Khamis, 18 September 2014

Dortmund 2 Arsenal 0: Malam yang ingin dilupakan di Westfalenstadion





Dreadful.Persembahan yang hambar lagi flat, sekali lagi kelemahan pertahanan kita diexposed dengan begitu mudah oleh Dortmund. Jumlah perbezaan antara kedua2 pasukan sangat mengejutkan, Arsenal terselamat kena tak lebih dari 2 bijik kepada skuad Dortmund yang tanpa pemain utama seperti Reus,Kagawa dan Hummels. Jurgen Klopp sekali lagi menmalukan Arsene Wenger, itulah yang Arsenal patut main, tempo laju dan sharp.Exciting football walaupun tanpa player ternama.Gua tabik sama itu Aubameyang dan Mkhitryan yang memberi mimpi ngeri pada defend Arsenal pagi tu dengan larian2 laju yang mengkucarkacirkan back 4 diketuai oleh BFH yang hanya tinggal jasad, jiwa tak ada, nampak ketara terutama pada pemain2 juara dunia. Unfair mungkin pada Podolski yang diberkukan jarang dapat peluang tapi pada Ozil, pemain ini bertubi2 mendapat kritikan tiap2 minggu, makin lama makin banyak, kesian bukan salah dia sepenuhnya bermain di luar posisi tapi at least tunjukkan sedikit fighting spirit, tunjukkan anda care.

Sekali lagi untuk ke berapa kali, Ozil dibazirkan di bahagian sayap kiri ketika kita tahu best positionnya adalah tengah, belakang striker, best no 10 bak kata mourinho.Ozil satu hal, form Rambo jugak membimbangkan. Kerana biasanya time2 nilah dia akan muncul menyelamatkan keduduakan tapi kini hanyut bersama rakan2.Mungkin kerana kehadiran Wilshere yang tengah perform jadi Wenger tak boleh nak drop player2 favorite dia. Bagi gua Rambo dan Wilshere tak boleh nak digandingkan bersama dalam 4 1 4 1, sebab secara auto nya ia akan menolak Ozil ke bahagian wide, tak balance, lebih2 lagi DM yang kita harapkan jenis Arteta dan Flamini. Gua lebih suka 4 2 3 1 season lepas ketika Arteta dan rambo jadi CM, Cazorla belah kiri Theo belah kanan Ozil di tengah belakang Giroud. Maka dengan skuad yang sedia ada kita perlu berkorban, kalau sukar sangat korbankan antara Rambo atau Wilshere, korbankan sahaja Arteta yang ada tak ada sama sahaja( part ada sekali nampak dia switch off time lawan dortmund tu memang tak boleh maaf) dan biarkan semangat fighter Wilshere yang menjalankan tugas2 'kotor' main dari deep. Kemudian pairing dengan Rambo. Santi atau Rosicky atau Campbell letak kiri, Ozil di tengah belakang Welbeck/Podolski , Sementara ketiadaan Theo biarkan Alexis kongker kanan. Gua rasa itu mampu efektif sementara menunggu bulan Januari untuk membawa masuk seorang pure DM. dan cover defends. Oh ya dan cukup bagi muka pada sikap sambil lewa budak2 Szczesny, Beberapa kali misjudgment, kantoi nak gelecek striker nasib baik tak bolos, dan hanya 3 clean sheet dari 7 competitive game .Tiba masanya Wenger tegas siket, bagi peluang pada Ospina tunjuk kejantanan pengaruh Rene Higuita.

Sekarang kita diberitakan dengan kecederaan ankle Jack Wilshere pulak.Satu lagi tamparan setelah berita kehilangan Mat Debuchy yang entah berapa lama injured, Sementara itu difahamkan ada rumors Arsenal tengah intai free agents yang masih belum dapat kelab terutama di bahagian defensive, ini kerana walaupun bukan dalam transfer windows, free agent bebas di sign bila2 masa. Antara nama yang tenggelam timbul dalam rumors adalah bekas pemain Everton dan Norwich Joseph Yobo dan bekas pemain WBA Diego Lugano. Sabtu ni, tugas berat lawan Aston Villa yang dah collect 10 mata siap kalahkan Liverpool lagi baru2 ini di Anfield. 6 mata dari 12 bukanlah permulaan yang baik tapi kita harus kembali ke landasan secepat mungkin agar tidak ditinggalkan lebih jauh serta jika berhasrat bersaing sebagai peneraju liga sehingga May nanti.

Agi idup agi mengGunners!!


0 ulasan: