Sabtu, 18 Oktober 2014

Mari membina kembali momentum.


“We want to [build momentum].It’s a post-World Cup year and we’ve played four of our seven games away. We had a difficult schedule away from home.
“We’ve already played Everton, Manchester City, Tottenham and Chelsea as well as the Champions League qualifier against Besiktas. We have enough quality to come back from the Chelsea loss.”-Wenger
Malam ni aksi bola sepak Inggeris kembali setelah 2 minggu yang hambar dan suram , internationaleleh, yang seperti biasa membawa berita2 malang buat Arsenal-kecederaan. 2 minggu rehat tapi 3 minggu blog tak terupdate. Gua dah terlepas 2 match, pertama , tak sempat nak cover tentang hat trick Welbeck dlam kemenangan 4-1 ke atas Galatasaray. New signing kita seorang lagi ,Alexis turut meneruskan form baiknya depan pintu gol. Kemenangan yang meletakkan kembali saingan grouping  kita ke landasan yang sepatutnya. Welbeck  hat-trick tapi terlupa collect bola bertuahnya lepas game,maklumlah  milestone pertama dalam kerjayanya.



Dah baik punya menang, hadir ke Stamfor Bridge dengan harapan dapat padamkan memori lama, alih2 kita terperangkap dengan game Chelsea yang boring dan hambar tapi diakui well organize. Kesilapan kita (baca Alexis) membuang bola menyebabkan Hazard menunjukkan moment of brilliance nya dengan larian ke dalam kotak penalti sebelum dijatuhkan Koscielny untuk penalti disudahkan oleh Hazard sendiri. Yang membengkekkan, walau kita berjaya membuatkan Fabregas dan Costa kelihtana anonymous sepanjang perlawanan tapi mereka hanya memerlukan minit yang bertuah untuk bergandingan menghukum kealpaan Arsenal di belakang dengan hantaran jauh dan penyudah yang cantik membuatkan Arsenal terperangkap dan tak mampu bangkit mencari gol penyamaan. Sudahlah keeper mereka bertukar, tapi kemampuan kita di final third memang dipersoalkan,jarang create chances dan kita agak sukar break opposition yang dikawal baik oleh Nemanja Matic yang gua rasa setakat ini unsung hero dalam kebagusan Chelsea setakat ini. Kita mungkin bernasib baik kerana tidak hilang Danny boy atau Koscielny akibat layangan kad merah sepertimana mereka juga selamat Ivanovic atau Oscar tak diarah keluar padang. CUma kita kehilangan Chambers untuk game liga berikutnya apabila mengutip kad kuning maksimum. Perlawanan turut di'ceriakan' dengan drama orang2 tua yang tak lekang dek kontroversi. At least puas hati dapat tengok Mourinho yang cukup kuat berlagak terkedu di tangan Wenger. No handshake lagi? kah kah kah kah..Roy Keane dan Paul lambert tengok mesti gelak punya..


tengok banyak kali tak jemu

Rehat international break ketika kekalahan sebenarnya lebih memeritkan kerana kita tak sabar untuk kembali beraksi membetulkan keadaan. Jadi malam ini, seperti yang dikatakan sesetengah pihak, ulangan FA Cup final musim lalu, Ini medan dan peluang baik untuk Arsenal kembali membina momentum. Game2 away yang agak sukar telah dilepasi, jadi expect game2 seperti Hull, SUnderland,BUrnley dan Swansea lepas ni harap kita tak lagi drop points bagi mendekatkan jarak kita dengan geng2 pendahulu. Berada di tangga ke 8 setelah tujuh perlawanan pastinya suatu penurunan jika dibanding dengan form musim lalu tapi sebab ini musim selepas world cup dan kita sudah ke away Chelsea Everton dan seri dengan Palace , kemudian seri di home dengan Spuds, City ia sedikit sebanyak mengganggu rentak. Ditambah lagi dengan kecederaan yang tidak ada penghujung di Arsenal.

 Terbaru kita kehilangan Mesut Ozil yang mengalami kecederaan ligamen lutut.Berapa lam? tak dapat dipastikan yang sah jangka masa panjang, ada laporan bagi sampai 3 bulan. Belum ada apa2 kenyataan rasmi. Kecederaan yang dialami bermula 2nd half lawan Chelsea lagi tapi baru dihantar pulang untuk scan ketika dia bersama squad Jerman dalam kelayakan Euro.Macam mana lambat tahu, itu pelik. Tapi pastinya suatu yang memberi impak teruk, lebih2 lagi bila Jerman tahu Arsenal mainkannya juga ketika injured. Namun ia terletak pada player yang merasakan sendiri kesakitan, jika mereka kata ok dan nak teruskan, bukan salah manager seratus peratus mempercayai kemampuan pemain menghabiskan perlawanan. Jadi dalam kemelut Ozil ni, ada blessing in disguise juga berita ni kerana ia datang tatkala Ozil teruk dikritik akibat persembahan yoyonya di atas padang,(mostly sebab out of position) kemudian baru2 ini dilemparkan tuduhan skandal yang tak berasas di hari jadinya, dan rumors mengatakan dia nak pindah bulan Januari , ini semuanya tekanan yang terpaksa dialami apabila prica tag anda mahal, beraksi sebagai juara dunia, tapi tak perform di peringkat kelab terutama di England dan layanan medianya. Jadi ini masa untuk Ozil rehat, muhasabah diri dan fit sepenuhnya untuk kembali semula menyepak bola dengan semangat baru dan potensi sebenar bagi menutup mulut2 pengkritik.

Seorang lagi yang kita bakal terasa kehilangan adalah Koscielny yang turut terpaksa pulang awal dari kem France akibat kecederaan Achilles. Chambers pulak suspended untuk malam ini. Maka gua nampak Bellerin akan ganti Chambers di bek kanan, sementara Nacho Monreal akan bergandingan dengan Per di CB. Besar tugas BFG kita malam ni, nak lead satu team terutama department dia yang nampak carca marba bercelaru sekarang ni. Gua harap kesemua back 4 step up. Lain2 kecederaan masih yang lama2 punya, Giroud,Debuchy, Rambo, Sanogo.

Berita baiknya adalah Theo Walcott dan Gnabry dah kembali ke full training dan semalam beraksi bersama U21 lawan Blackburn, seri 0-0. Theo dapat 1st half, Gnabry dapat sejam.Kapten, Diaby dapat dalam 67 minit aksi. Kesemua meraka dalam proses kembali ke fitness terbaik sebelum diberi lampu hijau untuk beraksi dalam competitive match. Ozil injured, Walcott kembali, umpama roda. Cuma bayangkan nanti opposition terpaksa handle pace Alexis dan Theo dalam satu masa, padu! Arteta jugak dah boleh main, Rosicky available malam ini.

Hull pulak takde jauh beza dengan kita. Sperti Arsenal, Hull jugak sekadar menang 1 game dalam 6 perlawanan terakhir liganya. 2 game menang, macam Arsenal.Yang membezakannya adalah mereka tumpas 2 kali, kita baru sekali dan bakinya seri. Dengan 9 mata, kalau mereka dapat 3 mata di Emirates, mampu pintas Arsenal.Itulah sebabnya game malam ni game wajib  menang bagi Arsenal. Jelavic yang tengah on form depan gol harus disekat, tahun lepas cup tied dalam FA Cup final. New signing mereka, Abel Hernandez jugak bukan calang2 kualiti.Score 2 biji dari 4 games. Walaupun exit awal dari piala Europa, anak buah Steve Bruce ni antara pasukan yang susah dipredict dan mampu jadi pengacau. Malam ni mereka mungkin kehilangan Diame jika belum recover dari international trip tapi lain2 player dijangka tak ada masalah kecuali kecederaan yang sedia ada Allan McGregor dan Robert Snodgrass.


-------------------Szczesny-----------------
Bellerin-------BFG---Nacho------Gibbs
---------------------Arteta------------------
----Alexis-----Jack--Rosicky---Santi---
----------------Welbeck--------------------

Tapi gua cuba mengharapkan kita lebih positif kali ini, bermain di gelanggang sendiri apa , dengan limitation player yang kita ada, kenapa tidak kita kembali kepada asas 4-4-2. Welbeck, bergandingan dengan Poldi di atas, Arteta atau Rosicky direhatkan. Gung-Ho!!

Fox Sport 10PM Arsenal 3-Hull 0

Agi idup agi mengGunners!!


0 ulasan: