Sabtu, 24 Ogos 2013

Tonik Turkey untuk ke London Derby

Kutuk jiran sekejap. Bale harga 99M Euros? Jadah ape. What do you think they're smoking there at Shite Hart Lane?kah kah kah Bagus tu bagus memang tak nafi,bakat ada tapi takdelah sestandard Zidane, Henry ,the 'real' Ronaldo mahupun Messi ketika ini, apa yang pernah dimenangninya  pulak di level teertinggi selain mickey mouse cup.Bola sepak memang dah gila.Padanlah Arsenal tertinggal jauh dalam pasaran mana taknya selagi overvalued dan duit2 menggila ini ditabur sesuka hati. Kalau Bale semahal tu, paling koman pun rakan senegaranya,Rambo mesti hampir figure tu ketika ini ikut form semasa, oklah letak 50M lah,diskaun pernah patah kaki. Huhu..



Rambo dengan selamba badak bossed the midfield itu hari, time Arsenal melegakan tekanan menewaskan Fenerbahce away 3-0. Memang sempoi melihat dia di serata tengah padang terlibat dalam kedua2 goal, through pass yang cantik untuk Theo dalam gerakan gol Gibbs dan jugak dapat sebijik gol.Tq Volkan.Tapi kita mahu menuntut konsistensi dari Rambo.Bukan sahaja dia, malah dari seluruh player mampukah kita cope dengan jadual yang padat lebih2 lagi kita seakan sebelah kaki pasti ke group stage. Apapun Selasa depan merupakan penentu. Ingat Gala memalukan kita sebagai tuan rumah baru2 ini.Fenerbahce dari Turkey juga berupaya cipta kejutan.Ia belum settle selagi belum tamat 90 minit,tak payah nak selesa sangat. Walaupun Wenger cakap 'the transfer windows start now' dengan alasan player yang nak nego asyik dok tanya status kelayakan Arsenal dalam UCL,maka bila dah menang meyakinkan begitu,Wenger cukup optimis pasukan akan layak ke peringkat seterusnya barulah ada 'bahan' story nak cerita sebagai umpan kepada player. Maka gua predict signing hanya akan berlaku sebaik sah sahaja kita layak. Buat masa ni dalam 3 4 hari ni telan sajalah berita2 Benzema,Di Maria, siapa lagi? Flamster?


It's derby day.Hari ni kita bakal menghidupan kembali musim dengan bertandang ke Fulham. Game lawan Villa hari tu disifatkan sebagai 'kemalangan' oleh Wenger, suatu yang tak dijangka(buat2 tak jangka).Fulham adalah sebuah pasukan yang nampak kemas musim ini.Selain kemenangan ke atas Sunderland.Signing2 mereka oleh tahan, Scott Parker,Bent, Stekelenburg(tapi injured tak main malam ni) dan Taarabt .Menambah kepada pemain penting mereka yang sedia ada seperti Berbatov,Sidwell dan Hangeland. Arsenal pulak tanpa sebarang muka baru setakat ini selain Sanogo harus merotate kesebelasan yang sama dalam 3 game. Baru 3 game, dah 2 kali fullback kita terpaksa cover CB.Ngeri betul situasi ni, skuad depth kita kurang sangat. Koscielny yang dikatakan terkoyak dekat kening sampai nampak tengkorak Rabu lepas sah2 memang tak dapat diturunkan akibat penggantungan. Sagna akan cover. Jenkinson akan masuk sebagai bek kanan. Cuma bahagian tengah dan atas tu tak tahu macam mana nak rotate untuk terus kasi fresh sebab apa 2 kali travel berturut2,kita boleh jangkakan fatigue akan melanda terutama lepas 60 minit game.Cazorla pulak nampak tak sharp dan agak wasted di sebelah kiri.Posisi paling sempoinya ketika ini memang kat tengah2 lubang belakang striker barulah dapat memaksimakan kreativiti tapi itulah, sebab Rambo tengah on form, nak bagi Jack main lagi, kita terpaksa main dengan satu striker.Jadi watak2 seperti Podolski Cazorla buat sementara ni terpaksa dikorbankan.Itulah sebab timbul rumors Schalke nak bawak balik Jerman boy ni balik kampung lebih2 lagi tahun World Cup.Harap itu spekulasi media yang saja nak petik sebab dah habis star dah kat Arsenal untuk depa unsettlekan.Gua teka Podolski start malam ni dengan Rosicky bagi laluan.

-------------------Szczesny-----------------
Jenkinson-----Sagna------Per---------Gibbs
----------Rambo-------Wilshere-------------
--Theo---------------Cazorla---------Poldi
------------------Giroud--------------------

Kita main paling awal minggu ni. Harap tak ada lagi kemalangan, jangan sampai terperosok kat bawah liga. Kekalkan momentum dari Turkey. Main bola pakai otak bukan hanya semata kaki. Astro 745am Fulham 0 Arsenal 2

Agi idup agi mengGunners!


0 ulasan: