Sabtu, 6 September 2014

Welcome Welbeck!!

Deadline day

Pada PC pre match bertemu Leicester, satu soalan diajukan oleh media sama ada benarkah Arsenal dikaitkan dengan Danny Welbeck dan kita mendapat  straight answer terus dari Arsene Wenger "NO!". Semalaman gua tak tido mengikuti berita2 transfer deadline , menanti dari pagi siapa yang Arsenal akan bawa masuk. Masuk  tengah hari waktu Malaysia, kisah Falcao ke United memecah berita di deadline day, awal pagi di UK penyerang Monaco itu telah pun membuat keputusan untuk menyertai United secara pinjaman, suatu berita yang pastinya mengecewakan bagi fan2 City dan Arsenal serta mengejutkan bagi neutral yang mungkin tak sangka dan apa logiknya Falcao ke United ketika mereka dilihat lebih memerlukan posisi pertahanan untuk diperkuatkan-dan mereka jugak dapat Blind sebenarnya. Di satu sudut, umpama hilang klimaks deadline day kerana sudah tau awal2, Real Madrid, City dan Arsenal tidak dapat menandingi offer yang diberikan Ed Woodward kerana sepanjang hari2 terakhir itu nama penyerang Colombia itu bagai menjadi rebutan, at least dari satu sisi lain pula, kita tak lagi diberi harapan palsu. Adakah sebenarnya Arsenal ada usaha untuk mendapatkan Falcao, kalau ikut kata bapak dia memang ada tapi ikut cerita bekas player BPL yang kini jadi penganalisis dan pundit, Stan Collymore(antara awal yang mendedahkan berita Alexis dan Debuchy), Arsenal awal2 lagi tarik diri disebabkan tak mampu, ia hanya antara City dan United dan kita tahu apa kesudahannya. Out of range, full stop.



Maka tinggallah Arsenal terpinga2 yang kononnya akan sentiasa aktif gila2 di 1 September. Masuk malam waktu Malaysia, gambar Wenger di airpot tersebar dalam penerbangan ke Rome untuk melibatkan diri dalam satu perlawanan amal. Gua tak salahkan dia ,dia berhak ada di mana2 dan kerja2 negotiation pun bukan dia yang patut buat malah dia sentiasa update dengan orang2 disekelilingnya dan telefon bimbit.Namun ia pastinya memberikan imej dan persepsi yang boleh dipersoalkan, di saat2 akhir peluang untuk memperkuatkan pasukan engkau boleh pergi manage 'dream team' lain pulak, berpeleseran dengan Maradona padahal lebih elok pi buat pertemuan2 sulit macam jumpe Alexis ngorat dengan ayat2 manis siket ada gak paedahnya. Jam 10 malam lebih kurang, kita dikatikan dengan Ron Vlaar, wah ini berita defender ok laa untuk sekadar back up CB.Tapi sekadar rumors sajalah. Time ni jugak berita Iggy aka Ignasi Miquel nak buat medical kat Norwich dah tersebar. Dah berani jual defender mesti ada player baru ganti ni pikir gua positif. Perasaan time tu semangat. Dengan berita William Carvalho kejap on kejap off. Tengok team lain pun pasif jek, Spurs yang mulanya dikaitkan dengan Danny Welbeck dan kita dikaitkan dengan Ex Spuds Defoe. dalam hati memang What De Foe betul! Lepas tu senyap. Muncul berita Arsenal takkan sign siapa2 hari tersebut. Perasaan frust dan geram membuak2. Timeline penuh dengan berita Falcao yang tak sah2 lagi  entah berapa banyak medical.

Tunggu punya tunggu tiba2 macam ada sinar yang tak berapa nak terang di hujung terowong. Berita untuk fan Arsenal, kita join kejar signature Danny Welbeck! Pada mulanya secara jujur gua mengaku agak skeptical siket, Danny Effing Welbeck!? Wenger dan Gazidis ternyata bergurau gua rasa. Ini 1 September bukan 1 April. Apa lagi kena troll lah memanjang cerita tu.Kebanyakan dari team2 lain selain United dan Arsenal fan lain pulak yang melebih walaupun diakui ada jugak dari kem kita sendiri yang tak berpuas hati, gua sendiri pun pada mulanya. Ia nampak on bila Welbeck reject spurs dan ingin join kita, berita tu dah kuat dan gua memang suka bila ada orang reject spuds.Kah3. Sky Sport pagi2 buta waktu Malaysia dah melaporkan depan Emirates, Dany Welbeck akan menjalani medical dan persetujuan telahpun dicapai antara United dan Arsenal.Waktu tu perasaan bercampur baur.Tapi dekat kul 3 pagi macam gitu Arsenal nafi balik, belum lagi katanya , masa tinggal lagi 3 jam gitu je nak tamat tingkap perpindahan. Gua mengaku time Arsenal deny tu gua macam ada jahat siket lega, bukan apa sebab ada hantu mana entah pagi2 buta pergi keluarkan rumors Arsenal dah trigger release clause Huntelaar padahal scam. Persetujuan tak dapat dicapai sebab Welbeck taknak jadi kambing hitam embekk embekk sekadar player pinjaman, dia mau masa depannya firm, dia menuntut permanent deal. Dan bagi United harga homegrown, serta international player yang masih berpotensi mana boleh nak murah2.Bagi Arsenal pulak adakah perlu untuk permanent deal kerana pada awalnya kita hanya merancang untuk short term sementara Giroud dan Theo injured. Satu keputusan besar harus dibuat pada masa itu, dan Wenger ada last say.  Time 4 pagi tu hanya nama Welbeck seorang sahaja, tiada CB, tiada DM , posisi yang lebih kita dambakan dari awal lagi. Ryo Miyaichi dah dipinjamkan ke Twente, Ignasi Miquel sah telah pindah ke Norwich, Arsenal masih tak ada siapa2. Kaget, kegilaan apakah ini?!Time nilah baru Falcao nak sampai dari kapal terbangnya lah medical lagilah, baru hidup kembali cerita Arsenal-Welbeck. Logiknya di situ, United sah dapat Falcao baru mereka lepaskan Danny ke Arsenal. It's on! Arsenal dikatakan setuju membayar 16M pembelian terus Daniel Nii Tackie MensahWelbeck untuk membawanya ke Emirates. Welbeck yang sudah kebetulan berada di London untuk bersama2 skuad England bagi persiapan internationaleleh terus melakukan medical. Terlalu lewat, last minit.Jam 6 berlalu tapi selamat, Arsenal terpaksa meminta extend masa untuk memproses kertas2 kerja pendaftaran dan perpindahan. Lebih kurang Jam 7-8 pagi waktu Malaysia Arsenal.com mengesahkan Danny Welbeck hanyalah satu2nya player yang dibawa masuk di transfer deadline day.



Adakah gua berpuas hati dengan summer transfer. Perlu diakui di sini, striker tak termasuk dalam perancangan awal kerana kita telah pun membawa masuk Alexis, cuma kecederaan Giroud memberi tamparan maka melihatkan Sanogo dan Campbell yang masih belum dilihat bersedia sepenuhnya, kemasukan pemain seperti Welbeck ada logiknya dan dengan harga serta statusnya, ia boleh dikatakan berpatutan, berbaloi? Welbeck ada jawapannya, Namun gua agak terkilan kerana kita masuk meneruskan season tanpa quantity depth di bahagian defend. Kerana setelah menjual Vermaelen dan Miquel, gua memang syak dan konfiden Wenger akan bawak masuk versatile player yang boleh cover back 4 tapi tak kesampaian. Begitu jugak bahagian DM, Adalah macam sukar tapi tak mustahil untuk menghadapi sepanjang musim dengan pelbagai kejohanan dengan Arteta dan Flamini di bahagian tengah. Umpama suicide. Gua tak tahu sejauh mana rumors Carvalho sama ada kita benar2 push atau tidak tapi segalanya telah berlalu menjadi sejarah.Kita harus move on dan berdiri di belakang team, kita memerlukan mereka beraksi dengan baik, mereka memerlukan sokongan terbaik.COYG!



Welcome Danny Boy!!! 

Perihal kes Danny Welbeck. Sama macam RVP dulu dalam jersi United agak janggal menyaksikan pemain berusia 23 tahun ini dalam jersi Arsenal.Tapi lama kelamaan nampak serasi. Melihat 1st video interviewnya yang menceritakan bagaimana dia 'bermimpi' bermain dalam team yang bercorakkan gaya permainan seperti Arsenal, menggunakan ganti nama 'we' seperti dalam ayat "last year we got the FA Cup",kematangannya dalam menjawab aspek2 teknikal corak pemainannya,kesediaannya berhijrah walau sejak kecil lagi menjadi homeground player United, idolanya Thierry Henry, dan peluang bekerjasama dengan English core di Arsenal, dirinya dilihat seperti dah jadi Gunners semulajadi.Tiada kekok.



Mungkin ramai fan2 Arsenal yang masih meragui akan transfer bisnes ini sepertimana gua pada awalnya tapi gua nasihatkan di sini at least bagi peluang dulu. Bukan apa ini kerana rata2 fan United sendiri kebanyakan agak berduka dalam tawa, kerana di hari mereka mendapat Falcao secara pinjaman dengan bayaran melampau, mereka telah melepaskan seorang player homeground berpotensi besar yang sepatutnya menyambung legasi United yang terkenal dengan build up team from stcatch umpama class of 92.Kini dengan corak strategi transfer baru mereka bawah LVG, ada kalangan penyokong mereka yang merasakan Manchester United telah pun menjual jiwa kelab dan kini tiada lagi beza antara mereka dengan jirannya City mahupun Chelsea yang mudah membeli menang memakai. Dan perkara ini diakui sendiri oleh Blogger terkenal mereka yang rated tinggi Danny Welbeck sebelum dan mahupun selepas dia sah dijual ke title rival mereka sendiri Arsenal.

Welbeck bukanlah Henry, Bergkamp, ataupun seperti nama2 penyerang berbisa atau complete striker. Dia masih memerlukan masa untuk digilap dan pada ketika umurnya 23 tahun, lebih 100 penampilan dalam BPL bersama United dan Sunderland kemudian lebih 20 cap bersama England dia boleh dikatakan antara pemain berpengalaman yang available ketika ini. Jadi tidak hairan Arsene tanpa sempat berpikir panjang mengikat Danny dalam kontrak jangka masa panjang difahamkan 5 tahun lebih syok lagi merampas dari sempat diusik oleh Spuds. Begitu jugak bagi Danny sendiri, berada di persimpangan career bersama kelab yang disayangi sejak kecil, tapi akhirnya dibatasi dengan kemasukan2 anasir luar seperti RVP dan kali ini Falcao, Welbeck harus memilih jalan yang tepat untuk kerjayanya dan bilamana tawaran Arsenal datang, dia menyambarnya. PIlihannya tepat di masa yang tepat. Memang Welbeck pilihan keempat striker kalau di United dan fan Arsenal pastinya tertanya2 bagaimana Arsenal boleh settle dengan seorang United's 'reject' untuk lead the line. Kadang kala kritikan yang diterima oleh Welbeck agak over namun pada usianya, dalam sejarah bola sepak moden jugak player2 yang establish  sekarang ni pun masih struggle mencipta nama. Jadi bukanlah gua nak backup kaw2 sebab dia masih belum menyepak bola untuk Arsenal lagi macam2 boleh jadi. Di sini, sama ada dia boleh emulate Sturridge yang meletup setelah blah dari Chelsea atau jadi flop seperti ..anda namakan sendiri terlalu ramai. Gua ambil dari artikel yang gua link kan tadi, daripada 25 penampilan liga musim lepas, Welbeck score 9 gol dengan ratio 0.36 gol per appearance .Tolak penalti hanya 3 player yang mempunyai lebih goal per minit ratio dari Danny.


Maka di sini potensi tu memang ada.Cuma tinggal nak digilap nak diasah lagi dan tak ada sifu lain yang lebih layak dan lebih patut dilihat sekarang ini selain bawah Arsene Wenger. Welbeck boleh bermain di flank, ada pace, ada stamina dan mobile, sesuatu yang dioffer berbeza dengan Giroud.Superb atlet dengan enjin yang tahan lama kata sesetengah pemerhati. Berbeza ketika dia main di flank semasa terpaksa jadi pak turut kepada Rooney kemudian RVP, dia score sebijik dari 12 penampilan di posisi tersebut tapi bila main upfront dalam 13 penampilan dia score 8 gol. Nampak efficient. Player yang sering dijadikan ukuran dari flank ke main striker tak lain tak bukan King Henry kita ,bukanlah gua mau compare kedua player tersebut tapi melalui statistik, dia ada potensi dan boleh diyakini. Corak dan gaya permainannya serta skill teknikal kelihatan macam sesuai untuk link up play bersama Arsenal. Dia adalah jenis player yang boleh main tap2,flick, one two dan jugak boleh membuat larian2 off the ball serta behind defenders dengan baik.

Mobilitynya mampu memaksa pertahanan lawan sentiasa buat kerja lebih dan terpaksa memerhatikan gerakannya membolehkan opposition terikat, ini memberi ruang kepada player2 dengan krativiti seperti Ozil, Sanchez dan Alexis lebih masa dan ruang untuk mencipta peluang. Oppositon akan lebih deep dengan striker yang laju dan suka merayau ke sana ke sini, memberi ruang pada Arteta dan Flamini menarik nafas.  Dari segi defending, dia player yang bekerja keras untuk pasukan, boleh dikatakan sebab selalu dipaksa beraksi di flank, kerje2 untuk trackback dan sekat overlap ni memang dia dah biasa,dengan enjin dan stamina muda yang dia ada ia adalah satu bonus.Bila beraksi di bahagian atas, falsafahnya attacking is the best form of defence.Cuma bab finishing, masih banyak perlu diperbaiki. Jangan risau, di Arsenal dengan player2 macam Ozil, Rambo, Wilshere, Cazorla, Alexis, Rosicky peluang2 tu akan datang berduyun2, tinggal nak disudahkan sahaja, at least buat masa ini Danny dapat bagi Sanogo rehat minda bermusahabah diri. Satu lagi perkara yang menariknya tentang signing ini adalah kemasukan Danny memperkuatkan lagi English atau boleh gua kata British core (boleh kira Ramsey sekali) suatu yang dilihat telah lama sepi dari Arsenal. Kini dengan adanya Danny, ia boleh mencipta persefahaman yang mantap berkolaborasi dengan player2 England sedia ada seperti Jack, Chambers, Gibbs Theo, Chamberlain , sesuatu yang sihat bagi masa depan bola sepak England.Pendek kata, Welbeck masuk2 dah boleh settle down, berada di home of football.



Gua tulis artikel ni pun bukan sebab nak puji sangat signing baru kita ni, cuma gua nak kongsi keyakinan pada rakan2 fan yang masih ada sedikit ragu2.Gua pun macam anda sekalian jugak, selagi Welbeck masih belum beraksi atas padang bersama Arsenal kita susah nak judge dia tapi gua berpegang kepada setiap player harus diberikan peluang masing2. Mungkin sebab statusnya selaku pilihan keempat di kelab rival membuatkan kita kelihatan seperti bahan lawak dalam transfer ini tapi percayalah, kalau ia menjadi, kita yang dilihat winning side daripada deal ini, sesuatu yang pastinya tak ingin dihadap oleh fan2 lawan.Tapi jika ia tak berjaya, kita move on seperti biasa, bukan pertama kali kita gamble dan hasilnya tak memberangsangkan.Maka dengan itu kita perlu berdiri di belakang pasukan terutamanya Danny, biar dia rasa welcome di atas dan di luar padang. Berilah peluang pada dia menjawab di atas padang, tak ada game lebih mencabar lagi untuk debutnya selain dari bertemu City.Ini akan menguji karektar dan memberi gambaran serba sedikit apa yang boleh disumbangkan Danny kepada kita. Musim yang panjang, game yang padat dan penuh mencabar, setiap seorang dari jiwa player terutama striker kita, Sanogo,Campbell, Podolski dan Danny di samping Alexis harus step up dan sharp.Kita memerlukan meriam yang bukan sahaja hebat berdentum tapi juga menembak tepat ke sasaran sepanjang musim.

Agi idup agi mengGunners!!


0 ulasan: