Jumaat, 30 Ogos 2013

Group maut, Flamini kembali setelah hilang tempat berpaut, kamon Gunners,make us proud


Freemini. Wow banyak yang berlaku dalam seminggu, gua cuba rumuskan satu persatu.Seminggu yang padat dengan aksi tapi 3 kemanangan berturut2 ternyata melegakan dalam transfer yang seakan sunyi namun secara tiba2 ada kejutan kononnya, last2 semua dapat agak, Flamini yang tengah training telah ditawarkan kontrak.Tak perlu roket sains. Pada ketika ini Undian Group stage UCL telahpun diketahui dan Arsenal diletakkan dalam kumpulan maut, finalis musim lalu Dortmund,Higuain's Napoli, serta kampung Flamini Marseille . Dan seperti biasa expectation pundit dan media buat Arsenal memang takde kali ni dengan kebanyakan rata2 mereka mensasarkan tempat ketiga buat Arsenal di belakang Napoli dan Dortmund.Tapi bila mereka pernah bagi harapan pada Arsenal pun? Underdog, tiada masalah.Gua secara peribadi lebih suka dan lebih excited.Sekurang2nya bangun pagi buta takdelah semata2 nak tengok player reserve diturunkan untuk menentang kelab kurang ternama di Eropah.Dan gua yakin , kita sekurang2nya akan mencipta kejutan menyelelinap ke pusingan kedua seperti biasa.



Rewind seminggu, ke Craven Cottage.Dalam suana hujan yang lebat Kita kembali bernafas baru memulakan hidup dalam  persaingan liga dengan kemenangan impressive 3-1.Giroud sebijik dan Podolski 2 bijik. Cazorla memangg superb malam tu.2 assist selain control midifels.Begitu jugak dengan Ramsey yang bossy.Kita nampak settled bila kita dapat goal awal.Gua dah cakap, Podolski ni kalau diberi peluang kaki kiri dia memang cukup berguna. Ketika spekulasi dia bakal dijual seba tak dapat game time di Arsenal, Podolski diberi peluang start dan ternyata tak mengecewakan, Arsenal menafikan sebarang plan untuk mengoffload plaer Jerman ni kerana ia pastinya tindakan yang gila ketika kita kekurangan sumber mendapatkan gol.Sayangnya  defend kita yang diketuai Sagna dan Per bolos jugak gol bodoh.Kali ini menerusi keluarga Bentj ugak.Bent, Benteke semuanya bajet power macam Benten kononnya.Monreal membuat kemunculan sulung musim ini  kembali dari kecederaan cameo sub menggantikan Podolski.Kemenangan ni ternyata melegakan daan mengurangkan seketika tekanan melanda ketika melihat jadual liga.Relief buat semua.


Dan awal pagi Rabu kita melayani kunjungan Fenerbahce bagi mengompomkan kedudukan kita di Eropah. Arsenal tak memandang sebelah mata walaupun menang away selesa. Ternyata Wenger berani  mengambil risiko dengan menurunkan barisan terbaik yang available. Koscielny walaupun fit dari kecederaan mata, hanya beraksi di bahagian simpanan.Monreal dapat 1st start. Rambo menjadi wira dalam game ini apabila meneruskan form terbaiknya sejak akhir musim lepas ,pra musim dan awal liga. Arsenal nampaknya terpaksa membayar harga kelayakan dengan malang menimpa buat Podolski apabila kecederaan hamstring memaksa dia bakal direhatkan 8 hingga 10 minggu, gua bajet 3 bulan sama seeprti Oxlade Chamberlain. Nasib baik ia berlaku ketika pintu perpindahan pemain masih terbuka. Rambo jugak keluar padang meninggalkan Arsenal main 10 orang di baki2 minit terakhir ketika agregat dah pun 5-0. Bukan nakberlagak tapi secara jujur Fenerbahce langsung tak meyukarkan,corak permaiann mereka agak dreadful. Banyak kali gua perhatikan Wilshere menjadi mangsa dengan mereka hanya ingin stop kan cara Arsenal bermain. Ini mungkin sebab meraka pun tak konfiden mereka mampu layak, atau jika menang sekalipun masa depan mereka masih samar.Ini terbukti. Fenerbahce agak malang, sudahlah dibelasah, Mahkamah memutuskan mereka bersalah dan diban 2 tahun dari kejohanan Eropah. Gua tak dapat tangkap di sini , mereka didakwa atas kesalahan match fixing dalam liga turkey tapi hanya digantung untuk kejohanan Eropah, boleh siapa2 yang lebih arif tolong clearkan.Apaapun kita dah layak, dan kita dah ketahui lawan dalam peringkat kumpulan. Masih ada lagi malam2 Eropah yang indah. Bolehlah bapak2 player datang tengok bola lepas ni dan terus kita dikatakan nak beli anak mereka. Kewartawanan terbaik.


Pasti ramai yang mengangkat kening apabila mengetahui Arsenal telah sah mengikat kontrak dengan bekas player Matthiew Flamini aka FlaMoney aka flamster. Banyak betul gelaran kurang enak diberikan terutama setelah cara dia tinggalkan kita secara tiba2 musim 2008 untuk berhijrah ke Milan.Membuat 153 penampilan untuk Arsenal sebelum ini sejak 2004,  Kini kehadirannya selaku satu2nya player dalam skuad yang pernah menang medal bersama Arsenal iaitu FA Cup 2005. Dia datang dari Marseille free, dia blah free2 kemudian bila free dia datang kembali dari Milan.Itulah kronologi Freemini.Perasaan bercampur baur akan signing ini, bukanlah menyimpan dendam, dia dah dapat apa yang dia nak sepanjang meninggalkan Arsenal, piala, dan dia kata kembalinya ke sini adalah untuk menyelesaikan tugasan yang belum selesai. Satu semangat yang bagus, tapi melihat ketika waktu2 hujung sebegini, pastinya ada perasaan sedikit terkilan dengan konon janji2 board dan wenger yang memberi harapan akan signing2 yang lebih umph, bukan lagi free agent.Namun secara logiknya ia adalah satu decent signing.Flamni berada di puncak kerjaya pada umur 29 dengan pengalaman dan pernah berada dalam winning team, harap dia dapat kongsikan bersama rakan2.Dia juga mampu bertindak selaku utility squad player yang boleh dimainkan serata posisi fullback, serata midfield, combative box to box midfielder gua pernah gelarkannya dulu kerana bossy di padang.Itu dulu waktu dia main dengan Hleb serta Fabregas memang nampak macam watak penting,x mengapa  kita lihat penggal keduanya bagaimana, barulah kita boleh komen lebih tapi gua harap dia boleh jadi backup yang baik lagi2 kecederaan Chambo dan Arteta, Diaby yang begitu lama. Selamat pulang kembali Flamini. Wenger cakap gerakan mencari player belum lagi selesai, secara logik dia nampak belum nyanyuk kerana tahu akan skuad ini tak cukup depth kuantiti mahupun kualiti.3 hari2 terakhir.Aku jangkan kita akan betul2 bz waktu last2 minit jangan telekom england buat hal sudah sabotaj telekomunikasi.kah3

Apapun yang paling menjadi tumpuan ketika ini serta boleh membuatkan kita lupa seketika akan kemelut transfer ialah NLD hujung minggu ini. Arsenal akan melayan kunjungan jiran berlagak power macam konon dia dah berstatus elite. Mana taknya shopping raya sakan padahal entah2 hutang.Harap duit jual Bale.Paling busuk perangai bila saja delay Bale punya saga ni supaya team2 lain tak sempat buat transfer nak sambar Real punya player.Pui. Signing atas kertas memang nampak kuat kononnya, tapi atas padang setakat baru menang 2 kali atas ehsan penalti, belum cukup meyakinkan untuk jadi top London Club.Tak payah bermimpi. Kalau tak sedar jugak, Ahad ni kita kejutkan depa. Biarlah tanpa Podolski sekalipun, Sanogo dan Giroud boleh score. Orang yang paling suka dan meletop time NLD semenjak dua menjak kebelakangan ini pastinya Rosicky jadi gua expect dia akan sekali lagi stand up untuk game ahad ini bersama Cazorla mengayamkan spuds. Berita baiknya Rambo dan Wilshere diakui fit dan boleh beraksi. Kita jugak mungkin akan diberi peluang melihat aksi cameo Flamini Return lepas score dah jadi 5-2 macam biasa!

Utara London tetap merah.COYG!!!

Agi idup agi mengGunners!!




0 ulasan: