Sabtu, 27 September 2014

Apa sorotan minggu lepas?


NLD minggu ni  tapi gua dah terlepas 2 ulasan match yang berbeza situasi berlainan result. Minggu sudah kita kembali meletakkan diri ke landasan yang betul apabila meleburkan rekod tanpa kalah Aston Villa dengan 3 gol dalam masa tak sampai 4 minit. Memang padu! Gandingan Ozil dan Welbeck malam itu cukup mantop macam dah lama serasi, saling assist mengasssist dan score menyecore. Gol debut buat Danny boy, yang memang punya track rekod baik berlawan villa esp di Villa Park.Satu gol saguhati own goal di berikan Villa. Ini jugak jadi bila mana best no 10 diletakkan di posisi yang digemarinya dengan Ozil dilihat dalam beberapa occasion beraksi di belakang Welbeck dan ketika konfidennya tinggi dia tak gentar untuk mencuba malah di bahagian flank dia tenang memilih passing .Teruk dikritik selepas aksi piala dunia, Ozil menggunakan masa dan medan paling sesuai untuk menjawab, di atas padang. Game yang menyaksikan Alexis Sanchez direhatkan di bangku simpanan, Ozil menggunakan peluang untuk menyinar dan satu MOTM performance pada gua secara peribadi.Paling tidak pun lebih baik dari Ozil2 sebelum ini.3 mata juga amat bermakna ketika rakan2 rivalry lain seperti Chelsea, City, United,Liverpool, Everton dan Spuds semuanya drop points.Semakin mendekatkan jurang dengan kelompok atasan, kita menuntut konsistensi terutama dalam game2 terdekat ,vs puds kemudian Chelsea.



Di tengah minggu, cerita berbeza. Cup game. Piala liga, satu2nya Piala domestik yang Arsene Wenger masih kempunan dan nampaknya terpaksa terus sabar menanti musim depan apabila kita dengan tak semena2 tersungkur kepada pasukan yang lebih organized dan tersusun malam itu, Southampton. 2 cup games kita kalah, UCL dan kini league cup, satu post mortem harus dilakukan. Namun game rabu pagi tu memangmembuktikan kita tak cukup depth, quality dan quantity terutama di bahagian defends apabila Wenger terpaksa membawa masuk Bellerin, coquelin dan jugak Hayden . 10 pertukaran dari game Villa, termasuk debut untuk Ospina yang beraksi ok cuma patut dapat lakuakan lebih baik untuk menghalang gol kedua, gol kemenangan, screamer dari luar kotak penalti. Yang positif adalah Emirates menjadi saksi satu lagi gol berkelas dunia dari free kick Alexis. Memang superb cun, dan kedua peluang beraksi, anggaplah umpamam perlawanan amal Diaby.Diaby yang beraksi sejam nampak cuba dineutralkan kepada lebih deep position suatu yang jarang kita lihat kerana mengenali Diaby yang dulu, dia punyai offensive minded, naun untuk game malam tersebut dia lebih duduk di hadapan back 4,win the ball, pass forward dan boleh kata separuh masa kedua nampak benar kepancitannya tapi apapun sejam yang tension dan pressure itu cukup memadai untuk memperhalusi Diaby kembali ke aksi perlawanan.Kalau digilap dan dijaga, dia mungkin boleh jadi aset dengan harapan injury free. Satu yang mengecewakan selain result ialah kegagalan beberapa pemain squad menggunakan peluang untuk menyinar seperti Rosicky dan Podolski yang seniro dan sepatutnya step up untuk budak muda seperti Campbell, tapi mereka turut hanyut siap bagi penalti seorang lagi AWOL. Memang line up malam itu agak lompong dan seperti ramai penumpang. Satu game yang harus dilupakan secepat mungkin terutama dalam menghadapi game terbesar musim ini setakat ini, NLD di laman sendiri.

Pre match NLD sebentar lagi....

Agi idup agi mengGunners!!


0 ulasan: