Selasa, 16 September 2014

Pre Match : Malam2 Eropah yang indah kini kembali! Arsenal vs Dortmund pembuka tirai kumpulan D



Game dengan tempo yang cukup laju dan mencabar bagi kedua2 pasukan tapi sayang sekali 2 gol yang cukup cantik dari MOTM Jack Wilshere dan jugak on form Alexis, terpaksa dipadamkan dengan kealpaan defending kita memaksa drop 2 points.  game of two halves. Kita bermula dengan cukup baik terutama dominasi 20 minit pertama, Danny Wellbeck melakukan debut dalam jersey Arsenal jugak hampir membuka jaringan tapi sayang memilih option untuk chip joe hart, bola sekadar mencium tiang, kalau masuk tu gegaran gegak gempita paling kurang gua jamin sampai manchester. Namun entah di mana silapnya,City mendahului melalui coutner attack menerusi Navas yang dibiarkan berpeleseran dengan masa dan ruang yang luas dan Flamini entah apa yang difikrkan membiarkan Aguero bodoh2 melepasi marker. Tan urgency, kita cuba create dan create namun final ball menghampakan,City nampak lebih untuk menambah gol daripada kita menyamakan kedudukan.

2nd half city buat pertukaran dan mereka memilih untuk lebih attack, memasukkan nasri ganti Lampard. Ini sekaligus memberi sedikit ruang lebih kepada midfield kita untuk bergerak walaubagaimanapun , pairing Fernandinho dan Milner jelas outstanding malam tu, menggagalkan, mengekang segala asakan yang kita cuba break melalui counter attack, memberzakan sesuatu yang Arsenal kurang, DM yang mantap. Kita pantang mengalah, terus mengasak dari bawah, KOscielny main high line, merampas sebelum sempat di counter oleh City, bola dapat keapda Wilshere yang membuat hantaran pendek kepada Alexis, Alexis spot Rambo yang tidak dikawal , Rambo pickup larian Wilshere dan Jack menyudahkan dengan penuh kelas!Game on. Comeback nampak complete 15 minti sebelum masa sebenar tamat, Alexis merembat volley bola yang ditanduk Jack kedalam kotak penalti, celebration memeng superb, mencanak2 adrenalin dibuatnya!



Namun macam biasa kita dikecewakan dengan cara kita defending, kali ini barah yan tidak ada penawar, set pieces. Dari dulu lagi, Apa guna zonal marking jika player2 lawan target man yang bagak2 dibiarkan dapat free header, ini satu persoalan yang belum dijawab walaupun Steve Bould mengambil alih dari Pat Rice,Mereka asyik  memberi alasan perkara itu diusahakan tapi diusahakan sampai bila, mana hasilnya?Ini cukup merisaukan. Satu lagi perkara yang benar2 membimbangkan adalah kita bakal kehilangan Debuchy , rumors mengatakan paling lama 2 hingga 3 bulan. Ini kegilaan kerana transfer windows baru sahaja tutup dan kita tak ada backup yang mencukupi, hanya Chambers dan Bellerin sekarang ini perlu diharapkan.Mendengar alasan Wenger mengatakan Monreal boleh main CB, ya semua orang boleh main CB letak Ospina pun boleh tapi apakah yang diletakkan itu mampu, berkaliber? Maka gua takut kedegilan Arsene Wenger memperkemaskan barisan pertahanan yang cukup susut ini akan kembali menghantui dengan jadual yang padat. Liga mungkin kita akan tertinggal jauh, UCL nak lepas group stage pun sukar . Penggantungan dan kecederaan adalah perkara yang sangat2 perlu dielakkan.


Game Sabtu lepas memang boleh jadi banyak ending, kita mungkin boleh kalah jika 2 peluang last2 minit yang diterma City terkena tiang sebaliknya masuk, tapi melihat kepada kita yang tengah lead, kita berada di pihak yang rugi.1 mata di belakang City, 6 mata di belakang pendahulu Chelsea tapi hanya 1 kemenangan sahaja daripada 4 game, tak impressive. Membimbangkan? Itu pasti.Kita memerlukan semua player untuk fokus, bukan sahaja mengaharapkan new signings sahaja cipta magic setiap game,tapi mereka yang cemerlang dan punya status kegemilangan lampau harus bermain mengikut standard. Ozil antara contoh yang meneroma kritikan tapi bagi gua lebih kepada main out of position. Kedegilan Wenger letak dia bahagian flank memberi kesan kepada corak permainan dia sekaligus konfiden level. Ada satu part di mana dia boleh drive through hari tu tapi kerana tak konfiden dan kelam bkabut, dia memilih untuk passing Debuchy dan peluang akhirnya dipersia2kan. Dikenali dan dilabel sebagai the best no10 in the world,  Letak dia di posisi asal, dia pasti kembali ke tahap terbaik. Gua rela bagi Santi yang tireless  masa lawan Besiktas beraksi di sebelah kiri daripada melihat Ozil lama2 jadi macam Arhsavin, itu gua mintak simpang. Gua percaya setiap player harus diberikan peluang dan ruang.Ozil akan kembali, jangan risau.

Dan awal pagi nanti, para pemain perlu berubah fokus ke UCL. Match pertama grouping kumpulan D ini kita bertandang ke Westfalenstadion, venue yang tidak asing lagi. Kali terakhir kita ke situ, Rambo menjadi penyelamat dengan gol tunggal kemenangan.Memberi kita tali hayat kerana grouping tahun lepas memang sengit gila habaq hang, bayangkan Napoli yang ada 12 point terpaksa disingkirkan walaupun jumlah mata yang sama dengan Arsenal dan Dortmund, jarang2 berlaku. Dan musim ini gua expect perkara sama boleh berlaku, Dotmund dah jadi macam lawan tradisi sejak kebelakangan ini, Galatasaray,semua orang tahu sejarah berdarah Piala UEFA 2000 antara Arsenal dan kelab Turkey itu, suatu match yang pasti ditunggu2 terutama layanan fan away nanti.Anderlecht akan menjadi pasukan pengacau. Itulah penting game pembuka tirai,kemenangan akan menaikkan konfiden level kita , sejauh mana sasaran kita dalam competition ini bergantung pada grouping ini.

Oh ya Wenger kata memang dah plan, Debuchy memang tak boleh main pun lawan Dortmund malam ni akibat penggantungan kad merah lawan Besiktas jadi tak de effect sangat. Sekarang effect long term yang perlu dipikirkan, sejauh mana result scan masih dirahsiakan. Gua suspect lepas match Dortmund baru Wenger nak beri perakuan, harap2 ada berita positif. Monreal tak travel ke Jerman. INi bermakna Gibbs akan kembali mengampil posisi LB. RB pula sama ada Chambers mahupun pemain muda 19 tahun yang dilhat berpotensi, Hector Bellerin.Dia cukup menyerlah waktu Emirates cup lawan Benfica.Gua harap dia mampu step up jika diberi kepercayaan mengisi kekosongan Debuchy. Gua bajet dengan jadual yang padat ni akan ada pertukaran, mungkin Rosicky akan bermain menentang bekas kelabnya.


----------------------Szczesny------------------
Chambers-----BFG-------Kos---------Gibbs
----------------Arteta----Jack------------------
------Rambo---Cazorla--------Rosicky--------
-------------------Alexis----------------------

Dortmund kembali ke landasan kemenangan musim ini apabila menang dua game berturut2 dalam Bundesliga.Awal2 dulu siap kalah , mungkin masih teras kehilangan Leondowski tapi kehadiran semula Kagawa yang 'balik kampung' dari Manchester menyuntik kreativiti pada pasukan Jurgen Klopp,Siap score baru2 ni dalam game liga. Pemain seperti Mkhitaryan jugak perlu diawasi oleh barisan pertahanan Arsenal.

245AM Borussia Dortmund 2 Arsenal 3

Agi idup agi mengGunners!!


0 ulasan: