a hardworker , a fighter.Calum Chambers juga bakal memahatkan game ini dalam memori sebagai antara yang terpenting dalam kerjaya kerana bukan sahaja assist sebiji, malah menjaringkan gol professional pertama di top flight. Opposite nya di sebelah kiri jugak tak kurang hebatnya, kembali dari kecederaan tapi tak penat dengan larian2 berbahaya yang mengganggugugat lawan, malah dapat assist untuk gol Alexis. Monreal pun beraksi baik di sampin Mertesacker biarpun ia sekadar Burnley.


Satu lagi moment penting adalah apabila Theo Walcott akhirnya tampil buat pertama kali di atas padang Emirates dalam jersey Puma, sorakan namanya menggegarkan stadium . Theo nampak bijak, bersahaja dan tenang  dengan kemunculan kembali dari kecederaan , hampir score dan assist. Jika Diberi lebih masa, gua yakin Theo akan kembali ke aksi terbaik. Ada satu lagi gegaran yang tak boleh lawan ialah rembatan padu Podolski yang sub bersama Theo, tiang gol masih bergegar,itu baru kaki kanan, bayangkan kalau kena kaki kiri padunya? Sebelum itu volley nya jugak diselamatkan dengan cukup baik oleh Heaton mengundang tepukan respect lawan seposisi Szczesny.3 mata lagi dan kita cuba perlahan2 membina momentum dari sini.Fokus pada game kita peduli game team lain. Jangan biar gap jauh sangat





Awal pagi nanti game lawan Anderlecht, sekali lagi di home. Ini wajib menang. Menang pagi ini peluang melayakkan diri cukup cerah dan awal.Tiada kecederaan tambahan susulan dari game Sabtu lepas.Alexis Sanchez pasti dipertaruhakn lagi untuk enjoy the moment di bahagian tengah padang ketika mana dia begitu menjadi di belakang Welbeck . Itulah yang gua kata ada eloknya Ozil direhatkan, nampak siket player2 lain step up , ada dimensi dalam formasi jika tidak sampai bila tidak bertransformasi mahupun reformasi.Chambo Cazorla di wide. Arteta dengan Flamini hmm, sementara Jack masih injured, gua lebeh suka melihat Rambo bergandingan dengan salah seorang daripada Arteta, Flamini berbanding keduanya digandingkan dalam satu game. Mungkin ada pro dan kontra, mungkin ada disiplin tapi dalam game ketika kita sedang mengejar ia tak banyak membantu dan membantut serta melambatkan tempo dengan sideways passing, kurang kreatif. Dengan adanya Theo kembali, Gua nak jugak tengok Theo dapat lagi masa bermain terutama di laman sendiri, mungkin Podolski jugak patut diberi peluang untuk start melihat pada ke'geraman'nya ketika dilepaskan beraksi di tengah padang. Dia jugak yang menjadi wira ketika lawan Anderlecht. Lepas itu mungkin boleh pakai Rosicky, Campbell, apapun pastikan game ini dalam tangan dulu.


-----------------------Szczesny-------------------
Chambers--------BFG----Nacho------Gibbs
----Chambo-----Rambo----Arteta----Santi--
-------------------Alexis--------------------------
--------------------------Podolski-------------

3:45AM Arsenal 2 Anderlecht 0

Agi idup agi mengGunners!!


0 ulasan: